Jangan berjudi dengan keselamatan negara

Pada hakikatnya, semua pemimpin di semua negara bertanggungjawab ke atas keselamatan rakyat, keselamatan harta, dan keselamatan negara. Tetapi ada pemimpin dalam negara yang tergamak ‘berjudi’ dengan keselamatan negara.

Apa maksud berjudi di sini? Ia bererti pemimpin sanggup membuat cagaran hangus (collateral damage)  untuk mengekalkan kuasanya dan pengaruhnya.

Kita lihat di Iraq. Bekas Presidennya Saddam Hussien pernah mencagarkan keselamatan negaranya kepada USA. Sebagai pulangan Iraq mendapat bantuan kewangan daripada Amerika dan Bank Dunia. Iraq juga menjadi pusat simpanan senjata Amerika. Akhirnya apabila Saddam diarah serang Kuwait, sebagai alasan USA untuk  campur tangan dalam Timur Tengah bagi kuasai minyak dunia, maka Saddam disalahkan kerana menyerang Kuwait dan Saudi, dan kemudian Iraq diserang serata Saddam diburu dan akhirnya digantung sampai mati. USA tahu setiap inci aspek keselamatan Iraq.

Di Afghanistan, Pakistan, India, Arab Saudi, dan beberapa buah negara di Asia Tengah, kita dapati pemimpin negaranya berjudi dengan keselamatan negara mereka dan memberikan ruang kepada kepada pihak Amerika dan Israel mengendalikan sistem keselamatan negara masing-masing.

Bagaimana dengan Malaysia? Bacalah artikel ini dan nilailah sendiri. Apakah rakyat masih setia untuk terus memberi undi kepada pemimpin negara dari BN-UMNO? http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=3888&mode=&order=0&thold=0

Oleh :chegubard

Tulisan di bawah ini diperolehi dari penghantar email / orang sumber yang sama yang telah mendedahkan maklumat mengenai PDRM dan agen Zionis. Diperturunkan di sini maklumat lanjut dari pendedahan awal tempoh hari.

Singapura

Republik ini walaupun kecil tetapi taringnya lebih besar dari Harimau Malaya. Maka tidak hairanlah jika ada orang mengatakan jika Malaysia berperang dengan Singapura maka Malaysia akan kalah.Sejauh manakah kebenaran kata-kata ini?

Ianya memang benar. Singapura yang kecil itu sebenarnya menguasai hampir keseluruhan sistem keselamatan Malaysia melalui tali barut-tali barut di Malaysia. Boleh dikatakan tiang seri ekonomi Malaysia hampir 60 % dimakan anai-anai Israel yang bersarang di Singapura.

Israel Menguasai Malaysia Melalui Singapura

Dalam menguruskan sistem keselamatan negara, salah satu aspek penting ialah sistem komunikasi dalaman iaitu antara pejabat persekutuan dengan ibu pejabat negeri. Kawalan ke atas sistem komunikasi amat penting kerana kebocoran maklumat akan menyebabkan pihak luar mudah meneroka strategi rahsia keselamatan negara.

Namun sekarang, ia bukan sekadar tidak selamat, malah dimiliki sepenuhnya oleh Israel melalui agen-agennya di Singapura. Sistem komunikasi PDRM dimonopoli terus oleh syarikat-syarikat Yahudi di Singapura. Perkara ini disahkan sendiri oleh akhbar The Star pada 5 Ogos 2008 (Selasa)

Agen Israel Dalam Sistem Komunikasi PDRM

Keseluruhan tender pembinaan sistem komunikasi yang akan ditukar dari analog kepada digital telah pun diserahkan secara rasmi kepada Asiasoft (M) Sdn. Bhd. (no. Syarikat : 150529-H). Syarikat ini adalah milik penuh kepada syarikat tunggalnya iaitu Asiasoft Pte. Ltd. yang berpengkalan di Singapura.

Nilai penuh tender yang diberikan kerajaan Malaysia ialah RM1 billion tetapi dikecilkan menjadi RM42 juta. Apa yang mencurigakan ramai penyelidik ialah ‘individu’ yang bertanggungjawab membina sistem itu. Individu tersebut dikenalpasti sebagai bekas tentera Israel yang berkhidmat sebagai programmer semasa di Israel.

Programmer yang bernama Izhak David Naskar yang memegang pasport Israel bernombor 10902695 itu masih lagi warganegara Israel. Jadi, bolehkah kita menganggap ini suatu kebetulan? Paling membimbangkan ialah Izhak bukanlah tentera atau programmer biasa, beliau adalah ‘pakar’ sistem komputer yang telah memenangi anugerah daripada Kementerian Pertahanan Israel. Malah beliau juga bertanggungjawab membina sistem risikan berteknologi tinggi untuk pasukan pertahanan Israel sekitar 1970 hingga 1987.

Seorang lagi rakan Izhak yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi PDRM ialah Ido Sccheschter yang memegang pasport Israel bernombor 56626252. Ido pula lebih mencurigakan kerana selaku ahli pasukan yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi untuk PDRM bersama-sama Izhak, hingga saat ini beliau masih lagi seorang tentera Israel yang sah bukannya tentera pencen. Apakah yang menyebabkan PDRM mengambil orang-orang Israel ini? Adakah kerana terdesak atau didesak? Bukankah lebih baik jika melantik programmer-programmer dari kementerian pertahanan Iran yang sememangnya lebih pakar dari Israel .

Penguasaan Singapura dan Israel di Malaysia

Seperti yang didedahkan sebelum ini bahawa Henry Kisingger telah pun berbincang sesuatu dengan mantan Perdana Menteri. Tetapi kita harus ingat perletakan jawatan Dr. Mahathir bukanlah titik noktah penguasaan Yahudi ke atas Malaysia.

Kerja-kerja penguasaan Israel ini disambung pula oleh Khairy Jamaludin apabila bertungkus lumus menjual saham Pantai Holding kepada Parkways Holding iaitu syarikat milik pelobi zionis terkenal iaitu Richard Blum.

Isu-Isu yang perlu diberi perhatian

Penjualan saham Pantai Holding oleh Khairy Jamaludin kepada Parkways Holding. Jumlah saham sebanyak 31 peratus. Penjualan saham Telekom sebanyak 5 % kepada syarikat Singapura iaitu Temasik Holding. Syarikat MITV milik Israel di Singapura berjaya memenangi lesen penyediaan 3G di Malaysia. Kemenangan mengalahkan syarikat lain yang lebih layak iaitu DiGi.

Penjualan air Malaysia kepada Singapura yang tidak masuk akal sebanyak 3 sen untuk 1000 gelen. Untuk menampung keperluan air rakyat Johor, kerajaan perlu membeli semula air kepada Singapura dengan nilai 50 sen untuk 1000 gelen. Ini seperti memberi air percuma kepada Singapura. Dikhabarkan sistem keselamatan komputer Kementerian Pertahanan (MINDEF) sentiasa diserang hacker dari luar negara

Kesimpulan

Sehingga kini Singapura amat bergantung hidup kepada Amerika dan Israel. Keseluruhan sistem keselamatan dan ketenteraan Singapura adalah kembar siam dengan ketenteraan Israel. Apabila keberkaitan ini berlaku maka harus bagi kita melihat akan tujuan tersembunyi Singapura yang cuba menguasai ekonomi Malaysia.

Kita harus sedar, negara Israel yang kecil itu sudah pun menguasai ekonomi kebanyakan negara-negara dunia berkuasa veto. Orang-orang Israel adalah pemilik-pemilik saham terbesar bagi syarikat-syarikat gergasi dunia. Saham adalah kunci pintu gerbang untuk memasuki ruang pembuat keputusan sesebuah negara.

Walaupun pemimpin dipilih rakyat dan pemimpin akan mengikut kehendak rakyat, namun putaran itu akan kembali semula kepada penentu kemajuan ekonomi negara iaitu pemilik-pemilik syarikat gergasi dalam negara.

Badrul Hisham Shaharin


* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

 Fakta ‘terkejut’ mengenai PDRM

3 thoughts on “Jangan berjudi dengan keselamatan negara

  1. albangi April 9, 2010 at 10:07 am Reply

    Possibility of Home Minister and IGP subject to arrest under the ISA
    Posted on Thursday, April 08 @ 04:01:28 PDT

    http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=3858&mode=&order=0&thold=0

    The absolute powers of the Home Ministry calls into question the possibility of the Home Minister himself or the Inspector General of Police being subjected to arrest under ISA when clear proof of national security being compromised by these officials are revealed.

    There are enough reasons to suspect the possibility for the Inspector General of Police Tan Sri Musa Hassan to be arrested under the Internal Security Act for compromising national security. In response to the allegation that ex-Israeli intelligence personnel, under the guise of IT personnel has infiltrated the police headquarters communication room and gained access to servers, the IGP feigned ignorance of the Israeli involvement, stating that proof must be presented before action can be taken.

    However, in a Star report dated 5 August 2008, Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan said police were aware of the involvement of the Israelis in their communications systems upgrading project, contradicting his recent statement. Statements were also forthcoming from the Police Director of Logistics, a Special Branch Director, and Johari Ismail, a journalist confirming the involvement of Israeli intelligence in Bukit Aman.

    In October 2008, opposition stalwart Lim Kit Siang had raised the same issue in the House but was brushed aside by the Home Minister then.

    An air of secrecy revolving around the whole episode persists. Apart from the above comments, no response were forthcoming from either the Home Minister or Musa Hassan despite being brought up in parliament.

    The MACC is also investigating how the little-known IT company, AsiaSoft Sdn Bhd with little experience became the local partner in the RM1bil project to upgrade the Royal Malaysian Police’s communication systems from analogue-based to digital. Despite almost 2 years into the project, no action has been made with regards to the breach of security elements in awarding of the contract.

    The previous Home Minister, Datuk Seri Syed Hamid Albar was a fierce proponent of the ISA. Under his stewardship, Teresa Kok, member of parliament for Seputeh, and Tan Hoon Cheng, a journalist for Sin Chew Jit Poh were arrested under the ISA for allegedly insulting Islam and inciting hatred respectively although no evidence were produced.

    The police security breach is much harder to conceal as it clearly involves national security.

    Any police officer may arrest without warrant anyone suspected of being prejudicial to the security of Malaysia, with powers for the Home Ministry to decide on the order of detention. As the ISA was frequently invoked for lesser causes, the current conundrum may call into question the subjective use of the law.

    The absolute powers of the Home Ministry also calls into question the possibility of the Home Minister himself or the IGP being subjected to arrest under ISA.

    As detention orders are decided by the Home Minister, the ISA does not address the possibility that the Home Minister, who if involved in the fiasco, be subjected to arrest. Malaysian laws invest and centralize powers to the Ministers, enabling indiscreet decisions to be made with limited judicial intervention.

    Political will to change the draconian law also remains weak, particularly among government officials within the ruling coalition.

    The fifth Prime Minister of Malaysia, Abdullah Ahmad Badawi, went on the record in 1988 to state “If we want to save Malaysia and UMNO, Dr Mahathir (then Prime Minister) must be removed. He uses draconian laws such as the Internal Security Act to silence his critics.” The year before, he had also stated “Laws such as the Internal Security Act have no place in modern Malaysia. It is a draconian and barbaric law.”

    In 2003 when he became Prime Minister, however, Abdullah called the ISA “a necessary law,” and argued “We have never misused the Internal Security Act. All those detained under the Internal Security Act are proven threats to society.”

    The question remains whether the Malaysian Government is willing to use the law against high ranking officials, including the IGP and Home Minister when the threat to national security is real.

  2. tulangbesi April 10, 2010 at 11:16 am Reply

    Bagaimana Perisik Israel menembusi Sistem Maklumat PDRM

    Oleh: secjdm3p044

    “by Anak Sungai Derhaka

    http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=3905

    Pihak Jabatan Logistik PDRM telah mencadangkan agar kontrak syarikat Asiasoft ditamatkan pada Disember 2008 lagi..

    Malangnya setelah lebih 2 tahun barulah kontrak Asiasoft dikatakan telah ditamatkan…..

    April 9, Kementerian dalam negeri akhirnya mengakui bahawa wujudnya masalah dengan firma komputer yang mengendalikan perisiannya di Bukit Aman dan telah mengarahkan perkhidmatan berkenaan ditamatkan.

    “Sebagai rekod, kontrak dengan syarikat Asiasoft telah ditamatkan,” kata Menterinya, Datuk Seri hishamuddin Hussein di Putrajaya, hari ini.

    Selain itu, katanya, kerajaan akan mengambil empat pendekatan bagi menyiasat dakwaan bahawa perisik Israel berjaya menembusi maklumat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

    Hishammuddin berkata sebagai langkah permulaan pegawai khasnya telah diarahkan untuk membuat laporan polis.

    Laporan yang sama juga dibuat kepada Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM).

    Perkara yang sama juga akan dibawa ke Majlis Keselamatan Negara dan Jawatankuasa Terpilih Parlimen.

    “Tuduhan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim adalah serius. Justeru, kita mesti menyiasat bagi menentukan kesahihannya,” katanya. – Malaysiakini

    Baiklah… mari kita lihat bagaimana perisik Israel melalui Asiasoft berjaya menembusi (menguasai sebenarnya) system Maklumat dalam PDRM..

    LATARBELAKANG PROJEK PRS

    Projek Sistem Laporan Polis atau juga dikenali sebagai ‘Police Reporting System’ (PRS) bermula apabila kontrak untuk fasa 1 dan Fasa 2 diberikan kepada Syarikat Sapura Holdings Sdn. Bhd.

    Kemudian Fasa 3 (Pembekalan) dan kontrak penyelengaraan untuk Fasa 1,2 dan 3 diberikan kepada Syarikat Masterplan Consulting Sdn. Bhd. (MPC).

    Dalam tahun 2006 kontrak berkaitan Migrasi Data diberikan kepada D.G. Kom Sdn. Bhd. Kontrak ini sepatutnya tamat pada 31 Mei 2008 telah dilanjutkan tempohnya sehingga kepada 31 Dec. 2008

    MAKLUMAT CAWANGAN KHAS

    Dalam bulan Mei 2008, Pengarah Logistik PDRM telah menerima maklumat dari Pengarah Cawangan Khas berkenaan penglibatan dua bekas pegawai tentera risik Israel dalam projek PRS PDRM yang dilaksanakan oleh Syarikat MPC.

    Dalam bulan Ogos 2008, Cawangan Khas telah mengesahkan wujud penglibatan Israel dalam melalui Syarikat Asiasoft(M) Sdn. Bhd. Iaitu syarikat yang telah dilantik oleh MPC sebagai sub-kontraktor bagi melaksanakan projek PRS dan Projek berkaitan dengan Sistem Teknologi Maklumat PDRM.

    PENGLIBATAN ASIASOFT (M) SDN BHD DALAM PROJEK PRS

    Asiasoft (M) mula terlibat dengan projek PRS sejak 2001 apabila dilantik oleh Sapura sebagai Sub Kontraktor.

    Kemudian apabila projek diberikan kepada MPC dan D.G.Kom, Asiasoft juga dilantik oleh kontraktor-kontraktor tersebut bagi melaksanakannya hingga sekarang.

    Untuk makluman, Asiasoft (M) Sdn. Bhd. Telah dilantik sebagai sub-kontraktor oleh MPC dan D.G.Kom secara tidak sah bagi melaksanakan kontrak-kontrak PRS. Penglibatan Asiasoft (M) tidak diiktiraf.

    KAITAN ASIASOFT DENGAN ISRAEL

    Asiasoft (M) dimiliki oleh 2 pemegang saham iaitu:
    1- Bee System Sdn. Bhd. Menguasai 70% saham
    2- Asiasoft (S) Pte Ltd pula menguasai 30% saham.

    Asisoft (S) Pte Ltd berdaftar di Singapura dan dikuasai oleh Asiasoft Global Pte Ltd yang berpengkalan di Israel.

    2 Pengarah Asiasoft (S) Pte Ltd adalah bekas tentera Risik Israel, mereka ialah :
    1- Izhak David Nakar
    2- Ido Schechter

    Seterusnya sila sambung bacaan anda di sini

    Bagaimana Perisik Israel menembusi Sistem Maklumat PDRM.”

  3. Rozmali April 10, 2010 at 11:25 am Reply

    Umat Islam di Palestin setiap hari dizalimi. Sebaliknya kita di Malaysia berbangga dengan syarikat yang banyak menyumbang dalam pembangunan Israel iaitu Coca Cola dengan membenarkan Coca Cola membina kilang terbesar mereka di rantau ini atas tanah milik Tabung Haji iaitu di Bandar Enstek, Nilai, N.Sembilan.

    Ulasan isu kilang Coca Cola atas tanah Tabung Haji di http://amkns.blogspot.com/2010/04/coca-cola-palestin-israel-malaysia.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: