Monthly Archives: October 2009

Solat – bukti sains dan kesihatan

SAH dan TERBUKTI…solat ada kebaikan yang luar biasa bukan sahaja dari sudut rohani dan iman, tetapi dari sudut fizikal, kesihatan, mental, intelektual. Bacalah pautan ini:

http://nmjnh.wordpress.com/2008/10/21/bukti-hikmah-solat-secara-saintifik-oleh-universiti-malaya/

Kepada orang MUSLIM yakinlah akan solat. Kepada yang BUKAN MUSLIM, jadilah orang yang sudi mendengar dan suka membaca serta percaya kepada bukti empirikal.

Kesimpulan daripada kajian mengenai solat dan sains serta kesihatan dan laporan yang diterbitkan dalam buku “Sains dalam Solat”  oleh Universiti Malaya mengingatkan orang Islam

  1. JANGAN TINGGAL SOLAT, JANGAN TINGGAL SOLAT, JANGAN TINGGAL SOLAT
  2. IKUT CARA NABI SOLAT, SETIAP GERAK GERI DALAM SOLAT
  3. CUBA SEDAYA UPAYA SOLAT BERJAMAAH, TERMASUK SOLAT TARAWEH

KAJIAN saintifik tiga pensyarah Universiti Malaya membuktikan solat yang diwajibkan kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya amalan kerohanian tetapi terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental terutama meningkatkan tahap kesihatan manusia.

SOLAT sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian.

Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solat seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta tahiyat awal dan tahiyat akhir.

Adakah gerakan itu hanya sekadar gerakan tubuh yang tidak mempunyai makna?

Kajian sains moden mendedahkan bahawa amalan yang dilakukan lima kali setiap hari bukan hanya suatu amalan kerohanian yang mendekatkan hamba kepada penciptanya. Kehebatan solat ternyata memanfaatkan tubuh manusia.

Hasil kajian saintifik membuktikan kewajipan terhadap setiap umat Islam mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.

Lebih membanggakan bukti itu diperoleh hasil kajian anak tempatan, termasuk seorang bukan Islam. Mereka adalah pensyarah Jabatan Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) yang diketuai Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Profesor Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok.

Penggerak kajian ini ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan melalui geran Jabatan Perdana Menteri (JPM), kajian itu bermatlamat menentukan nilai terapeutik solat terhadap mereka yang melakukan solat, termasuk dari segi sistem kardiovaskular, komposisi tubuh, isyarat otak dan aktiviti otot.

Dr Wan Abu Bakar ketika memperjelaskan kajian itu berkata, mereka adalah jurutera bioperubatan yang mengkaji tubuh manusia dari segi kejuruteraan.

Katanya, kajian itu cuba melihat apa yang sebenar berlaku kepada fizikal dan mental manusia ketika melakukan solat.

“Kajian dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu saya mengkaji aktiviti otot, Siew Chok mengkaji isyarat otak, iaitu apa yang berlaku kepada gelombang otak ketika solat. Dr Fatimah mengkaji komposisi tubuh,” katanya.

Beliau berkata, hasil kajian mendapati bahawa ada banyak perkara positif apabila seseorang melakukan solat dan ini dimuatkan dalam buku `Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains’ terbitan Jabatan Kejuruteraan Biomedikal. Buku ini mempunyai dua versi, bahasa Melayu dan Inggeris.

Setakat ini, kajian itu adalah yang pertama dilakukan secara saintifik di negara ini. Bagaimanapun, sudah ada beberapa kajian yang sama, tetapi tidak menyeluruh dan lengkap seperti yang dilakukan UM.

Seorang doktor perubatan dari Indonesia, Prof Dr Moh Sholeh, melakukan kajian khusus terhadap solat tahajud.

Beliau mengambil sampel darah, hormon tekanan (stress) dan imuniti dalam badan. Selepas tiga bulan melakukan solat, sampel diambil lagi dan didapati imuniti meningkat dan hormon tekanan menurun. Rumusannya solat tahajud boleh merawat barah.

Kajian lain dilakukan oleh tiga doktor perubatan dari Universiti Hokkaido di Jepun, iaitu Mohammed Faruque Reza, Yuji Urakami dan Yukio Mano, yang mendapati bahawa posisi tubuh (posture) solat boleh merawat warga tua yang sakit tulang.

Dr Wan Abu Bakar berkata, kajian sepatutnya berakhir tahun ini, tetapi jabatan mempunyai beberapa cadangan baru bagi memperluaskan kajian itu.

Memperjelaskan kajian lanjutan itu, Dr Fatimah yang mengetuai kajian berkata antara bidang baru yang akan dikaji ialah mengenai perbezaan solat antara orang biasa dan ulama.

“Kajian itu akan mengkaji isyarat otak ulama dan orang biasa ketika bersolat. Adakah isyarat otak orang alim adalah lebih tenang berbanding orang biasa kerana kita menjangka mereka memahami bahasa al-Quran,” katanya.

Bagaimanapun, katanya sukar untuk mendapat ulama secara sukarela menyertai ujian ini. Beliau memberi jaminan bahawa identiti mereka yang menyertai ujian dirahsiakan dan hanya dinyatakan sampel adalah dari kumpulan tertentu.

Berbanding kajian awal yang mengesahkan solat memberi banyak kebaikan kepada kesihatan manusia, katanya kajian lanjutan memperjelaskan proses solat merawat pelbagai penyakit.

Mengambil Erektil Disfungsi (ED) atau mati pucuk sebagai contoh, katanya kajian awal yang dilakukan mengesahkan bahawa solat memberi kesan positif untuk merawat ED, tetapi mereka ingin mengkaji cara gerakan solat merawat penyakit itu.

———–

BERNAMA MELAPORKAN

KAJIAN saintifik fakta-fakta kebaikan solat menunjukkan ibadat itu bukan sahaja memberikan manfaat rohaniah tetapi juga manfaat fizikal dan mental apabila dilakukan dengan tekun serta postur yang betul.

Sekumpulan penyelidik bioperubatan dari Universiti Malaya (UM) telah membongkar faktafakta positif kebaikan solat daripada sudut saintifik antaranya menurunkan kadar denyutan jantung, mengurangkan sakit pinggang, memperbaiki disfungsi ereksi (DE) serta aktifkan otot lantai pelvik.

Pakar Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Prof Dr Wan Azman Wan Ahmad dalam kajiannya menemui bahawa posisi sujud dalam solat dapat mengurangkan denyutan jantung sebanyak 10 kali seminit.

Katanya, kadar denyutan jantung nominal semasa sujud adalah baik untuk kesihatan jantung khususnya dan kesihatan keseluruhan badan amnya.

“Seseorang yang mempunyai kadar denyutan jantung 80 kali seminit dan ke atas, berisiko tinggi mengalami serangan jantung serta darah tinggi,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Seminar Sains Solat Kebangsaan di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Seminar itu telah dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau berkata pakar perubatan juga menasihatkan supaya pesakit jantung menjalankan senaman ringan selama 30 minit sehari namun tidak menyatakan bentuk senaman yang boleh dilakukan.

“Kami mendapati dengan mengamalkan solat sebanyak 12 rakaat sehari secara berturutturut boleh dijadikan senaman ringan itu,” katanya.

Ketua Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan Fakulti Kejuruteraan UM Prof Madya Dr Fatimah Ibrahim berkata pergerakan lazim solat boleh membantu mengurangkan sakit pinggang khususnya kepada wanita mengandung.

Katanya, kajian ini telah dilakukan terhadap pesakit pinggang yang normal dan ibu mengandung serta di kalangan kaum Melayu, India dan Cina.

Dalam kajian itu, mendapati posisi rukuk dan sujud boleh dijadikan terapi kerana dapat membuka ruang antara spina ’spina canal’ yang akan mengurangkan risiko penghimpitan urat saraf.

“Bagi kaum Cina dan India, mereka hanya melakonkan posisi sembahyang dalam sesi terapi yang kita buat. Dalam tempoh sebulan, mereka telah menunjukkan ada pemulihan berlaku,” katanya.

Dalam kajian lain, Dr Fatimah turut mendapati solat juga dapat memberikan kesan positif kepada seseorang yang menghidap penyakit DE.

Sebelum ini, terdapat satu kajian mengenai senaman pengaktifan otot lantai pelvik yang boleh membantu melancarkan pengaliran darah dan mengurangkan masalah DE oleh penyelidik Van Kampen.

Dr Faridah berkata daripada kajian awal ini, terbukti bahawa postur semasa solat boleh memberikan kesan positif ke atas pesakit DE di mana pergerakan itu dapat mengaktifkan otot lantai pelvik.

“Kami telah menjalankan kajian ke atas dua pesakit DE dengan sesi terapi menunaikan solat selama satu bulan dan ia berjaya menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan terhadap pesakit,” katanya.

Kesemua hasil kajian ini boleh didapati dalam naskhah buku Solat Sains, Sakit Pinggang, Kaedah Rawatan melalui Prinsip Pemulihan Serta Postur dan Pergerakan Solat, Pencegahan Penyakit Jantung dari Perspektif Holistik dan Senaman Regangan dan Pergerakan Solat yang dijual di semua kedai buku dan telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris. BERNAMA

 

“Weekend husband” dan “Weekend wife”

Fenomena “weekend husband” dan “weekend wife” menjadi semakin ketara dalam negara kita yang sedang pesat membangun. Tenaga kerja lelaki dan wanita diperlukan untuk memenuhi permintaan negara. Dengan peningkatan kos sara hidup, suami dan isteri terpaksa bekerja bagi membiayai kehidupan bekeluarga serta pendidikan anak-anak.

Dalam kesibukan bekerja, ada suami dan ada isteri yang terpaksa berpisah setiap minggu kerana bekerja di tempat yang berbeza dan mereka hanya bertemu pada hujung minggu. Mereka kembali ke pangkuan keluarga pada hari Jumaat malam, jika mereka tidak bekerja pada hari Sabtu, dan pada hari Ahad pula mereka akan bergegas kembali ke tempat kerja masing-masing. Begitulah saban minggu dan bulan, malah ada yang bertahun melalui gaya hidup ini.

Bagi pasangan “weekend husband” dan “weekend wife”, mereka berhadapan dengan dilema antara kerjaya dan keluarga. Sepertimana pepatah Melayu, ditelan pahit dibuang sayang. Lebih-lebih lagi, bagi si isteri akan berhadapan dengan dilema tambahan, antara keperluan menyara kehidupan dengan keperluan mengurus keluarga dan membesarkan anak-anak.

Ada isteri yang yang mempunyai kelayakan tinggi dalam pendidikan tetapi berhenti bekerja kerana merasakan keutamaan harus diberikan kepada keluarga dan bukan kerjaya. Ada yang terpaksa bekerja memandangkan gaji suami tidak mampu membiayai kos rumah dan kereta serta perbelanjaan anak-anak.

Akhirnya terpaksalah berpisah seminggu. Jika ada rezki, salah seorang dapat bertukar tempat kerja mengikut pasangannya masing-masing. Ada pasangan merasakan tidak mengapa berpisah seminggu. Apapun persetujuan bersama itu amat penting dalam membuat keputusan untuk nenangani dilema ini.

Bagi pihak majikan, mereka tidak akan campur tangan dalam hal begini. Mereka bukan badan kebajikan.

Bagi si lelaki atau si perempuan yang tinggal bersendirian di tempat lain, akan tidor keseorangan.

Jika ia seorang yang sibok dengan kerjaya dan “workaholic” , ketiadaan pasangannya  dan anak-anak di sisinya mungkin bukan perkara besar. Jika ia tinggal bersama kawan-kawan sekerja atau dengan ibubapa atau adik-beradik atau saudara mara, mungkin rasa kesunyian tidak ada dalam kamus mereka. Ada tempat mereka bermanja dan mengadu hal. Ada tempat mereka boleh menumpangkan anak-anak untuk bermain dan bergurau senda.

Kalau kedua-dua pansangan itu berpegang pada kesetiaan suami-isteri  dan amal serta nilai kehidupan Islami, maka ketidaan pasangan masing-masing selama seminggu mungkin tidak menjadi masalah besar. Sebaliknya, jika ikatan hati dan agama menjadi longgar, maka pelbagai perkara di luar dugaan boleh berlaku.

Sampai bilakah “weekend husband” akan beterusan dan berpisah dengan isteri dan anak-anak?

Sampai bilakah”weekend wife” akan beterusan dan berpisah dengan suami dan anak-anak?

Mungkin salah seorang peru berkorban jika mahukan pasangan bersama dengannya setiap hari dan bukan lagi sepanjang hujung minggu sahaja.

Kalau si suami yang berpisah kerana bekerja dan menjaga anak-anak di kala si isteri bekerja di tempat lain, maka kasih sayang , kemesraan, dan sentuhan serta belaian seorang ibu ke atas anak-anak akan terencat. Model seorang ibu dan sifat kewanitaan itu tidak difahami dan dirasai dengan mendalam oleh anak-anak.

Begitu juga jika si siteri yang berpisah kerana bekerja di tempat lain tetapi menjaga anak-anak di kala si isuami pula bekerja di tempat lain, maka kasih sayang , kemesraan, dan sentuhan serta belaian seorang ayah  ke atas anak-anak juga akan terencat. Model seorang ayah dan sifat kejantanan seorang lelaki tidak dapat diamati.

Itulah dilema “weekend husband” dan “weekend wife”. Yang paling menakutkan ialah apabila setiap mereka diuji dengan cabaran dan noda. “Kekosongan” atau “kelompangan” atau “kesepian”  sementara itu amat sensitif dan boleh menyebabkan hati mudah terusik jika ada elemen yang mengisi “kekosongan” atau “kelompangan” atau “kesepian”itu.

Pengisian ini lazimnya berlaku secara kebetulan atau sambil lalu.  Mungkin pertemuan dengan orang yang tidak di duga dalam perjalanan pulang menaiki kapalterbang atau bas atau teksi atau kereta sewa.

Mungkin pertemuan di kedai makan sementara menanti kenderaan tiba. Mungkin ketika berteduh di tepi bangunan di kala hujan lebat.

Mungkin juga pertemuan berlaku kerana ada orang ingin menumpang atau diri itu diberi tumpang dalam kenderaan yang kebetulan melalui perjalanan menuju ke destinasi yang sama.

Di situlah potensi syaitan merasuk, memujuk, dan menodai jiwa yang gersang dan ketandusan sesuatu dalam kehidupan bekeluarga. Inilah ruang kelemahan manusia. Maka berlakulah hubungan sulit. (Sila baca tajuk hubungan sulit di tempat kerja dalam blog ini). Di sinilah sekali lagi kita menepuk dada tanya iman dan bukan tanya akal atau tanya selera.

Sesungguhnya iman dan pengorbanan adalah suatu yang terlalu mahal harganya.