Monthly Archives: November 2009

BTN – program BN-UMNO

Saya pernah ikuti program BTN (Biro Tata Negara). Kawan-kawan saya ketika berada di universiti juga pernah ikuti kursus BTN. Rakan-rakan sepejabat dengan saya juga pernah ikuti program BTN.

Tidak dinafikan tujuannya baik untuk

  • memberi kefahaman menyeluruh mengenai dasar-dasar kerajaan Malaysia
  • memilik nilai-nilai murni pekerja dan pelajar cemerlang
  • membina sahsiah peserta
  • merapatkan hubungan mesra dan silaturahim

Tetapi pelaksanaanya yang diragukan. Di dalam program ada dua perkara yang meragukan dan boleh dianggap sebagai melampau dan keterlaluan.

Pertama, ada kandungan yang cuba mengapi-apikan semangat Melayu  dan meniup api chauvinistik Melayu. Implikasinya cukup jelas apabila peserta didoktrinkan dengan konsep dan semangat yang membawa kepada kebencian terhadap etnik lain. Suka atau tidak, ada peserta yang menerimanya bulat-bulat. Natijahnya amat menakutkan jika tidak tidak dibendung kerana ia boleh membawa kepada ketidakstabilan perpaduan dalam negara dan membuka luka lama yang membawa kepada 13 Mei. 

Kedua, ada kandungan yang mempromosi perjuangan Melayu dalam mendapatkan kemerdekaan, dan diselitkan bahawa UMNO adalah hero dan juara kemerdekaan dan dalam masa yang sama menafikan sumbangan pihak lain khususnya ulamak dan golongan lain. Bukan itu sahaja, malah penceramah akan memperlekehkan peranan parti politik seperti PAS , PRM, DAP serta menyerang dan  menghina pemimpin parti berkenaan dalam membincangkan isu  ini.

Memang benar menurut beberapa kakitangan dan pelajar yang pernah saya temui menyatakan penceramah BTN pernah menyebut dalam ceramahnya bahawa PAS adalah ajaran sesat, DAP adalah ejen Singapura, Anawar Ibrahim homoseks dan ejen Yahudi. Apakah ini adil? Menyerang orang dan parti tanpa membuka ruang kepada orang yang diserang menjawab dan mempertahankan diri?

Saya masih ingat lebih 25 tahun yang lalu saya pernah hadiri program ala-BTN untuk pelajar yang akan pergi belajar keluar negara. Kami dihidangkan dengan perkara yang sama. Kami menyangi lagu ‘Anak Kecil main Api’, dan beberapa lagu lagi. Kami dihasut dengan doktrin ‘tidak hilang Melayu di dunia”. Kami dihasut membenci kaum lain yang mendatang ke negara ini. Ini semua kerja BN-UMNO. Ini semua propaganda BN-UMNO.

Sekembali saya belajar dari luar negara dan mula bekerja, saya ikuti program BTN. Ketika itu program BTN sudah mula di”Islamkan” sedikit oleh ahli-ahli UMNO dari ABIM. ABIM melalui IKD menyediakan modul lengkap untuk program BTN. Saya pernah lihat dan baca buku berkulit tebal biru yang mengandungi modul program BTN.  Apapun, modul propaganda BN-UMNO tetap diteruskan walaupun tidak ditulis secara khusus dalam buku tebal itu. Kini ABIM sudah tidak lagi berperanan dalam UMNO setelah Anwar Ibrahim ditendang keluar dari UMNO. Modul BTN telah diubahsuai, malah kini lebih parah.

Maka wajarlah Selangor dan negeri-negeri di bawah PR menolak program BTN ini melainkan

 1. modul ini disemak semula dan kandungan propaganda BN-UMNO diluputkan

2. BTN harus membenarkan pemberita dan pemantau yang terdiri dari parti politik untuk menjadi pemerhati sepanjang program BTN

Kepada pembaca yang ada pengalaman mengikuti program BTN di masa lalu, sila berikan respon anda. Terima kasih.

Penipuan dan cubaan menipu e-mail

Ramai pemilik akaun e-mail yahoo menerima mesej seperti di bawah ini.

Tujuan mesej ini ialah untuk mencuri akaun seseorang dengan berselindung disebalik mesej ini. Bagi pengguna yang tidam faham dan tidak berhati-hati, maka mereka akan memberikan maklumat yang diminta khususnya kata laluan atau password. Bukankah pelik apabila “pemilik” yahoo tidak ada rekod penggunanya dan kata laluan penggunanya?

——–contoh—-

Wednesday, November 18, 2009 3:14 AM From: “Yahoo Customer Service” mailbot@yahoo.com 

 Add sender to ContactsTo: account-security@cc.yahoo-inc.com

[cuba perhatikan akaun e-mail ini: ia gunakan akaun yahoo, menyamar disebalik nama ” “Yahoo Customer Service” mailbot@yahoo.com  tetapi sebenarnya akaun individu tertentu yang sedang mencari mangsanya]

———–Mesejnya berbunyi begini ———————-

Dear Valued Member

YAHOO ACCOUNT VERIFICATION ALERT !!! (KMM69467VL055834KM)

Due to the congestion in all Yahoo Accounts, Yahoo would be shutting down all unused Accounts, You will have to confirm your E-mail by filling out your Login Information below after clicking the reply button, or your account will be suspended within 24 hours for security reasons.

Yahoo! ID Card

Name:……………… ……. ………………………… ….

Yahoo! ID:………………….. …. ……………………

Yahoo! Mail ……… …….. ………… .

Password:…………… …………………… …… …….

Member Information

Gender:…………….. ………………………… ………

Birthdate:………. ……………………….

Occupation:……….. …….. ………………………… ..

Country:………………. … …….. ………………………… …..

If you are a Yahoo! Account Premium subscriber, your current subscription will be canceled if you refuse to update your account. We will refund the unused portion of your Premium subscription, if any. The refund will appear as a credit via the billing method we have on file for you. So please make sure that your billing information is correct and up-to-date. For more information, please visit https://billing.yahoo.com.

After following the instruction on this sheet your account will not be interrupted and will continue as normal

We appreciate your being a Yahoo! Account user.

Sincerely,

Yahoo! Customer Support

Please reply to this message. This is a service related to your use of Yahoo! Mail. To learn more about Yahoo!’s use of personal information, including the use of Web beacons in HTML-based email, visit Yahoo home page. Yahoo! is located at 701 First Avenue, Sunnyvale, CA 94089.

———— Mesej seperti di atas kelihatan seolah-olah ia datang dari penyelenggara akaun e-mail Yahoo. Tapi TIPU. ia satu EPNIPUAN!

Jika anda berikan password anda, pemilik mailbot@yahoo.com akan

1. masuk ke dalam e-mail dan tukar password anda

2. guna e-mail anda untuk meminta wang dari kenalan anda yang tersenarai dalam e-mail anda dengan mereka-reka cerita kononnya anda dalam keadaan susah, terperangkap di negara orang, dirompak oleh orang dsb

3. mencari no. atau katalaluan credit card, no. akaun bank anda dsb supaya mereka dapat menceroboh dan merompak wang anda

4.  mencari sesuatu maklumat atau  sesuatu “rahsia” yang anda takuti jika dibocorkan akan memalukan anda dan mereka akan membuat ugutan ke atas anda jika anda tidak  membayar wang kepada mereka.

Maka hati-hatilah. Jangan sekali-sekali berikan kata laluan atau password anda.

Hari ini banyak e-mail kononnya daripada bank tempatan dan syarikat tempatan meminta butir-butir diri anda dan password anda. Apakah mereka tidak ada rekod anda di bank? Jangan tertipu!

——-contoh satu penipuan yang dilakukan kenalan mangsa melalui e-mail

From: …….@yahoo.com

To: undisclosed

HELP PLEASE

Hello,

 How are you doing?hope all is well with you and family,I am sorry I  didn’t inform you about my traveling to England for a Seminar.

I need a favor from you because I misplaced my wallet on my way to the  hotel where my money,and other valuable things were kept I will like  you to assist me with a soft loan urgently with the sum of £2000 pounds to sort-out my hotel bills and get myself back home.

I will appreciate whatever you can afford and i’ll pay you back as soon as I return,Kindly let me know if you can be of help? so that I can  send you the Details to use when sending the money through Western Union.

Thanks so much and sorry to bother you.

Thank you

——— berhati-hati!