BTN – program BN-UMNO

Saya pernah ikuti program BTN (Biro Tata Negara). Kawan-kawan saya ketika berada di universiti juga pernah ikuti kursus BTN. Rakan-rakan sepejabat dengan saya juga pernah ikuti program BTN.

Tidak dinafikan tujuannya baik untuk

  • memberi kefahaman menyeluruh mengenai dasar-dasar kerajaan Malaysia
  • memilik nilai-nilai murni pekerja dan pelajar cemerlang
  • membina sahsiah peserta
  • merapatkan hubungan mesra dan silaturahim

Tetapi pelaksanaanya yang diragukan. Di dalam program ada dua perkara yang meragukan dan boleh dianggap sebagai melampau dan keterlaluan.

Pertama, ada kandungan yang cuba mengapi-apikan semangat Melayu  dan meniup api chauvinistik Melayu. Implikasinya cukup jelas apabila peserta didoktrinkan dengan konsep dan semangat yang membawa kepada kebencian terhadap etnik lain. Suka atau tidak, ada peserta yang menerimanya bulat-bulat. Natijahnya amat menakutkan jika tidak tidak dibendung kerana ia boleh membawa kepada ketidakstabilan perpaduan dalam negara dan membuka luka lama yang membawa kepada 13 Mei. 

Kedua, ada kandungan yang mempromosi perjuangan Melayu dalam mendapatkan kemerdekaan, dan diselitkan bahawa UMNO adalah hero dan juara kemerdekaan dan dalam masa yang sama menafikan sumbangan pihak lain khususnya ulamak dan golongan lain. Bukan itu sahaja, malah penceramah akan memperlekehkan peranan parti politik seperti PAS , PRM, DAP serta menyerang dan  menghina pemimpin parti berkenaan dalam membincangkan isu  ini.

Memang benar menurut beberapa kakitangan dan pelajar yang pernah saya temui menyatakan penceramah BTN pernah menyebut dalam ceramahnya bahawa PAS adalah ajaran sesat, DAP adalah ejen Singapura, Anawar Ibrahim homoseks dan ejen Yahudi. Apakah ini adil? Menyerang orang dan parti tanpa membuka ruang kepada orang yang diserang menjawab dan mempertahankan diri?

Saya masih ingat lebih 25 tahun yang lalu saya pernah hadiri program ala-BTN untuk pelajar yang akan pergi belajar keluar negara. Kami dihidangkan dengan perkara yang sama. Kami menyangi lagu ‘Anak Kecil main Api’, dan beberapa lagu lagi. Kami dihasut dengan doktrin ‘tidak hilang Melayu di dunia”. Kami dihasut membenci kaum lain yang mendatang ke negara ini. Ini semua kerja BN-UMNO. Ini semua propaganda BN-UMNO.

Sekembali saya belajar dari luar negara dan mula bekerja, saya ikuti program BTN. Ketika itu program BTN sudah mula di”Islamkan” sedikit oleh ahli-ahli UMNO dari ABIM. ABIM melalui IKD menyediakan modul lengkap untuk program BTN. Saya pernah lihat dan baca buku berkulit tebal biru yang mengandungi modul program BTN.  Apapun, modul propaganda BN-UMNO tetap diteruskan walaupun tidak ditulis secara khusus dalam buku tebal itu. Kini ABIM sudah tidak lagi berperanan dalam UMNO setelah Anwar Ibrahim ditendang keluar dari UMNO. Modul BTN telah diubahsuai, malah kini lebih parah.

Maka wajarlah Selangor dan negeri-negeri di bawah PR menolak program BTN ini melainkan

 1. modul ini disemak semula dan kandungan propaganda BN-UMNO diluputkan

2. BTN harus membenarkan pemberita dan pemantau yang terdiri dari parti politik untuk menjadi pemerhati sepanjang program BTN

Kepada pembaca yang ada pengalaman mengikuti program BTN di masa lalu, sila berikan respon anda. Terima kasih.

2 thoughts on “BTN – program BN-UMNO

  1. Seng Heng December 1, 2009 at 2:07 pm Reply

    –petikan dari Harakahdaily.net

    Sebenarnya, pada awal tahun 2006, Dewan Pemuda PAS Pusat pernah menghantar satu memorandum kepada Biro Tatanegara (BTN) bagi menuntut satu pengubahsuaian besar terhadap kandungan kursus-kursus anjuran BTN yang sememangnya dipenuhi dengan propaganda politik dan perkauman sempit.

    Elok juga disiarkan kembali memorandum ini sebagai mempertegaskan kembali bahawa PAS, sebagaimana parti-parti lain di dalam Pakatan Rakyat turut membantah penggunaan BTN untuk agenda politik sempit UMNO/BN.

    Abdullah Karim
    Dewan Pemuda PAS

    MEMO Kepada Biro Tatanegara Oleh Dewan Pemuda PAS Pusat

    BIRO TATANEGARA : AGEN PROVOKASI DAN PROPAGANDA ?

    PENDAHULUAN ( PENDIRIAN DAN PRINSIP )

    Secara prinsipnya Dewan Pemuda PAS Pusat ( DPPP ) menyokong pada setiap usaha dan tindakan yang mendorong kepada :-

    1. Pemupukkan rasa cinta, kasih dan sayang kepada agama, negara dan bangsa.
    2. Pemupukkan dan penyemarakkan semangat patriotisme dikalangan rakyat negara ini.
    3. Pembinaan masyarakat Melayu yang berdaya maju dan berdaya saing.

    Ini adalah prinsip yang jelas dipegang teguh oleh DPPP. Malah kerana kejituan prinsip inilah juga DPPP kerap kali dengan beraninya bangkit secara vokal dan aksi dalam beberapa isu yang melanda negara ini, lebih-lebih lagi pada isu yang melibatkan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh pimpinan kerajaan. Malah kerana keberanian itulah juga bukan sedikit daripada pimpinan dan ahli DPPP di’rehat’kan samada di penjara mahupun di ‘Resort Kemunting’. Bagi DPPP ianya adalah cerminan kepada perasaan cinta, kasih dan sayang kepada agama, negara dan bangsa. Ianya juga adalah kemuncak kepada semangat patriotisme, memberi yang terbaik untuk mempertahankan maruah agama, negara dan bangsa. Ini adalah prinsipnya. Bertitik tolak daripada inilah DPPP secara tegasnya menyatakan bahawa kenyataan memorandum ini :

    1. Tidak menyentuh atau berbangkit tentang penolakan DPPP kepada usaha bagi memupuk semangat patriotisme dikalangan rakyat.

    2. Ianya juga tidak menyentuh atau berbangkit tentang penolakan DPPP kepada usaha bagi menyemarakkan rasa cinta, kasih dan sayang kepada agama, negara dan bangsa.

    3. Kenyataan memorandum ini juga tidak menyentuh dan berbangkit tentang penolakan DPPP terhadap usaha untuk membangunkan masyarakat Melayu dinegara ini.

    Malah secara simboliknya memorandum ini dengan sendirinya adalah cetusan daripada semangat patriotisme DPPP dan ianya juga luahan rasa cinta, kasih dan sayang DPPP kepada agama, negara dan bangsa.

    ASAS KEPADA MEMORANDUM

    Memorandum ini diasaskan atas laporan dan aduan ‘keterlanjuran terancang’ Biro Tatanegara ( BTN ) dalam penganjuran dan pengendalian kursus, latihan dan kem mereka. Keterlanjuran ini sesuatu yang menyentuh kepada :

    1. Modul latihan yang dilihat dengan sengaja membangkitkan persoalan isu perkauman yang melampau dan tidak berasas. Kesannya timbul perasaan curiga dan ketidakpuashatian sesama kaum yang mampu menjadi “time bomb” kepada permasalahan yang lebih serius;ketegangan kaum.

    ISU PERKAUMAN DALAM PROSES LATIHAN.

    1. Petikan daripada salah satu modul sessi Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang digunakan oleh Jurulatih (Fasilitator) Bertauliah BTN dalam satu Bengkel Kepimpinan &Pengurusan Persatuan Belia ( Peserta terdiri daripada pimpinan dan ahli persatuan belia sepenuhnya berbangsa Melayu ) :

    Senario yang diberikan

    a. Sepasang suami isteri – tinggal disebuah kampung – suatu petang bersiar-siar dipantai, jumpa orang tua – pinjam sampan – pergi ketengah laut – leka – sampan pecah dipukul ribut – Uda terdampar di pulau lain – Dara di pulau lain – sedih – Juragan Cina ( Ah Chong ) datang naik tongkang – simpati pada Dara – minta ganjaran iaitu menyerah kehormatan – cari Uda – jumpa – marah pada Dara – tolak Dara – kena batu – Ah Chong dan Uda bertengkar. Datang Muthu, bunuh kedua-duanya sekali.

    Di dalam ulasan antara falsafah yang disampaikan oleh fasilitator ialah :

    a. Terdapat watak manusia ( merujuk kepada watak Ah Chong ) yang pentingkan diri sendiri. Pertolongan yang diberi tidak ikhlas. Terdapat udang disebalik batu, lintah darat, mengambil kesempatan daripada kesusahan orang lain.

    2. Di dalam satu sessi ceramah motivasi pada program Motivasi Kepimpinan ( melibatkan peserta pimpinan dan ahli persatuan belia ) penceramah yang merupakan Jurulatih ( Fasilitator ) Bertauliah BTN membangkitkan tentang bahawa satu hari nanti jika orang Melayu tidak bersatu ( pastinya merujuk kepada bersatu di dalam UMNO ) mereka akan diinjak oleh C_ _ _ .

    3. Dalam satu program anjuran BTN diatas nama Kursus Kenegaraan yang diadakan disebuah kem BTN, khusus untuk pekerja sebuah agensi kerajaan ( kursus wajib dibawah Sistem Saraan Malaysia ) jurulatih atau fasilitator dalam satu sessi LDK mengaitkan orang-orang C_ _ _ sebagai komunis.

    Jelas sekali di dalam contoh-contoh di atas satu gambaran buruk diberikan kepada suatu kaum. Gambaran buruk sebegini adalah sesuatu yang keterlaluan dan mampu mencetuskan permasalahan yang lebih serius dimasa hadapan.

    JANGAN BERMAIN API !
    Bagi DPPP ianya merupakan sesuatu yang amat dikesali, BTN sebagai sebuah agensi kerajaan yang diberikan peranan dan tanggungjawab yang begitu luas bagi menjalankan aktiviti dan program ke arah membentuk masyarakat yang berjiwa patriot, serta terpupuk rasa cinta, kasih dan sayang kepada agama, negara dan bangsa tetapi pada hakikatnya melihat perspektif patriotisme itu dari sudut yang amat sempit dan bias. Lebih menyedihkan BTN kini dilihat oleh sebahagian rakyat negara ini sebagai kelompok cauvinis Melayu yang diperkudakan oleh UMNO sebagai agen provokasi dan propaganda.

    Tegas DPPP jangan bermain api ! Persoalan hubungan kaum adalah isu sensitif yang perlu ditangani secara matang dan berhati-hati. Persoalan hubungan kaum ini bersangkut secara terus kepada perpaduan dan keharmonian negara ini, maka adalah suatu tidakan yang tidak wajar sama sekali, di dalam apa cara sekali pun ianya dijadikan hujah retorik oleh mana-mana individu mahupun kumpulan, lebih-lebih lagi agensi di bawah kerajaan. Malah ianya menjadi satu polisi yang amat tegas diamalkan oleh kerajaan.

    Persoalannya mengapa di dalam hal ini BTN dilihat begitu berani untuk menggunakan logik lucah dan dangkal ini dalam modul latihan mereka. Jelas sekali sudah sampai masanya BTN itu sendiri disemak dan dinilai semula kerelevanan fungsi dan peranannya. Untuk itu DPPP menggariskan perkara-perkara dibawah sebagai desakan yang perlu kepada tindakan segera :-

    1. Penyemakan semula modul latihan BTN perlu dilakukan. Modul BTN perlu dibersihkan sepenuhnya daripada:

    o Unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti perkauman
    o Unsur-unsur propaganda UMNO.
    o Penekanan modul latihan perlu menekankan kepada melahirkan individu yang mampu untuk membuat penilaian sendiri, tegas dalam pendirian, teguh semagat patriotisme dan mantap peribadinya.

    2. Fungsi dan peranan BTN perlu dihadkan. Penghadan fungsi dan peranan BTN bertujuan untuk memastikan tidak berlaku sebarang bentuk penyelewengan fungsi dan peranan mereka. Di dalam situasi seperti yang ada ketika ini BTN dilihat begitu mudah diperalatkan sebagai alat politik dan agenda peribadi pihak tertentu.

    3. Program wajib BTN untuk golongan mahasiswa perlu dimansuhkan kerana ianya tidak lagi relevan lagi dengan wujudnya Program Latihan Khidmat Negara ( PLKN ). Ianya juga sesuai dengan status universiti sebagai sebuah autonomi yang membentuk generasi intelektual.

    4. Kaedah pemilihan, latihan dan pentauliahan jurulatih-jurulatih ( fasilitator ) BTN perlu di dedahkan dan dilakukan secara telus. Kepincangan BTN kini dilihat banyak berpunca daripada sistem pentauliahan jurulatih ( fasilitator ). Jurulatih tauliahan BTN dilihat bebas menggunakan modul latihan tanpa pemantauan, ini secara tidak langsung dilihat mendedahkan BTN untuk dijadikan alat untuk kepentingan UMNO.

    Kedudukan BTN dibawah Jabatan Perdana Menteri dengan fungsi yang begitu luas, menjadikan BTN sebuah agensi yang penting. Penglibatan BTN dalam proses penilaian penjawat awam ( Kursus Kenegaraan ), mahasiswa ( Kursus Bina Negara Mahasiswa ), remaja ( Kursus Bina Sahsiah Remaja ) dan banyak lagi menjadikan ia sebuah agensi yang mudah terdedah kepada salah laku amalan. Bagi mengekang semua ini samada yang telah, sedang atau pun akan berlaku suatu tindakan konkrit dan tegas perlu dilakukan. DPPP mendesak sebelum keterlanjuran yang telah berlaku menjadi parah dan mengundang sesuatu yang buruk kepada rakyat dan negara maka proses penilaian semula terhadap fungsi dan peranan BTN perlu disegerakan. Sekiranya jelas kewujudan BTN ini lebih kepada menjadi perkakas politik dan agenda individu maka tindakan terbaik yang perlu dilakukan kerajaan ialah dengan sama sekali memansuhkannya.

    Mazlan bin Aliman
    Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat
    http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=23487:mazlan-aliman-mengapa-btn-perlu-diharamkan&catid=97:pendapat-dan-analisis&Itemid=131

  2. Seng Heng December 3, 2009 at 3:47 pm Reply

    BTN sudah lama terpesong- Bekas Pengarah

    KOTA BHARU, 3 Dis: Biro Tata Negara (BTN) yang diwujudkan kini bukan lagi untuk menjaga semangat bangsa dan cintakan negara, sebaliknya untuk menjaga kekuatan parti Umno.

    Bekas Pengarah BTN Terengganu, Rosli Abdullah memberitahu modul kursus yang diajar dalam BTN khususnya selepas tahun 1998, lebih menekankan pengukuhan peserta kursus kepada pada parti pemerintah itu.

    “Pada masa yang sama, peserta kursus juga turut diajar memusuhi pemimpin parti-parti pembangkang, khususnya ulama dalam PAS, lebih bersifat perkauman dan berbagai lagi,”ujarnya lagi.

    Katanya, tindakan pemimpin kerajaan Selangor yang menghalang kakitangannya menghadiri kursus dalam BTN sebenarnya satu langkah yang baik memandangkan setiap peserta akan diasak sedemikian rupa untuk memenuhi impinan kerajaan Umno dan BN.

    Beliau yang pernah diamanahkan sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan BTN Pusat, itu seterusnya memberitahu, propaganda termasuk tuntutan Hindaf juga turut dicanang kepada peserta kursus berkenaan.

    “Modul kursus BTN khususnya diawal era 90-an, berbeza khususnya sewaktu dibawah seliawan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut ditekankan soal pendidikan Islam.

    “Sekarang ni khususnya selepas tahun 1998, kursus berkenaan bukan sahaja tidak ditekankan soal pendidikan Islam, sebaliknya lebih menjurus pada propaganda Umno, perkauman dan memburukkan ulama’ khususnya dalam PAS,”ujarnya lagi.

    Sambungnya lagi, masyarakat begitu mengagumi BTN sehingga antara tahun 1991 hingga 1998 merupakan zaman kegemilangan BTN kerana modul kursus yang diperkenalkan termasuk pendidikan Islam.

    Namun tambahnya, kini ianya menjadi hambar kerana lebih bersifat politik demi untuk kepentingan parti pemerintah.

    Beliau yang kini Timbalan Pengarah Tabung Amanah Tok Kenali juga memberitahu, keberkesanan kursus BTN sekitar tahun berkenaan juga menyebabkan rakyat turun ke bawah akibat kesan dari reformasi yang disuntik dari semangat kursus BTN, khususnya selepas penyingkiran Anwar.

    “Kini mereka ingin melakukan perkara yang sama namun lebih sistemetik demi untuk kemenangan mereka dalam pilihan raya umum akan datang,”ujarnya lagi.

    Jelasnya, kursus BTN dalam tempoh lima hari amat berkesan kepada peserta kursus dengan asakan serta cara mereka menyampaikan ceramah melalui modul yang telah disediakan kepada peserta.

    Jelasnya, BTN kini juga telah terpesong dari matlamat asal penubuhan iaitu untuk menguatkan bangsa Melayu itu sendiri, yang mana kini tidak menumpukan soal bangsa apa lagi agama, sebaliknya menanam semangat perjuangan Umno pada jiwa peserta kursus.

    Pada masa yang sama beliau turut menyokong langkah kerajaan Selangor menghalang kakitangannya mengikuti kursus BTN bagi mengelak sesuatu yang tidak diingini berlaku.

    Bagaimanapun, menurutnya kerajaan negeri itu perlu mengadakan satu medan kursus khas untuk kakitangannya memandangkan setiap kakitangan awam perlu mengikuti kursus untuk kenaikan pangkat mereka.

    Menurutnya lagi, kursus khas di bawah Menteri Besar perlu ditubuhkan sebagai alternatif baru untuk kakitangannya mengikuti kursus.

    Pada masa yang sama, sambungnya masyarakat perlu didedahkan tentang intipati yang terdapat dalam kursus BTN agar mereka selamanya tidak diperbodohkan oleh kerajaan khususnya yang mengaitkan hanya Umno mampu memerintah negara.

    “Fahaman atau ajaran sesat ini sewajarnya dibuang dari minda rakyat kerana Pakatan Rakyat juga mampu memerintah,”ujarnya.

    http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=23529:btn-sudah-lama-terpesong-bekas-pengarah&catid=1:utama&Itemid=50

    dari youtube

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: