“Weekend husband” dan “Weekend wife”

Fenomena “weekend husband” dan “weekend wife” menjadi semakin ketara dalam negara kita yang sedang pesat membangun. Tenaga kerja lelaki dan wanita diperlukan untuk memenuhi permintaan negara. Dengan peningkatan kos sara hidup, suami dan isteri terpaksa bekerja bagi membiayai kehidupan bekeluarga serta pendidikan anak-anak.

Dalam kesibukan bekerja, ada suami dan ada isteri yang terpaksa berpisah setiap minggu kerana bekerja di tempat yang berbeza dan mereka hanya bertemu pada hujung minggu. Mereka kembali ke pangkuan keluarga pada hari Jumaat malam, jika mereka tidak bekerja pada hari Sabtu, dan pada hari Ahad pula mereka akan bergegas kembali ke tempat kerja masing-masing. Begitulah saban minggu dan bulan, malah ada yang bertahun melalui gaya hidup ini.

Bagi pasangan “weekend husband” dan “weekend wife”, mereka berhadapan dengan dilema antara kerjaya dan keluarga. Sepertimana pepatah Melayu, ditelan pahit dibuang sayang. Lebih-lebih lagi, bagi si isteri akan berhadapan dengan dilema tambahan, antara keperluan menyara kehidupan dengan keperluan mengurus keluarga dan membesarkan anak-anak.

Ada isteri yang yang mempunyai kelayakan tinggi dalam pendidikan tetapi berhenti bekerja kerana merasakan keutamaan harus diberikan kepada keluarga dan bukan kerjaya. Ada yang terpaksa bekerja memandangkan gaji suami tidak mampu membiayai kos rumah dan kereta serta perbelanjaan anak-anak.

Akhirnya terpaksalah berpisah seminggu. Jika ada rezki, salah seorang dapat bertukar tempat kerja mengikut pasangannya masing-masing. Ada pasangan merasakan tidak mengapa berpisah seminggu. Apapun persetujuan bersama itu amat penting dalam membuat keputusan untuk nenangani dilema ini.

Bagi pihak majikan, mereka tidak akan campur tangan dalam hal begini. Mereka bukan badan kebajikan.

Bagi si lelaki atau si perempuan yang tinggal bersendirian di tempat lain, akan tidor keseorangan.

Jika ia seorang yang sibok dengan kerjaya dan “workaholic” , ketiadaan pasangannya  dan anak-anak di sisinya mungkin bukan perkara besar. Jika ia tinggal bersama kawan-kawan sekerja atau dengan ibubapa atau adik-beradik atau saudara mara, mungkin rasa kesunyian tidak ada dalam kamus mereka. Ada tempat mereka bermanja dan mengadu hal. Ada tempat mereka boleh menumpangkan anak-anak untuk bermain dan bergurau senda.

Kalau kedua-dua pansangan itu berpegang pada kesetiaan suami-isteri  dan amal serta nilai kehidupan Islami, maka ketidaan pasangan masing-masing selama seminggu mungkin tidak menjadi masalah besar. Sebaliknya, jika ikatan hati dan agama menjadi longgar, maka pelbagai perkara di luar dugaan boleh berlaku.

Sampai bilakah “weekend husband” akan beterusan dan berpisah dengan isteri dan anak-anak?

Sampai bilakah”weekend wife” akan beterusan dan berpisah dengan suami dan anak-anak?

Mungkin salah seorang peru berkorban jika mahukan pasangan bersama dengannya setiap hari dan bukan lagi sepanjang hujung minggu sahaja.

Kalau si suami yang berpisah kerana bekerja dan menjaga anak-anak di kala si isteri bekerja di tempat lain, maka kasih sayang , kemesraan, dan sentuhan serta belaian seorang ibu ke atas anak-anak akan terencat. Model seorang ibu dan sifat kewanitaan itu tidak difahami dan dirasai dengan mendalam oleh anak-anak.

Begitu juga jika si siteri yang berpisah kerana bekerja di tempat lain tetapi menjaga anak-anak di kala si isuami pula bekerja di tempat lain, maka kasih sayang , kemesraan, dan sentuhan serta belaian seorang ayah  ke atas anak-anak juga akan terencat. Model seorang ayah dan sifat kejantanan seorang lelaki tidak dapat diamati.

Itulah dilema “weekend husband” dan “weekend wife”. Yang paling menakutkan ialah apabila setiap mereka diuji dengan cabaran dan noda. “Kekosongan” atau “kelompangan” atau “kesepian”  sementara itu amat sensitif dan boleh menyebabkan hati mudah terusik jika ada elemen yang mengisi “kekosongan” atau “kelompangan” atau “kesepian”itu.

Pengisian ini lazimnya berlaku secara kebetulan atau sambil lalu.  Mungkin pertemuan dengan orang yang tidak di duga dalam perjalanan pulang menaiki kapalterbang atau bas atau teksi atau kereta sewa.

Mungkin pertemuan di kedai makan sementara menanti kenderaan tiba. Mungkin ketika berteduh di tepi bangunan di kala hujan lebat.

Mungkin juga pertemuan berlaku kerana ada orang ingin menumpang atau diri itu diberi tumpang dalam kenderaan yang kebetulan melalui perjalanan menuju ke destinasi yang sama.

Di situlah potensi syaitan merasuk, memujuk, dan menodai jiwa yang gersang dan ketandusan sesuatu dalam kehidupan bekeluarga. Inilah ruang kelemahan manusia. Maka berlakulah hubungan sulit. (Sila baca tajuk hubungan sulit di tempat kerja dalam blog ini). Di sinilah sekali lagi kita menepuk dada tanya iman dan bukan tanya akal atau tanya selera.

Sesungguhnya iman dan pengorbanan adalah suatu yang terlalu mahal harganya.

One thought on ““Weekend husband” dan “Weekend wife”

  1. F October 1, 2009 at 11:50 pm Reply

    Saudara,

    Apakah “kekosongan” atau “kelompangan” atau “kesepian” hanya berlaku pada “weekend husband” dan “weekend wife” sahaja? Saya yakin “kekosongan” atau “kelompangan” atau “kesepian” juga terjadi pada pasangan yang tiap-tiap hari berjumpa. Lagi pathethic kan!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: