Bersalam – Muslim dan bukan Muslim

Ramai orang Muslim menjadi serba salah apabila bukan Muslim dari jantina berbeza menghulur tangan untuk bersalam. Mengapa mereka menjadi serba salah? Salah Muslim atau salah bukan Muslim?

    

Apakah boleh Muslim lelaki bersalam dengan Muslim perempuan yang sah nikah (boleh berkahwin)?

Bukan Muslim tidak tahu bahawa mereka tidak boleh bersalam dengan orang Muslim yang berbeza jantina. Begitu juga  orang Muslim sesama Muslim yang sah nikah (bukan muhrim) juga tidak boleh bersalaman atau bersentuhan. Bagi orang Muslim, mereka faham bahawa haram bersentuhan lelaki perempuan yang sah nikah. Bagi bukan Muslim, mereka tidak tahu.

Apabila orang bukan Muslim tidak faham, maka menjadi tanggungjawab kita orang Muslim memaklumkan kepada bukan Muslim mengenai hal ini. Pemimpin negara dan negeri boleh mendidik masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan pelbagai agama mengenai isu bersalaman ini. Tetapi selama BN-UMO memerintah Malaysia, mereka tidak mendidik masyarakat mengenai hal ini; malah mereka secara terang-terangan bersalaman dengan orang Muslim dan bukan Muslim walaupun berlainan jantina.

Apabila Pakatan Rakyat memerintah,  PAS-PKR-DAP boleh memahami hal ini dan mendidik masyarakat mengenai isu bersalam ini. Pimpinan PAS boleh menunjukkan contoh tidak bersalam dengan jantina  berbeza apabila bertemu pimpinan PKR adn DAP serta tidak bersalaman dengan bukan muhrim daripada kalangan rakyat.

Banyak cara kita boleh menghormati orang lain dari pelbagai kaum dan pelbagai agama dan buka mesti bersalam.

Orang Jepun tidak bersalam, tetapi menundukkan kepalanya sedikit sebagai tanda hormat bagi menggantikan bersalam.

Begitu orang China di negara China, hanya tunduk kepala sedikit atau satukan tangan kiri dan kanan, dimana tangan kanan dikepalkan dan diletakkan di bawah tapak tangan kiri, dan ditunjukkan kepada rakan yang ditemui sebagai tanda hormat tanpa bersalam.

Orang India tidak bersalam apabila bertemu tetapi merapatkan kedua telapak tangan dan membawa kepada dadanya serta diikuti dengan tunduk sedikit sambil berkata “salam” (greeting)  dalam bahasa mereka.

Orang Peranchis akan bersalam antara lelaki dengan lelaki tetapi bersentuh pipi antara lelaki dan perempuan dengan sedikit pelukan  sambil berkata “salam” (greeting)  dalam bahasa mereka.

Justeru di Malaysia, orang Muslim boleh mengelak dari bersalaman dengan lelaki dan perempuan bukan muhrim, dengan cara menggerakkan tangan kanan, dibawa ke bahu kiri atau bawa tapak tangan kanan ke dada, untuk menunjukkan tanda hormat dan menggantikan bersalaman dengan bukan muhrim.

Salahkah tidak bersalam dengan orang yang sah nikah? Berdosakan pada sisi Tuhan kalau tidak bersalaman dengan orang yang sah nikah? Tepuk dada tanya iman.

Kalau kita boleh beritahu pada bukan Muslim mengenai hal salam ini dan menunjukkan cara lain (gesture) menghormati seseorang tanpa bersalaman, maka kita percaya, perasaan serba salah ini akan hilang; kita akan rasa aman di dunia dan di akhirat, insya’Allah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: