Apa beza negara kebajikan dan negara berkebajikan?

Apa beza negara kebajikan dan negara berkebajikan?

Pasti ada bezanya. Kanak-kanak pun tahu ada bezanya, paling tidak ada beza dari sudut ejaannya.

Untuk memahami lebih lanjut, wajar kita cuba memahami perkara asas dan dasar. Ramai pihak termasuk UMNO khususnya, tidak faham makna status negara Islam. Sebenarnya label “negara Islam” itu adalah umpama kapsul atau pakaian.

Isi dalam kapsul atau dalam pakaian itu yang sepatutnya kita lihat dan teliti. Antara isi dalam kapsul itu ialah “Negara Berkebajikan”. Ada lagi isi lain tetapi PAS tidak perlu nyatakan semuanya. Nanti UMNO bertambah pening di usia tenat ini.

PAS menawarkan “negara berkebajikan” sebagai pengisian kepada negara Islam bukan bermakna PAS gugurkan konsep negara Islam.

Apa makna negara kebajikan? Apa ciri-cirinya? Apa contohnya? Contoh paling negara kebajikan ialah negara komunis yang menganuti fahaman sosialisma. Pemerintah menjaga kebajikan rakyat, mengutamakan rakyat dan tidak membebani rakyat.

Dalam negara kapitalis, ada juga amalan kebajikan yang dibuat, malah ia lebih baik daripada amalan kebajikan yang dibuat oleh kerajaan Malaysia. Di Amerika, orang Red India juga mendapat biasaiswa pelajaran. Wanita dan orang tua mendapat bantuan kebajikan yang lebih baik daripada dari kerajaan “Islam Hadhari Malaysia”. Cuba teliiti sistem social security di USA dan England serta Brunei.

Negara berkebajikan bukan sahaja melaksanakan aktiviti kebajikan tetapi lebih daripada itu.

—–lihat petikan ucapan YB Presiden PAS pada tahun 2008 ————-

Konsep dan definisi

Negara Berkebajikan didefinisikan sebagai:

“Sebuah Negara yang mengutamakan kebajikan dan keselesaan rakyat sebagai agenda utama pembangunan negara”. Negara Berkebajikan mementingkan pembangunan, tetapi matlamat nya ialah kesejahteraan rakyat kebanyakan.

Ciri-ciri Negara Berkebajikan

Negara Berkebajikan:

1) Tujuan utama pembangunan adalah bagi manfaat dan kebajikan rakyat awam

2) Kerajaan adalah “guardian” atau Penjaga (ibu-bapa) kepada rakyat

3) Penekanan kepada kecemerlangan moral dan nilai keinsanan (Ethic and human centric)

4) Kebendaan adalah modal, pembangunan insan adalah matlamat

5) Kesaksamaan asas di kalangan semua rakyat dipastikan, kecemerlangan individu di galakkan

6) Kebajikan rakyat adalah tanggungjawab negara

7) Rakyat sejahtera, negara makmur

Negara Berkebajikan PAS selaku “ibu-bapa” kepada rakyat tidak akan menganggap program kebajikan dan subisidi rakyat, yang tidak mempunyai pulangan keuntungan (dalam bentuk wang ringgit) sebagai satu bebanan atau kerugian, bahkan ia merupakan satu tnaggungajawab. Kerajaan UMNO/BN pula menganggap program kebajikan dan subsidi sebagai satu bebanan yang seboleh mungkin mahu dipertangungkan ke atas bahu rakyat.

Sejarah

Dari segi sejarah, model Negara Berkebajikan sebenar yang menjadi rujukan dan panduan PAS telah dilaksanakan di sepanjang peradaban manusia. Ia termasuklah pemerintahan Mesir dari seerah Nabi Yusuf a.s, kerajaan Nabi Sulaiman a.s, dan pemerintahan Rasulullah saw, sehingga pemerintahan Khalifah Umar Bin Abdul Aziz. Kesemua ini menjadi asas kepada Negara Berkebajikan yang diperjuangkan PAS. Walaupun negara-negara Eropah seperti Jerman, Belanda, Perancis, Sweden, dan United Kingdom mengenengahkan Konsep “Welfare State” selepas Perang Dunia Ke-2, namun ianya hanya bersesuaian dengan sebahagian daripada konsep Negara Berkebajikan PAS.

Konsep Negara Pembangunan yang dibawa oleh UMNO/BN terlalu mengutamakan pembangunan dan kemasyhuran fizikal. Ini dapat disaksikan dengan projek-projek mega seperti Monsoon Cup, Masjid Kristal (bukan tempat ibadah tetapi untuk tarikan pelancong semata-mata), Pesta Philharmonic Malaysia, 4 jet peribadi pemimpin tertinggi, dan Kompleks Bunga Raya di KLIA. Ini adalah antara banyak projek mega kerajaan UMNO/BN yang jelas tidak memberi manfaat secara langsung kepada rakyat kebanyakan.

Bagi Negara Berkebajikan PAS, bukannya imej negara tidak penting, tetapi kebajikan semua rakyat lebih diutamakan

Tawaran PAS menjadikan Malaysia sebuah Negara Berkebajikan

Sebagai memenuhi agenda pemerintahan PAS untuk Malaysia Negara Berkebajikan , PAS menawarkan kepada semua lapisan rakyat Malaysia pelbagai program berkebajikan berkonsepkan perkongsian sumber dengan kaedah perkhidmatan rakyat. Antaranya ialah:

  1. Pendidikan percuma dari peringkat asas sehingga pengajian tinggi (penghapusan semua yuran pengajian)
  2. Skim Pembiayaan Kesihatan Nasional bagi setiap rakyat yang tidak mempunya perlindungan kesihatan majikan
  3. Mengembalikan semula pemberian biasiswa seperti yang dijamin Perlembagaan Persekutuan
  4. Menurunkan harga petrol dan gas.
  5. Merapatkan jurang agihan kekayaan antara golongan kaya-miskin
  6. Melaksanakan akta gaji minima
  7. Memperkenalkan cuti bersalin 90 hari dan cuti kebapaan 7 hari

Penegasan dan Gesaan

Berdasarkan fakta-fakta di atas, PAS dengan ini membuat gesaan dan rayuan kepada rakyat Malaysia agar memulakan perubahan daripada pemerintahan UMNO yang mengutamakan pembangunan untuk kemegahan imej negara, kepada Pemerintahan PAS yang bercirikan Negara Berkebajikan yang mengutamakan pembangunan bagi kebajikan rakyat Malaysia keseluruhannya.

21 Febuari 2008

DATO’ SERI TUAN GURU HJ ABD. HADI AWANG

Sumber; http://presiden.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=37:negara-berkebajikan–tawaran-pas-kepada-rakyat-malaysia-&catid=14:kenyataan-rasmi&Itemid=56

———————————–tamat——– —————

Negara berkebajikan bukan sahaja menuntut kerajaan melaksana dan menterjemahnya, tetapi rakyat juga turut sama dalam melaksanakannya.

Tanggungjawab mewujudkan kesejahteraan dalam negara berkebajikan adalah tanggungjawab bersama antara kerajaan dan rakyat.

Dalam negara berkebajikan, keutamaan diberikan kepada rakyat dan bukannya membebankan rakyat sepertimana yang dilaksanakan oleh UMNO-BN yang

a. mengenakan pelbagai cukai ke atas rakyat

b. menjalankan saman ekor

c. melaksanakan pinjaman pelajaran yang dikenakan faedah (PTPTN) dan bukan biasiswa

d. mengenakan pelbagai yuran ke atas ibubapa dan kanak-kanak bersekolah

e. membatal pelbagai subsidi

f. menyalahgunakan wang negara sehingga negara tidak cukup wang dan terpaksa berhutang (misalnya ketika BN perintah Selangor, BN Selangor perolehi untung jual pasir sebanyak RM3 juta, tetapi bila PR perintah, Selangor perolehi RM11 uta untung pasir; oleh itu dimana pergi RM8 juta selama UMNO-BN perintah Selangor? adakah wang masuk poket pimpinan BN atau poket keranat BN? Berapa kos Rosmah makan angin atas nama lawatan ke luar negara? Berapa kos KHir Toyo bawa anak isteri dan orang gajinya ke Disneyland/Universal Studio di USA dan Sg Nil/joget lambak diMesir makan angin atas nama lawatan sambil belajar)

…dan banyak lagi lah…tak larat nak tulis semua

Dalam Negara Berkebajikan, rakyat dididik untuk menjaga kebajikan orang lain dalam masyarakat bukan sahaja dalam hal kebendaan tetapi juga keselamatan, kesihatan, pelajaran, pekerjaan, pergaulan, dan urusan kehidupan harian anggota masyarakat.

Negara berkebajikan menekankan kesejahteraan rakyat bukan membebankan rakyat dan bukan mengajar rakyat bertuhankan benda dan manusia atau kehidupan materialistik.

Negara berkebajikan menekankan pentinnya hubungan antara manusia dengan Tuhan, hubungan manusia dengan manusia, dan hubungan manusia dengan alam atau persekitaran ditingkatkan dan dimantapkan kerana ketiga-tiga hubungan ini dapat mengurangkan kepincangan, penyelewengan, kerosakan, kejahatan, dan kemungkaran manusia itu sendiri, dan sekaligus meningkatkan kesejahteraan kehidupan dalam masyarakat.

“Berkebajikan” itu bukan aktiviti dunia atau aktiviti fizikal semata-mata tetapi ia bertolak dari spiritual yang jelas, kesedaran tanggungjawab diri yang tinggi, jiwa yang merdeka dan sukarela, serta emosi yang tenang lagi murni.

“Negara kebajikan” bersifat satu hala, kerajaan menyuap mulut rakyat dan mengawal rakyat seperti negara kominis dan sebahagian negara kapitalis.

“Negara berkebajikan” bersifat dua hala, kerajaan dan rakyat sama-sama bersama dalam melaksanakan kebajikan untuk semua pihak secara menyeluruh.

Mudah-mudahan UMNO-BN dan penyokong UMNO-BN faham beza antara “negara kebajikan” dan “negara berkebajkan” yang dikemukakan oleh PAS dan Pakatan Rakyat.

Posted on Thursday, June 09 @ 20:30:00 PDT  http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=6427&mode=thread&order=0&thold=0

6 thoughts on “Apa beza negara kebajikan dan negara berkebajikan?

  1. Pro-justice June 11, 2011 at 4:10 pm Reply

    Asri: Umno nampak hipokrit kecam konsep negara kebajikan PAS

    Oleh G. Manimaran

    KUALA LUMPUR, 10 Jun — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, Umno memperlihatkan sikap hipokrasi mereka dengan menentang pendirian terbaru PAS, yang minggu lalu mengetengahkan konsep negara berkebajikan.

    Sehubungan itu kata Asri (gambar), Umno sebagai parti teras Barisan Nasional (BN) dan mewakili suara orang Melayu, seharusnya mengalu-alukan perubahan pendirian PAS yang sebelum ini dilabel sebagai konservatif dan fanatik.
    “Saya tidak tahu apa pendirian Umno sebenarnya. Dulu Umno yang mengecam PAS kata dikuasai oleh golongan ulama, sekarang golongan profesional ada, mereka masih hentam.

    “Saya lihat Umno macam hipokrit… dulu dia (Umno) yang mengatakan bahawa PAS ini (parti) jumud, jadi saya lihat ini sikap yang tidak betul,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

    http://my.news.yahoo.com/asri-umno-nampak-hipokrit-kecam-konsep-negara-kebajikan-223210067.html

  2. hakarakahdaily June 12, 2011 at 4:58 am Reply

    KUALA LUMPUR, 11 Jun: Konsep ‘negara berkebajikan’ yang mahu dilaksanakan PAS jika diberi mandat memerintah negara bersama rakan Pakatan Rakyat, diyakini mampu menarik minat pelabur asing melabur di negara ini.

    Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, minat pelabur itu akan didorong oleh keyakinan mereka terhadap pengurusan ekonomi negara yang sihat iaitu bebas rasuah, tiada salah guna kuasa dan berintegriti seperti yang dianjur Islam.

    Hasil dari pengamalan urus tadbir yang baik itu juga, sekaligus akan menambah pendapatan negara.

    “Dalam negara berkebajikan, cukai dipungut mengikut perkembangan, rasuah tidak ada, pelabur suka datang.

    Baca lagi: http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3741-negara-berkebajikan-mesra-pelabur-presiden

  3. hakarakahdaily June 12, 2011 at 4:58 am Reply

    Najib tak faham negara berkebajikan PAS

    KUALA LUMPUR, 11 Jun: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, perdana menteri sebenarnya tidak faham konsep ‘negara berkebajikan’, apabila mendakwa PAS mahu meniru BN.

    Tegasnya, negara berkebajikan yang mahu diperkenal PAS jauh berbeza dengan apa yang didakwa oleh Umno BN bahawa mereka sudah mengamalkannya sejak sekian lama.

    Malah PAS tidak pernah menganggap Umno BN mengamalkan konsep itu dengan tekanan ekonomi termasuk kenaikan harga barang dan pengurangan subsidi yang terpaksa ditanggung rakyat.

    “Jelas dia (Datuk Seri Najib Razak) tak tahu negara berkebajikan,” katanya ketika ditemui di majlis perkahwinan anak sulung kepada Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub di Markaz PAS Taman Melewar di sini, petang ini. Iskandar Zulkarnain Salahuddin dan isteri, Khalilah Abd Majid diraikan pada majlis makan di Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor.

    Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Najib semalam yang mendakwa konsep negara berkebajikan PAS cuba meniru apa yang telah dibuat BN.

    Ditanya apa beza negara berkebajikan PAS dan Umno BN, Abdul Hadi berkata negara berkebajikan PAS adalah mengikut acuan al-Quran dan Hadis.

    Ianya termasuk bebas rasuah dan penyalahgunaan kuasa serta tidak menzalimi rakyat.

    “Kita tak sama, kita ikut perlembagaan PAS iaitu sandar pada al-Quran dan Hadis.

    “Kita ada amar makruf nahi mungkar (mengajak kepada kebaikan, mencegah kemungkaran), dia (Umno BN) tidak ada,”katanya.

    Sebelum ini beliau juga menjelaskan konsep negara berkebajikan yang mahu dilaksanakan PAS menitikberatkan soal halal haram yang juga tidak ada dalam pengamalan Umno BN.

    Sehubungan itu juga beliau memaklumkan akan menulis satu buku khusus menjelaskan konsep yang mahu dibawa PAS itu.

    Umno tak nyenyak tidur

    Sementara itu, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika diminta mengulas perkara sama berkata, Najib terbukti ‘tidak nyenyak tidur’ dengan pendekatan negara berkebajikan yang mahu diperkenal PAS.

    Tegasnya, Umno menyedari mereka berdepan laluan sukar dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti apabila PAS menawarkan konsep negara berkebajikan itu.

    “Dulu dia (Umno BN) kata PAS jauh ketinggalan di belakang.

    “Sekarang ini kita sama-sama, dia kiri kita kanan. Nanti kita akan potong dia,”katanya.
    http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3747-najib-tak-faham-negara-berkebajikan-pas

  4. hakarakahdaily June 12, 2011 at 4:59 am Reply

    Negara berkebajikan: Siapa nak tiru siapa

    Mohd Sabri Said
    TASEK GELUGOR, 11 Jun: PAS tidak akan meniru Barisan Nasional (BN) melaksanakan program kebajikan pada rakyat yang di dalamnya mengandungi unsur rasuah, penyelewengan dan penipuan.

    Demikian kata Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) ketika ditemui di majlis minum pagi di perkarangan Dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Komoniti (JKKK) Sungai Dua pagi tadi sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

    Najib menyaran PAS agar tidak meniru Umno untuk mewujudkan negara berkebajikan kerana perkara itu telah dilaksanakan oleh kerajaan BN.

    Sebaliknya, kata Tuan Ibrahim, Negara Berkebajikan yang disarankan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasar muktamar baru-baru ini mempunyai agenda tersendiri dan jauh daripada anasir buruk sepertimana yang dilakukan kerajaan pimpinan Najib.

    “Siapa yang nak tiru siapa. PAS tidak seinci pun akan meniru langkah BN melakukan program kebajikan kepada rakyat kerana usaha itu sering terdapat penyelewengan, penipuan atau kepentingan kroni. Bagi PAS semua itu akan ditentang bagaimana Najib kata kita tiru BN,” tegasnya.

    Katanya, yang sebenarnya BN meniru langkah Pakatan Rakyat apabila cuba melaksanakan sedikit demi sedikit rancangan 10 perkara yang termaktub dalam Buku Jingga.

    Beliau berkata, jika Pakatan Rakyat dapat menguasai Putrajaya selepas Pilihanraya Umum ke 13 nanti pasti rakyat akan menikmati banyak manfaat yang tidak pernah dilaksanakan di era pemerintahan BN.

    Jelasnya, gagasan Negara Berkebajikan yang ingin diperkenalkan oleh PAS kepada rakyat berlainan dengan cara Umno dan BN lakukan kerana Negera Berkebajikan bukan sebuah negara yang hanya membantu rakyat semata-mata tanpa kerajaan sendiri mengubah cara pentadbiran.

    “Umno melalui BN dan PAS dalam Pakatan Rakyat berlainan corak pendekatan. Umno memperkenalkan kebajikan dan mengulangi apa yang mereka lakukan bila terdesak khususnya ketika menjelang pilihanraya sama umum mahupun kecil. Tetapi PAS, tidak begitu kerana bila menang ia adalah amanah yang perlu dijagai demi memastikan rakyat mendapat manafaatnya,” tambah beliau.

    Katanya, konsep kebajkan yang dipandang oleh BN seperti jalan raya, sekolah, perumahan, rumah kos rendah atau sebagainya tidak memadai.

    Bagi PAS, katanya ini kerana semua isu tersebut sudah menjadi kewajiban sebagai pemerintahan.

    Sebaliknya, tambah beliau PAS menerusi Negara Berkebajikan lebih memfokuskan bagaimana mendapatkan dana negara untuk mengurus pentadbiran agar tidak menyeleweng.

    Menurutnya, sumber yang diperolehi pula tidak hanya berlegar di kalangan kroni sahaja tanpa memberi ruang kepada pihak yang sewajarnya memperolehi berdasarkan kemahiran atau tender terbuka.

    Turut hadir dalam program anjuran PAS Kawasan Tasek Gelugor dan JKKK Sungai Dua itu ialah Setiausaha Perhubungan PAS negeri, Fadhil Kemi, Ketua Penerangan PAS Negeri, Zulkiply Ishak, Setiausaha PAS Tasek Gelugor, Zamri Darus, Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Jamil Abdul Rahman, Penyelaras Dun Sungai Dua, Fahmi Abdul Wahab dan Pengerusi JKKK Sungai Dua, Yahya Hasan.

    http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3743-negara-berkebajikan-siapa-nak-tiru-siapa

  5. hakarakahdaily June 12, 2011 at 5:00 am Reply

    Negara berkebajikan, mesra pelabur – Presiden

    Nazri Abdullah

    KUALA LUMPUR, 11 Jun: Konsep ‘negara berkebajikan’ yang mahu dilaksanakan PAS jika diberi mandat memerintah negara bersama rakan Pakatan Rakyat, diyakini mampu menarik minat pelabur asing melabur di negara ini.

    Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, minat pelabur itu akan didorong oleh keyakinan mereka terhadap pengurusan ekonomi negara yang sihat iaitu bebas rasuah, tiada salah guna kuasa dan berintegriti seperti yang dianjur Islam.

    Hasil dari pengamalan urus tadbir yang baik itu juga, sekaligus akan menambah pendapatan negara.

    “Dalam negara berkebajikan, cukai dipungut mengikut perkembangan, rasuah tidak ada, pelabur suka datang.

    “Dengan sendiri hasil negara bertambah. Ini caranya,” katanya melalui laman Facebook.

    Beliau menjelaskan demikian dipercayai sebagai menjawab persoalan yang ditimbulkan pemimpin Umno BN berhubung konsep negara berkebajikan yang menjadi tema ucapan dasar presiden PAS pada Muktamar parti itu yang ke 57 minggu lalu.

    Pemimpin Umno termasuk Datuk Seri Najib Razak sebelum ini turut memperkecil hasrat PAS yang mahu memperkenal konsep negara berkebajikan tersebut dan mendakwa BN sudah lama mengamalkannya.

    Bagaimanapun Timbalan Presiden PAS yang baru, Mohamad Sabu membidas kenyataan itu dengan mendakwa BN mengamal pemerintahan diktator dan bukannya negara berkebajikan.

    Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata konsep negara berkebajikan yang mahu diperkenal PAS berbeza dengan yang didakwa Najib bahawa sudah diamal Umno.

    Katanya konsep negara berkebajikan itu mempunyai elemen yang lebih murni dalam menyelamatkan negara kerana PAS akan menerapkan konsep halal dan haram dalam pelaksanaannya dan tidak seperti Umno.

    “Disinilah kuasa barat takut, bimbang dengan pemerintahan Islam,” tegasnya.

    http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3741-negara-berkebajikan-mesra-pelabur-presiden

  6. Laniismaa December 12, 2011 at 2:39 am Reply

    Antara Intipati 10 Agenda – Negara Berkebajikan : Tawaran PAS

    Oleh: laniismaa

    Hari ini PAS melancarkan buku ‘Negara Berkebajikan: Tawaran PAS’ di Shah Alam melalui presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Di antara intipati 10 agenda tersebut seperti berikut ;

    1. Kerajaan beramanah, adil dan bersih
    -memperkukuh sistem federalisme
    -memperkasakan kembali amalan pemisahan kuasa
    -sistem pilihan raya yang bebas, adil dan bersih
    -memulihkan agensi-agensi awam
    -mewujudkan suruhanjaya berkaitan siasatan awam

    2. Masyarakat penyayang, aman dan bersatu
    -memperbanyak kewujudan badan masyarakat madani dan organisasi perniagaan sosial
    -menyemak semula jumlah pengurangan dan pelepasan cukai

    3. Ekonomi mampan, seimbang dan saksama
    -menyusun kembali keutamaan pembangunan
    -penekanan sewajarnya terhadap program-program pembasmian kemiskinan
    -membudayakan penggunaan dinar emas dan dirham
    -menyemak kembali peraturan-peraturan yang mengawal pasaran dan persaingan

    4. Pendidikan berkualiti, berdaya saing dan boleh capai
    -memberi yuran pengajian percuma kepada anak-anak dari keluarga luar bandar berpendapatan RM1,500 ke bawah dan keluarga bandar berpendapatan RM2,500 ke bawah untuk memasuki universiti-universiti awam.

    5. Perkhidmatan kesihatan cekap, berkualiti dan boleh capai
    -mewujudkan Skim Pembiayaan Kesihatan Nasional
    -menubuhkan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan

    6. Kebajikan langsung, menyeluruh dan mesra rakyat
    -memperkukuh dan memperkemas pengurusan zakat, wakaf
    -memberikan lebih kuasa dan peranan kepada masjid
    -meminimumkan karenah birokrasi
    -meningkatkan harga hartanah rakyat
    -membanyakkan jumlah peruahan kos rendah dan mampu milik
    -mewujudkan rumah-rumah sewa di bandar besar

    7. Keluarga harmoni, bahagia dan bermoral
    -memupuk gaya hidup kekeluargaan yang memenuhi fitrah semula jadi manusia
    -mewujudkan tabung khas khusus untuk suri rumah sepenuh masa
    -
    8- Belia, pekerja produktif, berdaya saing dan terbela.
    -mengadakan kuota minimum 15 peratus bagi tenaga kerja di semua peringkat
    -mengkaji semula struktur gaji dan terma perkhidmatan sektor awam
    -menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi
    -menaikkan Elaun Sara Hidup (Cola) sehingga RM500.
    -meminda akta berkaitan dengan gaji minimum
    -meletakkan seluruh kesatuan atau persatuan yang berkaitan dengan pekerja di bawah Akta Kesatuan Sekerja.

    9. Kemudahan prasarana berkualiti, cekap dan bertaraf dunia

    10. Alam sekitar segar, terpelihara dan lestari

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 394 other followers

%d bloggers like this: