Mansuh UPSR dan PMR? Mansuhkan dulu perangai buruk Menteri dan Kementerian!

Mengapa nak mansuhkan UPSR dan PMR? Ohhh…. kononnya pelajar terlalu asyik mencari A sehingga melupakan kecerdasan lain seperti kecerdasan sosial (SQ), emosi (EQ), dan rohani  (SpQ). Kononnya oleh kerana pelajar terlalu ghairah ingin skor 5A dalam UPSR dan 8A dalam PMR, pelajar sudah tidak peduli hubungan sosial, tidak pandai berkomunikasi , tidak pandai buat kerja teknikal, tidak mahu kerja buruh, mementingkan buku dan pelbagai lagi lontaran negatif diberikan kepada pelajar. Tetapi siapa yang menjadikan pelajar terkejar-kejar untuk mendapat A?

Jawapannya ada dalam lagu “bangau oh bangau”. Menteri salahkan pelajar untuk mansukan UPSR dan PMR. Pelajar salahkan guru dan ibubapa yang mahukan mereka dapat banyak A. Guru salahkan Kementerian. Kementerian nak salahkan Menteri tetapi takut.

Setiap tahun apabila keputusan peperiksaan UPSR, PMR, SPM, dan STPM dikeluarkan, Menteri akan mensesaikan berita KEJAYAAN pelajar! Setiap tahun, keputusan peperiksaan semakin CEMERLANG! Setiap tahun Menteri mahu keputusan yang LEBIH BAIK walaupun peningkatannya hanya 2% bagi setiap subjek. 2% itu pun boleh dipertikaikan.

Berita KECEMERLANGAN keputusan peperiksaan menjadi satu yang glamour. Menteri akan dipuji.  Siapa sahaja menjadi Menteri Pelajaran mahukan zamannya hebat!

Tetapi disebalik tabir, ramai guru dan pegawai Kementerian  tahu bahawa skala skor peperiksaan sentiasa diubah dengan mengubahsuai “normal curve” keputusan peperiksaaan. Kalau pada satu tahun itu markah paling tinggi ialah 100, maka markah lulus adalah 50; kalau markah paling tinggi 70 pada satu tahun yang lain pula, maka markah lulus ialah 35! Begitulah ubahsuai dilakukaan oleh pihak tertentu agar bilangan A itu sentiasa banyak walaupun ia tidak mencerminkan kecemerlangan akademik pelajar yang sebenar. Yang penting Menteri sentiasa dipuji kerana setiap tahun keputusan BAGUS!

Lantas sekolah pula berlumba-lumba untuk meningkatkan bilangan paling ramai pelajar dapat A! Sehingga banyak aktiviti sekolah dijalankan, kelas tambahan juga dijalankan di sekolah sehingga ada cikgu yang menghidap penyakit darah tinggi, depression, stress, dan burn out. Ibubapa juga tertekan kerana mahu bersaing dengan keluarga lain untuk pastikan anaknya juga dapat  banyak A. Budaya mahu dapatkan A menjadi satu “ugutan” dalam hidup dalam kalangan guru dan ibubapa. Yang menjadi mangsa ialah anak-anak/pelajar.  Hatta ada anak yang lari dari rumah dan ada yang bunuh diri kerana gagal dapat semua A atau gagal dapat banyak A!

Akibat daripada “ugutan” dan “ketakutan” gagal mendapat A, maka pusat tusyen tumbuh di sana  sana macam cendawan mecari keuntugan kerana permintaan terhadap tusyen meningkat apabila ramai ibubapa mahukan anaknya dapat A. Ada guru yang tidak mengajar dengan bersungguh di sekolah tetapi mengajar dengan amat baik  di pusat tusyen kerana mendapat bayaran tambahan. Ada juga guru besar dan guru membuka tusyen di rumah secara komersil dan menyuruh anak murid mereka ambil tusyen mereka jika pelajar mereka mahu berjaya mendapat banyak A!

Itulah Malaysia negaraku. Menteri cari glamour! Kementerian Pelajaran terpaksa melayan kemahuan politik  Menteri. Sekolah terpaksa menjadi pendidikan berorietasikan peperiksaan! Guru besar kerah guru supaya pastikan sekolah mereka sentiasa “mantop” dalam peperiksaan. Ibubapa jadi kalut kerana tekanan daripada sekolah. Pelajar jadi mangsa paling malang dalam kisah “bangau oh bangau” ini.

Wahai Menteri ku, sebelum mansuh UPSR dan PMR, mansuhkan dulu perangai Menteri mencari  glamor dan kepentingan diri.  Seterusnya

  • Menteri harus berhenti sensasikan berita keputusan peperiksaan
  • Menteri jangan biarkan media mensasikan berita keputusan peperiksaan dalam akhbar.
  • Kementerian Pelajaran jangan terus menipu rakyat dengan mengubah “normal curve” setiap tahun kerana mahu menjaga nama baik Menteri
  • Sekolah jangan tertekan dengan “ugutan” mesti tingkatkan bilangan pelajar dapatkan banyak  A
  • Ibubapa jangan jadi kelamkabut dan kerah anak bagai nak rak supaya dapat semua A dalam semua matapelajaran sehingga melupakan pembinaan saksiyyah diri anak secara menyeluruh.

Menteri harus faham tujuan peperiksaan bukan mencari pelajar pintar semata-mata tetapi yang lebih penting ialah menilai

  • Keberkesanan dan kualiti sistem pendidikan dan sistem peniliaian secara menyeluruh
  • Keberkesanan dan kualiti pendekatan pengajaran atau pedagogi
  • Keberkesanan dan kualiti proses pembelajaran dan pembinaan diri pelajar secara komprehensif
  • Keberkesanan dan kualiti hasil pembelajaran yang menyumbang kepada pembangunan negara bangsa disampingmemenuhi tenaga kerja yang diperlukan dalam negara.

Oleh itu berhentilah menyalahkan pelajar! Berhentilah polemik nak mansuhkan UPSR dan PMR! Berhentilah sensaikan berita keputusan peperiksaan setiap tahun! Berhentilah berpursa-pura!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 394 other followers

%d bloggers like this: