1 negeri, 2 kerajaan

Amat pelik apabila dalam satu negeri ada dua kerajaan. Di Malaysia, politik sempit yang diamalkan oleh pemerintah semasa (government of the day) menyebabkan rakyat menjadi mangsa dan rakyat mendapat pendidikan politik yang salah.

Di Amerika, England, Indonesia, Singapura, Jepun, Australia, dan Latin Amerika, apabila parti politik yang menang menjadi government of the day, atau kerajaan yang memerintah, mereka mengurus dan mentadbir negara serta memberi khidmat kepada rakyat tanpa mengira latarbelakang ideologi politik rakyatnya.

Di Malaysia, ia AMAT BERBEZA. Amalan politik sempit menyebabkan rakyat yang tidak menyokong parti yang menang akan didiskriminasikan oleh kerajaan yang memerintah. Bukan itu sahaja, malah rakyat berkenaan ditekan, ditukarkan tempat kerja, dan mendapat amaran atau ugutan dari pihak kerajaan yang memerintah.

Cuba baca ini dahulu untuk memahami beza anda kerajaan dan pembangkang. https://albangi.wordpress.com/2009/08/07/kerajaan-dan-pembangkang/

Di Parlimen Malaysia, ada 1 parti pembangkang (Pakatan rakyat) dan 1 parti pemerintah (Barisan Nasional) dan satu kelompok kecil MP Bebas. Kesemua mereka ada ‘kerajaan Malaysia’ kerana berada dalam Parlimen Malaysia. Tetapi yang menjadi government of the day yang memerintah ialah BN.

Perdana Menteri Malaysia adalah PM kepada rakyat Malaysia bukan kepada rakyat yang menyokong BN sahaja! PR harus terima hakikat ini, dan ahli serta penyokong dan rakyat harus menerima bahawa PM adalah PM Malaysia bukan PM BN.

Kalau kita ikut logik yang sama dan untuk berlaku adil, maka:

Menteri Besar Selangor, P. Pinang, Kedah, dan Kelantan adalah Menteri Besar kepada rakyat negeri berkenaan, bukan Menteri Besar kepada penyokong PR semata-mata. Tapi ramai orang UMNO tidak  faham konsep ini.

Kalau di Parlimen, PR adalah parti pembangkang, maka di Dewan Undangan Negeri Selangor, P. Pinang, Kedah, dan Kelantan, maka Barisan Nasional adalah parti pembangkang. BN bukan government of the day di negeri-negeri berkenaan. Tidak boleh ada 2 kerajaan dalam 1 negeri. Inilah yang orang UMNO tak faham atau buat-buat tak faham termasuk menteri-menteri dari UMNO.  Orang-oran MIC dan MCA fahap konsep 1 negeri 1 kerajaan. Tapi ramai orang UMNO tidak faham konsep ini.

Dengan itu  peruntukan dan kemudahan dari kerajaan Pusat mesti diberikan kepada government fo the day di negeri-negeri berkenaan, bukan kepada agen atau wakil kerajaan Pusat. Tapi ramai orang UMNO tidak  faham konsep ini.

JKKKP adalah satu agensi yang salah di sisi Perlembagaan tapi diamalkan oleh BN. Ia memperkosa falsafah, semangat, dan amalan demokrasi. Begitu juga dengan agensi lain yang mewakili kerajaan Pusat di negeri yang tidak diperintah oleh BN.

Duit ehsan atau royalti minyak harus diberikan kepada kerajaan government of the day  di negeri-negeri berkenaan, bukan diberikan kepada agen atau wakil kerajaan Pusat atau BN.

Seharusnya parti yang memerintah, berfikir dan bersikap global, walaupun bertindak lokal. Malangnya, pemimpin politik sempit berfikir lokal, bersikap lokal (seperti ahli politik kelas B dan C) dan bertindak lokal (kelas D).

Ahli politik kelas A atau  world class tidak membezakan rakyat dari mana-mana parti, apabila ia menang dan memerintah negeri atau negara. Layanan dan khidmat yang diberikan adalah sama pada semua rakyat.

Dengan itu Radio, TV, dan akhbar harus membuat liputan berita aktiviti government of the day di sesebuah negeri walaupun government of the day itu bukan dari BN. Itulah hakikat politik yang bagus, betul dan tepat.  Di Selangor misalnya, kajian Merdeka Center menunjukkan ramai  rakyat Selangor tidak kenal Menteri Besar Selangor. Antara puncanya ialah kerana Radio TV dn akhbar tidak membuat liputan berita mengenai MB Selangor dengan betul dan tepat.

Politik sempit dan primitif masih menguasai majoriti ahli politik di negara ini dan mereka gembira dengan sikap dan pemikiran sempit lagi primitif  itu.  Akhirnya wujudlah 1 negeri 2 kerajaan sepertimana 1 kapal 2 nakhoda. Kita tahu akibatnya jika ada 1 kapal 2 nakhoda.

Hanya rakyat sahaja yang boleh membetulkan keadaan ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: