Nama Allah – ada udang disebalik batu

Isu nama Allah menjadi gempar apabila  Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan memutuskan Majalah mingguan Katolik, Herald, boleh menggunakan perkataan “Allah” dalam penerbitannya mulai 31 Disember 2009

Apa alasannya? Apakah kononnya hendak diterjemah nama God dalam agama Kristian kepada bahasa Melayu iaitu Allah? Terjemahan yang betul untuk God ialah Tuhan bukan Allah. Allah itu bukan terjemahan dari perkataan Tuhan. Allah itu nama Tuhan dari sudut Islam. Dan nama Allah itu bukan berasal dari bahasa Melayu! Nama Allah itu dari bahasa Arab! Jadi apa alasan terjemahan itu?

Allah itu bukan Isa atau Jesus yang dianggap oleh Kristian? Apakah mereka buta huruf? Atau buta tuli? Tidak, tapi  mengapa mahu menggunakan juga nama Allah dalam urusan agama Kristian? Apakah ada udang sebalik batu?

Di dalam Islam, Allah itu tunggal, Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan; Allah itu tidak menyerupai dengan apa pun dalam alama ini. Maka mustahil Allah itu Isa atau Jesus yang dianggap oleh Kristian sebagai Tuhan atau anak Tuhan atau ruh qudus. Jadi mengapa mereka masih mahu gunakan nama Allah dalam urusan agama Kristian mereka di Malaysia dan Indonesia?

Mengapa Vatican City, kubu agama Kristian, tidak minta untuk mengggunakan nama Allah dalam Bible atau terbitan mereka di dunia barat? Mengapa Kristian di Barat memadam nama ‘Alah’ dalam Bible satu masa dulu dan terus tidak menerima perkataan Allah dalam Old Testament dan New Testament?  Mengapa mereka hanya biarkan perkataan Yahweh, Elohim dan Elahi yang membawa maksud Tuhan dalam kita bahasa Aramaic dan Septuagint?

Apakah ada udang disebalik batu oleh kumpulan misionari Kristian di sebelah Asia, khususnya di Asia Tenggara atau lebih khusus lagi di Nusantara? Apakah misi kumpulan misionari Kristian di Nusantara ini?

Cuba lihat foto di bawah di Indonesia? Apakah ini yang mahu dilihat di Malaysia? Apakah ada pihak yang memang sengaja mahu mengelirukan generasi masa kini dan masa depan mengenai nama Allah?

Apakah dengan isu ini, maka akan berlaku pergaduhan agama dan kaum seperti di Ambon dan Maluku atau antara Serbia dan Bosnia atau selatan Sudan dan Utara Sudan? Mereka berperang dan bunuh-membunuh atas nama agama!

Apakah apabila berlaku pergaduhan agama di sini, maka Amerika berpeluang campur tangan melalui Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu  dan akhirnya berjaya menempatkan pangkalan tenteranya di sebelah sini untuk mengawal dan menguasai ekonomi Asia?

Kalau kerajaan Malaysia boleh ‘bau’  kumpulan pemberontak di Memali, boleh tahu kumpulan Abu Bakar As-Sidq,  boleh ‘kesan’ kumpulan Al-Maunah, dan boleh tangkap “kumpulan bawah tanah JI”, maka mengapa kerajaan tidak boleh bau kumpulan yang diupah merusakkan gereja dan surau? Rakyat percaya kerajaan mampu menyekat segera  api  kebencian dalam kalangan rakyat pelbagai agama dan etnik dari terus bersemarak dalam negara ini, soalnya bila?

Atau apakah isu nama Allah ini akan menenggelamkan isu penyelewengan, rasuah, penindasan,  kekejaman, pembunuhan, dan kemelesetan ekonomi dalam negara yang melibatkan pimpinan negara dan negeri?

Cuba fikirkan and berikan keputusan anda. http://www.muslimconsumer.org.my/herald/index.php

6 thoughts on “Nama Allah – ada udang disebalik batu

  1. Sahil January 24, 2010 at 4:33 pm Reply

    “Apakah kalimah ALLah boleh digunakan oleh umat selain Islam, dalam kes terbaru berkaitan kebenaran penggunaannya oleh Majalah Herald? Untuk menjawabnya penulis berpendapat haruslah hakikat ALLah dan Tuhan itu dihuraikan sedalam mungkin menurut thelogi Islam dan juga Kristen.

    Penulis terlibat secara langsung dalam perdebatan tentang Ketuhanan dengan penganut Kristen Indonesia. Di bawah adalah tulisan penulis berkenaan isu ini yang dipetik dari blog penulis sendiri.

    Dan tulisan ini hanya analisa penulis hasil dari perdebatan dengan pendebat Kristen dari Indonesia. Dan tidak sekali-kali tulisan ini untuk menghasut atau menghina agama Kristen.

    http://shahil.wordpress.com

    Assalaamualaikum dan salam hormat.

    Baru-baru ini di Malaysia, timbul satu isu yang dikira lain dari yang lain. Isu itu ialah majalah mingguan Herald telah dibenarkan menggunakan kalimah ALLah untuk menunjukkan Tuhan dalam siaran mereka. Sebenarnya tuan empunya majalah ini telah memohon kebenaran ini lama dahulu lagi tetapi baru sekarang mahkamah membenarkannya.

    Penulis tidaklah mahu mempertikaikan keputusan mahkamah. Dari persepsi umum dan hakikat fungsinya, mahkamah adalah pemutus sesuatu permasalahan. Mahkamahlah yang memutuskan benar atau salahnya setiap perbalahan. Dan penulis tidaklah menghasut sesiapa sahaja yang membaca tulisan ini kerana ini adalah pengamatan penulis berdasarkan kewajaran apa yang berlaku seharian. Di Malaysia, menghasut akan dikenakan tindakan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA. Jika penulis dikenakan ISA, siapa yang mahu memberikan makan kepada anak dan isteri penulis? Mereka akan kebuluran.

    Focus utama dalam hal ini ialah penggunaan kalimah ALLah bagi merujuk kepada Tuhan. Apakah harus penerbit Herald menggunakannya dalam tulisan mereka? Apakah dengan kebenaran ini agama Budha juga akan dibenarkan menggunakannya, demikian juga agama Hindu? Atau apakah Hindu juga akan berkata “Tuhan adalah ALLah dan Brahma adalah pentajallian ALLah”?

    Apakah maksud ALLah dan apakah maksud Tuhan? Penulis menegaskan tuan empunya Herald haruslah memberikan definisi yang cukup tepat bagi dua kalimah ini. definisi dan maksudnya haruslah dituntaskan sedalam mungkin supaya kedua-duanya jelas, jelas mana persamaannya dan jelas mana perbezaannya.

    Baiklah kita terus menyusuri permasalahan ini…

    Semua agama mempercayai adanya Tuhan. Tuhanlah punca agama. Yang tidak mempercayai Tuhan tidak dinamakan beragama. Adalah melucukan untuk mengatakan Atheis itu suatu agama dan tidak masuk akal. Islam mengajarkan adanya Tuhan. Demikian juga Kristen, Budha, Hindu, Zoroster dan juga pagan. Semua itu adalah kepercayaan, kepercayaan kepada Tuhan yang menumbuhkan berbegai persepsi yang menghasilkan institusi keagamaan. Ertinya Tuhan itu adalah sesuatu yang umum, umum dari sudut kepercayaan dan pemahaman.

    ALLah, trinity, Brahma adalah antara istilah ketuhanan dalam Islam, Kristen, Budha dan Hindu. Apakah semua ini? ini adalah istilah-istilah khusus Tuhan dalam Islam, Kristen, Budha dan Hindu. ALLah adalah Tuhan yang dipercayai Islam. Anak, Bapa dan Roh ALLah adalah Tuhan yang dipercayai Kristen. Dan Brahma salah satu Tuhan yang dipercayai Hindu. Demikian juga Budha mempunyai kosep Tuhannya sendiri.

    ALLAH DAN TRINITY:

    Oleh kerana isu penggunaan kalimah ALLah ini ditimbulkan oleh orang Kristen melalui tuntutan tuan empunya majalah Herald, penulis akan membahaskan Tuhan dan ALLah dari sudut dua agama iaitu Islam dan Kristen.

    PENGERTIAN TUHAN DAN ALLAH DALAM ISLAM:

    Theologi Islam jelas mendefinasikan Tuhan dengan definisi yang cukup jelas dan tuntas. Tuhan bermaksud “Zat yang Maha Sempurna dari segala sesuatu dan segala sesuatu itu memerlukanNya”. Maha Sempurna bermaksud tiada kekurangan walau sebesar zarahpun dan Dia diperlukan makhlukNya secara dzahir dan hakikat. Ini dijelaskan al-Quran bermaksud “ALLah Pencipta langit dan bumi dan segala di antaranya…”

    Al-Quran dengan jelas menyatakan ALLah Taala iaitu Tuhan yang Esa. Antaranya ialah bermaksud “Katakanlah (wahai Muhammad) Dialah ALLah yang Esa”. Ayat ini sudah cukup sebagai bukti bahawa ALLah Taalalah Tuhan dan Dia adalah satu (Esa). KeEsaan ALLah Taala ini disokong pula oleh ayat bermaksud “Bersalahan ALLah Taala itu dengan segala yang baharu”. Apabila bersalahan dengan segala yang baharu, jelas ALLah Taala bukan jisim, bukan aradh dan bukan benda jenis alam.

    Ertinya ALLah Taala sendiri telah menjelaskan hal DiriNya melalui FirmanNya al-Quran bahawa dialah Tuhan yang Esa tanpa sekutu tanpa bersyarikat. Dan Dia adalah Zat yakni suatu sosok diri peribadi yang absolute tanpa dapat ditakwil bagi menyembunyikan tafsiran yang memperlihatkan kelemahanNya, itupun jika ada. Dan ALLah Taala itu jelas dengan dalil naqli dan akal yang sangat terperinci.

    Maka jelas sekali Tuhan dan ALLah Taala adalah dua kalimah yang berbeza maksud tetapi berkait rapat sekali. Tuhan adalah maksud umum dan ia merujuk kepada ALLah Taala semata-mata. Kerana maksud “Zat yang Maha Sempurna dari segala sesuatu dan segala sesuatu itu memerlukanNya” jelas hanya ada pada Zat ALLah Taala. Sistematika Sifat 20 dengan hujah akal dan kitab suci al-Quran menjadi bukti kukuh dan mampu menghadapi segala bentuk penafian.

    Maka jelas sekali bahawa ALLah Taala adalah satu kalimah yang universal dari segi hakikat Ketuhanan kerana ALLah Taala itulah Zat yang Maha Sempurna bagi segala makhluk. Tetapi ia ekslusif hanya bagi umat Islam, kerana hanya umat Islam sahaja yang mentauhidkanNya.

    Ini adalah penjelasan yang paling rengkas dalam menjelaskan hakikat ketuhanan dalam Islam. Semua ini telah penulis jelaskan dalam kategori Tauhid blog ini.

    TUHAN DALAM KRISTEN:

    Tuhan dalam agama Kristen bukanlah sosok diri (kenyataan CosmisBoy dan Sonny). Ertinya Tuhan hanyalah satu kepercayaan atas “ujud”. Bahkan dikatakan Tuhan itu Roh (kenyataan Sonny) atau “keintelektualan” semata-mata (kenyataan Kefassimon). Maka Tuhan yang hanya ujud tetapi tidak bersosok itu mentajallikan diriNya kepada tiga peribadi iaitu Anak, Bapa dan Roh ALLah.

    Penulis membuka lagi soalan…lagi-lagi soalan dan tidak pernah mampu dijawab tuntas. Dikatakan bahawa Tuhan mennyatakan “diriNya” kepada tiga peribadi. Soalan penulis ialah apakah “diri” Tuhan itu? Bagaimana pula mahu dikatakan “diri” Tuhan yang menyatakan “diri” sedangkan Tuhan itu tiada sosok diri? Penulis pasti apa juga persoalan tentang “diri” Tuhan tidak akan mampu dijawab.

    Anak, Bapa dan Roh ALLah (Kudus) dikatakan peribadi Tuhan. Ia dikatakan sebagai konsep Ketuhanan (Kefassimon dan Sonny). Tuhan hanya “ujud” dan trinity itu konsep ujud Tuhan. Penulis memberikan cabaran soalan lagi…apakah trinity ini bukan “ujud”?

    Jelas sekali trinity itu bukan konsep tetapi hakikat. Kerana Tuhan hanya “ujud” tanpa sosok diri. Maka jelas trinity itu hakikat “ujud”nya Tuhan, kerana dikatakan Tuhan itu “keujudan”. Kejadian Anak, Bapa dan Roh ALLah jelas digambarkan Bible sebagai tiga sosok peribadi yang saling kenal mengenal yang berbeza. Dan itulah Tuhan yang tiga sosok diri.

    Anak dikatakan manusia ketika di bumi dan kembali kepada keilahiaanNya apabila naik ke langit. Statement ini dipersoalkan kerana Tuhan yang hanya “keujudan” telah bersosok diri menjadi manusia. Dan itulah “Tuhan manusia”.

    Apa yang penulis jelaskan di atas adalah menerusi perdebatan dengan Sonny, CosmisBoy, Kefasssimon dan lain-lain di milis debat_islam-Kristen.

    KESALAHAN DALAM MENTERJEMAH KALIMAH TUHAN:

    Satu kesalahan fatal dalam menterjemah makna Tuhan ialah menterjemahnya kepada ALLah. Kristen yang terlibat mengatakan Tuhan ialah ALLah dalam maksud umum. Ertinya kalimat ALLah itu adalah bermaksud Tuhan.

    Tuhan dalam bahasa Inggeris ialah God. Lord bermaksud Tuan. Dari maksud kalimah, Tuan adalah satu sifat kemuliaan atas lawan perkataan hamba. ALLah adalah Tuhan juga mengandungi maksud Tuan dalam erti kemuliaan. Maka atas jalan ini, kalimat Tuan adalah terkandung dalam maksud Tuhan dan tidak Tuhan terkandung dalam maksud Tuan.

    Namun pehak yang menterjemah berkeras menterjemah Tuhan adalah ALLah. Dan ALLah adalah Lord bukan God. Inilah satu kerancuan kerana ALLah itu adalah nama bagi Zat yang absolute iaitu Tuhan, dan Tuhan adalah God bukan Lord atas maksud God adalah umum dan Lord adalah khusus sifat kemuliaan bagi God.

    Atas hujah ini, sesiapa juga dizaman apapun, adalah salah fatal jika diterjemah Tuhan adalah ALLah.

    SURAH AL-ANKABUT:

    “Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid) (Surah al-Ankabut ayat 63).

    Apakah ayat ini menjadi dalil bagi kaum Kristen Katholik? Ayat ini ditujukan kepada orang Musyrikin Mekah khususnya. Asal ujud kemusyrikan meraka ialah apabila nenek moyang mereka membena patung orang soleh bani Israel dahulu, bagi tujuan supaya mereka tidak dilupakan. Namun lama kelamaan patung tersebut dijadikan wasilah penyembahan dan pertolongan kepada ALLah Taala. Dan akhirnya patung itu sendiiri disembah sebagai Tuhan. Inilah asal mereka menyembah Lata dan Uzza dan lain-lain yang banyak disekitar Ka’bah. Dan jelas sekali mereka tidaklah meyakini Tuhan itu sebagai trinity, dan tidak ada sama sekali istilah trinity dalam sejarah keberhalaan kaum Musyrikin Mekah secara jelas.

    KALIMAH ASLI BIBLE TUHAN BUKAN ALLAH:

    Bible terawal yang ditemui adalah sekitar 175 hingga 200 tahun selepas kewafaran Isa alaihissalam (Prof. Abul Ahad Daud, mantan guru besar theologi Katholik wilayah Kaldan). Walaupun ia diyakini bukanlah Injil asli, namun ia jelas menunjukkan keEsaan Tuhan. Sisa-sisa gambarannya masih dapt dilihat dalam Perjanjian Lama yang menyebutkan ALLah adalah Esa.

    Dalam bahasa Hebrew, Tuhan disebut dengan kalimah Elohim, Eloh, El dan juga Yahweh. Ini jelas disebut dalam Bible dimana Tuhan disebut sebagai El iaitu “Eli, Eli…”. Dan ditegaskan bahawa Jesus menjerit di kayu salib dengan menyebut “Eli, Eli…” itu dan tidak “ALLah, ALLah…”. Mengapa tidak “ALLah, ALLah…?” Kerana inilah kalimah Ketuhanan khusus kepada bahasa Injil.

    Dan yang paling layak bagi penganut Kristen ialah menyebut Tuhan itu dengan kalimah Eloah iaitu “Eloah Bapa, Eloah Anak dan Eloah Roh Kudus”.

    Dalam pada itu, gereja Orthodok yang menggunakan Perjanjian Lama memang menggunakan kalimah ALLah. Namun ia ia tidak digunakan oleh gereja Katholik, Anglican, Lutheran dan lain-lain (Ustadz Farhan AbduLLah, mantan Kristen). Dan Kristen Orthodok Syria contohnya, adalah gulungan yang mempercayai keEsaan Tuhan. Dan mereka ini dikafirkan, atau setidak-tidaknya disesatkan oleh gulungan Katholik.

    ALLAH DAN YAHWEH KATHOLIK BERLAINAN SEKALI HAKIKATNYA:

    Jelas sekali ALLah bukanlah kalimah yang digunakan dalam Bible tertua. Jika umat Katholik dan juga yang meyakini trinity, mereka seharusnya tidak menggunakan kalimah ALLah untuk menggantikan kalimah Tuhan. Jelas Tuhan yang mereka yakini bukanlah satu hakikat dengan ALLah Taala yang diyakini umat Islam. Hujah penulis ditulisan pertama dan kedua membuktikan perbezaannya, dengan mengutip statement pendebat Kristen, bahkan ada yang mengaku telah mendalami Bible (Kefassimon dan CosmisBoy).

    Jelas sekali Tuhan menurut Katholik ialah suatu “keujudan” yang mensosokkan diri menjadi tiga yang saling berbeza, walaupun tidak seorangpun dari mereka yang berani mengatakan trinity itu sosok.

    MENGAPAKAH KRISTEN MAHU MENGGUNAKAN KALIMAH ARAB:

    Apakah tujuan pernggunaan kalimah Arab ini? Ia bertujuan supaya ia membayangkan Bible itulah yang dimaksudkan al-Kitab dalam al-Quran. Contohnya seperti ayat “Zaalikal Kitabu laa raibafih…” Maka dengan gambaran ini, mereka mencanangkan bahawa ahlul kitab yang disebut dalam al-Quran itulah mereka penganut Kristen. Demikian juga didakwa al-Quran itu menciplak Bibel dengan ayat al-Quran bermaksud “diturunkan al-Quran itu dari Ibu Kitab”

    Pehak yang mula-mula menukar kalimah-kalimah Bible ke bahasa Arab ialah Bible keluaran Indonesia. Merekalah yang mula-mula menggunakan kalimah munajat, rasul, hikmat dan lain-lain. Kalimah ini tidak digunakan dalam Bible di Eropah. Bahkan di Eropah tetap menggunakan kalimah Bible.

    Maka penulis mengatakan bahawa hasrat Katholik menggunakan kalimah ALLah dan meninggalkan kalimah asli Elohim atau Yahweh akan mengundang perdebatan. Bahkan penulis akan meminta seaiapa sahaja dari umat Katholik memberikan satu definasi sejelasnya tentang Tuhan dan juga ALLah. Jika mereka mengatakan definasi ALLah yang mereka mahu gunakan itu sama dengan definasi Islam, penulis akan mendebatnya melalui sistematika theologi Islam secara yang paling wajar, dengan menguji apakah trinity itu menepati definasi Tuhan secara jelas dan tuntas.

    Wassalam.

  2. ahmadhadeed January 24, 2010 at 4:36 pm Reply

    Komen Tentang Hujah Lau Dalam Makhamah Berkaitan isu Allah

    http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&thold=-1&mode=flat&order=0&sid=1847#7709

    Oleh: ahmadhadeed

    “Saya membaca dalam Malaysian Insider tentang judgement Hakim Lau berkaitan kes penggunaan nama Allah dan saya dapati hujjahnya sangat tidak consistent. Contohnya Alasan nama Allah telah digunakan oleh orang sebelum ini maka ia boleh diguna sekarang adalah tidak betul kerana salah dan betul terletak pada ugama yang terlibat ia itu Islam dan Kristian Katolik.Contoh lain , Mengatakan Munsyi Abdullah mengguna Allah untuk mengganti perkataan tuhan dalam injil Melayu maka ia adalah betul adalah dangkal dan tidak logik.

    Adakan amalan seorang agen British saperti Munsyi Abdullah boleh di ambil sebagai betul dari segi ugama? Sudah tentu tidak. Berikut adalah rumusan Lau dalam pembicaraan dan saya cuba memberi komen kelemahannya walaupun judgement sudah di putuskan dan dalam proses rayuan. Semua ini di buat atas dasar akademic discussion.The Applicant submits the 1st Respondent has failed to take into account one or more of the relevant considerations…
    1. The word “Allah” is the correct Bahasa Malaysia word for “God” and in the Bahasa Malaysia translation of the Bible, “God” is translated as “Allah” and “Lord” is translated as “Tuhan”;

    Komen: Perkataan tepat bagi god ialah tuhan bukan nya Allah. Bahasa bukan berlandaskan dictionary tetapi berlandaskan pengunaan harian.

    2. For 15 centuries, Christians and Muslims in Arabic-speaking countries have been using the word “Allah” in reference to the One God. The Catholic Church in Malaysia and Indonesia and the greater majority of other Christian denominations hold that “Allah” is the legitimate word for “God” in Bahasa Malaysia;

    Komen: Kristian di arabic speaking countries adalah dari Eastern Orthordox Church bukan nya Roman Katholik , ugama pihak surat khabar Herald. Kedua ajaran ini adalah dua entity berlainan dan tidak boleh di samakan. Penggunaan bahasa Arab tidak boleh di samakan dengan penggunaan bahasa Melayu kerana semantic meaning berbeza kepada loan word arab ke dalam bahasa Melayu.

    3. The Malay language has been the lingua franca of many Catholic believers for several centuries especially those living in Melaka and Penang and their descendants in Peninsular Malaysia have practised a culture of speaking and praying in the Malay language;

    Komen: Masaalah yang dalam perbincangan ialah nama Allah bukan penggunaan bahasa Melayu untuk menterjemah kitab ugama. Portugis Melaka tidak boleh digunakan sebagai mereka yang berautoriti dalam ajaran Roman Katolik rom. Francis Xavier pun belum tentu boleh mewakili jurucakap Roman Katolik.

    4. The word “God” has been translated as “Allah” in the “Istilah Agama Kristian Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia” first published by the Catholic Bishops Conference of Malaysia in 1989;

    Komen: Catholic Bishop Conference tidak ada hak dalam soal bahasa Melayu

    5. The Malay-Latin dictionary published in 1631 had translated “Deus” (the Latin word for God) as “Alla” as the Malay translation

    Komen: Ini lah statement paling bodoh . Adakah satu dictionary boleh menentukan satu bahasa yang sudah wujud beribu tahun

    6. The Christian usage of the word “Allah” predates Islam being the name of God in the old Arabic Bible as well as in the modern Arabic Bible used by Christians in Egypt, Lebanon, Iraq, Indonesia, Malaysia, Brunei and other places in Asia, Africa, etc;

    Komen: Kristian arab bukannya Roman Katolik. Mereka adalah Eastern Orthodox Church of Elaxandria

    7. In Bahasa Malaysia and Bahasa Indonesia, the word “Allah” has been used continuously in the printed edition of the Matthew’s Gospel in Malaysia in 1629, in the first complete Malay Bible in 1733 and in the second complete Malay Bible in 1879 until today in the Perjanjian Baru and the Alkitab

    Komen: Bahasa Melayu tidak boleh di tentukan oleh mereka yang tidak layak membuat keputusan berkaitan satu satu perkataan.

    8. Munshi Abdullah who is considered the father of modern Malay literature had translated the Gospels into Malay in 1852 and he translated the word “God” as “Allah”;

    Komen: Munshi is a stupid Malay who work with colonial power who try to disrupt the harmony of Malays Kingdom

    9. There was already a Bible translated into Bahasa Melayu in existence before 1957 which translation was carried out by the British and Foreign Bible Society where the word “Allah” was used;

    Komen: British and Foreign Bible society tidak ada hak dalam perterjemahan bahasa Melayu

    10. There was also already in existence a Prayer Book published in Singapore on 3.1.1905 where the word “Allah” was used;

    Komen: Prayer Book Singapore tidak adalah hak dalamd perterjemahan bahasa Melayu

    11. There was also a publication entitled “An Abridgment of the Christian Doctrine” published in 1895 where the word “Allah” was used.

    Komen : Buku itu tidak adalah hak dalamd perterjemahan bahasa Melayu

    12. Anther publication entitled “Hikajat Elkaniset” published in 1874 also contains the word “Allah”

    Komen: Buku itu tidak adalah hak dalamd perterjemahan bahasa Melayu

    13. The Bahasa Indonesia and the Bahasa Malaysia translations of the Holy Bible, which is the Holy Scriptures of Christians, have been used by the Christian natives of Peninsular Malaysia; Sabah and Sarawak for generations;

    Komen : Buku itu tidak adalah hak dalamd perterjemahan bahasa Melayu

    14. The Bahasa Malaysia speaking Christian natives of Peninsular Malaysia, Sarawak and Sabah had always and have continuously the word “Allah” for generations and the word “Allah” is used in the Bahasa Malaysia and Bahasa Indonesian translations of the Bible used throught Malaysia;

    Komen : Buku itu tidak adalah hak dalamd perterjemahan bahasa Melayu

    15. At least for the last three decades the Bahasa Malaysia congregation of the Catholic Church have been freely using the Alkitab, the Bahasa Indonesia translation of the Holy Bible wherein the word “Allah appears;

    Komen : Buku itu tidak adalah hak dalamd perterjemahan bahasa Melayu

    16. The said publication is a Catholic weekly as stated on the cover of the weekly and is intended for the dissemination of news and information on the Catholic Church in Malaysia and elsewhere and is not for sale or distribution outside the Church;

    Komen : Buku itu tidak adalah hak dalamd perterjemahan bahasa Melayu

    17. The said publication is not made available to members of the public and in particular to persons professing the religion of Islam;

    Komen : Buku itu tidak adalah hak dalamd perterjemahan bahasa Melayu

    18. The said publication contains nothing which is likely to cause public alarm and/or which touches on the sensitivities of the religion of Islam and in the fourteen years of the said publication there has never been any untoward incident arising from the Applicant’s use of the word “Allah” in the said publication;

    Komen : Buku itu tidak adalah hak dalamd perterjemahan bahasa Melayu

    19. In any event the word “Allah” has been used by Christians in all countries where the Arabic language is used as well as in Indonesian/Malay language without any problems and/or breach of public order/ and/or sensitivity to persons professing the religion of Islam in these countries;

    Komen : Malay language is a sovereign language and we dont have to follow arabs

    20. Islam and the control and restriction of religious doctrine or belief among Muslims professing the religion of Islam is a state matter and the Federal Government has no jurisdiction over such matters of Islam save in the federal territories

    Komen: Freedom of religion that infringe others and cause civil unrest is against the constitution

    21. The subsequent exemption vide P.U.(A) 134/82 which permits the Alkitab to be used by Christians in churches ipso facto permits the use of the word “Allah” in the said publication;

    Komen: Anything that contravene the bigger law is wrong

    22. The Bahasa Malaysia speaking congregation of the Catholic Church uses the word “Allah” for worship and instruction and that the same is permitted in the Al-Kitab.

    Komen : Sabahan use god in english prayer. The right word for god is tuhan even in prayer

    “The Applicant further submits that none of the above-mentioned factual considerations were ever disputed or challenged by the 1st Respondent as factually incorrect. I am incline to agree with the Applicant as the response of the 1st Respondent to the factual averments is a feeble denial in paragraph 41 of the Affidavit of the 1st Respondent which reads “Keseluruhan pernyataan-pernyataan di perenggan-perenggan 50, 51 and 52(i)-(xxii) Affidavit Sokongan Pemohon adalah dinafikan…” (Emphasis added)

    “Therefore I find the 1st Respondent in the exercise of his discretion to impose further conditions in the publication permit has not taken into account the relevant matters alluded to above, hence committing an error of law warranting this Court to interfere and I am of the view that the decision of the Respondents dated 7.1.2009 ought to be quashed,” she ruled.

  3. albangi January 24, 2010 at 4:58 pm Reply

    Nama ‘Alah’ memang ada ada tercatat dalam Old Testament versi Gospel Barnabas yang ditemui di Mediterranean, tetapi versi ini tidak diterima oleh gereja di Eropah. Versi ini dianggap sesat! Insya’Allah kalau saya sempat scan halaman dari Old Testament itu, saya akan muatkan di sini.

  4. shahil January 27, 2010 at 7:40 am Reply

    ALLah adalah nama khusus Tuhan yang tiada lain dariNya. Namun Katholik mahu mengatakan ALLah itu Tuhan yang umum. Maka inilah kesalahan fatal yang kita tentang. Jika ALlah itu Tuhan umum, akan ada Hindu berkata “Visnu ALLah Hindu”. Seharusnya “Visnu Tuhan Hindu”.

    Kita bertanya kepada yang mendakwa sama sahaja jika Kristen menterjemah Tuhan sebagai ALLah, apakah kita akan angguk atau geleng kepala apabila Kristen berkata “ALLah Bapalah yang disebut Muslim dalam syahadah”? Atau “ALLah Bapalah Tuhan semesta alam”?

    Ayuh jawablah.

    Kepada panulis, istiqomahlah dalam memeprtahankan Islam.

    Wassalam

  5. Faisal February 7, 2010 at 2:21 am Reply

    Saudara Sahil, semua orang Islam wajib mengatakan Allah (tuhan orang Islam) tidak sama dengan jesus tuhan yang disembah oleh orang kristian. Terjemahan jesus kepada allah itu salah.

    Apabila kita bercakap soal keadilan Islam, boleh ke islam memaksa mereka menukar amalan itu di dalam agama mereka.
    Analogi – Konsep ketuhanan dalam agama hindu itu salah. Adakah boleh kita paksa mereka buang tuhan mereka atau tidak diamalkan lagi kerana kepercayaan itu salah.

    Kalau mengelirukan orang Islam, kita boleh / perlu buat peraturan / undang2 untuk tidak membenarkan penggunaan yang mengelirukan.
    Selebihnya, kita perlu berdakwah dengan mereka dan tidak berpolemik dan menghantam sesama kita di dalam isu ini.

    Apa yg udah kita buat kepada mereka?

  6. albangi April 13, 2010 at 3:37 pm Reply

    Ketika saya mula menjadi guru sekolah dulu pada tahun 1986, apabila tiba giliran saya sebagai guru bertugas dan mengendalikan perhimpunan pagi, saya tidak mahu membaca Rukun Negara. Saya berjumpa dengan guru besar sekolah dan menyatakan kepadanya saya tak mahu baca Rukun Negara kerana rukun pertama “percaya kepada Tuhan”, saya kata pada guru besar, saya akan baca kalau dibenarkan saya baca “Percaya kepada Allah”.

    Dia minta penjelasan. Saya kata Tuhan itu perkataan Melayu, bila diterbalikkan jadi hantu. Sama seperti God, menjadi Dog. Perkataan Tuhan boleh menjadi jama’ atau plural seperti Tuhan-Tuhan atau Gods, dan perkataan Tuhan ada konotasi jantina, Tuhan lelaki dan Tuhan atau Dewa perempuan seperti dalam agama Hindu dan Buddha.

    Tetapi nama Allah itu tunggal, tidak ada jantina, dan tidak ada satupun yang menyerupai denganNya, samada dari sudut sifat mahupun zat Allah.

    Guru besar, yang berugama Kristian, kata saya tak boleh tukar nama Tuhan dalam Rukun Negara kepada Allah. Saya kata kalau tak boleh saya tak mahu baca dan cukup dengan saya pimpin lagu Negara Ku sahaja. Atau kalau tidak, tak perlu berikan saya guru bertugas di perhimpunan. Guru besar setuju saya tak perlu Rukun Negara kalau saya tak mahu. Saya ucap terima kasih.

    Guru-guru lain akhirnya tahu akan perbicangan saya dengan guru besar, dan mereka tidak marah atau tidak merasa dengki terhadapsaya sebab mereka faham saya bercakap tentang prinsip dan saya faham apa yang saya buat.

    Tahun 2010, selepas 24 tahun kemudian, orang Kristian mahu guna nama Allah gantikan nama Tuhan. Mahkamah luluskan. UMNO jadi gempak. Ada orang PAS dan ulamak bukan dari PAS yang tak faham tauhid rububiyyah dan tauhid uluhiyyah serta maslahah dakwah, marah dan melenting dengan keputusan mahkamah. UMNO cuba-cuba ingin menjadi juara dalam “membela” Islam kononnya untuk mendapat political mileage. Tetapi gagal.

    Bila TGHH, Presiden PAS saran supaya nama Allah menggantikan perkataan dalam Rukun Negara, orang Kristian terkedu! Orang UMNO mula terfikir bagus juga kalau Rukun Negara guna nama Allah kalau dah Kristian setuju nama Tuhan disebut sebagai Allah. Tapi orang UMNO jadi keliru dan terlopong tak tahu nak buat keputusan.

    Lalu pak menteri buat keputusan, bagi menjaga keharmonian pelbagai kaum dan agama, eloklah kekalkan nama Tuhan dan tidak perlu pakai nama Allah. Betapa ironiknya.

    PAS terus konsisten dengan pendirian bijaknya. PAS tak marah pada pihak gereja bila Mahkamah luluskan nama Allah digunakan oleh Kristian di Malaysia. PAS buat lawatan ke gereja pula. Dan apabila ada protes membakar gereja, apabila penjenayah ditangkap, kita mendapati penjenayah itu ahli pemuda UMNO.

    Mengapa tidak ada orang luar PAS sambut saranan Presiden PAS supaya guna nama Allah dalam Rukun Negara? Sebab mereka tidak faham persoalan falsafah ketuhanan dan dakwah. Yang si YB KS pun tak faham. si YB Zul sama macam YB KS, 2 x 5, 5 x 2, tapi kedua-duanya berlagak lebih pandai dari ulama dan pimpinan PAS yang berhikmah dalam politik islam, bukan politik sekular. Kedua-dua YB ini bergaduh sampai sekarang. Punca gaduh sebenarnya masalah peribadi mereka masa muda-muda dulu dan dibawa dalam politik. Macam budak-budaklah, simpan dendam sampai mati. Mangsa perbalahan dari kedua YB ini ialah admirers, penyokong, pengkagum, pemuja kedua-dua YB ini. Jangan jadi pengikut YB tanpa ilmu. Dan jangan sombong dan jangan suka pandang rendah pada orang lain.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: