UMNO Selangor – kepala lembu!

UMNO Selangor menganjurkan demonstrasi dan perarakan dengan membawa kepala lembu yang segar dengan darah ke pejabat MB Selangor sebagai tanda protes “pembinaanan” kuil Hindu di Seksyen 23 Shah Alam pada hari 28 Ogos 2009 baru-baru ini.

Lembu adalah binatang suci penganut Hindu. Lembu tidak dibunuh atau disembelih dan daging lembu tidak dimakan oleh penganut agama Hindu. Membawa kepala lembu dengan sorakan dan lagak samseng itu sebenarnya mengundang pergaduhan agama. Itulah usaha UMNO Selangor dalam siri percubaannya untuk menjatuhkan kerajaan PR Selangor sebelum tarikh keramat 2 Septemmber.

Rakan saya kata orang Melayu UMNO ini bodoh, bebal, dan sengaja cari pasal nak timbulkan 13 Mei semula. Bukan saja pergaduhan agama tetapi pergaduhan kaum. Saya kata mereka bukan bodoh atau bebal tapi pandai…pandai menipu, pandai buat jahat.

Penganut agama Hindu semakin marah kepada UMNO Selangor, dan sekaligus kepada BN. Apatah lagi MIC tidak bersuara membela orang India yang menganut agama Hindu. Penganut agama Hindu semakin marah kepada UMNO Selangor dan bukan kepada semua Melayu tetapi Melayu UMNO Selangor.

Melayu PAS tidak bersetuju dan menentang keras gimik UMNO menggunakan kepala lembu yang segar dengan darah! Bacalah kenyataan PAS mengenai isu ini.

–petikan kenyataan Ketua Penerangan PAS —-

Pas mengutuk demontrasi yang membawa kepala lembu selepas jumaat  di pejabat Setiausaha Kerajaan  Negeri Shah Alam pada 28/8/2009. Tindakan ini dibuat ekoran pemindahan tapak kuil lama di Seksyen 19 ke Seksyen 23 Shah Alam. Bantahan dibuat  oleh “Badan Bertindak”  penduduk Seksyen 23.  Pas memandang berat tindakan yang dianggap sebagai provokasi untuk menimbulkan huru hara dalam negeri Selangor. Kita bimbang ada tangan ajaib sebagai satu cara untuk menjatuhkan kerajaan pakatan rakyat di Selangor. Dengaan harapan ada pula sebelah pihak yang dihina akan bangkit bertindak,  dengan cara ini suasana tidak tenteram akan berlaku.

Pas sebagai sebuah parti yang berpegang dengan prinsip Islam, tetap menghormati kebebasan beragama dan Islam tidak membenarkan umatnya menghina agama lain seperti yang dijelaskan oleh al-Quran dalam surah al-An’am ayat 108

“Dan janganlah kamu maki sesembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa dasar pengetahuan. Demikianlah kami jadikan setiap umat menganggap  baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada tuhan tempat kembali mereka, lalu Dia akan memberitahukan kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan” 

——————————

Inilah antara usaha UMNO Selangor, di bawah telunjuk Khir Toyo dan kuncu-kuncunya termasuk Pengerusi Badan Perhubungan Selangor untuk menumbangkan kerajaan PR Selangor.

Sebelum ini mereka cuba jatuhkan karajaan PR Selangor melalui

  • fitnah saman lembu ke atas MB Selangor dari PKR
  • fitnah isu salahguna wang berkaitan kereta peribadi MB
  • fitnah isu khalwat ke atas Exco dari PAS
  • fitnah isu peribadi dan keluarga ke atas ADUN dari PR
  • fitnah isu foto ‘bogel” ke atas Exco dari PKR
  • fitnah isu arak ke atas Exco dari DAP dan PAS
  • fitnah pembunuhan Teo Beng Hock
  • dan kini, fitnah isu kuil dn kepala lembu….
  • entah apa lagi selepas ini………

Polis seharusnya bertindak cepat menangani demonstrasi dan perarakan yang berbau agama dan perkauman ini serta berpotensi mencetus pergaduhan seperti  peristiwa 13 Mei! Jangan tunggu dan lihat, takut nanti jadi macam Serbia dan Bosnia nanti. Bertindaklah dengan cara profesional.

Sebenarnya isu ini bukan mengenai “pembinaan” di  kuil tetapi “pemindahan” kuil sedia ada dari Seksyen 19 ke Seksyen 23.   Tapak kuil di Seksyen 23 bukan berdekatan dengan rumah majoriti orang Melayu tapi di kawasan industri dan kilang, manakala kuil yang ada di Seksyen 19 adalah bersebelahan dengan rumah majoriti orang Islam.  Ketika kawasan perumahan di Sekyen 19 dibangunkan dan rumah dijual kepada orang ramai, pemaju tidak menyebut ada kuil di situ. Kita difahamkan kuil di tapak Seksyen 19 telah ada sebelum Shah Alam wujud.

 Inilah masalah warisan kerajaan lama di Selangor yang membenarkan pemaju membangunkan sesuatu kawasan dengan merahsiakan kedudukan tapak kuil di kawasan yang bakal dihuni oleh majoriti orang Islam. Begitulah juga masalah warisan kerajaan lama dalam isu Kg Buah Pala di Pulau Pinang. Kerajaan lama yang salah urus Kg Buah Pala dan masalah ini ditinggalkan kepada kerajaan baru PR.

Hanya Melayu UMNO Selangor yang bawa kepala lembu atau kata rakan saya, mereka berkepala lembu. Saya kata jangan begitu. Sebenarnya yang menjadi dalang di sebalik provokosi ini ialah seorang dua sahaja dan mereka menggunakan UMNO untuk tujuan mencapai niat dan hajat mereka untuk menjatuhkan kerajaan PR Selangor.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: