Kerajaan dan Pembangkang

Ramai rakyat terkeliru dengan istilah kerajaan dan pembangkang di Malaysia.

Orang UMNO khususnya menyangka bahawa UMNO ialah kerajaan Malaysia. Maka siapa sahaja yang menjadi kakitangan kerajaan mesti sokong UMNO atau jadi ahli UMNO  dan tidak wajar menentang UMNO.

Kemudian mereka menggangap bahawa UMNO yang beri gaji dan pangkat kepada kakitangan kerajaan. Oleh itu, kakitangan kerajaan tidak boleh menentang UMNO. Bagi mereka yang menentang UMNO bermakna kononnya menentang kerajaan. Malah ada juga menganggap kononnya UMNO yang beri jalanraya, letrik, air dan pembangunan!

Mereka juga menganggap siapa yang tidak sokong UMNO atau BN adalah pembangkang dan pembangkang adalah musuh negara.

Ada orang kata pandangan/anggapan seperti di kalangan orang UMNO ini adalah bodoh, dungu, bahalol, bongok, bengap, dan sempit. Saya kata tidak begitu. Tetapi pandangan itu berputik dari sikap dan emosi taksub, fanatik, dan ektremis orang UMNO.

Sebagai rakyat kita harus faham bahawa kerajaan mempunyai sistem, jentera, dan manusia. Sistem dalam kerajaan digerakkan oleh ejensi (jentera) dan di dalamnya terdapat manusia. Di kalangan manusia ini ada yang ahli UMNO, PAS, DAP, PKR, dll dan ada juga yang tidak berparti, dan mereka juga bekerja dalam sistem dan ejensi kerajaan. Saya tidak fikir kalau ahli UMNO sahaja  yang bekerja dalam ejensi kerajaan maka Malaysia boleh bergerak seperti yang ada pada hari ini. Hari ini ramai orang bijak dan berpelajaran sudah tidak mahu bersama UMNO lagi.

Artikel 10 dalam Perlembagaan memberi ruang kepada rakyat untuk bersuara dan  memilih mana-mana pertubuhan berdaftar dan sah di negara ini, termasuk badan politik. Maka menjadi ahli parti politik atau NGO berdaftar selain daripada UMNO adalah sah dan tidak salah di sisi undang.  Dan tidak berdosa juga di sisi agama sekiranya seseorang itu mahu menjadi ahli PAS. Ini yang tidak fahami oleh orang UMNO yang taksub, fanatik, dan ektremis termasuklah yang ada pangkat seprti  Dato’ dan Dr. serta yang belajar tinggi.

Begitu juga jika ada ahli PAS yang mempunyai anggappan yang sama terhadap UMNO.

Kerajaan di Malaysia terbahagi kepada dua: Pusat/Fedral dan Negeri. Di peringkat Pusat, kerajaan Malaysia dikuasai oleh BN. Rakyat menghormati ‘the goverment of the day’. Tetapi di Parlimen, terdapat dua kumpulan: parti pemerintah dan parti pembangkang. Oleh kerana parti pembangkang berada dalam Parlimen, maka parti pembangkang juga adalah sebahagian daripada kerajaan Malaysia. Ini juga tidak difahami oleh setengah orang UMNO yang taksub, fanatik, dan ektremis. Saya tidak pernah dengar MCA, MIC dan komponen parti lain dalam BN yang berfikiran sempit seperti setengah ahli UMNO. Saya kata “setengah” bukan semua.

Di peringkat kerajaan negeri pula, ada negeri yang diperintah oleh BN dan ada yang diperintah oleh PR. Jadi setiap negeri ada ‘government of the day’. Dalam ertikata lain, rakyat harus memahami bahawa kita menerima ‘government of the day’ sebagai kerajaan negeri yang sah. Bagi kakitangan kerajaan, siapa yang menjadi ‘the government of day’ maka kita harus ikut kerana mita adalah kakitangan kerajaan, walaupun menyokong parti yang berlainan.

Tetapi bagi orang yang buta hati, taksub, fanatik, dan ekstermis parti, dan tidak mahu bekerja lagi sebagai kakitangan kerajaan di bawah ‘the government of day’, eloklah dia berhenti. Bagi orang yang faham beza antara parti politik dan ‘the government of day’, mereka akan terus bekerja seperti biasa kerana mereka berkerja untuk rakyat dan kerajaan dalam sistem dan ejensi kerajaan.  Tapi inilah juga yang tidak difahami oleh setengah orang UMNO!

Kalau kerajaan negeri yang memerintah itu dari PR, makna BN di negeri itu adalah pembangkang, bukan pemerintah. Janganlah UMNO-BN perasan bahawa mereka pemerintah pula. Masalah timbul apabila setengah orang UMNO-BN mengganggap bahawa BN masih lagi jadi pemerintah di negeri yang sudah diperintah oleh PR. Ini  satu pandangan orang UMNO yang taksub, fanatik, dan ektremis, walaupun ada orang kata pandangan UMNO ini menunjukkan kebodohan mereka.

Di Pusat, dengan adanya parti pembangkang dalam Parlimen maka berlaku ‘check and balance’ dalam pengurusan dan pentadbiran negara. Begitu juga di peringkat negeri, dengan adanya parti pembangkang seperti BN di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, maka parti pemerintah dari PR tidak boleh membuta tuli dan ikut suka nak buat apa.

Apabila tidak ada ‘check and balance’ , maka akan berlaku pelbagai penyelewengan, kepincangan, penindasan, rasuah, dan kerja kotor di kalangan pimpinan dari parti yang memerintah. Tengok sahajalah negeri Selangor sebagai contoh di zaman BN. Selepas BN jatuh di Selangor, barulah rakyat tahu akan sopak, kurap, dan kudis pada kerajaan lama Selangor.

Sebagi kesimpulan, kita harus iktiraf dan hormati Artikel 10 dalam Perlembangaan. Ejensi kerajaan bukan milik UMNO. Bukan UMNO yang bagi gaji pada pegawai kerajaan, tetapi dibayar dari duit cukai rakyat yang datang dari pelbagai parti dan yang tidak berparti. Pegawai kerajaan tidak harus takut untuk memilih parti mana yang mereka ingin ceburi atau sokongi. Ini bukan zaman batu atau primitif.  Ini adalah hak asasi kita  dan hak kita di sisi Perlembagaan Malaysia.

Kalau ada rakyat Malaysia khususnya ahli UMNO yang masih tidak faham konsep kerajaan dan pembangkang, saya nasihatkan baca pepatah Melayu, “jangan jadi bodoh tidak boleh diajar, degil tak boleh disuruh”.  Tepuk dada tanya iman, bukan tanya selera sebab selera banyak nafsu dan kepentingan.

2 thoughts on “Kerajaan dan Pembangkang

  1. […] Cuba baca ini dahulu untuk memahami beza anda kerajaan dan pembangkang. https://albangi.wordpress.com/2009/08/07/kerajaan-dan-pembangkang/ […]

  2. tulangbesi April 9, 2010 at 1:57 pm Reply

    ‘Perisik Israel’ Di Bukit Aman: Hisham Arah Siasat
    http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=3892

    Sumber Malaysiakini

    Kementerian dalam negeri akhirnya mengakui bahawa wujudnya masalah dengan firma komputer yang mengendalikan perisiannya di Bukit Aman dan telah mengarahkan perkhidmatan berkenaan ditamatkan.

    “Sebagai rekod, kontrak dengan syarikat Asiasoft telah ditamatkan,” kata Menterinya, Datuk Seri hishamuddin Hussein di Putrajaya, hari ini.

    Selain itu, katanya, kerajaan akan mengambil empat pendekatan bagi menyiasat dakwaan bahawa perisik Israel berjaya menembusi maklumat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

    Hishammuddin berkata sebagai langkah permulaan pegawai khasnya telah diarahkan untuk membuat laporan polis.

    Laporan yang sama juga dibuat kepada Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM).

    Perkara yang sama juga akan dibawa ke Majlis Keselamatan Negara dan Jawatankuasa Terpilih Parlimen.

    “Tuduhan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim adalah serius. Justeru, kita mesti menyiasat bagi menentukan kesahihannya,” katanya.

    6 April lalu, Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar mendedahkan perisik Israel wujud di Bukit Aman.

    Ahli parlimen Permatang Pauh itu membuat pendedahan berkenaan ketika membahaskan bajet tambahan Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat dengan mengemukakan beberapa dokumen bagi menyokong dakwaannya itu.

    Menurut Anwar penglibatan syarikat berkenaan adalah melalui subkontrak daripada sebuah syarikat tempatan untuk menaiktaraf sistem komunikasi analog PDRM kepada sistem digital.

    Kontrak yang dikenali dengan nama APCO 425 itu disubkontrakkan kepada syarikat bernama Asiasoft Malaysia pada tahun 2008.

    Dakwanya lagi, dua pemegang saham dalam syarikat berkenaan ialah B System Sdn Bhd dan Asiasoft PLC.

    ‘Perisik Israel’ di Bkt Aman: Hisham arah siasat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: