Arak, alkohol: Islam vs bukan Islam

Arak adalah satu minuman yang mengandungi alkohol.  Ia boleh memabukkan peminumnya. Apabila mabuk, akal peminum tidak stabil,  dan ia tidak boleh mengawal dirinya lagi.  Nafsu dan kehendak akan menggiur hebat dan tahap marah akan naik jika diganggu atau dihalang ke atas orang itu.

Islam mengatakan arak adalah ibu kepada segala maksiat. Islam mengharamkan arak ke atas penganutnya walaupun titik atau seteguk arak diminum oleh penganutnya.  Itu adalah ajaran Islam; orang Islam berhak mengamalkannya, dan orang Islam berhak menghalang orang Islam lain dari meminumnya.

Islam juga menekankan bahawa  dosa orang yang menghidang arak, menjual arak, mengurus arak, dan yang berkaitannya dengan juga sama seperti dosa orang minum arak.

Islam menghargai otak dan akal. Apabila manusia mabuk, saraf otaknya rosak dan akalnya lemah serta rosak. Apabila kedua-dua otak dan akal tidak boleh berfungsi dengan baik, ia menghilangkan harga diri, maruah, nilai ekonomi diri, dan menjejaskan keselamatan serta kesejehtaraan kehidupan masyarakat.  Kerana seorang manusia yang mabuk, banyak mangsa yang tidak berdosa pula tercedera dan terkorban.

Orang bukan Islam harus hormati hak orang Islam untuk mengamalkan ajaran Islam.  Orang Islam tidak menghalang orang bukan Islam minum arak.  Dan orang bukan Islam tidak boleh menggalakkan orang Islam minum arak.

Dalam pemerintahan kerajaan negeri atau negara yang diperintah oleh majoriti orang Islam dan di tempat penduduk majoriti orang Islam, penjualan arak harus dihadkan. Siapa yang nak  beli atau minum arak ditempat majoriti orang Islam? Bukankah tak masuk akal kalau menjual arak di tempat majoriti orang Islam?

Dan peraturan perniagaan runcit dan kedai anika dilarang menjual arak, maka mengapa peniaga berkenaan masih jual arak juga? Itu adalah  salah di sisi undang-udang. Penjualan arak dibenarkan tetapi di premis tertentu. Undang-undang tidak menghalang orang bukan Islam minum arak.  Tetapi orang bukan Islam harus menghormati orang Islam yang tidak minum arak dan tidak suka kepada arak.

Kalau orang Islam boleh hormati orang bukan Islam untuk minum arak, maka orang bukan Islam juga harus sedia menghormati hak orang Islam yang amhu mengamalkan ajaran Islam.

Ada beza antara jual beli arak dengan minum arak.  Ini yang tidak difahami oleh sesetengah rakyat Malaysia termasuk orang berpelajaran tinggi, wakil rakyat, dan Menteri.

Untuk tujuan perbincangan di sini, katakalah kita ambil sikap neutral dan lupakan hukum agama sebentar dalam bab arak ini. 

Orang yang minum arak adalah urusan peribadi atau individu. Tetapi apabila ia mabuk, maka ia membawa kerosakan ke atas manusia lain dan alam. Boleh jadi dia bawa kereta dan terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan orang lain terbunuh. Boleh jadi dia tidak mengawal diri dan nafsu hingga memperkosa orang lain, atau memukul anak isteri dan seumpamanya. Ertinya, akibat perbuatan yang dianggap personal atau peribadi itu telah menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan orang lain, maka kesimpulannya arak itu akan membawa kerosakan. Maka eloklah arak itu ditinggalkan.

Saya tidak fikir kalau ada orang bukan Islam mahu mengatakan minum arak itu budaya/cara hidup orang Cina atau ajaran agama Buddha atau ajaran Kristian atau agama Hindu. Ada yang berani mengatakan begitu?

Mungkin minum arak itu budaya/cara hidup SESETENGAH orang bukan Islam dan bukan budaya/cara hidup SEMUAorang yang beragama lain daripada Islam suka kepada arak.

Ada juga orang mengatakan bahawa kalau minum arak sikit tidak mabuk. Minum arak tak apa kalau tidak memabukkan. Orang yang berpendirian seperti ini merasakan itu hak individu. Dalam Islam, hak individu tertakluk kepada Islam.  Bagi yang bukan Islam pula, walaupun ia hak diri sendiri tetapi kesan atas kesihatan diri itu akan memberi kesan kepada keluarganya dan zuriatnya  apabila dia sudah berumahtangga.

Saya tidak perlu menjadi doktor atau ahli sains untuk menjelaskan keburukan arak  ke atas tisu badan, saraf, dan anggota badan. Saya tidak perlu jelaskan dengan panjang lebar mengenai penyakit yang disebabkan oleh arak. Bacalah sendiri dalam Internet. Cari maklumat mengenai dalam google.com.  Educate yourself.

Kepada yang menyokong orang minum arak dan jual arak, kalau pun tidak minum arak, termasuk setengah orang UMNO yang suka sangat nak jaga hati orang bukan Islam atau takut hilang undi orang bukan Islam, eloklah jadi orang yang suka membaca dan mencari ilmu. Di Malaysia, rakyatnya kurang membaca, tanpa mengira perbezaan bangsa, agama, dan politik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: