Tun Mahathir – elok berehat, cukuplah

Tun Mahathir, nama yang tidak asing lagi pada rakyat Malaysia dan dunia seluruhnya. 22 tahun menjadi Perdana Menteri Malaysia. Jasanya memang banyak pada rakyat Malaysia terutama pembangunan fizikal dan pembangunan minda dan daya keyakinan diri. Tetapi dosanya pada Tuhan dan umat Islam, Tuhan sahaja yang tahu.

  • Dia pernah bawa kemajuan, tapi dia juga pernah hina janggut Nabi.
  • Dia pernah kata “Malaysia negara Islam” tapi dia juga pernah kata hukum Islam tidak sesuai dalam masyarakat majmuk
  • Dia pernah bawa konsep “Malaysia Boleh”, tapi dia juga yang buat polisi penghapusan bahasa Melayu dalam pengajaran Sains dan Matematik kerana katanya remaja Malaysia tidak pandai berbahasa Inggeris.
  • Dia pernah perkenal sistem kuota dalam pemilihan UMNO, tapi kini dia juga sokong hapuskan sistem kuota
  • Dia pernah bawa masuk Anwar Ibrahim dan Isa Samad, tapi dia juga yang menolakdan membuang  keduanya.
  • Dia bawa Samy Velu ke dalam BN, kini dia tak mahu Samy Velu terus memegang jawatan Presiden MIC (Samy akan pecah rekod guiness menjadi Presiden parti politik palng lama dalam Malaysia, mungkin dalam dunia, jauh lebih lama dari Tun)
  • Dia pernah itu..dan pernah ini….dan 1001 macam lagi kalau kita hendak ulas.

Sebagai rakyat Malaysia, kita rasa cukuplah Tun buka mulut secara terbuka walaupun kita tidak menghalangnya berbuat demikian. Jangan sampai nanti jasanya dulu tidak dihargai lagi oleh rakyat Malaysia. Kalau Tun ada cadangan untuk UMNO atau negara, sampaikanlah terus pada anak-anak buahnya dalam BN. Jika tidak,  ia hanya merugikan BN.  Tun boleh menjadi liabiliti kepada BN, bukan sahaja Samy Velu yang dikatakan liabiliti kepada BN. Kekalahan BN 1999 adalah kerana Tun. Kekalahan BN dalam 2008 juga kerana warisan yang ditinggalkan oleh Tun.

Kalau Tun terus campurtangan dalam politik negara, khususnya, dalam UMNO dan  BN, Tun akan menyaksikan kejatuhan BN seterusnya dalam PRU ke 13. Tun akan menjadi ‘living liablity’ kepada BN.

Kalau Tun ada cadangan yang baik untuk rakyat, eloklah ia sampaikan dalam blognya atau secara terbuka dalam media tanpa mengaitkannya dengan kepentingan politik mana-mana parti parti tetapi untuk kesejahteraan rakyat Malaysia.

Bekas Presiden Amerika, seperti Henry Ford, Jimmie Carter, Ronald Reagan, dan George Bush pun tidak campur tangan dalam politik Amerika secara terbuka selepas bersara. Tun tidak payah tiru macam Lee Kuan Yiew. Lee Kuan Yiew buka juga mulut tetapi dia tidak hentam kerajaan Singapura yang diperintah oleh anaknya.  Dia juga tidak membuat kenyataan terbuka mengkriktik parti pemerintah. Tapi Tun hentam keromo ikut suka sahaja. Masa zaman Pak Lah pun Tun hentam. Masa zaman Pak Najik pun, Tun hentam juga.

Seterusnya, eloklah Tun, bertaubat dari dosa-dosanya lampau, samada yang Tun sedar atau tidak sedar, samadanya yang langsung atau tidak langsung. Di hujung umur senja ini, eloklah Tun banyak bertasbih, bertahmid, dan bertakbir. Juga membuat banyak amal soleh dan kebajikan bagi menampung kekurangan agar dapat bawa bekalan secukupnya untuk bertemu dengan Allah SWT di padang mahsyar kelak. Tun harus ambil iktibar dari orang-orang yang terdahulu daripadanya yang pernah berada dalam nazak. Tun masih ada masa lagi untuk bertaubat dan membetulkan kesilapan lampau.

Namrud tidak sempat bertaubat. Firaun tidak sempat bertaubat. Abu Jahal dan Abu Lahab tidak sempat bertaubat. Kamal At-Tartuk tidak sempat bertaubat. Apakah Tun akan termasuk dalam golongan ini?

Wahai Tun yang dikasihi, eloklah berehat, cukuplah. Tumpukan hari-hari seterusnya untuk bertemu Allah dalam keadaan yang berserah diri pada Allah bukan sahaja jasadnya tetapi jiwa, mental, dan imannya. Semoga Allah memberi taufik dan hidayah kepada Tun.

2 thoughts on “Tun Mahathir – elok berehat, cukuplah

  1. Ar Razie September 25, 2009 at 5:50 pm Reply

    Elok juga nasihatkan Tun Mahadir tu. Bukan apa..dalam Tun membebel & komplen pihak lain yang dulunya sekapal dengannya, Tun tak nampak pula kesalahan yang sama yang pernah Tun lakukan sebelumnya. Saya lihat makin banyak Tun melalut pasal orang lain, makin banyak pekung lama Tun yang terdedah kembali. Zaman Tun dah berubah. Pahlawan & panglima segagah mana pun..sampai waktu akan rebah juga dek faktur usia. Jadi beringat2lah.

  2. albangi November 21, 2009 at 6:28 am Reply

    Selepas PRK Bagan Pinang, nampaknya Tun Mahathir sudah mula senyap sedikit dan kurang kontrversi..baguslah. Kalau beliau dilantik Menteri Kanan, mungkin akan terdengar semula suaranya. Tan Sri Isa yang menang di Bagan Pinang juga tidak kedengaran kisahnya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: