Arak – sebat

Isu Kartika, seorang model beragama Islam, ditangkap kerana minum arak di sebuah kelab dan hukuman sebat ke atasnya yang diputuskan oleh mahkamah Syariah serta kesanggupan dan kerelaannya untuk disebat adalah satu sejarah dalam negara Malaysia, yang kononnya dikatakan sebagai sebuah negara Islam oleh BN.

Masalahnya, yang menjatuhkan hukum ialah Mahkamah Syariah. Yang melaksanakan hukum ialah Jabatan Penjara. Menteri KDN menyatakan bahawa Jabatan Penjara tidak bersedia kerana tidak ada tukang sebat yang berkelayakan. Pelik! Akhirnya, hukuman sebat ini tertangguh walaupun Kartika telah minta beberapa kali supaya hukuman ke atasnya disegerakan. Beliau tidak mahu ke penjara dan ditempatkan bersama banduan kerana beliau bukan banduan.

Akibat hipokrasi pihak bertanggungjawab, akhirnya hukum sebat ke atas Kartika melangkau lebih sebulan, dan beliau diarahkan supaya dipenjarakan sebelum disebat tetapi kemudian diarah balik ke rumah sehingga selesai bulan puasa Ramadan.

Mengapa sebat? Itulah hukum yang hampir sama dengan hudud. Hudud adalah salah satu ajaran Islam. Apakah salah kalau umat Islam mahu mengamalkan ajaran Islam yang mana salah satunya ialah hukum sebat ke atas peminum arak? Mengapa pula Majlis Peguam mahu membuat supaya hukum sebat di batalkan di negara ini? Inilah satu lagi hipokrasi yang tidak berkesudahan yang dipelolpori oleh BN.

Apabila sebut pasal sebat, maka kelompok hipokrasi jadi kalut dan takut. Hukum sebat dalam Islam sebagaimana hukum hudud yang lain perlu dijalankan dengan cara yang betul dan beradab.

Pertama, sebat dilakukan di khalayak ramai bukan di dalam penjara. Tujuannya ialah untuk mendidik manusia lain, dalam kes ini, kepada umat Islam yang lain supaya tidak melakukan perbuatan yang salah ini. Jika ia dibuat secara tertutup, ia bukan ajaran Islam. Ia tidak akan mendidik rakyat untuk tidak melakukan kesalahan yang sama tetapi hanya untuk pesalah itu sahaja. Jika hukum sebat dibuat secara terbuka dan ditunjukkan dalam TV secara langsung, sudah pasti bilangan orang minum arak di kalangan orang Islam akan berkurangan serta merta.

Kedua, tukang sebat perlu faham cara sebat. Dalam Islam, tukang sebat tidak boleh menghayun rotan dengan mengangkat tangan tinggi sehingga nampak ketiak. Apabila dihayun tinggi sudah pasti tenaga tukang sebab akan kuat dan sebatannya akan membinasakan pesalah. Hukuman dalam Islam bukan untuk membinasakan orang tetapi untuk mendidik. Cara sebat yang diamalkan pada hari ini bukan cara Islam. Itulah yang ditakuti oleh kelompok hipokrasi.

Ketiga, apabila disebat ke atas badan si pesalah, rotan itu hendaklah jatuh pada badan dan tidak ditarik atau disentap bagi mengelakkan badan itu luka yang teruk atau tersiat kulit yang teruk.

Keempat, rotan yang digunakan hendaklah tidak pecah atau bercabang atau berambu-rambu. Jika ia bercabang atau pecah atau berambu, setiap cabang atau urat rambu yang pecah dikira satu-satu. Kalau rotan berkenaan pecah tiga, maka apabila sebatan dibuat sekali, ia dianggap sudah 3 kali rotan. Jika berambu 12, maka satu sebatan dikira 12. Mengapa rotan harus kemas dan berada dalam keadaan yang baik? Ia bagi mengelakkan dari berlaku luka yang tidak perlu pada badan pesalah ketika dirotan.

Kelima, kalau pesalah yang dirotan itu seorang yang lemah, uzur, atau tua, dan tidak mampu menanggung 80 sebatan atau beberapa sebatan, sebatan boleh dilakukan dengan cara mengikat rotan dalam satu ikatan dan dipukul rotan itu pada pesalah. Misalnya satu ikatan rotan yang mempunyai 40 rotan disebatkan dua kali pada badan pesalah, bukan hayunan 80 kali rotan pada badan pesalah yang lemah, uzur, atau tua,

Kepada kelompok hipokrasi, mereka harus baca dan buat kajian akan kelebihan hukum sebat.

……Dr Marina Chuhrova (saintis Rusia) pula menyatakan bahawa beliau mempunyai pesakit tetap seramai 10 orang yang memerlukan rawatan merotan ini. Menurut beliau pada mulanya mereka tidak suka pada kaedah rawatan sedemikian , akan tetapi apabila mereka merasakan kebaikannya mereka mula gemar pada kaedah rawatan sebegini. Malah para penagih-penagih dadah dan arak tadi sanggup pula untuk membayar sekitar RM 400 untuk satu sesi rawatan merotan.

…….Biologist Dr Sergei Speransky who led the research claims corporal punishment, similar to that doled out regularly in British schools in the last century, helps people overcome addiction and depression. He confirms he is not a sadist even though he recommends caning and says the treatment works. A standard treatment course entails 30 sessions with 60 of the best,

…..The Russian team says they are now charging for the caning sessions and are getting over U.S.$ 100 per patient for a standard treatment.

Sumber : http://www.news-medical.net/news/2005/03/29/8788.aspx

Begitu juga hukum sebat ke atas penzina dan pembawa kuman HIV serta orang yang ketagih rokok dan ketagih arak, hukum rotan akan menghasilkan bahan kimia dalam badan untuk memulihkan penyakit dalam tubuh pesalah dan tabiat pesalah. Bacalah, terokalah, kajilah, galilah ilmu Tuhan.

One thought on “Arak – sebat

  1. berita March 30, 2010 at 1:22 pm Reply

    KUALA LUMPUR, 29 Mac: Biarpun mempunyai bilangan rakyat hampir 26 juta sahaja, namun Malaysia adalah antara 10 negara tertinggi dalam pengambilan arak di dunia, kata Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud (gambar).

    Mendedahkan perkara itu di Dewan Rakyat lewat petang ini, beliau berkata, rakyat negara ini membelanjakan sebanyak USD500 juta iaitu lebih kurang RM1.75 bilion bagi pembelian minuman keras.

    “Penjualan beer berkembang di antara 5 hingga 7 peratus setahun melebihi kadar pertumbuhan penduduk iaitu 2.4 peratus, manakala umur purata ketagihan arak ialah 23 tahun,” dedahnya lagi sewaktu membahaskan Titah Yang di-Pertuan Agong.

    Menurutnya, pengambilan alkohol di kalangan remaja khususnya di bawah umur 18 tahun semakin meningkat iaitu kira-kira 45 peratus, dan mereka mengambilnya secara berterusan. Antara faktor peningkatan itu, jelasnya kerana mungkin arak jenis beer sangat mudah diperolehi di kedai-kedai.

    Lebih membimbangkan apabila pendedahan arak dibuat di peringkat umur yang lebih awal. Beliau sewaktu mengemukakan satu kajian, 19 peratus di kalangan pelajar sekolah menengah mengaku pernah meminum arak, manakala 1 peratus mengaku mengambilnya secara berterusan.

    “Dalam satu kajian yang dilakukan ke atas pesakit yang dimasukkan ke hospital KL pada tahun 1993, 48 peratus daripada yang ditanya mengaku minum arak. “Satu pertiga ketagih arak, 61 peratus adalah Cina, 60 peratus India dan 30 peratus Melayu,” katanya lagi.

    Jelasnya lagi, kerajaan dilihat tidak memberi perhatian sewajarnya kepada isu ketagihan arak dan sering mengatakan ianya isu kaum India. Arak juga jelasnya, dibuktikan bukan sahaja membahayakan kesihatan dan menyebabkan gejala sosial, namun kos rawatan penyakit disebabkan arak juga lebih tinggi berbanding pendapatan penjualannya.

    “Negara kita dalam fasa lima mengaku bahawa Islam adalah agama Persekutuan, apakah menyebabkan dadah kita panggil najis dan sekiranya didapati mengedar dadah boleh dihukum gantung sampai mati.

    “Tapi minuman keras, nikotin pada rokok, diberi layanan yang lain dan boleh didapati dengan berleluasa. Atas alasan apakah minuman keras tidak dimasukkan sekali dalam akta dadah merbahaya sedangkan kesannya atas kehidupan rakyat begitu meluas sekali,” soalnya lagi.

    Trend di Asia, katanya menunjukkan peningkatan ketara setiap tahun berbanding trend di negara Eropah yang semakin menunjukkan penurunan akibat kempen mereka yang agresif. Peningkatan di negara ini juga, jelasnya akibat undang-undang terlalu longgar seperti Akta Aksais Seksyen 32 (1)(a) dan (b) mengecualikan penjualan todi dan beer dalam tin dan botol.

    “Apabila saya menang di Kota Raja, saya didatangi sekumpulan India dari golongan pertengahan dan rendah.

    “Mereka meminta tolong saya supaya memastikan arak dan todi tidak dijual secara mudah di kedai-kedai runcit,” katanya.

    Mengulas lanjut beliau berkata, arak dan todi di kedai-kedai runcit pada waktu ini boleh diperolehi dalam plastik dengan harga RM2 atau RM3. (AK)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: