Ceramah umum dan Perhimpunan Awam

Dalam menuju ke arah negara maju, Malaysia harus lebih bersedia mengamalkan nilai universal yang positif dalam mengiktiraf suara rakyat melalui saluran yang betul dan budaya serta etika yang baik. Apabila pengiktirafan ini tidak diberikan perhatian seawajar, maka rakyat mencari ruang alternatif seperti Internet, Radio Internet, TV Internet, SMS dan media lain. Rakyat juga mencari jalan berisiko tinggi dengan turun di jalan.

Jika Artikel 10 diiktiraf maka ia harus dimanfestasikan. Ceramah umum dan perhimpunan awam harus dizinkan dan diberikan permit agar gelagat rakyat untuk menyatakan padangan dan suara berada dalam kawalan yang wajar. 

Di Selangor, Kelantan, Kedah, dan Pulau Pinang, ceramah umum dan perhimpunan umum berlaku dalam keadaan terkawal kerana ia dibuat di stadium, padang awam, dan dewan orang ramai setelah mendapat permit polis negeri masing-masing.  Sebelum ini ceramah umum dan perhimpunan awam dibuat di premis rumah ahli parti politik, yang menyebabkan:

  • orang ramai berdiri atau duduk dalam keadaan tidak selesa; duduk di tepi longkang, tepi jalan, bawah pokok pisang dsb
  • kesesakan trafik yang mengganggu laluan awam
  • sampah sarap di sana di sini
  • kenderaan diletak di sana sini
  • gangguan ke atas jiran berdekatan tempat ceramah atau perhimpunan
  • kesukaran menggunakan tandas
  • dan pelbagai lagi kesulitan yang terpaksa dihadapi oleh rakyat yang cintakan maklumat dan rakyat yang peka terhadap masa depan negara.

Apabila pihak berwajib membenarkan penggunaan tempat awam yang mempunyai kemudahan tempat duduk, tandas, tenpat letak kereta, tong sampah, sistem PA, dan kemudahan lain yang mesra alam, maka perkara negataif di atas dapat dielakkan. Itulah tanda negara maju yang mempunyai tamadun dan jatidiri bangsa yang baik dan jelas. Program ceramah umum dan perhimpunan akan berjalan dalam keadaan yang terkawal dan sihat. Lebih bertamadun sesebuah negara itu apabila, TV, Radio dan akhbar memberi ruang kepada parti politik dan NGO untuk menyatakan suara dan pandangan mereka.

Rakyat adalah pembayar cukai.  Duit cukai digunakan untuk menyediakan kemudahan infrastrukur. Oleh itu rakyat berhak menggunakan kemudahan tempat berkumpul seperti stadium, padang awam, dan premis awam dengan bayaran sewa dan khidmat yang disediakan. Orang yang mahu mendengar ceramah dan berhimpun boleh pilih untuk berbuat demikian dan sebaliknya orang yang tidak mahu mendengar ceramah atau berhimpun boleh juga berbuat demikian. Tetapi permintaan untukberkumpul secara aman tidak harus disekat.

Tugas Polis ialah menjaga keamanan suasana dan keselamatan orang ramai apabila berlaku Ceramah umum dan Perhimpunan awam selain daripada tugas rutin harian mereka. Kewujudan polis harus memudahkan dan bukan menyusahkan rakyat. Rakyat menghormati polis yang profesional dalam menjalankan tugas demi kepentingan rakyat dan bukan kepentingan parti atau kepentingan individu.

Ceramah umum dan Perhimpunan Awam secara aman dan terkawal adalah satu bentuk pendidikan tidak formal kepada masyarakat.  Dengan adanya aktiviti berkenaan, maka wujud rakyat yang bermaklumat dan peka terhadap masalah negara serta masa depan negara. Melalui aktiviti Ceramah umum dan Perhimpunan Awam, minda dan jiwa ahli masyarakat akan berada dalam acuan yang padu; anak-anak muda akan kurang berpelesaran atau  lepak membuang masa; sebaliknya akan peka dengan tuntutan zaman. Hiburan yang bermoral dan menarik  juga boleh diselang seli dalam program Ceramah umum dan Perhimpunan Awam untuk menarik minat orang ramai untuk hadir, sambil mendengar ceramah dan berhibur.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: