Monthly Archives: January 2010

Nama Allah – ada udang disebalik batu

Isu nama Allah menjadi gempar apabila  Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan memutuskan Majalah mingguan Katolik, Herald, boleh menggunakan perkataan “Allah” dalam penerbitannya mulai 31 Disember 2009

Apa alasannya? Apakah kononnya hendak diterjemah nama God dalam agama Kristian kepada bahasa Melayu iaitu Allah? Terjemahan yang betul untuk God ialah Tuhan bukan Allah. Allah itu bukan terjemahan dari perkataan Tuhan. Allah itu nama Tuhan dari sudut Islam. Dan nama Allah itu bukan berasal dari bahasa Melayu! Nama Allah itu dari bahasa Arab! Jadi apa alasan terjemahan itu?

Allah itu bukan Isa atau Jesus yang dianggap oleh Kristian? Apakah mereka buta huruf? Atau buta tuli? Tidak, tapi  mengapa mahu menggunakan juga nama Allah dalam urusan agama Kristian? Apakah ada udang sebalik batu?

Di dalam Islam, Allah itu tunggal, Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan; Allah itu tidak menyerupai dengan apa pun dalam alama ini. Maka mustahil Allah itu Isa atau Jesus yang dianggap oleh Kristian sebagai Tuhan atau anak Tuhan atau ruh qudus. Jadi mengapa mereka masih mahu gunakan nama Allah dalam urusan agama Kristian mereka di Malaysia dan Indonesia?

Mengapa Vatican City, kubu agama Kristian, tidak minta untuk mengggunakan nama Allah dalam Bible atau terbitan mereka di dunia barat? Mengapa Kristian di Barat memadam nama ‘Alah’ dalam Bible satu masa dulu dan terus tidak menerima perkataan Allah dalam Old Testament dan New Testament?  Mengapa mereka hanya biarkan perkataan Yahweh, Elohim dan Elahi yang membawa maksud Tuhan dalam kita bahasa Aramaic dan Septuagint?

Apakah ada udang disebalik batu oleh kumpulan misionari Kristian di sebelah Asia, khususnya di Asia Tenggara atau lebih khusus lagi di Nusantara? Apakah misi kumpulan misionari Kristian di Nusantara ini?

Cuba lihat foto di bawah di Indonesia? Apakah ini yang mahu dilihat di Malaysia? Apakah ada pihak yang memang sengaja mahu mengelirukan generasi masa kini dan masa depan mengenai nama Allah?

Apakah dengan isu ini, maka akan berlaku pergaduhan agama dan kaum seperti di Ambon dan Maluku atau antara Serbia dan Bosnia atau selatan Sudan dan Utara Sudan? Mereka berperang dan bunuh-membunuh atas nama agama!

Apakah apabila berlaku pergaduhan agama di sini, maka Amerika berpeluang campur tangan melalui Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu  dan akhirnya berjaya menempatkan pangkalan tenteranya di sebelah sini untuk mengawal dan menguasai ekonomi Asia?

Kalau kerajaan Malaysia boleh ‘bau’  kumpulan pemberontak di Memali, boleh tahu kumpulan Abu Bakar As-Sidq,  boleh ‘kesan’ kumpulan Al-Maunah, dan boleh tangkap “kumpulan bawah tanah JI”, maka mengapa kerajaan tidak boleh bau kumpulan yang diupah merusakkan gereja dan surau? Rakyat percaya kerajaan mampu menyekat segera  api  kebencian dalam kalangan rakyat pelbagai agama dan etnik dari terus bersemarak dalam negara ini, soalnya bila?

Atau apakah isu nama Allah ini akan menenggelamkan isu penyelewengan, rasuah, penindasan,  kekejaman, pembunuhan, dan kemelesetan ekonomi dalam negara yang melibatkan pimpinan negara dan negeri?

Cuba fikirkan and berikan keputusan anda. http://www.muslimconsumer.org.my/herald/index.php