Pendidikan Seks di Malaysia

20101002-pendidikan-seksIsu pendidikan seks sebenarnya bukan satu isu kontroversi.  Ia menjadi kontroversi bila ada orang yang cuba mensasikan isu ini khususnya individu, pemimpin, dan  NGO yang ada kepentingan tertentu dalam negara ini.

Untuk mudah memahami pendidikan seks ini, kita mulakan dengan agama. Agama yang lebih jelas memberi garis panduan dalam pendidikan seks ini ialah Islam. Kita boleh bincangkan pandangan agama lain dalam isu pendidikan seks ini jika ada pengunjung yang sudi memberi komen dan maklumat.

Di dalam Islam, pendidikan seks berlaku secara formal dan tidak formal serta diinstitusikan melalui ajaran/peraturan di bawah ini. Pada setiap tindakan di dalam kategori ini tersirat pendidikan mengenai beza jantina lelaki-perempuan, batas-batas antara keduanya, dan hubungan seks antara keduanya

  • KELAHIRAN: wajib anak lelaki dan anak perempuan dikhatankan.
  • RUMAH: wajib sebuah rumah ada minima 3 bilik: bilik ibubapa, bilik anak lelaki, dan bilik anak perempuan
  • TEMPAT TIDOR: wajib anak lelaki dan perempuan dipisahkan tempat tidor mereka apabila mereka sudah akil baligh
  • PERGAULAN: hubungan sosial yang terkawal, tidak bersentuh lelaki perempuan, mengawal mata antara jantina
  • AURAT: lelaki – antara pusat dan lutut wajib ditutup; perempuan – seluruh tubuh badan wajib ditutup kecuali muka dan tapak tangan serta buku lali kaki ke bawah
  • PAKAIAN: pakaian lelaki harus menutup aurat; pakaian perempuan harus menutup aurat serta  tidak nipis, tidak ketat
  • KELUARGA: perkahwinan antara lelaki dan perempuan
  • HUBUNGAN SEKS: pelakuan yang sopan, tertib, dan bersih; haram semasa perempuan ketika datang bulan; haram cara tidak tabiie

Inilah antara ajaran/peraturan umum dalam Islam mengenai pendidikan seks. Perincian bagi setiap katgeori di atas boleh dirujuk dalam kitab-kitab hadis dan akhlak.

Pendidikan seks secara khusus pula (termasuklah bab bersanggama, hubungan seks) berlaku melalui kuliah, kelas pengajian, dan majlis muzakarah ilmu yang biasanya dikendalikan di masjid dan surau. Selain daripada itu, terdapat banyak buku-buku khusus menjelaskan dengan lebih lanjut dan terperinci (explicit dan implicit) mengenai topik pendidikan hubungan seks dari kacamata Islam.

2 persoalan yang harus dijawab? Pertama, adakah agama lain daripada Islam mempunyai ajaran/peraturan dalam pendidikan seks? Kedua, adakah penganut Islam mengamalkan ajaran/peraturan dalam mendidik anak-anak dan masyarakat mengenai pendidikan seks?

Jika tidak, maka kita boleh faham mengapa ada kelompangan dalam pemahaman masyarakat kita yang pelbagai kaum dan agama serta di kalangan Muslim yang jahil agama.

Bagaimanapun, dalam amalan umum, kita mendidik ahli masyarakat kita melalui proses sosialisasi beza antara lelaki dan perempuan melalui cara berpakaian dan penggunaan tandas.

Dalam pendidikan sains di sekolah, sejak dari  Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 lagi, memang ada bab pelajaran mengenai organ lelaki dan perempuan, proses pensenyawaan telor lelaki-perempuan yang membawa kepada penghamilan, proses melahirkan anak, dan proses perkembangan anak-anak. Malah pelajar diuji untuk mengingat fakta-fakta dan diuji memberi jawapan kepada masalah yang dikemukakan dalam peperiksaan. Ini adalah pendidikan seks! Mengapa ada pihak kata tidak ada pendidikan seks di sekolah?

Apakah ada pandangan yang mahukan pendidikan seks harus meliputi persembahan atau demonstrasi bagaimana melakukan hubungan seks? Bagaimana mengelak daripada mengandung? Bagaimana menggugurkan anak? Bagaimana mengelak dari penyakit kelamin atau HIV? Apakah ini antara pekara yang harus didedahkan kepada pelajar di sekolah?

Isu sebenar dalam pendidikan seks di sekolah ialah terdapat lompang dalam ilmu yang diajar iaitu tidak ada pengajaran nilai-nilai atau moral yang digandingkan dalam pengajaran ilmu sains mengenai topik tersebut. Alangkah baiknya kalau Kementerian Pelajaran boleh sediakan sisipan peraturan/ajaran moral/amaran dalam hubungan seks lelaki-perempuan, antara lain

  • hubungan seks dalam perkahwinan adalah sah di sisi undang-undang
  • hubungan seks luar tabii, termasuk homoseks dan lesbian, adalah salah di sisi undang-undang  dan boleh memudaratkan diri
  • mengandung di luar nikah adalah salah di sisi undang-undang dan akan menjatuhkan maruah keluarga dan diri sendiri
  • anak yang dikandung di luar nikah akan hadapai pelabagi masalah mental, emosi, dan status dalam masyarakat
  • hubungan seks ketika dalam pantang (haids atau nifas) adalah salah dan memudaratkan
  • hubungan seks dengan pelacur, penagih dadah, dan bertukar pasangan adalah salah dan boleh memudaratkan serta membawa kepada penyakit kelamin  dan HIV-AIDS
  • dan ditunjukkan dalam sisipan itu foto-foto penyakit akibat dari seks bebas, seks di luar tabiie, dan seks dalam pantang; dipaparkan juga foto mereka yang dikenakan hukuman kerana kesalahan di atas bagi tujuan memberi kesedaran kepada pelajar; ini adalah sebahagian dari proses pencegahan.

Ilmu sains mengenai pendidikan seks yang diajar di sekolah hanya bersifat artificial kerana tidak ada roh (moral rohani)  yang diserapkan di dalam proses pembelajaran mengenai seks.

Tetapi mendidik sahaja tidak mencukupi jika tidak ada

  • pencegahan (prevention),
  • pemantauan (monitoring) dan penguatkuasaan atau pelaksanaan hukum (reinforcement), dan
  • pencelahan (intervention)
  • pemulihan (rehabilitation)

Apabila berlaku pergaulan bebas dan melampau, maka tidak mustahil berlaku hubungan seks luar nikah. Apabila mengandung luar nikah, maka akan timbul masalah yang berlarutan.

Oleh itu, dalam program pendidikan seks, harus ada proses pencegahan. Dalam Islam, proses mencegah itu termasuklah umatnya diarah jangan dekati zina; rendahkan mata pandangan antara lelaki dan perempuan; pakai pakaian yang sesuai serta menutup aurat; dan bergaul lelaki-perempuan dalam batas-batas yang dibenarkan.

Di sinilah peranan ahli politik, wakil rakyat (ADUN), ahli Parlimen,  hakim, pegawai keselamatan (polis), dan orang ramai yang harus mendukung undang-undang, bukan melihat undang-undang dan membisu seribu bahasa dalam melaksanakan 4 langkah di atas selepas pelajar dididik di sekolah mengenai asas pendidikan seks.

Antara proses pencegahan yang perlu dilakukan ialah menghadkan penjualan kondom, memantau  menghadkan bilangan pusat hiburan serta pergaulan bebas, memantau dan mengambil tindakan tegas ke atas penerbitan dan pengedaran bahan lucah, dan memusnah rangakaian aktiviti pelacuran.

Tahukah anda bahawa di Malaysia terdapat lebih 150 ribu pelacur berdaftar?  [Dario Agnote (1998). Pelacur di Malaysia seramai: 142,000 pelacur; 8,000-10,000 in Kuala Lumpur. “Sex trade key part of S.E. Asian economies” Kyodo News, 18 August 1998 www.catwinternational.org/fb/Malaysia.html. (CATW – Asia Pacific, Trafficking in Women and Prostitution in the Asia Pacific). International Labour Organization.] Bagaimana pula dengan pelacur yang tidak berdaftar di rumah urut dan SPA? Bagaimana dengan khidmat pelacur yang berselindung di sebalik iklan urut dalam akhbar dan majalah? Di mana tanggungjawab KDN, tutup matakah? Dimanakah JAKIM, tutup matakah? Apakah Jabatan Hasil Dalam Negeri tidak mahu memantau dan menutip cukai atas perniagaa yang dibuat secara haram melalui iklan urut dalam akhbar? Di mana tanggungjawab penerbit akhbar? Apakah al-fulus fi dunia yang lebih penting atau maruah bangsa dan agama yang lebih utama?

Apa yang berlaku hari ini ialah apabila PDRM atau akhbar menunjukkan statistik bilangan perempuan mengandung luar nikah dan melahirkan anak luar nikah semakin meningkat, maka Pak Menteri dan Mak Menteri akan menyalahkan dua pihak: ibubapa yang tidak tahu mendidik anak dan remaja yang tidak ada pendidikan seks. Tetapi Pak Menteri dan Mak Menteri itu lupa 4 proses lagi yang tidak dijalankan dengan bersungguh  oleh agensi kerajaan!

Dalam laporan kajian oleh Durex & Durex, Malaysia dikategorikan sebagai negara yang mengamalkan seks luar nikah di kalangan remaja Malaysia dengan purata 62 kali setahun (kajian 2001) dan 86 kali setahun (kajian 2004) berbanding dengan purata golbal 103 kali setahun.  Statistik ini agak tinggi berbanding dengan amalan seks luar nikah di kalangan remaja Jepun yang  mencatatkan 46 kali setahun (kajian 2001). Manakala remaja perempun kehilangan dara di Malaysia di waktu usia yang muda iaitu ketika berumur 20 tahun (kajian 2001) 20 tahun dan ketika berumur 19.3 tahun (kajian 2004).

Bagaimana dengan statistik 2007?? Lawatilah http://yesboleh.blogspot.com/2007/04/durex-global-sex-survey-2007.html.

Apakah Pak Menteri dan Mak Menteri akan menyalahkan ibubapa dan remaja berkenaan sekali lagi dan tidak mahu melihat 4 proses yang tidak dijalankan oleh agensi kerajaan? Apakah pendidikan seks di sekolah sahaja sudah mencukupi? Apakah cara mengajar pendidikan seks di sekolah itu berkesan tanpa pendidikan moral hubungan seks?

Sukar disangkal bahawa kos merawat dan memulih adalah lebih tinggi dari kos mencegah. Apabila sudah berlaku sesuatu yang buruk dan negatif  akibat dari pergaulan bebas, seks rambang, seks luar tabiie, dan sumber bahan lucah yang tidak dikawal, maka kos bagi menangani gejala sosial bagi setiap satu itu boleh digunakan untuk menyara ratusan anak yatim piatu, memberi makan ratusan orang miskin, dan membiayai pelajaran anak-anak remaja belajar di universiti.

Apabila pendidikan seks tidak digandingkan dengan pengajaran moral, tidak disusuli dengan pencegahan, pemantauan dan pelaksanaan undang-undang, maka pendidikan seks itu umpama melepas batuk ditangga.  Ia hanya main-main sahaja dan menjadi satu kepura-puraan oleh pihak berwajib.

Saya harap mendapat reaksi dari orang bukan Islam mengenai pendidikan seks dalam agama mereka agar saya juga dapat belajar dari mereka mengenai hal ini.

4 thoughts on “Pendidikan Seks di Malaysia

  1. Prihatin March 21, 2010 at 4:49 pm Reply

    47 Anak luar nikah setiap hari di Malaysia!

    Seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu. Ini bermakna secara puratanya 47 orang anak luar nikah dilahirkan tiap-tiap hari di negara kita. Jadi negara kita sekarang berada dihuni oleh golongan penzina yang berkeliaran di mana-mana.

    Malangnya kerajaan BN yang memerintahkan Malaysia sekarang memandang kes ini sebagai kes remeh temeh sebab itu tiada tindakan drastik dan komited dilakukan untuk membenteras perkara ini.

    Angka ini juga menunjukkan bahawa gejala perzinaan ini sudah sampai ke tahap kronik sehingga melahirkan 17,303 bayi luar nikah tahun lepas. Bayangkan berapa banyak perzinaan yang berlaku yang tidak menyebabkan penzina perempuan mengandung.

    Tidak ada cara lain untuk membasmi gejala maksiat zina ini melainkan kerajaan mengamalkan amar makhruf nahi mungkar. Tetapi ianya sudah pasti tidak akan dilakukan oleh kerajaan BN. Jadi untuk itu rakyat mesti menukar kerajaan yang ada sekarang dengan kerajaan PR yang Insya Allah akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan masalah ini.

    Dalam media hari ini Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim, berkata bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,100 orang. tahun lalu, JPN mencatatkan 74,723 pendaftaran anak luar nikah adalah membabitkan orang Melayu/Islam.

    Ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). “Sepanjang tempoh ini, 214,033 bayi pelbagai bangsa didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf, termasuk kes anak yang tidak berbapa 104,834 orang dan 109,199 orang mengikut Seksyen 13, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299),” katanya kepada media.

    http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=3357

  2. Anti-bodoh BN July 12, 2010 at 4:10 pm Reply

    P’didikan Seks: Benar cakap Tok Guru, spt “Ajar Pencuri Merompak!”

    http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=6361

    Oleh: scazi

    “Saya amat sedih, bila bila asas utama pendidikan seks adalah MENGAJAR KANAK-KANAK BAGAIMANA TIDAK MENGANDUNG! Bukannya mengajar BERZINA ITU HARAM…Konsep pendidikan seks yang berorentasikan pemikiran Barat telah mula menular. Ini terbukti beberapa artikel di akhbar berbahasa Inggeris.

    Saya lampirkan contoh artikel yang berbentuk propaganda..yang seks itu okay (????) tetapi kena pandai supaya tidak mengandung!
    Anda semua baca, tetapi jika kurang pasti, barangkali forumer lain boleh terjemahkan…(lebih memalukan penulis adalah Muslim….)

    Young love – and sex By HARIATI AZIZAN
    sunday@thestar.com.my

    The nation was recently gripped by various reports of promiscuous teens as well as issues of teen pregnancies. SundayStar looks at how serious the situation is.

    SUE ANNE* lost her virginity at 13 when her then 18-year-old boyfriend sweet-talked her into having sex with him.

    “It was quite a traumatic experience for me. It was painful and I felt ashamed after that. But then he comforted me and we did it again. This time he was gentler, and I enjoyed it,” says Sue Anne, now 22.

    She confides that she became hooked on sex and would wait impatiently for school to end so that she could rush to her boyfriend’s place.

    “I felt really loved and was soon making plans to marry him,” she shares.

    Things changed when she got pregnant after six months with him. He accused her of sleeping around and dumped her.

    “I panicked, so I asked some of my experienced friends for advice. They told me to drink a lot of pineapple juice and eat a lot of meat. Then they said I have to jump around. To keep the pain away, they told me to drink some beer. I don’t know how, but it worked.”

    Sue Anne recalls that she was in the early stages of pregnancy, and the foetus that came out was still unformed.

    “It was like a big clot of blood and my friend helped me to flush it away. I waited a week for my wounds to heal and watched what I ate.”

    Her “loss” left her feeling empty, and she tried to make herself feel whole again the only way she knew – by having more sex.

    “I just kept on having sex with many people to fill this emptiness inside me but it did not work. I didn’t understand what was happening to me. My parents love me but I still needed the sex and loving from different boys to feel better about myself.”

    Things only got better when she met her current boyfriend. They were both in Form Four (16 years old).

    “We didn’t have sex straight away. We talked a lot and shared our interests. He knows about my history but he did not care. We only took our relationship one step further when we went to college,” she relates, adding that they both agreed to take responsibility for their sexual relationship.

    Her parents, she adds, still do not know about her indiscretions but they approve of her current boyfriend.

    “I wished I knew how to protect myself from getting pregnant before. I hope I have not damaged my body because I would like to have kids when I get married,” she says, revealing that she hopes to get engaged with her boyfriend soon.

    Like Sue Anne, Atikah*, 14, lost her virginity at a young age.

    “I first had sex in Year Six (12 years old). I met this 18-year-old boy when I was going to the shops near my house and he gave me his phone number. I thought nothing of it but during the school holidays, I got really bored and called him. We went out on a date and stayed out until late at night. I was worried that my grandmother would not open the door for me, so I went home with him. That was when he pressured me to have sex. He promised to be responsible if anything happens; I was young and I believed it,” she recalls.

    Atikah adds that she continued to go out with him after he promised not to touch her again.

    “He was a real gentleman after that, so we became a couple. Our relationship lasted three months. Then I found out that he had made another girl pregnant and was getting married soon. The first thing that came to my mind was: ‘Thank God I did not get pregnant!’”

    She confides that the fear of getting pregnant did not cross her mind because she had trusted her ex-boyfriend.

    “He assured me that he knew how to take care of it – how to do it without getting me pregnant. That is why I like to go out with older men. I don’t trust boys my age to protect me from getting pregnant. I also find them immature and childish,” she says, adding that she has had two more sexual partners since her first time.

    “The next two also forced themselves on me – one took me to his house and pressured me to sleep with him. He was 19 and already working.

    “The other, also 19, came to my house after school and when no one was around, coaxed me to have sex.

    “But I’ve gone out with many other boys; most of them respect my wishes when I tell them that I do not want to have sex.”

    When asked whether she likes sex, Atikah could not answer. She insists that she is safe and that her mother knows about her sex life.

    “I confessed to her after the first time I did it. She was really angry with me and made me promise to take care of myself but she did not stop me from going out. She just asked me to be careful. She also insisted that I take all my boyfriends to meet her. She has met all my boyfriends and threatened them with statutory rape if they did me wrong,” she says, stressing that she will not let anyone pressure her to have sex any more.

    “I have a boyfriend who is very good now. He is a soldier, and I trust that he will not touch me. But if he pressures me to have sex, I’ll just have to get married to him.”

    Atikah says that many of her friends have already had sex. Some were forced but there are those who enjoy it.

    “Two friends even got expelled because they were caught having sex in the sports storeroom at my school,” says the KL-ite.

    There are those who are influenced by pornographic videos, she reveals.

    “I have this friend who became really horny after watching a porn video left by her parents. She was curious to try, and went out looking for a willing partner. Now, she is hooked and needs to have sex regularly,” Atikah relates.

    Another friend, she says, started having sex after spying on his older brother’s sexual trysts with his girlfriend in his room.

    “He became curious about sex and wanted to try out the moves he saw his brother perform. He has gone out with many girls but luckily he has not got anyone pregnant.

  3. Aktivis sosial August 21, 2010 at 11:38 pm Reply

    Ada cadangan supaya pelatih PLKN didedahkan kepada pendidikan seks di kem mereka.
    Adalah tidak wajar pendidikan seks di buat di PLKN kerana

    a. ia seharusnya diajar di sekolah yang melibatkan semua pelajar

    b. tidak semua remaja pergi ke PLKN dan tidak semua remaja akan dapat pendidikan seks

    Pendidikan seks di sekolah tidak semestinya di ajart secara explicit atau implicit. Dalam pendidikan sains di sekolah sudah ada bab tentang reproduksi, maka dalam sesi pengajaran itulah boleh ditnjukkan pada semua pelajar tahun pengajian berkenaan tentang

    a. bagaimana binatang beranak

    b. bagaimana manusia beranak, bagaimana peritnya dan rahmatnya beranak

    c. bagaimana rupa bentuk penyakit kelamin siplis, kanser rahim, AIDS kerana seks bebas

    d. bagaimana kesan rokok dan alkohol pada bayi dan ibu

    e. kesan tekanan psikologi dan sosial ke atas anak yang dilairkan tanpa bapa

    f. hukuman ke atas pesalah perogol di Malaysia, Iran, Pakistan, Amerika

    g. hukuman agama ke atas perogol dan free sex, dari padangan agama Islam, Buddah, Hindu, Kristian

    Biar remaja didedahkan kepada consequences of free sex bukan didedahkan kepada bagaiaman nak buat seks atau manusia boleh buang anak.

  4. Prihatin February 12, 2011 at 11:03 pm Reply

    Kondom pun ko kebas??? Ish3X..teruk pada penyamun tarbus ni??? Manalah pelabur tak nak lari… Hilang ke mana? Takkan nak guna sendiri? Boleh bahagi sebagai souvenir untuk pilihanraya tak? Pilihanraya dah dekat ni? Takkan nak cap dacing pulak kat kondom tu? Itu dah jadi projek kementerian Kesihatan.

    Bahagi kondom kepada pengidap aids dan penagih dadah agar tak merebak penyakit kepada orang lain.

    Harga getah mahal sekarang. Kalau curi nak jual kat mana? Orang Malaysia tak pakai mana. Ke sekarang ni permintaan tinggi? Atau di Perak orang banyak guna? Ye lahh!!! Sekarang ni anak luar nikah merata-rata. Nak curi untuk eksport ke Negara lain tak munasabah. Takkan nak eksport ke Amerika atau Afrika. Tak padan saiz tu… Ke nak proses balik jadi getah sekerap untuk dijual? MB Perak patut cakna ni! Nanti lari pelabur kang. Rupanya Malaysia ni banyak kilang-kilang topi keledar ni yek… sebab tu harga getah naik harga???

    Kepada yang menemui kondom-kondom ini harap lapurkan kepada Datuk Zambry. Takkan nak bagitau ke Tan Sri Harrusani pulak. Ni bukan kerja dia. Polis sekarang sibuk nak ke Merlimau dan Demo Mubarak kat Kuala Lumpur.

    Maaf berita ini tak disiar di akhbar Malaysia. Malu beb. Berita ini dipetik dari harian Kompas. Macam-macam adaaa…

    KUALA LUMPUR. 9 Feb 2011. Pihak Polis Malaysia sedang menyiasat hilangnya lebih dari 700.000 kondom ultra-tipis yang dihantar dari negara ini ke Jepun. Sagami Rubber Industries, pembuat kondom pertama Jepun, minggu lalu, mengatakan, kondom-kondom itu dimuat dalam satu peti dari sebuah kilang di Malaysia utara. Namun ketika peti itu dibuka di Tokyo, di dalamnya kosong dimana ratusan ribu kondom itu telah hilang. “Kami menangani hilangnya kondom itu dengan serius. Kami sedang menyelidiki kes tersebut,” kata seorang jurucakap polis kepada AFP.

    Sato Koji, manager kilang getah Sagami di bertempat di Perak, Malaysia, mengatakan, mereka telah melaporkan kes hilangnya kondom-kondom itu ke pihak polis. “Kami sedih dengan insiden tersebut. Ini kes pertama sejak kami memulakan produk di Malaysia sejak tahun 1997,” katanya kepada AFP. Para pegawai di pejabat Sagami menyatakan kondom-kondom tersebut yang 14 peratus lebih tipis dari kondom-kondom yang beredar di pasaran dan bernilai US1.5 juta dollar untuk jualan pasaran Jepun.

    Syarikat Forwading Agent yang mengurus penghantaran barangan mengatakan, barang kiriman dari Malaysia sering hilang dan banyak kes kekadang dilakukan oleh orang dalam. Menurut kata Ketua Pengiriman Barang melalui Udara Malaysia. Walter Culla

    http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=3137&mode=&order=0&thold=0

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: