Monthly Archives: December 2009

Bersalam – Muslim dan bukan Muslim

Ramai orang Muslim menjadi serba salah apabila bukan Muslim dari jantina berbeza menghulur tangan untuk bersalam. Mengapa mereka menjadi serba salah? Salah Muslim atau salah bukan Muslim?

    

Apakah boleh Muslim lelaki bersalam dengan Muslim perempuan yang sah nikah (boleh berkahwin)?

Bukan Muslim tidak tahu bahawa mereka tidak boleh bersalam dengan orang Muslim yang berbeza jantina. Begitu juga  orang Muslim sesama Muslim yang sah nikah (bukan muhrim) juga tidak boleh bersalaman atau bersentuhan. Bagi orang Muslim, mereka faham bahawa haram bersentuhan lelaki perempuan yang sah nikah. Bagi bukan Muslim, mereka tidak tahu.

Apabila orang bukan Muslim tidak faham, maka menjadi tanggungjawab kita orang Muslim memaklumkan kepada bukan Muslim mengenai hal ini. Pemimpin negara dan negeri boleh mendidik masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan pelbagai agama mengenai isu bersalaman ini. Tetapi selama BN-UMO memerintah Malaysia, mereka tidak mendidik masyarakat mengenai hal ini; malah mereka secara terang-terangan bersalaman dengan orang Muslim dan bukan Muslim walaupun berlainan jantina.

Apabila Pakatan Rakyat memerintah,  PAS-PKR-DAP boleh memahami hal ini dan mendidik masyarakat mengenai isu bersalam ini. Pimpinan PAS boleh menunjukkan contoh tidak bersalam dengan jantina  berbeza apabila bertemu pimpinan PKR adn DAP serta tidak bersalaman dengan bukan muhrim daripada kalangan rakyat.

Banyak cara kita boleh menghormati orang lain dari pelbagai kaum dan pelbagai agama dan buka mesti bersalam.

Orang Jepun tidak bersalam, tetapi menundukkan kepalanya sedikit sebagai tanda hormat bagi menggantikan bersalam.

Begitu orang China di negara China, hanya tunduk kepala sedikit atau satukan tangan kiri dan kanan, dimana tangan kanan dikepalkan dan diletakkan di bawah tapak tangan kiri, dan ditunjukkan kepada rakan yang ditemui sebagai tanda hormat tanpa bersalam.

Orang India tidak bersalam apabila bertemu tetapi merapatkan kedua telapak tangan dan membawa kepada dadanya serta diikuti dengan tunduk sedikit sambil berkata “salam” (greeting)  dalam bahasa mereka.

Orang Peranchis akan bersalam antara lelaki dengan lelaki tetapi bersentuh pipi antara lelaki dan perempuan dengan sedikit pelukan  sambil berkata “salam” (greeting)  dalam bahasa mereka.

Justeru di Malaysia, orang Muslim boleh mengelak dari bersalaman dengan lelaki dan perempuan bukan muhrim, dengan cara menggerakkan tangan kanan, dibawa ke bahu kiri atau bawa tapak tangan kanan ke dada, untuk menunjukkan tanda hormat dan menggantikan bersalaman dengan bukan muhrim.

Salahkah tidak bersalam dengan orang yang sah nikah? Berdosakan pada sisi Tuhan kalau tidak bersalaman dengan orang yang sah nikah? Tepuk dada tanya iman.

Kalau kita boleh beritahu pada bukan Muslim mengenai hal salam ini dan menunjukkan cara lain (gesture) menghormati seseorang tanpa bersalaman, maka kita percaya, perasaan serba salah ini akan hilang; kita akan rasa aman di dunia dan di akhirat, insya’Allah.

Menepek iklan secara percuma dan haram

Di banyak tempat kita dapati rakyat Malaysia, khususnya yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan sehinggalah perniagaan yang besar menepek iklan mereka di pokok, tiang letrik, jambatan, dinding bangunan, tiang lampu isyarat, dan harta awam seperti pondok telefon.

Malah ada juga yang berani menepek iklan mereka di peti TNB di tepi jalan, peti TM di tepi jalan, dan banyak lagi tempat awam yang menyakitkan mata memandang. Melihat kepada iklan “haram” ini dan punblisiti MURAHAN ini, rakyat menjadi alah bisa tegal biasa.

Tetapi kita lihat tindakan menepek iklan secara percuma dan haram ini tidak berakhlak, tidak beretika dan tidak malu. Tepekan-tepekan iklan ini mencemar kecantikan dan keindahan alam sekeliling.

Ada sebahagian kertas iklan ini sudah tanggal iklannya, lalu mengotori kawasan berkenaan. Ada iklan bertindih antara satu sama lain. Ada iklan yang sudah kabur dan hilang warna tetapi masih tetap berada di tempat yang sama. Buruk pada mata kita dan buruk pada mata pelancong.

Apakah tidak ada penyelesaian dalam hali ini?

1. Apakah pihak Majlis Perbandaran tidak ada undang-undang untuk mendakwa pengiklan/ peniaga yang menepek iklan secara haram itu? Bukankah ada nombor telefon peniaga/pengiklan itu? Kalau tidak ada peruntukan undang-undang  demikian, buatlah satu peraturan yang boleh saman pengiklan berkenaan. Apakah Majlis Perbandaran lebih rela membiarkan tempat awam kotor dengan iklan dan rela membayar kos membersihkan iklan haram?

2. Apakah pihak Majlis Perbandaran tidak mahu berfikir untuk meletakkan papan notis berdekatan dengan simpang lampu isyarat untuk beri peluang kepada peniaga mengiklankan perkhidmatan dan produk mereka? Pastinya pemandu akan membaca iklan-iklan itu sambil menunggu lampu merah bertukar hijau. Bukankah Majlis Perbandaran boleh tetapkan saiz iklan,  harga sewa ruang iklan (jangalah mahal sangat),  dan tempoh masa iklan?

3.  Apakah peniaga/pengiklan pula tidak boleh berfikir secara positif dengan menyebarkan iklan dalam bentuk handbil yang diedar dari rumah ke rumah di kawasan lokal tempat mereka berniaga?  Hari ini pun sudah ada beberapa peniaga/pengiklan yang bijak dan berhemah menyebarkan iklan dari rumah ke rumah.

4. Apakah  peniaga/pengiklan tidak boleh berfikir secara positif untuk menyebar iklan mereka dalam brosur perniagaan tempatan yang boleh diedarkan di pusat membeli belah, dimasukkan dalam kota-kotak surat di rumah-rumah orang tempatan atau berdekatan? Hari ini pun sudah ada segelintir peniaga/pengiklan yang bijak dan berhemah menyebarkan iklan dalam brosur perniagaan dari rumah ke rumah. Brosur ini boleh diusahakan oleh Majlis Perbandaran atau syarikat yang dilantik untuk mengendalikan brosur perniagaan ini. Brosur ini boleh memuatkan semua perniagaan yang mahu diiklankan dan setiap iklan dikenakan cas minima. Inilah cara yang dibuat di Amerika. Di sana terdapat satu brosur/buku iklan sebar saiz A4 yang dikenali sebagai “Thrifty Nickel” dan diedarkan pada setiap hari Jumaat pagi. Orang tempatan menunggu-nunggu dan mencari-cari “Thrifty Nickel” kerana terdapat banyak iklan dan banyak barang yang mahu dijual dengan harga murah.

Saya pelik kerajaan mahu melumpuhkan Along, tetapi terdapat peniaga seperti Along dan ala-Along menepek iklan mereka di merata tempat secara percuma sedangkan mereka mempunyai duit/modal yang besar untuk memberi pinjaman kepada orang yang memerlukan. Mengapa mereka tepek ilan mereka secara haram ini dan secara tidak langsung mengotorkan harta awam?

Bukankah mengotori harta awam ini dianggap satu bentuk vandalisme? Di mana Majlis Perbandaran? Apakah mereka tidak berfikir? Atau tidak mahu berfikir atau malas nak berfikir? Atau mahu rakyat pikirlah sendiri sepeti yang disarankan oleh Nabil?

5.  Apakah pusat membeli belah tidak mahu ambil kesempatan untuk menyediakan papan notis supaya  peniaga lokal boleh menampal iklan mereka untuk masyarakat setempat? Pusat membeli belah boleh dapat dua keuntungan: sewa ruang  iklan dan kunjungan pengguna /orang tempatan di pusat membeli belah itu. Malah ada tempat letak kereta yang mengenakan cas minima.

Sampai bilakah mata kita sakit memandang iklan haram? Sampai bilakah pengiklan haram ini hendak belajar tanggungjawab sivik dalam hidup mereka? Sampai bilakan Majlis Perbandaran mahu berdiam diri dan tidak mahu menyumbang dalam mendidik peniaga dan orang ramai disampin mewujudkan suasana indah dan cantik dalam kawasan setempat?

Sesungguhnya Tuhan itu Maha Cantik dan Maha Bersiah, maka Tuhan suka kepada yang cantik dan bersih serta kemas. Marilah kita wujudkan suasana yang cantik dan indah di sekeliling kita.

Peranan Sultan sebagai ketua agama Islam

Di Selangor, kelab malam, pusat hiburan (karaoke, snooker, video game), dan rumah urut ini boleh didapati di sana sini khususnya di negeri Selangor. Mungkin Sultan tahu, tetapi mungkin Sultan tidak dimaklumkan berapa banyak bilangan kelab malam, pusat hiburan dan rumah urut. Mungkin juga Sultan tidak dimaklumkan akan kesan daripada wujudnya kelab malam, pusat hiburan (karaoke, snooker, video game), dan rumah urut di negerinya.

Mungkin juga Sultan tidak tahu bahawa banyak PBT (pihak berkuasa tempatan) telah meluluskan lesen untuk kelab malam, pusat hiburan (karaoke, snooker, video game), dan rumah urut melebihi dari kuota yang sepatutnya.

Saya difahamkan dalam satu ceramah di negeri Selangor baru-baru ini bahawa terdapat Peraturan Kecil mengenai kelab malam, pusat hiburan (karaoke, snooker, video game), dan rumah urut.

Menurut Peraturan Kecil PBT, bagi setiap satu kawasan yang mempunyai penduduk sekitar 40 ribu orang, PBT hanya boleh luluskan satu sahaja pusat hiburan. Tetapi jika 70% daripada bilangan penduduk itu adalah Muslim, maka TIDAK BOLEH benarkan satu pun kelab malam, pusat hiburan (karaoke, snooker, video game), atau rumah urut di kawasan berkenaan.

Jika kurang daripada 70% di kawasan penduduk seramai 14K itu, maka BOLEH buat satu kelab malam, pusat hiburan (karaoke, snooker, video game), atau rumah urut, tetapi tidak boleh diizinkan berniaga berdekatan dengan masjid atau rumah ibadah atau bangunan awam.

Kita boleh teliti semua PBT. Tetapi saya dimaklumkan misalnya di kawasan USJ sahaja, bilangan penduduknya hampir mencecah 600K, dan bilangan kelab malam, pusat hiburan (karaoke, snooker, video game), dan rumah urut pula mencecah 150 buah sedangkan Peraturan Kecil hanya boleh meluluskan sekitar 15 buah sahaja.  Mengapa ini terjadi? Adakah PBT meluluskan lesen itu semua pada masa yang lepas? Atau PBT diarahkan oleh EXCO negeri supaya meluluskan lesen kelab malam, pusat hiburan (karaoke, snooker, video game), dan rumah urut kepada peniaga yang ada kaitan dengan YB atau EXCO pada masa kerajaan lama memerintah?

Hari ini PBT MPSJ telah memainkan peranan yang baik dalam menilai semula semua lesen-lesen yang telah diberikan kepada kelab malam, pusat hiburan (karaoke, snooker, video game), dan rumah urut. 

Tahniah! PBT MPSJ juga telah membekukan permohonan baru untuk menjalankan perniagaan kelab malam, pusat hiburan (karaoke, snooker, video game), dan rumah urut! Pihak MPSJ juga telah menyerbu dan menyita beberapa kelab malam, pusat hiburan (karaoke, snooker, video game), dan rumah urutyang tidak ada lesen atau yang menyalahai undang-undang MPSJ.

Tetapi apakah Sultan dimaklumkan tentang semua ini? Kalau EXCO Selangor hari ini boleh maklumkan kepada Sultan alangkah baiknya kalau JAIS tidak berminat dalam hal ini.

Rakyat Muslim di Selangor tidak fikir JAIS berminat untuk maklumkan kepada Sultan Selangor. JAIS hanya berminat untuk sekat orang berdakwah, sekat penyebaran agama Islam, dan sekat perkembangan ilmu, lantaran JAIS mencari-cari orang untuk disaman dan ditangkap kerana tidak ada tauliah untuk bercakap/ berceramah di masjid/surau di Selangor.

Apakah JAIS akan menyaman dan menangkap pendakwah jika pendakwah pergi ke kelab malam, pusat hiburan (karaoke, snooker, video game), dan rumah urut untuk berdakwah kepada pengusaha dan pelanggan Muslim? Apakah JAIS akan dakwa dan saman Dr Asri jika Dr Asri akan berceramah di kelab malam atau pusat hiburan di Selangor?

Apakah JAIS bekerja untuk UMNO atau untuk Sultan melalui MAIS atau untuk Allah Taala?

Kalaulah Sultan dimaklumkan tentang hal kelab malam, pusat hiburan (karaoke, snooker, video game), dan rumah urut di Selangor ini kan baik seperti mana Sultan dimaklumkan ada kandang babi berdekatan dengan Istana Singgah di Morib.

Mengapa tidak ada orang yang mahu memberitahu kepada Sultan? Saya percaya Sultan sayang pada agama dan umat Islam serta rakyat Selangor seluruhnya. Beritahulah kepada Sultan!