Judi – baik untuk negara dan rakyat?

Judi adalah satu bentuk permainan pertaruhan. Pertaruhan ini boleh berbentuk duit, manusia (seperti perempuan, anak), harta (seperti rumah, rantai emas, kereta) dan apa sahaja yang boleh dijadikan cagaran.

Orang yang berjudi sentiasa berfikir mahu menang; bukan sahaja menang, tapi menang besar. Ia menggalakkan penjudi berfikir secara superficial dan angan-angan disamping meletakkan nasib sebagai penentu.

Bagi pakar judi, oleh kerana mahu menang besar, cara permainan untu menang pastinya mendorong mereka untuk menipu asalkan boleh menang. Mereka tidak mahu bergantung pada nasib sebab mereka tahu bagaimana nak menipu semasa berjudi. Malah ada yang main bomoh untuk menang berjudi.

Oleh kerana judi

  • menggalakan manusia berfikir secara superficial dan angan-angan serta tidak berpijak pada bumi nyata
  • memotivasi penjudi mencari jalan singkat untuk menjadi kaya dan mahu mewah cepat tanpa bekerja keras,
  • menggalakkan aktiviti penipuan dan penindasan
  • mendorong penjudi mencuri untuk berjudi, bergaduh, hatta membunuh
  • mengakibatkan penjudi meletakkan kepentingan dirinya dan duit lebih tinggi dari kebajikan keluarga dan keselamatan manusia
  • membawa penjudi kepada lembah kehinaan apabila telah kalah judi
  • menjadi faktor penyumbang kepada jenayah dalam negara

maka semua agama dan semua bangsa TIDAK MENERIMA judi sebagai budaya hidup mereka.

Di dalam Islam, judi adalah HARAM, sokong judi adalah HARAM, makan duit judi adalah HARAM, bermain judi untuk buat amal dan kebajikan adalah HARAM. Orang yang tidak berjudi, tetapi MEMBANTU dan MENYOKONG aktiviti judi dalam semua bentuk termasuk BEKERJA di tempat judi, MEMBUAT publisiti judi seperti di dalam akhbar, dan apa sahaja kaitan dengan judi adalah HARAM.

Apa jadi bila anak isteri diberi makan dari sumber judi, harta HARAM? Hidup tidak berkat, keluarga huru hara, anak-anak tidak dengar kata, rumah tangga porak peranda, dan masyarakat terpaksa menanggung masalah orang berjudi dan mangsa kepada kejahatan penjudi.

Tahukah kita Malaysia mengutip hasil aktiviti judi sebanyak RM2.3 billion! Perhatikan di bawah ini:

Syarikat Perjudian Kutipan Tahun 2008 (RM)

  • Genting Malaysia Berhad 949,802,170
  • Sport Toto 509,739,584
  • Magnum Corporation 396,477,793
  • Pan Malaysia Pools 270,764,197
  • Pan Malaysia Racing 138,576,130
  • Daily One Corporation 18,082,749
  • Sandakan Turf Club 18,182,034
  • Sarawak Turf and Equestrian Club 29,776,000

JUMLAH 2.37 BILION

Kemanahkah hasil judi ini digunakan dalam negara ini? Sukan, Kebajikan, Sosial, Kebudayaan dan Kesihatan

Perhatikan pula siapa orang Melayu yang terlibat dalam memeriahkan dan menggalakkan aktiviti judi  di Malaysia:

 (Sumber http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=4216 Dipetik daripada buku ‘Malaysia, Darul Kasino’ oleh Datuk Husam Musa, EXCO Kerajaan Negeri Kelantan.)

Berikut adalah senarai pembabitan Pemimpin UMNO dari dulu hingga sekarang yang didakwa mempunyai kepentingan dalam syarikat judi di negara ini.
Dalam Magnum Corporation Sdn Bhd:

  • Bekas EXCO Pemuda UMNO, Datuk Mohamed Al-Amin Al-Haj.  Jumlah saham – 1,900,000
  • Bekas Menteri Pelajaran dan bekas Pengarah Magnum Corporation Sdn Bhd, Tan Sri Khir Johari. Jumlah saham – 40,843 (Magnum CO Sdn Bhd) & 6,666 (Magnum 4D)
  • Bekas Peguam Negara dan Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Othman. Jumlah saham – 1,666,666
  • Anak perempuan Tan Sri Abu Talib, Nor Anita Abu Talib. Jumlah saham – 680,334
  • Dalam Genting Berhad. Bekas Spekaer Dewan Rakyat, bekas Pengerusi Genting Bhd serta datuk kepada Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Tan Sri Noah Omar. Jumlah saham – 602,318,000 (Resort World Berhad)
  • Yayasan Noah (kini diwarisi oleh Najib dan Hishammuddin). Jumlah saham – 3,334,600
  • Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin Othman dan bekas Pegawai Bank, Dato’ Paduka Nik Hashim Yusof menjadi Pengarah Genting Berhad.
  • Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Wan Sidek Wan Abdul Rahman dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Alwi Jantan merupakan Pengarah Resort World.
  • Dalam Sports Toto. Sports Toto yang diasaskan pada tahun 1969 dimiliki Tan Sri Vincent Tan, kroni Tun Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Setiausaha Kerja UMNO Malaysia. Datuk Seri Tengku Adnan Mansor. Jumlah saham – 3,500,000 (melalui syarikat nominee iaitu Simsec Nominees)
  • Dua orang bekas pegawai kanan polis, Tan Sri Jaafar Abdul dan Mohamad Salleh Gomu, adalah Pengarah Sport Toto.
  • Datuk Anuar Zaini dan Datuk Sulaiman Mohd Noor (Pengarah Berjaya Land Berhad). Jumlah saham – 292,336,584
  • Dua lagi pengarah Melayu yang beragama Islam dalam Berjaya Land Berhad yang memiliki saham sebanyak 284,644,046 ialah Datuk Adnan Shuib dan Arsam Damis.

Dipetik daripada buku ‘Malaysia, Darul Kasino’ oleh Datuk Husam Musa, EXCO Kerajaan Negeri Kelantan.
———–

Yang anehnya orang bukan Islam meminta supaya iklan judi, nombor ekor tidak dimasukkan dalam akhbar berbahasa Melayu seperti Berita Harian, Utusan Melayu “Kafir minta tak siar iklan judi di akhbar Melayuhttp://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=4210. Tetapi orang Islam yang mendominasi akhbar tempatan tidak malu dan tidak meras dosa menyiarkan iklan judi dalam akhbar mereka.

Baca lagi http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=019623&Itemid=85

http://www.themalaysianinsider.com/index.php/business/17546-government-places-discreet-bets-on-gaming

6 thoughts on “Judi – baik untuk negara dan rakyat?

  1. Anti-hipokrit May 13, 2010 at 2:41 am Reply

    Betul ke kerajaan Malaysia bawah BN nak perangi judi di Negeri Sembilan? Perangi judi di kafe siber? Yang judi bola? Yang Toto?

    http://mohdtaufek.blogspot.com/2010/05/kerajaan-nsembilan-perangi-judi.html

    Harap tindakan ini bukan setakat perjudian internet sahaja. Harap tindakan bersepadu yang serupa dilakukan ke atas umat Islam yang ramai menjadi pelanggan kedai judi berlesen secara terbuka di siang hari.

    ************************
    Banteras perjudian Internet

    SEREMBAN 12 Mei – Kerajaan negeri hari ini melancarkan perang habis-habisan ke atas pengusaha kafe siber yang menjadikan premis mereka sebagai lokasi perjudian Internet.

    Serentak dengan itu, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengarahkan semua agensi penguat kuasa seperti polis, pihak berkuasa tempatan (PBT), imigresen dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) melakukan operasi bersama bagi membanteras kegiatan tersebut daripada berleluasa.

    “Saya mahu ingatkan pengusaha kafe siber, jangan jadikan premis mereka sebagai lokasi perjudian Internet atau mereka akan berhadapan tindakan undang-undang termasuk lesen dirampas.

    “Saya mahu mesin judi Internet haram dirampas sebagai pengajaran kepada mereka. Banteras segera kegiatan ini sehingga ke akar umbi.

    “Kita tidak mahu kewujudannya merosakkan jati diri rakyat serta menimbulkan penyakit sosial yang menjejaskan keharmonian masyarakat,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

    Justeru, kata Mohamad, pembanterasan yang dilakukan itu hendaklah seiring kerana terlalu banyak pertindihan dalam tindakan dan sebagai contohnya, kes perjudian ini di bawah kuasa polis, manakala perihal berkaitan lesen dan permit dibuat oleh pihak berkuasa tempatan.

    “Kita dapati ‘penyakit judi siber’ ini semakin berleluasa. Banyak lesen telah disalah guna. Di luar mereka tulis kafe siber, tetapi di dalam menjalankan kegiatan mesin judi Internet,” ujar Mohamad.

    Tegasnya, kerajaan negeri mahu pemantauan lebih ketat di buat ke atas semua kafe siber dan ia hendaklah diperiksa lebih kerap bagi menghindarkan aktiviti haram berkenaan dilakukan di sebalik cermin yang ditutup itu.

    “Masyarakat jadi rosak pemikirannya kerana judi Internet.

    “PBT, polis dan imigresen telah pun membuat banyak serbuan ke atas premis kafe siber ini dan mesin perjudian juga banyak yang dirampas. Lesen dan permit mereka juga kita tarik balik.

    “Kalau susah sangat, kita juga akan melibatkan TNB supaya bekalan elektrik di premis terbabit dipotong bekalannya,” kata Mohamad.

    Mohamad berkata, ancaman perjudian Internet haram ini begitu serius dan tiada cara lain, selain memerangi habis-habisan lubuk yang menjadi sarang perjudian ini.

    “Remaja, pelajar, orang tua dan semua yang terlibat sudah diancam penyakit baru iaitu judi Internet. Kita akan pantau juga di beberapa daerah yang kini menjadi lubuk baru aktiviti tersebut.

    “Cari sampai dapat dan pastikan aktiviti perjudian Internet haram ini dibanteras segera,” kata Mohamad lagi.

    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0513&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm
    at 13.5.10

  2. Anti-munafik May 13, 2010 at 2:57 am Reply

    Memang jelaslah UMNO=APCO ni tahu judi, budaya judi, makan duit judi, bagi lesen pada BERJAYA untuk kendali judi bola pialasa dunia. BERJAYA milik Vincent Tan ada hubungan rapat sahamnya dengan Mahathir dan Pak-Pak Menteri UMNO, dan kerajaan BN kutip hasil judi, dan guna duit judi biaya pilihanraya!

    Hanya rakyat Malaysia yang bodoh dan tidak berhati perut dan tidak ada prinsip hidup sahaja akan undi BN yang makan duit judi! Menghalalkan yang haram, makan duit haram, isi perut haram, dan semua akan jadi bahan api neraka. Ke mana pergi SUARA ULAMA UMNO dan ULAMAK KERAJAAN MALAYSIA? Dah JADI ular dalam semak ke? Dah jadi lidah bercabang ke?

    Judi Piala Dunia Berlesen Untuk Vincent Tan…

    http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=4790

    [SM] Syabas! One-Malaysia ada Judi Halal!
    http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=4788

    Judi ‘Halal’: Pengorbanan Pemimpin Melayu Islam Untuk Agamanya

    http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=4799

    Apabila Akhbar Melayu Mendapat Saham dari Sektor Perjudian

    http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=4796

    Piala Dunia 2010 Banyak Orang Makin Sasau, Angau dan Risau

    http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=4793

    Hancur Malaysia kalau terus begini. Mana pergi orang yang ada prinsip?

  3. Melayu Perkosa PERKASA May 13, 2010 at 12:36 pm Reply

    Mana pergi PERKASA dalam membincangkan isu judi yang dibawa oleh UMNO? Apakah PERKASA sudah kena PERKOSA atau LIWAT oleh UMNO sehingga mendiamkan diri dalam bab JUDI?

    Lesen Judi – Dimana Perkasa Dan Pemuda UMNO?

    http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=4811

    Lulus Lesen Judi Bola, Mufti Perak Bidas Najib

    SHAH ALAM 13 MEI: Mufti Perak, Datuk Dr Harussani Zakaria menyifatkan keputusan kerajaan Persekutuan meluluskan lesen judi pertaruhan bola sepak sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia, umpama menentang hukum Syarak

    Beliau berduka cita lantaran kerajaan Umno BN menghalalkan perkara yang terang-terang haram dan mengingatkan pemimpin beragama Islam yang terlibat dalam meluluskan lesen judi itu, sebagai bersyubahat mengikut peruntukan hukum syarak.

    Kenyataan Mufti Perak ini menunjukkan keputusan kerajaan Umno Barisan Nasional itu bukan sahaja tidak disenangi pimpinan Pakatan Rakyat, sebaliknya dari segenap peringkat.

    “Saya dukacitalah, kerana kerajaanmeluluskan judi, kerana judi ini haram dalam Islam. Jadi, kita meluluskan judi seolah-olah kita menghalalkan judi sedangkan ia haram di sisi Islam. Perbuatan ini sepatutnya dihindari,” katanya kepada TV Selangor hari ini.

    Dr Harussani menegaskan umat Islam terlibat dalam aktiviti ini, hukumnya tetap haram walaupun kerajaan umno-bn bertindak menghalalkannya.

    “Jadi apa hukumnya orang Islam terlibat dalam aktiviti tidak bermoral ini? Kalau orang Islam terlibat, hukumnya haram. Orang Islam yang terlibat hukumnya haram walaupun aktiviti dihalalkan oleh kerajaan,” katanya.

    Ditanya apa hukum pemimpin yang terdiri dari orang Islam yang terlibat dalam meluluskan lesen judi bola, beliau menyatakan, perbuatan mereka hukumnya syubahat.

    “Orang yang meluluskan bersyubahat dalam perbuatan judi. Dia luluskan benda yang haram,” katanya lagi.

    Mufti Perak itu menyifatkan tindakan pimpinan kerajaan Malaysia tidak wajar kerana kelulusan lesen judi ini hanya menggalakkan rakyat berjudi sedangkan Malaysia adalah sebuah negara yang diwar-warkan Umno sebagai negara Islam.

    “Kesan tindakan ini akan menggalakkan orang terus berjudi, apatah lagi judi sudah diharamkan dalam syarak dan al-Quran, maka wajib kita pelihara. Membenarkan judi maka menggalakkan orang berjudi,” katanya.

    Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily sebelum ini melaporkan kementerian kewangan pimpinan Datuk Seri Najib Razak secara rasminya memberi lesen judi itu kepada Kumpulan Berjaya, dan pertaruhan secara sah itu boleh dibuat sebelum kejohanan bolasepak bermula 11 Jun ini.

    Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata, kerajaan mempertimbang kemungkinan mengeluarkan lesen pertaruhan judi sempena kejohanan Piala Dunia atas alasan mengelak pertaruhan haram.

    TV Selangor

    Mahukan anda bersyubahat dengan mereka dengan menyokong mereka??

    Jika mahu.. Sokonglah UMNO/BN!!!

    Jika tidak..Tolak UMNO/BN!!
    Baca forum ini di http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=18972#564448

  4. Selamatkan Malaysia May 13, 2010 at 10:42 pm Reply

    RM1.7biliion sehari hasil judi setiap hari dari judi bola. UMNO-BN perlu duit ini untuk Piliharaya Umum ke 13.

    KUALA LUMPUR: Sports betting may soon be legalised, probably in time for the Fifa World Cup finals in South Africa from June 11 to July 11.

    It is understood that the Berjaya Group is seeking approval from the authorities to operate sports betting activities in the country, although it is unclear which betting system will be used.

    A spokesman for Berjaya Corp Bhd group corporate communications told the New Straits Times that the company “would like to decline comment on this matter at this point of time”.

    This is not the first time that Berjaya Group has approached the government to make sports betting legal in the country.

    In October 2004, Berjaya Group head Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun’s privately-owned Ascot Sports Sdn Bhd was reported to have received approval to operate sports betting activities from the Finance Ministry in June 2003, in which it paid RM25 million for a 20-year concession.

    However, then prime minister Datuk Seri (now Tun) Abdullah Ahmad Badawi shot down the proposal, saying the government would not give any licence to legalise football betting in the country.

    While the Berjaya Group’s second attempt is likely to stir protests from certain quarters, others have said that it should be allowed and taxed by the government, seeing that many Malaysians are already betting illegally on sports.

    “It will likely divert money from illegal football betting. It will also take some of the gaming market share lost to Singapore with the opening of its first casino recently,” said an industry observer.

    In a report dated May 26, 2006, Mayban Securities had estimated that the value of daily legal gaming was RM850 million, with illegal gambling estimated at around the same amount. This gives the total size of estimated daily gambling in Malaysia at around RM1.7 billion.

    “Assuming that this amount is doubled during the World Cup month, there may be an additional RM1.7 billion being gambled daily,” the report had said.

    Gaming analysts said Berjaya Sports Toto Bhd (BToto) was most likely to benefit if sports betting was legalised here. BToto is one of the country’s three listed numbers forecast operators (NFO), which include Magnum Corp Bhd and Tanjong plc.

    While betting on football is illegal in Malaysia, Singapore has legalised it since 1999.

    It was reported that Singapore first introduced legalised football betting on S-League games in 1999.

    In 2002, sports betting was extended beyond S- League games to include matches played in the World Club 2002.

    Sports betting was subsequently further extended to allow for legalised betting on international football matches, the English Premier League and other European and Asian football leagues as well.

    Sports betting has today gained widespread acceptance in Singapore.

  5. Mampus Malaysia May 13, 2010 at 10:44 pm Reply

    “Sumber berita daripada Berita Hairan. Ghani bantah syor benar pertaruhan Piala Dunia

    http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=4827

    2010/05/13 Cadangan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin agar kerajaan membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia tidak dipersetujui raja bola negara, Datuk Abdul Ghani Minhat yang bimbang perjudian seperti itu akan turut membabitkan perlawanan liga tempatan.

    Katanya, jika pertaruhan Piala Dunia dibenarkan, pemilik lesen perjudian itu akan meminta pula perkara yang sama bagi liga tempatan dan ini akan membunuh pembangunan bola sepak negara yang baru tumbuh. “Jangan cuba simbah minyak ke api nanti ia akan membakar diri sendiri,” katanya, semalam.
    Baru-baru ini, Awang Adek meminta kerajaan menimbang kemungkinan mengeluarkan lesen bagi membenarkan pertaruhan dilakukan semasa Piala Dunia yang akan bermula di Afrika Selatan, bulan depan sebagai langkah mengurangkan aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.
    Abdul Ghani, penyerang yang digeruni pada era 60-an, berkata beliau juga bimbang gejala rasuah yang pernah menyerang pasukan dalam Liga Malaysia pada 1994 dan 1995 akan kembali mencemari bola sepak tempatan.

    Liga Malaysia pernah dilanda rasuah pada 1994 apabila 126 pemain dan jurulatih dipanggil untuk membantu siasatan.

    Akibatnya 58 daripada mereka dikenakan hukuman gantung selama satu hingga empat tahun oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) manakala 21 pemain dan jurulatih diberhentikan dan beberapa pemain dibuang daerah dan tidak dibenarkan menyertai pertandingan bola sepak kelolaan FAM seumur hidup.
    Kesannya, Malaysia kehilangan pemain handalan yang ramai. Kelompok pemain yang didakwa pada tahun itu adalah antara yang terbaik pernah dilahirkan oleh negara.

    Presiden Persatuan Bola Sepak Terengganu Datuk Che Mat Jusoh berkata beliau tidak menyokong sama sekali sebarang aktiviti yang berkaitan dengan perjudian dan pertaruhan yang membabitkan sukan kerana ia bukan sahaja haram daripada segi agama tetapi turut akan mengundang kepada perkara negatif.

    “Bola sepak adalah sukan dan ia tidak seharusnya dikaitkan dengan perjudian,” katanya.

    # Adik awang ning memang karat biru…hokum halal haram pun x reti nok beza doh..orang lagu ning kita nok beri amanah jaga wang ehsan Kelantan?…”

  6. albangi June 4, 2010 at 10:20 am Reply

    Subject: Statement by Tony Pua on Sports Betting

    Advise your love ones, your good friends, your helpful neighbours, and if possible, all the Chinese in Malaysia ….. Don’t bet, Don’t gamble, Don’t let that crook – Vincent Tan take away everyone’s hard earned money to subsidize his cronies in UMNO

    The award of a sports betting license to Berjaya Group marks a complete
    mockery and the end of “New Economic Model”

    By Tony Pua

    Malaysians are completely shocked that after all the hullaboo over
    Malaysia ‘s “New Economic Model”, the Prime Minister Najib Abdul Razak has
    directly awarded of a sports betting license to Berjaya Group helmed by
    Vincent Tan.

    Malaysians are shocked because the Prime Minister has been harping on a new
    model of doing business in Malaysia whereby government business will be more
    transparent and competitive, and Datuk Seri Najib Abdul Razak has even
    promised Malaysians that he will no longer “tolerate rent-seeking and
    patronage” in his speech when launching the “New Economic Model”.

    Within 2 months of his “earth-shaking” launch, Datuk Seri Najib has
    sounded the death knell to his own “New Economic Model”, by thrashing it
    into the rubbish dump by awarding the most lucrative multi-billion
    concession of the year to a well-known associate of BN top leadership, Tan
    Sri Vincent Tan.

    Worse, it was done in the most opaque manner possible where there are no
    calls for proposals, no open tenders or auctions for the sports betting
    license! On what merit was Tan Sri Vincent Tan awarded this multi-billion
    gaming concession which will not only enrich him, but impoverish the rakyat
    by encouraging more gambling?

    The non-Muslims community are already extremely unhappy with the excessive
    number of “special draws” by the existing gaming companies, including
    Berjaya Sports Toto. Now with legalised sports betting, it will only lead
    to greater social problems, mounting debt among those who are addicted to
    gambling.

    But more importantly, the award of the new sports betting license together
    with the cronyistic award of mega projects to Naza TTDI to build Malaysia ‘s
    RM628 million largest exhibition and convention centre in exchange for a
    piece of land worth up to RM1.5 billion, the likely award of a 3,000 acres
    piece of land to MRCB, a RM320 million 20-year interest free unsecured loan
    to SYABAS has proven beyond doubt that the New Economic Model is utter
    bunkum.

    The rakyat are angry because they are being taken for a ride by the Prime
    Minister who has promised many changes but he has instead shown that the
    Barisan Nasional government is completely incapable of change. The practice
    of cronyism, rent-seeking and patronage to vested interest parties is
    continuing is broad daylight with complete endorsement by Datuk Seri Najib
    Abdul Razak. The Prime Minister’s promise of ‘open tender’, ‘merit’ and
    fair competition

    We call upon the Barisan Nasional government to immediately withdraw the
    award of the betting concession and set up a special Parliamentary Select
    Committee to review the impact of sports betting on Malaysians, and if and
    only if approved, then a open, transparent and competitive tender or auction
    must be called to ensure transparency and best “value for money” for the
    Government and Malaysians.

    民主行动党全国宣传秘书兼八打灵再也北区国会议员潘俭伟于2010年5月12日(星期
    三)在诗巫发表的声明:

    成功集团获赌球执照象征 “新经济模式”告终,简直让人贻笑大方!

    当人民还对首相纳吉的 “新经济模式”抱有一丝期待时,首 相竟然把赌球执照直接发
    予陈志远所执掌的成功集团,让人民感到震惊万分。

    国人震惊乃因为首相在推介 “新经济模式”时,曾经承诺 这个新的经商模式将会更加
    透明及具有竞争力。而且,首相甚至在其演词公开承诺其今后不会再允许任何人抄捷径
    以获取利益的方式。

    然而, “新经济模式”推介迄今只有2个月,纳吉似乎有意把新经济模式当作一堆废纸
    丢进垃圾 桶,从而把每年可赚取数十亿计令吉的赌球执照,发给跟国阵高层领袖关系
    甚密的丹斯里陈志远。

    更糟的是,这个赌球执照是在没有公开征求相关计划书、没 有公开招标的情况下发
    出!政府是基于何种考量发出这个每年可赚取数十亿计令吉的赌球执照,从而让丹斯里
    陈志远愈加富有,而 人民则因为有更多的管道赌博而更形贫穷?

    非回教徒社群对于政府允许现有的博彩公司,包括成功集 团的多多博彩公司,增加太
    多的特别开彩日感到非常不满。如今,随着政府允许合法赌球,这将引发更严峻的社会
    问题,同时导致 那些沉迷于赌球者的债台高筑。

    摆在眼前的事实,除了政府最近所发出的赌球执照之外,政 府早前批准价值 15亿令吉
    转让予 Naza TTDI来换取后者建设价值6亿2千800万令吉的全马最大型会展中心,以及政
    府即将批准把 3千依格的一块地皮转让予马资源、发出20年免利息的3亿2千万令吉无担
    保贷款予雪州水供公司,未免让我们怀疑 “新经济模式”纯属空谈。

    首相承诺要作出诸多改革,但国阵政府明显却未具改革决心,无 疑让人民感到失望及
    生气。政府还是一如既往地奉行朋党作风,并通过抄捷径的方式获取既得利益,显示纳
    吉公然允许既得利益集团光天化日 盗取人民的财富。首相所作的公开招标、绩效与公
    平竞争等承诺,简直就抛诸脑后了。

    我们促请国阵政府立即收回上述赌球执照,同时设立国会 特别委员会重新检讨其对国
    人所构成的影响。如果国会特别委员会认为有必要发出赌球执照,那么,政府必须通过
    公开、透明与竞争的招标或 拍卖方式发出这张执照,以贯彻透明的原则并让政府与国
    人觉得物有所值

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: