Berfikir di luar kotak tangani demonstrasi

Pada 1 ogos 2009, satu lagi peristiwa bersejarah berlaku di negara Malaysia apabila sekelompok rakyat atas nama Gabungan Mansuhkan ISA (GMI) yang terdiri dari pelbagai pertubuhan NGO dan parti politik, memohon untuk mengadakan perarakan bagi menyerahkan memorandum permohonan pemansuhan ISA kepada Yang DI Pertuan Agung.

Dari sudut hak asasi manusia dan Perlembagaan Malaysia, Artikel 10, rakyat berhak bersuara dan menyatakan pendangan samada dalam bentuk tulisan atau lisan, indvidu atau berkumpulan mengikut lunas undang-undang. Permohonan untuk mendapatkan permit ini telah dibuat olejh penganjur sebagaimana  prosidur biasa dan penganjur berbuat demikian sebagai tanda penghormatan terhadap undang-undang.

Tetapi apabila  permohonan ini tidak mendapat permit, dan terlalu amat sukar untuk dizinkan oleh pihak polis, mengikut pengalaman masa lalu,  maka gelombang kebangkitan rakyat untuk menyerahkan juga memorandum berkenaan pasti tidak dapat dibendung. Rakyat akan pergi juga beramai-ramai walaupun rakyat tahu akan risikonya.

Semua orang faham bahawa memorandum permohonan pemansuhan ISA  ini adalah satu hal yang besar dan perlu sokongan rakyat yang ramai, dan kerana itu ia tidak boleh dihantar melalui pos atau faks atau e-mail, tetapai dibawa beramai-ramai oleh rakyat.

Apalah ruginya kalau KDN atau Polis izinkan? Kalau kita berfikir seperti negara maju dan berfikir di luar kotak sudah pasti tangkapan, kebencian antara kedua pihak rakyat dan kerajaan memerintah, luka di badan, kerosakan harta benda, dan pelbagai keburukan dapat dielakkan.

Cuba kita lihat di negara maju, rakyat dibenarkan berhimpun dan menyatakan pandangan dalam keadaan terkawal.  Di Amerika dan Eropah,  misalnya, rakyat yang mahu berhimpun diberikan ruang dan diberikan beberapa syarat agar program perhimpunan berjalan dengan lancar dan aman.

Kalau KDN dan Polis berfikir di luar kotak dalam menangani peristiwa 1 Ogos 2009 dengan langkah berikut,

  • berikan permit kepada penganjur untuk berhimpun  tetapi program berhimpun diadakan di stadium atau padang luas sahaja atau dewan besar sahaja sahaja untuk tempoh 1-2 jam.
  • selepas sesi ceramah dan penerangan oleh penganjur dalam keadaan terkawal, KDN dan Polis boleh izinkan 2-3 kereta yang naiki oleh pimpinan penganjur (sekitar 12-15 orang) bagi mewakili orang ramai yang berhimpun, dan diiring oleh Polis untuk pergi ke Istana Negara bagi menyampaikan memorandum berkenaan kepada pegawai Istana, mewakili Yang DiPertuan Agung.

maka selesailah program tersebut dengan aman.  Apalah sangat yang ditakutkan atau dibimbangi oleh KDN atau Polis kalau hanya sekadar rakyat mahu menyampaikan memorandum kepada Agong?

Kalau KDN dan Polis boleh kreatif sedikit dalam tangani perhimpunan, maka banyak kerugian yang dapat dielakkan:

  • Tidak ada kecederaan atau pertempuran
  • Tidak ada harta benda rosak
  • Tidak ada penangkapan
  • Kenderaan diletak pada kawasan yang luas di stadium atau kawasan berdekatan dalam keadaan terkawal.
  • Laluan trafik dapat dikawal dan tidak terganggu kepentingan awam kerana program hanya berjalan 2-3 jam sahaja.
  • Sampah sarap dapat dikawal dengan baik.
  • Peniaga boleh mendapat untung dengan kebanjiran manusia yang ramai untuk minum dan makan selepas perhimpunan
  • Hilang atau kurang kebencian rakyat kepada pemerintah kerana rakyat didahulukan dan hak rakyat dalam Artikel 10 diiktiraf oleh pemerintah

Sebahagian rakyat menyatakan bahawa duit cukai dari rakyat digunakan untuk membayar gaji KDN dan Polis serta kakitangan awam bagi mengurus dan mentadbir negara dengan baik, tetapi apabila suara rakyat cuba disekat, sudah pasti rakyat yang menjadi pembayar cukai akan merasa tidak puas hati. Apalah ruginya dibuka laluan cara aman dan terkawal supaya memorandum itu dapat diserahkan kepada Agung?

Olek kerana kreativiti dalam berfikir dikongkong oleh emosi dan kepentingan pihak tertentu,  maka kita tidak mampu untuk berfikir di luar kotak. Maka peristiwa seperti ini akan terus berulang.  Api dalam sekam akan terus hidup membara.

Kita harus kreatif dalam tangani perhimpunan yang akan datang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: