Saya pangkah SEMUA UNDI POS untuk BN & UMNO

DEMO BERSIH mengajak rakyat berfikir dan menilai dengan kemampuan akal paling minima akan penipuan yang dibuat BN-UMNO melalui SPR. Apabila rakyat prihatin kata undi pos adalah undi bonus untuk menangkan calon BN-UMNO, maka orang BN-UMNO tak percaya atau buat-buat tidak tahu.

Rakyat yang  jahil (kata lembut)  atau “bodoh” (kata kasar) sahaja yang percaya bahawa SPR itu telus dan kononnya kerajaan Malaysia jujur dalam mengendalikan pilihanraya di Malaysia.

Sudah berapa tahun, rakyat kena tipu. Sudah berapa tahun calon-calon dari parti lain dariparti  BN kalah di kebanyakan tempat pilihanraya  kerana penipuan UMNO. Cuba kira berapa kali. Kalau tidak kerana rakyat SEDAR penipuan ini, BN-UMNO akan terus menipu rakyat. Kalau tidak kerana parti-parti dari Pakatan Rakyat tidak bersungguh mematahkan pelbagai bentuk penipuan sebelum ini, pasti tidak ada calon PR yang akan menang dalam PRU.

PR kata mereka akan terus masuk bertanding dalam PRU walaupun SPR terus menipu. Sampai bila SPR mahu menipu. Sampai hari kiamat? Tidak semua rakyat bodoh dan tolol. Rakyat akan BERSIHkan SPR.

Pada tahun 1999, seorang bekas tentera membuat pengakuan bahawa beliau yang pangkah SEMUA UNDI POS!

Kerajaan Malaysia mahupun SPR tidak berani saman atau ambil tindakan atau ISAkan bekas pegawai tentera ini. Ia menunjukkan bahawa memang benar BN-UMNO mengeksploitasi undi POS.

JOM berjalan untuk demokrasi dalam DEMO BERSIH secara aman 9 Julai 2011, 2ptg di Kuala Lumpur

8 thoughts on “Saya pangkah SEMUA UNDI POS untuk BN & UMNO

  1. Anti-Penipu, SPR Penipu, BN-UMNO Penipu July 1, 2011 at 10:21 am Reply

    Satu Alamat, 88 pengundi.. Apa penjelasan SPR?

    “SPR adalah sebuah Badan yang bernaung di bawah institusi Raja-Raja Melayu dan bertanggungjawab mengawal selia proses pilihanraya negara ini. Ianya sewajarnya adalah sebuah Badan yang bebas dan berkecuali dari mana-mana parti politik samada dipihak Kerajaan mahupun Pembangkang.
    Bagaimanapun semalam Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya iaitu Wan Ahmad Wan Omar telah mengeluarkan satu kenyataan yang boleh menjejaskan kredibiliti SPR sendiri.

    Dalam kenyataannya yang jelas menunjukkan beliau memihak kepada Barisan Nasional, Wan Ahmad telah mendakwa perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini digunakan oleh Pakatan Rakyat untuk meraih sokongan bagi membina momentum untuk gagasan itu menawan Putrajaya.

    Hujah yang sama telah digunapakai oleh Perdana Menteri Najib Razak beberapa hari sebelum itu. Wan Ahmad turut mendakwa pembangkang risau menyaksikan kebangkitan BN dan mahu menggerakkan Bersih kali kedua setelah menyaksikan bagaimana perhimpunan tahun 2007 membawa kepada ‘tsunami’ politik yang memberi kemenangan besar kepada PR pada PRU 2008.

    Kenyataannya boleh dibaca di SINI.

    Mungkin Wan Ahmad mempunyai terlalu banyak masa terluang hingga membolehkan beliau memikirkan akan agenda Pakatan Rakyat dalam perhimpunan BERSIH 2.0 akan datang ini..

    Hal yang sepatutnya beliau mendiamkan diri bagi menunjukkan bahawa beliau seorang yang mempunyai kredibiliti dan bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan terhadapnya oleh Raja-Raja Melayu.. bukannya sibuk untuk memberikan ulasan..

    Beliau sepatutnya membuat semakan terhadap daftar Pemilih yang baru dikemaskini Mei lalu, jika beliau serius akan tanggungjawabnya beliau harus menjelaskan bagaimana sebuah rumah yang kecil ini boleh terdapat seramai 64 pengundi didalamnya.. dan bagaimana pula sebuah lagi rumah yang berada dikawasan yang sama boleh mempunyai seramai 88 pengundi pula?

    Rumah kecil ini mempunyai 65 pengundi..(ada gambar)

    Ini adalah pemilih yang beralamat 1138 kesemuanya ialah 64 Orang, nombor dihadapan senarai adalah nombor siri dari Daftar Pemilih dan nombor terakhir adalah alamat rumah. (ada gambar)

    15 330422085529 L 1933 MOHD YUSOF BIN MOHD SOOM 1138
    48 410403085435 L 1941 MOHD HUSSIN BIN CHAT 1138
    44 410108075218 P 1941 RAMLAH BINTI MAT ALI 1138 TBP
    76 441202085836 P 1944 EMBIN BINTI ABD RAHMAN 1138
    86 460819025036 P 1946 KHATIJAH BT HASSAN 1138
    95 470102075254 P 1947 KARTHIYANI A/P PERUMAL 1138
    98 470302025470 P 1947 SITI ASA BINTI ARIFIN 1138
    114 480928075516 P 1948 MANGGAKASSIN A/P PARMAL 1138
    115 481214045168 P 1948 MARIAM BINTI SAAD 1138
    125 491107025478 P 1949 SITI JAMALIAH BINTI MD MIN 1138

    187 540612025178 P 1954 KECHIK BINTI HAMID NT 1138
    194 541029025212 P 1954 RAFTAH BINTI HASSIM 1138
    246 561118075201 L 1956 MOHD RASHID BIN MD NOOR 1138
    263 571007085860 P 1957 ROBIAH BINTI DIN 1138
    273 580328075625 L 1958 MURAD BIN HASSAN 1138
    282 580925075498 P 1958 ZAHARAH BINTI MD NOOR 1138
    297 590316085577 L 1959 MAT ZAIN BIN MOHD YUSOF 1138
    313 590925025721 L 1959 SAMSUDIN BIN REJAB 1138
    335 610414085007 L 1961 MARATHAIYAH A/L PACHAVANAM 1138
    338 610607075569 L 1961 RUSLI BIN MD NOOR 1138

    342 610816025939 L 1961 ABU HASSAN BIN REJAB NO 1138
    346 610907075659 L 1961 K PRAMASIVAN A/L P KALIMUTHU 1138
    357 620410075724 P 1962 MARIAMA A/P CHELLIAH 1138
    372 621204075445 L 1962 KARIM BIN MD.NOOR 1138
    373 630101025634 P 1963 SABIRAH BINTI GHAZALI NT 1138
    402 641007025009 L 1964 RAMLI BIN ZAHID 1138
    408 641121025838 P 1964 BAHIYAH BINTI REJAB NT 1138
    418 650712075495 L 1965 MOHAMAD BIN SHAARI 1138
    430 660322075800 P 1966 SALASIAH BINTI MD NOOR 1138
    439 660531075081 L 1966 AZHAR BIN ISMAIL 1138

    455 670407076123 L 1967 AZHAR BIN MD NOOR 1138
    475 680406075646 P 1968 JAYABHARATHI A/P VETTANATTAYIL 1138
    479 680523106341 L 1968 EWAN BIN ZULKIFLI 1138
    496 690220035733 L 1969 ROSLAN BIN ABDUL 1138
    498 690516075216 P 1969 AMUTHAVALLI A/P SUBBAYAH 1138
    506 691020075655 L 1969 AZNI BIN MD NOOR 1138
    519 700618075117 L 1970 SHAMSUDDIN BIN DIN 1138
    520 700626085219 L 1970 AMIR BIN HASAN 1138
    524 701118075983 L 1970 KAMARUDIN BIN MD NOOR 1138
    528 710114086030 P 1971 JULIANA BINTI KAMARUDDIN 1138

    550 720605075351 L 1972 KAMARUDDIN BIN DIN 1138
    552 720621025397 L 1972 ISMAIL BIN MOHD YUSOF 1138
    568 730713075657 L 1973 KAMARUL ZAMAN BIN REJAB 1138
    584 741210075253 L 1974 IBRAHIM BIN MOHD YUSOF 1138
    585 741227075559 L 1974 MUHAMAT BIN ABDUL HAMID 1138
    595 750606086594 P 1975 JAMILAH BINTI MOHD YUSOF 1138
    596 750710075588 P 1975 ROSLINDA BINTI MOHD RANI 1138
    610 761223025624 P 1976 NORAINI BINTI ABDAUL RASHID 1138
    614 770205075542 P 1977 MANJULA A/P KRISHNAN 1138
    616 770422086221 L 1977 JOHAR BIN AHMAD 1138

    624 771203075869 L 1977 NAZRI BIN ABDUL HAMID NO. 1138
    628 780220076227 L 1978 KUMARAN A/L KRISHNAN 1138
    635 781221075159 L 1978 AZMAN BIN HASAN NO 1138
    644 790822075001 L 1979 THURAIRAJ A/L KRISHNAN NO 1138
    657 800806075593 L 1980 MUHAMAD ASRI BIN ABDUL RAZAK 1138
    659 800902075323 L 1980 VISVA A/L KRISHNAN 1138
    667 810410075182 P 1981 HANIZA BINTI ABDUL HAMID NO 1138
    687 820621086200 P 1982 AIDA BINTI HASAN 1138
    700 830414075583 L 1983 HAMZAH BIN MAT ZAIN NO 1138
    704 830526075561 L 1983 MOHD REDZWAN BIN ABDULLAH 1138

    748 850828075450 P 1985 SUHASINI A/P K PRAMASIVAN 1138
    754 860302355465 L 1986 YASSIN BIN ABDUL HAMID 1138
    758 860823565556 P 1986 NORAIZADATHULAKMA BT MAT RODZI 1138
    773 880528355335 L 1988 MUHAMAD SAHLAN BIN SAMSUDIN 1138

    Lihat rumah kecil yang mempunyai 88 pengundi di SINI

    Sumber artikel: http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=6959

  2. Sofee July 2, 2011 at 10:33 am Reply

    Hari ini Sabtu, SPR deactivate pautan mereka untuk semak daftar pemilih!

    http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=6976

    Semalam beberapa blog mendedahkan beberapa bukti berlaku pendaftaran pengundi di sesuatu alamat dengan jumlah yang tidak munasabah sehingga ada yang 64 dan 88 orang pada satu alamat. Pendedahan yang sememangnya sudah lama di dakwa oleh PAS membuktikan kelemahan SPR atau pun mereka sendiri yang bersekongkol dengan petualang negara tersebut.

    Namun pada hari ini saya cuba menggunakan website SPR iaitu http://daftarj.spr.gov.my/semakdm/ namun ianya tidak berfungsi sedangkan semalam ia berfungsi dengan baik.

    Apakah tindakan ini ada kaitan dengan pendedahan semalam? Mohon SPR menjawab dengan jujur….

    Pendedahan dari blog darisungai derhaka

  3. Nilam Samad July 9, 2011 at 2:51 pm Reply

    Bapak saudara (arwah) bekas pesara ATM dulu pun pernah bgtau saya perkara yg sama mcm Lans Koperal(B) Nasir Moni ceritakan ni…Terfikir sejenak akan kebenarannya..

  4. Suraya July 17, 2011 at 3:45 am Reply

    http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=7419
    SEPERTI biasa, seperti pendedahan yang lepas-lepas di MiLo SuaM, satu lagi penyelewengan yang berlaku di dalam sistem daftar undi Suruhanjaya Penipu Rakyat, SPR dibongkarkan.

    Kali ini melibatkan seorang makcik bernama Suriati Binti Mohd Saleh yang memegang kad pengenalan lama bernombor 1204652. Apa yang menariknya, makcik ini memiliki dua nombor kad pengenalan baru iaitu, 480613105880 dan 480513105568.

    Tambah menarik makcik ini memiliki dua alamat tempat tinggal iaitu di Kampung Melayu, Batu Arang Timur, Kuang, Selayang Selangor dan satu lagi di sebuah kilang papan beralamat KILANG PAPAN LOH HONG, Batu Arang Timur, Kuang, Selayang Selangor.

  5. Azman August 5, 2011 at 10:12 am Reply

    http://www.malaysiakini.com/news/171973
    Seorang lagi bekas tentera hari ini tampil mendakwa pernah terlibat menyalahguna undi pos semasa berkhidmat atas arahan pegawai atasannya.

    Nasir Mohamad (kiri) yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai bekas “kerani” di kem Sandakan, Sabah berkata, kejadian itu berlaku ketika pilihan raya umum ketujuh pada tahun 1986.

    “Saya bersama seorang kerani diarah buka karung undi… (kami) diarah pegawai atasan buka uncang undi dan diarahkan memangkah. Kertas undi itu lebih kurang 900 keping, termasuk tentera dan isteri mereka.

    “Saya diarah bahagi dua, kawan saya, namanya Ayub Mat ambil 400 lebih, saya ambil 400 lebih (kertas undi). Saya diminta undi ikut citarasa saya,” katanya dalam majlis anjuran Pemuda PAS di sebuah hotel di Ampang pagi tadi.

    Menurut Nasir lagi, oleh kerana dia “mungkin BN” pada masa, maka undi diberikan kepada parti pemerintah itu.

    “Saya ambil hak orang lain yang sepatutnya undi kertas itu. Tetapi saya sebagai tentera kena yes men (jadi penurut),” katanya lagi yang tamat perkhidmatan dengan tentera pada tahun 1998.

    Kes yang hampir sama didakwa berlaku pada Oktober 2009 apabila bekas “sarjan gaji” Abu Kassim mengakui pernah memangkah BN bagi pihak tentera lain dalam dua pilihan raya umum – pemalsuan undi yang selama ini hanya digembar-gemburkan oleh pembangkang.

    ‘Bukan jumpa kerani Datuk Wan’

    Hadir sama dalam majlis pendedahan “penipuan” sistem pilihan raya itu antaranya Pengarah Pilihan Raya PAS Mohd Sany Hamzan dan Pengerusi Sekretariat Mobilisasi dan Pemulihan Demokrasi Pemuda PAS Suhaizan Kaiat.

    Sementara itu, Nasir ketika ditanya kenapa beliau tampil membuat penjelasan selepas hampir lebih 20 tahun, beliau mengakui “takut” sebelum ini.

    “Tetapi apabila saya lihat tidak lagi terikat dengan sebarang perintah tentera, sebab itu sekarang saya berani,” katanya sambil memberitahu rasa terpanggil bertanggungjawab terhadap sistem demokrasi negara ini.

    Nasir bagaimanapun buat masa itu tidak mempunyai sebarang rancangan untuk memanjangkan kes yang disimpannya selama 25 tahun itu kepada pihak SPR.

    “(Ia) bergantung kepada keadaan,” kata Nasir lagi yang kini bergiat bersama PAS.

    Sementara itu, Suhaizan pula berkata, ketika pihaknya mengetengahkan dakwaan Abu menjelang pilihan raya kecil Bagan Pinang dua tahun lalu, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof berjanji perkara itu tidak akan berulang.

    “Tetapi kalau sistemnya sama, ia masih boleh boleh berlaku. Saya cakap ini dengan Tan Sri Aziz, saya jumpa dengan dia.

    “Saya bukan jumpa kerani (timbalan SPR) Datuk Wan Ahmad (Wan Omar), saya jumpa bos Datuk Wan Ahmad,” kata Suhaizan dengan nada menyindir.

    Terlalu teknikal

    Dalam forum pasca 9 Julai yang menyaksikan Wan Ahmad dan Pengerusi BERSIH S Ambiga sebelum ini, Wan Ahmad pernah menolak soalan teknikal daripada peserta dengan menyifatkan ia sebagai “soalan kerani”.

    Sementara itu, dalam pembentangan lebih dua jam kepada media hari ini, Suhaizan membentangkan pelbagai data dakwaan “penipuan” yang dikumpulkannya dalam pilihan raya Bagan Pinang dan Sibu sebelum ini.

    Banyak disentuh berhubung undi pos yang “terlalu teknikal” yang didakwa terdedah kepada banyak ruang manipulasi, antaranya penjualan kertas undi di pasaran gelap dan kuasa terhadap petugas SPR dan pemantau di kem tentera.

    Dalam masa yang sama, beliau menimbulkan persoalan sama ada SPR benar-benar berhasrat memperkenalkan pengundian awal bagi menggantikan undi pos kerana sehingga sekarang belum ada sebarang pindaan dibuat.

    “Kalau pilihan raya bulan 11 ini adakah dia boleh buat? Nak buat (pindaan) kena bawa Dewan Rakyat, Dewan Negara lagi. Jadi pilihan raya akan datang pakai sistem apa?” soalnya.

    Sehubungan itu, Suhaizan mencadangkan, undi pos hanya mestilah melibatkan pihak yang mempunyai tugas-tugas kritikal sahaja, contohnya tentera di perbatasan.

    “Isterinya tak perlulah terlibat, dia (isteri tentera) kerja lain pun. Kalau undi awal pula, buat luar kem, kerana dalam kem kawalan lebih sukar,” katanya yang juga ketua Pemuda PAS Johor.

  6. Sabrisaid August 12, 2011 at 10:27 pm Reply

    Bekas komando TUDM pula dedah penipuan undi pos

    Oleh Mohd Sabri Said

    BUTTERWORTH, 12 Ogos: “Saya berani tanggung risiko kerana menegakan kebenaran. Buat apa takut untuk berhadapan dengan penipuan sebab merekalah yang sebenarnya patut malu kerana bertindak sebagai pengkhianat memangkah undi pos tanpa pengetahuan si pengundi,” ujar pesara komando Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mohd Kamel Haji Omar (gambar) yang berpangkalan di Butterworth.

    Beliau ketika menceritakan detik-detik yang berlaku pada pilihan raya umum ke-10 iaitu tahun tsunami politik Malaysia 1999 menjelaskan, undi pos memang talian hayat Umno dan Barisan Nasional (BN) seandainya rakyat berpaling tadah tidak menyokong parti pemerintah.

    Jelasnya, semua itu berlaku di hadapan matanya sendiri ketika diberikan amanah menjaga uncang undi pos sebelum dibawa ke tempat pengiraan.
    Menurut beliau, tidak dinafikan memang tiada penipuan ketika dihari pengundian secara pos kerana ada wakil parti yang bertanding tetapi ianya berlaku setelah uncang berkenaan dikumpul untuk dibawa di hari pengundian sesuatu pilihan raya sebenar.

    “Di hari tersebutlah pegawai dan orang pangkat bawah bertungkus lumus buat kerja memangkah kertas undi yang tiada bertuan atau lebihan kertas undi kerana si pengundi berpindah tempat kerja atau tidak datang menunaikan amanah kepada negara,” tambahnya.

    Contohnya, kata beliau satu uncang itu patut diisi 1,500 pengundi pos tetapi yang datang mengundi sekitar 1,000 orang sahaja. Maka, lebihan 500 undi lagi dipangkah oleh individu lain.

    Beliau terkejut apabila melihatnya sendiri setelah kembali dari tugasan mengambil uncang undi pos daripada pasukan lain seperti tentera laut dan darat di sebelah pulau untuk dikumpul di pangkalan TUDM, Butterworth

    Bekas komando TUDM pula dedah penipuan undi pos

    http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=8094

  7. Mahadir August 17, 2011 at 2:08 pm Reply

    Bekas askar: Kami pernah diarah pangkah untuk anggota lain

    http://my.news.yahoo.com/bekas-askar-kami-pernah-diarah-pangkah-untuk-anggota-045152947.html

    Oleh Syed Mu’az Syed Putra

    KUALA LUMPUR, 17 Ogos — Kepincangan sistem pilihan raya terus dibangkitkan dengan pendedahan terbaru dibawa empat bekas anggota tentera hari ini – membuat pengakuan bahawa mereka pernah mengundi bagi pihak anggota lain atas arahan pegawai atasan.

    Pada satu sidang media di ibu pejabat PAS di sini, kesemua mereka mengaku telah diarahkan mengundi bagi pihak anggota lain dan juga isteri anggota tentera.

    Salah seorang anggota terbabit, Kamarulzaman Ibrahim, 53, berkata pada pilihan raya umum 1986 dia telah menerima dua karung undi pos untuk dipangkah.

    “Saya terima dua karung undi pos, satu dari Parlimen… saya pangkah banyak undi bukan sahaja dari Johor tapi dari seluruh negara.

    “Saya tidak tahu berapa banyak saya pangkah, saya bukan pangkah satu jam atau dua jam tapi tiga hari saya pangkah (kertas undi),” katanya yang berkhidmat bersama Tentera Darat selama 10 tahun.
    Kamarulzaman yang bersara pada 1991 berkata, semasa memangkah kertas undi itu dia terpaksa menggunakan tiga jenis pen berlainan warna bagi mengelak dikesan.

    “Nak kata banyak itu saya tidak tahu banyak mana tapi tangan lenguhlah, pen tiga batang ada dalam kocek saya dan saya isu borang sampai terpaksa tanggal baju kerana panas sebab dulu mana ada kipas.

    “Saya perlu isi banyak nama dan pangkah banyak borang, jadi pen nak kena banyak,” katanya.
    Sementara itu Mejar (B) Risman Mastor, 64, berkata, dia diarah untuk memangkah pembangkang pada pilihan raya umum 1978 sebagai tanda protes kepada kerajaan.

    “Saya diarah memangkah pembangkang ketika itu, sebab ketika itu kami marah pasal gaji sebab ketika itu gaji kami sangat rendah jika hendak dibandingkan dengan guru.

    “Kami dianaktirikan, kami berjuang demi negara, kawan-kawan kami ada yang kudung kaki… kami berjuang demi mempertahankan negara tapi apa yang kami dapat?” katanya.

    Seorang lagi bekas tentera Mohamed Nasir Ahmad, 50, berkata pada pilihan raya umum 1986 dia telah diarahkan ke lapangan terbang Sandakan untuk mengambil karung undi.

    “Saya pada awalnya tidak tahu tapi apabila sampai semula ke kem, pegawai tadbir arahkan saya dan sahabat saya untuk membuka karung undi pos dan jumlah kertas undi kalau tidak silap saya sebanyak 900 lebih.

    “Dan, saya diarah bahagi dua untuk memangkah kertas-kertas undi itu,” katanya.
    Bagaimanapun seorang bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Mohd Kamil Omar, 49, berkata, dia tidak memangkah undi pos tapi melihat anggota lain melakukannya dan diberikan “habuan.”

    “Apa yang saya nak cerita ini adalah perkara yang benar-benar berlaku pada pilihan raya umum 1999 di Butterworth yang mana saya diarahkan untuk mengambil karung undi pos di kem TUDM di Butterworth.

    “Apabila saya balik ke kem saya lihat ramai anggota lain sedang memangkah undi pos, saya juga diberikan sekotak dengan habuan tapi saya tolak.

    “Saya tidak mahu bersubahat, ini adalah satu pengkhianatan kepada negara,” katanya.
    Sementara itu Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilasasi Dewan Pemuda PAS pusat, Suhaizan Kaiat menegaskan undi pos adalah sistem yang boleh dimanipulasikan oleh sesiapa sahaja.

    “Kalau kita lihat ada anggota tentera yang mengundi bagi pihak anggota lain, malah ada yang tidak memohon sebagai undi pos tapi nama mereka ada dalam undi pos.

    “Kesimpulannya undi pos terdedah kepada manipulasi begitu besar, sistem undi pos sejak dulu sampai sekarang tetap ada ruang manipulasi,” katanya.

    Justeru kata beliau, sistem undi pos perlu direformasikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
    Syor agar menghapuskan undi pos merupakan salah satu tuntutan dikemukakan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang menyaksikan ribuan rakyat menyertai Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu di ibu negara.

    Tambah Suhaizan, pihaknya akan terus mendesak kerajaan dan SPR sehingga pembaharuan sistem pilihan raya dilaksanakan.

  8. Idris Md Nasir November 11, 2011 at 2:02 pm Reply

    PEKAN, 11 Nov – Seorang ahli UMNO bahagian Pekan iaitu kawasan yang diwakili oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (foto) hari ini tampil mengakui beliau mengundi di enam lokasi yang berlainan pada Pilihanraya Umum Ke-12 tahun 2008 yang lalu. Beliau yang tidak mahu namanya disiarkan mengaku ramai lagi rakan-rakannya di dalam UMNO yang juga mempunyai “keistimewaan luar biasa” hasil konspirasi politik yang dilakukan oleh UMNO BN dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

    “Saya merasa bersalah atas apa yang berlaku. Bukan niat saya untuk khianat tapi mereka yang mengatur segalanya dengan teratur dan saya mendapat imbuhan daripada parti atas usaha ini. Tak silap saya antara lokasi yang menjadi tempat saya membuang undi ialah di Pahang Tua, Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SHAH Pekan), Sekolah Ahmad Pekan dan beberapa lagi lokasi lain”, kata beliau ketika dihubungi. Beliau terpanggil untuk membuat pengakuan ini kerana menyedari dirinya telah “berdosa dan khianat” kepada rakyat.

    “Saya juga kecewa, sejak sekian lama Datuk Najib menjadi Wakil Rakyat di Parlimen Pekan, tanah-tanah di kawasan ini sedikit demi sedikit terhakis dan diberikan kepada warga asing terutamanya dari Kemboja dan Myanmar. Malah, Najib juga memunggah begitu ramai orang Kedah dan Perlis untuk membuka kampung baru di Pekan. Mereka diberi layanan isitimewa dan berbagai lagi kemudahan. Tapi kami orang Melayu di Pekan terus dipinggirkan.

    Projek-projek pembangunan semua diberikan kepada orang luar dan bukan kontraktor tempatan anak Pekan sendiri. Akhirnya kami makan habuk sebaliknya kemewahan dikecapi oleh orang lain. Dah banyak kali saya bangkitkan isu ini pada Mesyuarat UMNO, tapi jawapannya tetap sama …. apa boleh buat .. Datuk Najib Perdana Menteri kita .. dan kita kena ingat jasa-jasa arwah Ayah dia dulu”, kata beliau lagi dengan nada kecewa. Beliau turut menegaskan, kini orang-orang Melayu dalam UMNO di Pekan sebenarnya sudah hilang kepercayaan kepada Najib.

    Tambahan pula bila mereka melihat proksi isteri Najib iaitu Rosmah Mansor begitu rakus menyapu projek-projek dekat Pekan hatta untuk projek kelas F sekali pun..rasa2 nya hati pun amat berat megata kan di dun bagan pinang pun ada kes macam nie..cuba tanya pada zaimah..san kuncu2 nya..ada nampak sowang pemuda megundi di peti undi di sekolah bagan pinang san sekali lagi nampak di sekolah rendah teluk kemang..apa macam zaimah????

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 394 other followers

%d bloggers like this: