Daily Archives: August 22, 2013

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia: ke mana arah haluannya?

logo upnmUPNM satu universiti yang seharusnya melahirkan tentera yang tahan lasak, berani, terlatih dan intelektual. Itulah harapan rakyat dan anggapan kebanyakan orang apabila melihat UPNM.

Tapi malang UPNM dalam dilema antara memenuhi kehendak Jabatan Pendidikan Tinggi menjadikan ia sebuah universiti awam yang memenuhi semua keperluan birokrasi awam seperti

  • pelajarnya memenuhi kelayakan akademik SPM, STPM dan boleh terdiri daripada orang awam, tidak ada pra-syarat sebagai kadet askar
  • pensyarahnya mesti mempunyai kelayakan yang ditetapkan oleh JPT  iaitu bilangan pemegang ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah; pegawai tentera yang berkhidmat sebagai pensyarah yang tidak cukup syarat ini boleh diberhentikan
  • skala gaji pensyarah dan promosi jawatan sama seperti skala JPT
  • kurikulumnya mengikut peraturan JPT tetapi pelajar yang memilih karier tentera akan ikuti sukatan pelajaran tambahan

atau memenuhi keperluan sebuah universiti yang boleh melahirkan tentera yang tahan lasak, berani, terlatih dan intelektual seperti:

  • pelajarnya memenuhi kelayakan akademik SPM, STPM dan/atau pernah menjadi kedet polis atau askar di sekolah atau pernah mengikuti latihan persekolah tentera seperti RMC atau pernah mengikuti latihan tentera  di kem tentera dan akan ikuti kursus asasi jika tidak memenuhi kelayakan SPM atau STPM
  • pensyarahnya terdiri dari bekas pegawai tinggi tentera serta memenuhi syarat persamarataan akademik berdasarkan kepada pengalaman  dan perkhidmatan dalam tentera selain daripada pensyarah yang memegang ijazah sarjana dan doktor falsafah
  • skala gaji pensyarah dan promosi jawatan sama seperti skala JPT dengan pengubahsuaian bagi pensyarah yang terdiri daripada pegawai tinggi tentera yang telah memenuhi syarat persamarataan akademik
  • kurikulumnya memenuhi piawai khas sebagai sebuah universiti tentera dan bukan universiti awam semata-mata.

n158_g1


Akibat dilema inilah UPNM melalui proses ketidaktentuan. Pemilihan Naib Canselor dan lantikan pensyarah serta peraturan JPA dan JPT telah menambah komplikasi dalam pengurusan UPNM. Kerajaan seharusnya meletakkan kepentingan UPNM setaraf atau sebaik mungkin tahapnya dengan pusat latihan akademik tentera (military academy)  di luar negara .

UPNM harus mengambilkira kemasukan pelajar khususnya dari

  • Officers Cadet School in Port Dickson (OCS)
  • Malaysian Armed Forces Staff College (Maktab Turus Angkatan Tentera)
  • Armed Forces Health Training Institute (Institut Latihan Kesihatan Angkatan Tentera)
  • Malaysian Peacekeeping Training Centre (Pusat Latihan Pengaman Malaysia)
  • Reserve Officer Training Units (Pasukan Latihan Pegawai Simpanan or PALAPES) or ROTU

kerana kesinambungan latihan pemantapan mental, fizikal, emosi, spiritual, daya juang, daya tahan, di peringkat pengajian tinggi akan dapat dijalankan dengan lebih baik berbanding dengan pelajar awam yang tidak ada “roh dan jiwa” tentera, malah pelajar awam ini boleh pilih untuk tidak menjadi tentera selepas tamat pengajian di UPNM.


Kerana kecelaruan falsafah, visi, dan misi UPNM dari awal lagi serta kekalutan JPA dan JPT dalam membantu mencorakkan universiti beracuan tentera Malaysia yang berintegriti inilah akhirnya berlaku beberapa perkara yang menghina institusi tentera, pengorbanan tentera, maruah dan harga diri tentera berpangkat tinggi dan bakal tentera Malaysia yang tidak ada kepastian kelasakan dan keberanian mereka untuk mempertahankan negara.

1. Lihat kekalutan dalam video ini:  

Pemangku TNC UPNM bertikam lidah dengan pegawai tinggi tentera yang merupakan ahli akademik UPNM

2.  Kritikan dan tandatanya mengapa TNC UPNM boleh dilantik dari orang awam dan mengapa ramai pegawai tinggi tentera yang merupakan ahli akademik UPNM dipecat beramai-ramai?

WarkahDaily – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merasa terkejut dengan perlantikan Professor Dr Rugayah Mohamed sebagai Timbalan Naib Canselor (TNC) Akademik dan Pengantarabangsaan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Menurut Naib Ketua DPPM, Dr Raja Ahmad Al-Hiss, Dr Rugayah pernah menyandang TNC (Penyelidikan dan Innovasi) di Universiti Teknologi Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), namun perkhidmatannya terpaksa ditamatkan pada awal Februari 2012 yang lalu.

Menurut sumber, Dr Rugayah dikatakan telah mengheret pentadbiran UTHM ke mahkamah dan perbicaraan akan dibaca pada 29 Mac ini, kata Raja Ahmad dalam satu kenyataan yang diemailkan kepada WarkahDaily (WD), hari ini.

“Kes ini dijangka akan dibicarakan selama lima (5) hari mulai 29 Mac 2012 hingga 3 April 2012 dengan seramai 13 orang staf di subpeana termasuk Mantan Naib Canselor UTHM Dato’ Professor Ismail Bakar,” beritahu Raja Ahmad(gambar).

Kenapa dilantik orang yang dah dipecat

Menurut Raja Ahmad lagi, persoalan yang timbul bagaimana seorang yang telah ditamatkan perkhidmatan boleh dilantik semula sebagai TNC di tempat lain. Padahal beliau telah mengaibkan bekas majikannya dengan tindakan saman dan ianya bakal dibicarakan.

“Bagaimana seorang yang telah ditamatkan perkhidmatan sebagai TNC disalah sebuah IPTA lain dan telah mengaibkan institusi terdahulu berkenaan dengan tindakan saman mahkamah telah dilantik pula ke sebuah institusi lain.

“Dalam keadaan pula kes tersebut akan dibicarakan dan belum dapat ditentukan saman tersebut fitnah atau sebaliknya diangkat pula sebagai TNC sebuah IPTA lain sedang IPTA tersebut mempunyai ramai bilangan Professor yang lebih layak dan mempunyai integriti yang tinggi,” jelas Raja Ahmad lagi.

Sedangkan Menteri Pengajian Tinggi pernah berjanji, setiap lantikan Naib-Naib Canselor dan TNC perlu melalui proses Jawatankuasa Pemilih (Search Committee) yang ketat. Tapi, bagaimana Dr Rogayah boleh dilantik semula.

“Tidak adakah calon-calon yang bersih dan mempunyai kredebiliti yang lebih tinggi layak untuk memikul tanggungjawab tersebut,” soal Raja Ahmad.

–WARKAHDAILY http://warkahdaily.blogspot.com/2012/02/pelik-dr-rugayah-pernah-dipecat-sebagai_17.html

3. Pelbagai pertanyaan lagi berbangkit:

Guridam Mat Gerek yang bertajuk “Dilema UPNM” http://bm.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=15167&Itemid=59

“PAS persoal Rugayah dilantik TNC UPNM” pada 18 Februari 2012) http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/8186-pas-persoal-rugayah-dilantik-tnc-upnm

4. Adalah suatu yang pelik apabila seorang pensyarah biasa atau inidividu di UPNM terpaksa menjawab pelbagai pertanyaan dan kritikan mengenai UPNM dan bukannya Menteri, JPT atau JPA atau NC atau TNC atau pejabat PRO UPNM. Apakah Prof. Prof. Dr Teh Yik Koon ada autoriti yang sah mewakili UPNM atau pandangan peribadi beliau sahaja? http://www.negarakita.com/Post-836249-Penjelasan+pensyarah+UPNM

Dengan hormatnya saya ingin merujuk kepada artikel yang diterbit dalam Harakah pada 3 July 2013 yang bertajuk “UPNM: Kenapa panglima tidak lagi jadi panglima?”(http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/20486-upnm-kenapa-panglima-tidak-lagi-jadi-panglima) dan juga YouTube dalam website tuan yang bertajuk “PAS persoal kenapa Tan Sri Zainal diturunkan pangkat?” pada 2 Julai 2013 (http://www.youtube.com/watch?v=B-f49ZtykF8&feature=youtu.be).Untuk maklumat para pembaca, saya telah menulis kepada Ketua Pengarang Harakah, En Zulkufli Sulong, untuk menarik balik artikel dan video tersebut selepas saya emel YB Dato’ Mahfuz Omar untuk berbuat demikian tetapi tidak ada maklumbalas dari beliau. En Zulkifli tidak menarik balik artikel dan video tersebut dan telah meminta untuk menerbit apa yang saya emel kepada beliau. Memandangkan kedua-dua video dan artikel tersebut penuh dengan fitnah terhadap Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli Bin Hj Zainal Abidin, saya terpaksa menulis artikel ini untuk diterbitkan dalam Harakah.Sebenarnya, ada seorang penulis yang bernama Mohd Sayuti Omar yang juga telah menulis artikel yang hampir sama dan disiarkan dalam The Malaysian Insider. Saya telah menerangkan kepada pihak pengurusan The Malaysian Insider perkara yang sebenarnya berlaku dan mereka telah menarik balik artikel tersebut. Saya juga berharap pihak Harakah akan berbuat demikian selepas artikel saya diterbitkan kerana Harakah adalah akhar sebuah parti Islam yang semestinya tidak akan menyiarkan perkara fitnah terhadap orang lain.Untuk maklumat tuan, saya pernah berkhidmat di bawah Tan Sri Zulkifli dan berani mengakui bahawa apa yang YB Dato’ Mahfuz katakan adalah fitnah. Bagaimana YB Dato’ Mahfuz, seorang Naib President sebuah parti Islam boleh menyebarkan fitnah tanpa mengenali orang yang difitnah? Apa beza YB Dato’ Mahfuz dengan ahli politik Umno yang selalu dikutuk oleh PAS?mm30__mg_1963Untuk maklumat tuan, Tan Sri Zulkifli adalah Naib Canselor (NC) kedua UPNM. Beliau (pada masa itu Dato’ Zulkifli) telah diarahkan oleh KEMENTAH untuk mengambilalih kepimpinan UPNM kerana pencapaian UPNM oleh pihak pengurusan sebelum beliau adalah tidak memuaskan. Tan Sri Zulkifli telah dapat memajukan UPNM hinggakan disegani oleh universiti dan maktab pertahanan di rantau ini. Tan Sri Zulkifli adalah seorang yang “lead by example”. Pada 7.30 pagi, kami boleh nampak beliau mula membuat pemantauan terhadap kadet. Pada pukul 6.30 petang beliau masih lagi memantau latihan kadet. UPNM boleh dikatakan berada dalam masa kegemilangan di bawah kepimpinan Tan Sri Zulkifli. Staf yang rajin bekerja semua suka beliau kerana kami yakin dengan kepimpinan beliau untuk menjadikan UPNM sebagai sebuah universiti yang bertaraf dunia. Yang tidak suka beliau adalah pemalas yang tidak berkualiti. Malang untuk UPNM, Tan Sri Zulkifli, kerana kejujuran dan dedikasi beliau, diberi kenaikan pangkat kepada Timbalan Panglima Tentera Darat, dan ditarik balik oleh KEMENTAH.UPNM terpaksa menerima pihak pengurusan baru yang dihantar oleh KEMENTAH. Pentadbiran pihak pengurusan tersebut penuh dengan kontroversi sepertimana yang disiarkan oleh Harakah sendiri di
http://bm.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=15167&Itemid=59 (guridam Mat Gerek yang bertajuk “Dilema UPNM”) dan  http://bm. harakahdaily.net/ index.php/ berita-utama/8186- pas-persoal-rugayah-dilantik-tnc-upnm (artikel yang bertajuk “PAS persoal Rugayah dilantik TNC UPNM” pada 18 Februari 2012).

Pengurusan tersebut ingin menukar UPNM dari sebuah universiti pertahanan untuk tentera kepada sebuah universiti untuk orang awam. Kursus teras universiti seperti “Laws of Armed Conflict” dan “Introduction to Strategic Studies” semua dibuang. Perkhidmatan pensyarah tentera tidak disambung kontrak dan diganti dengan pensyarah awam. Perkara ini telah dipersoalkan oleh Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS pada 22 November 2012, “Pas mahu KPT siasat 92 pensyarah UPNM ditamat kontrak” (http://www.sinarharian.com.my/politik/pas-mahu-kpt-siasat-92-pensyarah-upnm-ditamat-kontrak-1.106086).

Kes plagiat dan kes manipulasi data penyelidikan “dibenarkan” berlaku di kalangan pensyarah muda dan senior.  Kenaikan pangkat ke taraf Profesor Madya dan Profesor dibuat tanpa penilaian luar sepertimana yang dilakukan oleh universiti lain.

Oleh sebab salah laku oleh pihak atasan menjadi semakin berleluasa, sekumpulan kecil pensyarah senior telah menyuarakan perkara tersebut kepada pihak atasan. Kerana itu, mereka telah dianiayai. Silalah lihat YouTube di mana mereka tengah berdebat dengan Timbalan Naib Canselor berkenaan dengan salahlaku pihak atasan (http://www. youtube.com/ watch?v= AkHjKNfhoqs).

Universiti-Pertahanan-Nasional-MalaysiaAkhirnya sekumpulan pensyarah tentera dan bekas tentera cuba menyelesaikan masalah UPNM dengan menghantar petisyen kepada Lembaga Pengarah UPNM (salinan kepada ahli-ahli Majlis Angkatan Tentera dan Kementerian Pengajian Tinggi). Akhirnya, Majlis Angkatan Tentera, dengan perkenan Yang DiPertuan Agong (bukan bekas Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Zahid Hamidi) memutuskan untuk menarik balik bekas NC UPNM dan menghantar Tan Sri Zulkifli untuk memulihkan UPNM yang “sakit tenat”. Staf yang rajin dan berintegriti gembira dengan kepulangan Tan Sri Zulkifli kerana kami memang berharap UPNM akan dapat menjadi sebuah universiti bertaraf dunia yang kami boleh banggakan. Ini adalah kisah UPNM dan bukan apa yang YB Dato’ Mahfuz atau Mohd Sayuti Omar hebahkan.

Berkenaan dengan kenyataan mengapa Tan Sri Muhiyuddin lambat menandatangan surat perlantikan untuk Tan Sri Zulkifli, ini adalah apa yang saya fahami daripada rakan-rakan di UPNM, “it is because little Napoleans at Ministry of Education who do not want a military man to be a VC has been using the delaying tactics to stop Tan Sri Zul from coming in.”

Berkenaan dengan pembelian pesawat tentera (RIV), saya meminta Harakah dan YB Dato’ Mahfuz menyiasat dahulu siapa yang ada autoriti untuk membeli peralatan tersebut dan fahami istilah “chain of command” dalam angkatan tentera.

dm1068_kadet_tenteraSaya berharap apa yang saya telah terangkan akan dapat menyakinkan pihak Harakah untuk menarik balik artikel dan YouTube berkenaan dengan Tan Sri Zulkifli yang penuh dengan fitnah, terutama sekali bila ia disiarkan dalam bulan puasa yang suci. Menfitnah orang tanpa asas adalah satu perkara yang betul-betul jahat, menjijikkan dan termasuk dalam salah satu dosa besar. Lagipun, artikel dan YouTube tersebut juga menjejaskan titik peluh perjuangan kami selama dua tahun untuk mempertahankan struktur dan integriti sebuah universiti pertahanan.

Kalau YB Dato’ Mahfuz Omar dan Harakah betul-betul prihatin terhadap UPNM, silalah buat gesaan untuk satu siasatan dibuat terhadap pengurusan yang lepas mengenai segala tuduhan yang dibuat oleh sekumpulan pensyarah di UPNM hinggakan Tan Sri Zulkifli terpaksa dipanggil semula untuk menerajui UPNM. Mereka yang didapati salah perlu diambil tindakan yang sewajarnya.

Sekian, terima kasih.

Prof. Dr Teh Yik Koon
Jabatan Pengajian Strategi
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

—Apakah Prof. Dr Teh Yik Koon layak menjadi jurucakap bagi pihak UPNM untuk menjawab semua persoalan dan kritikan yang dilontarkan oleh rakyat? Ke manakah haluan UPNM? Apakah Malaysia akan melahirkan tentera atau askar yang hebat di medan pertempuran atau hanya hebat di atas kertas dan ijazah?

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 394 other followers