Daily Archives: March 19, 2010

Rasuah – satu bentuk berhala moden dalam Islam

As-syahid Syed Qutb dalam buku “Petunjuk Sepanjang Jalan” pernah menyebut  bentuk-bentuk berhala moden merangkumi ism-ism atau idelogi atau fahaman yang menafikan adanya Tuhan atau yang memisahkan urusan hidup dari agama seperti fahaman sekularisma, sosialisma, dan komunisma.  Katanya lagi wang, nafsu, perempuan, kemewahan, dan pangkat juga boleh menjadi ilah atau tuhan-tuhan kecil yang menjadi berhala moden bagi sesetengah manusia.

Rasuah boleh berbentuk kebendaan, seks, hiburan, pelancongan, hamper, dan saham. Tetapi rasuah yang terkenal di Malaysia ialah WANG $$$$$$$.  Rasuah wang  tidak akan berlaku apabila PEMIMPIN tidak mengamalkan rasuah. Apabila pemimpin mengamalkan rasuah, maka pegawai-pegawainya juga akan turut sama mengamalkan rasuah. Seterusnya rakyat juga terpaksa mengamalkan rasuah.

Singapura yang bukan diperintah oleh UMNO-BN dan bukan menjadikan Islam sebagai agama rasmi negara mampu meminimakan rasuah di negaranya. Mengikut Corruption Perception Index (CPI),  Singapura adalah antara 10 negara terbersih dari rasuah. Singapura mendpat tempat ke 6 sebagai negara yang paling kurang rasuah. 

Manakala Malaysia, jiran kepada Singapura, mendapat tempat ke 48 ketika ini (CPI 2008). Sebelum itu Malaysia berada di tahap ke 36. Malaysia pernah berada di kedudukan ke-29 berdasarkan CPI 1997 tetapi meningkat ke kedudukan ke-32 pada 1999.  Nampaknya silih berganti PM Malaysia yang baru tidak membawa perubahan yang baik dari sudut statistik rasuah. Wujudnya SPRM juga tidak menampakkan perubahan.  Sehingga kini banyak jerung besar yang dilaporkan mengamalkan rasuah TERLEPAS dan ada yang belum diSIASAT.

Mengapa rasuah itu satu bentuk berhala moden?

Asas rasuah ialah NAFSU. Manusia ada nafsu yang memang perlu kepada makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal,  pekerjaan, kemudahan hidup, hiburan, keselamatan dan kasih sayang. Alat yang digunakan untuk menguruskan semua ini ialah wang, duit $$$$$$.

Apabila $$$$$$$ dimanipulasi dan dieksploitasi oleh golongan berkepentingan dengan cara diberikan kepada pihak-pihak tertentu bagi mendapatkan dan menikmati semua perkara di atas itu, maka manusia menjadi kemaruk, gila, dengki, dendam, bergaduh dan sanggup berbunuh  antara satu sama lain kerana rasuah. Apabila rasuah menjadi amalan dan sebati dalam diri masyarakat, maka

  • orang kaya semakin kaya, orang miskin semakin miskin
  • orang atas semakin berseronok dengan kemewahan dan hiburan, orang bawah merana dan tidak keruan
  • orang yang ada kepentingan akan dapat bolot tender dan kemewahan negara, orang bawah melopong dan menggaru kepala
  • orang yang beri rasuah terlepas dari undang-undang, orang yang tidak amal rasuah akan terpinggir dan terbuang
  • orang yang terima rasuah hidup lebih senang dari orang yang tidak terima rasuah
  • orang terima rasuah akan cari jalan lagi untuk amal rasuah kerana mendapat lebih banyak $$$$$$$

Akibatnya….timbul…

  • Dengki, fitnah, ugutan, dendam, bergaduh, membunuh antara sesama manusia

Orang yang memberi rasuah dan menerima rasuah $$$$$$$$$ pada hakikitanya menyembah $$$$$$$$ yang menjadi berhala moden mereka. Nafsu mereka meletakkan $$$$$$$$ lebih tinggi dari Allah dan hukum agama. Mereka yakin $$$$$$$$ adalah rezki mereka $$$$$$$ adalah segala-galanya. Maka mereka terus beramal menyembah berhala $$$$$$$$.

Dalam agama, rasuah adalah HARAM, yang memberi dan menerima juga adalah SALAH dan HARAM kerana wang itu wang HARAM. Wang HARAM yang dibawa balik ke rumah untuk diberi makan kepada anak isteri akan merosakkan jiwa, mental, dan akhlak mereka.

Duit rasuah yang digunakan membeli makanan akan menjadi darah daging pengamalnya serta anak isterinya, dan daging dari tubuh mereka itu akan menjadi bahan bakar api NERAKA.

Lantaran, solat, puasa, zakat, haji dan amalan ibadah mereka tertolak kerana darah-daging rasuah masih terlekat pada tubuh badan mereka, kecuali mereka bertaubat.

Apabila NAFSU besar, DUIT pun mahu besar, KEPALA pun mahu besar, PERUT pun mahu besar. Itulah yang berlaku di negeri-negeri yang diperintah oleh UMNO-BN. Kelantan adalah negeri paling rendah kes rasuah. Kedah dan Selangor akan menyusuli.

Apabila pemimpin telus, jujur, dan tidak rasuah dan tidak menyembah $$$$$$$$, maka rasuah akan dapat dibanteras.

Cuba baca lagi