Menepek iklan secara percuma dan haram

Di banyak tempat kita dapati rakyat Malaysia, khususnya yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan sehinggalah perniagaan yang besar menepek iklan mereka di pokok, tiang letrik, jambatan, dinding bangunan, tiang lampu isyarat, dan harta awam seperti pondok telefon.

Malah ada juga yang berani menepek iklan mereka di peti TNB di tepi jalan, peti TM di tepi jalan, dan banyak lagi tempat awam yang menyakitkan mata memandang. Melihat kepada iklan “haram” ini dan punblisiti MURAHAN ini, rakyat menjadi alah bisa tegal biasa.

Tetapi kita lihat tindakan menepek iklan secara percuma dan haram ini tidak berakhlak, tidak beretika dan tidak malu. Tepekan-tepekan iklan ini mencemar kecantikan dan keindahan alam sekeliling.

Ada sebahagian kertas iklan ini sudah tanggal iklannya, lalu mengotori kawasan berkenaan. Ada iklan bertindih antara satu sama lain. Ada iklan yang sudah kabur dan hilang warna tetapi masih tetap berada di tempat yang sama. Buruk pada mata kita dan buruk pada mata pelancong.

Apakah tidak ada penyelesaian dalam hali ini?

1. Apakah pihak Majlis Perbandaran tidak ada undang-undang untuk mendakwa pengiklan/ peniaga yang menepek iklan secara haram itu? Bukankah ada nombor telefon peniaga/pengiklan itu? Kalau tidak ada peruntukan undang-undang  demikian, buatlah satu peraturan yang boleh saman pengiklan berkenaan. Apakah Majlis Perbandaran lebih rela membiarkan tempat awam kotor dengan iklan dan rela membayar kos membersihkan iklan haram?

2. Apakah pihak Majlis Perbandaran tidak mahu berfikir untuk meletakkan papan notis berdekatan dengan simpang lampu isyarat untuk beri peluang kepada peniaga mengiklankan perkhidmatan dan produk mereka? Pastinya pemandu akan membaca iklan-iklan itu sambil menunggu lampu merah bertukar hijau. Bukankah Majlis Perbandaran boleh tetapkan saiz iklan,  harga sewa ruang iklan (jangalah mahal sangat),  dan tempoh masa iklan?

3.  Apakah peniaga/pengiklan pula tidak boleh berfikir secara positif dengan menyebarkan iklan dalam bentuk handbil yang diedar dari rumah ke rumah di kawasan lokal tempat mereka berniaga?  Hari ini pun sudah ada beberapa peniaga/pengiklan yang bijak dan berhemah menyebarkan iklan dari rumah ke rumah.

4. Apakah  peniaga/pengiklan tidak boleh berfikir secara positif untuk menyebar iklan mereka dalam brosur perniagaan tempatan yang boleh diedarkan di pusat membeli belah, dimasukkan dalam kota-kotak surat di rumah-rumah orang tempatan atau berdekatan? Hari ini pun sudah ada segelintir peniaga/pengiklan yang bijak dan berhemah menyebarkan iklan dalam brosur perniagaan dari rumah ke rumah. Brosur ini boleh diusahakan oleh Majlis Perbandaran atau syarikat yang dilantik untuk mengendalikan brosur perniagaan ini. Brosur ini boleh memuatkan semua perniagaan yang mahu diiklankan dan setiap iklan dikenakan cas minima. Inilah cara yang dibuat di Amerika. Di sana terdapat satu brosur/buku iklan sebar saiz A4 yang dikenali sebagai “Thrifty Nickel” dan diedarkan pada setiap hari Jumaat pagi. Orang tempatan menunggu-nunggu dan mencari-cari “Thrifty Nickel” kerana terdapat banyak iklan dan banyak barang yang mahu dijual dengan harga murah.

Saya pelik kerajaan mahu melumpuhkan Along, tetapi terdapat peniaga seperti Along dan ala-Along menepek iklan mereka di merata tempat secara percuma sedangkan mereka mempunyai duit/modal yang besar untuk memberi pinjaman kepada orang yang memerlukan. Mengapa mereka tepek ilan mereka secara haram ini dan secara tidak langsung mengotorkan harta awam?

Bukankah mengotori harta awam ini dianggap satu bentuk vandalisme? Di mana Majlis Perbandaran? Apakah mereka tidak berfikir? Atau tidak mahu berfikir atau malas nak berfikir? Atau mahu rakyat pikirlah sendiri sepeti yang disarankan oleh Nabil?

5.  Apakah pusat membeli belah tidak mahu ambil kesempatan untuk menyediakan papan notis supaya  peniaga lokal boleh menampal iklan mereka untuk masyarakat setempat? Pusat membeli belah boleh dapat dua keuntungan: sewa ruang  iklan dan kunjungan pengguna /orang tempatan di pusat membeli belah itu. Malah ada tempat letak kereta yang mengenakan cas minima.

Sampai bilakah mata kita sakit memandang iklan haram? Sampai bilakah pengiklan haram ini hendak belajar tanggungjawab sivik dalam hidup mereka? Sampai bilakan Majlis Perbandaran mahu berdiam diri dan tidak mahu menyumbang dalam mendidik peniaga dan orang ramai disampin mewujudkan suasana indah dan cantik dalam kawasan setempat?

Sesungguhnya Tuhan itu Maha Cantik dan Maha Bersiah, maka Tuhan suka kepada yang cantik dan bersih serta kemas. Marilah kita wujudkan suasana yang cantik dan indah di sekeliling kita.

One thought on “Menepek iklan secara percuma dan haram

  1. penanggal iklan November 20, 2014 at 1:54 pm Reply

    Tahniah Tnb shah alam anda mempunyai kontraktor yg mahir tanggal iklan haram. Boleh lihat hasil kerja mereka d kwsn shah alam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: