Judi disebalik tabir – angkara siapa?

Perkembangan judi khususnya judi bola di Malaysia semakin hebat. Ada berita kata kerajaan BN belum beri lesen. Vincent Tan kata dia sudah dapat lesen. Rakyat jadi keliru. Ada rakyat yang gila judi, satu bentuk berhala moden, bermain judi secara ‘halal’ dan dan ada yang bermain secara ‘haram’.

Cuba baca kisah disebalik tabir ini. ——————–

Subject: Fw: Fwd: How Vincent Tan became the Gaming King of Malaysia – by RPK
How Vincent Tan became the Gaming King of Malaysia

Saturday, 05 June 2010

Vincent Tan can deny it all he wants. The bottom line is he is the front man for Umno. He is Umno’s nominee. He owns only part of his gambling empire. The rest is owned by Umno but held by him as trustee.

THE CORRIDORS OF POWER by Raja Petra Kamarudin

Tycoon Tan Sri Vincent Tan today said he will appeal to states under Pakatan Rakyat (PR) to rescind the ban on sports betting.

The Selangor, Kedah and Penang governments have already declared that they will disallow sports betting in the states.“I will appeal to them to be fair minded,” said Tan.

Since the BN government awarded a sports betting licence to Tan’s Ascot Sports Sdn Bhd last month, the DAP has gone on a crusade against them, accusing the ruling coalition of enriching the tycoon but impoverishing the people. – The Malaysian Insider

*************************************************
The Berjaya Corp chairman and chief executive officer said this to dispel unsubstantiated claims that the money from the deal would go to the ruling coalition Barisan Nasional (BN).
Tan also lashed out at fugitive blogger Raja Petra Kamarudin for raising the allegations.
“The allegations are pure nonsense,” he said. – The Malaysian Insider

*************************************************

First of all, Vincent Tan did pay Hee of Perak millions of ringgit as an inducement for her to jump ship. This was confirmed by three people. One was a senior man from Umno, the second the President of one of the non-Malay political parties in Barisan Nasional, and the third a Chinese Datuk who is also involved in the gambling business.

And these three Deep Throats have never before given me false or wrong information.
In fact, these people told me that Perak was going to fall long before the state actually fell. And they also warned me that Kedah andSelangor were next on the list. They warned me that a ‘shopping spree’ was going to be launched to buy over Pakatan Rakyat Members of
Parliament and State Assemblypersons from the Pakatan Rakyat states, Penang included. And they also told me that Vincent Tan was footing the bill.

Today, what I had been told has proven to be true.

Do you know that Vincent Tan does not really own the entire interest in his gambling empire? He owns only part of it. The rest belongs to Umno but held under trust by Vincent Tan. This was the deal struck way back when Ahmad Sebi Abu Bakar, then the CEO of TV3, conjured the scam during the time when Daim Zainuddin was the Finance Minister.

Ahmad Sebi told Vincent Tan that Umno could not park the shares under its own name because, being the so-called largest Muslim party in the world, as Tun Dr Mahathir himself had declared, this would be a sensitive issue. So they needed to hide Umno’s interest under a non-Muslim nominee. And Vincent Tan is that non-Muslim nominee.

Now you know how Sports Toto ended up in the hands of Vincent Tan.Then what about the tens of thousands of ‘one-armed bandits’ that Vincent Tan is operating all over Malaysia, East Malaysia included (which has the most number of machines per capita)?
Why are the police not raiding these illegal gambling outlets to confiscate the machines and arrest the operators? Well, they do, actually, but the police only raid those outlets not owned by Vincent Tan. Those ‘competitors’ to Vincent Tan suffer police raids andconfiscations. Those owned by Vincent Tan do not.

Speak to any Chinese underworld boss. Go have a Chinese dinner in Jalan Imbi at Sakura or one of those places and talk to the Chinese underworld people. I have. And they will be able to tell you how the scam works and why Vincent Tan has kekebalan (immunity) while the others do not.

Vincent Tan can deny it all he wants. The bottom line is he is thefront man for Umno. He is Umno’s nominee. He owns only part of his gambling empire. The rest is owned by Umno but held by him as trustee.

How do I know all this?

Let me put it this way. I was there when the deal was struck. May be Vincent Tan does not remember me. Well, his Malay directors do because I went to school with some of them and two of them were actually mybatch-mates in the Malay College Kuala Kangsar.

Yes, Vincent, I was that Kwailo-looking guy in the bush jacket who was sitting across the table from Ahmad Sebi when you walked into the room without knocking and interrupted our meeting.

Next time knock first before entering. Don’t barge in like you are so fond of doing. You barged into the room and interrupted our meeting without giving me any face. You did not even look at me and acted as if I was invisible. Then you started talking about your scam as if I was not there.

And that was your mistake, Vincent. As Julia Roberts said in ‘Pretty Woman’: big mistake.
So your arrangement with Umno is not something new. It is a very old arrangement since the time when Ahmad Sebi was heading TV3 and when Daim Zainuddin was the Finance Minister. And your one-armed bandits licence was an arrangement since the time when Mohd Farid Ariffin was the Deputy Finance Minister. And when Farid Ariffin tried to end your monopoly of these slot machines, you arranged for his political career to come to an early halt.

But never mind. Farid Ariffin is now heading a more worthy cause. He set up MAKNA (http://www.makna.org.my/) that is helping to fight cancer. You did the nation a great favour by forcing him into retirement for opposing your monopoly on slot machines. Now we have MAKNA (Majlis Kanser Nasional or the National Cancer Council).

2 thoughts on “Judi disebalik tabir – angkara siapa?

  1. albangi October 6, 2010 at 3:57 am Reply

    Sila lawat http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=8293 utk maklumat lebih spesifik dan bergambar

    1. Umno dan Magnum Corporation Sdn Bhd:

    Menteri Kewangan Diperbadankan mempunyai saham di dalam Kamunting Corporation Berhad iaitu sebanyak 3,055,069 saham. Manakala Kamunting yang pengerusinya ialah bekas Exco Pemuda Umno, Datuk Haji Mohamed Al-Amin Majid memiliki 1,900,000 saham di dalam 4D. Ini menjadikan lingkaran pegangan tidak langsung Menteri Kewangan di dalam sayarikat judi dibuat melalui pegangan dua syarikat.

    Menyentuh mengenai Magnum 4D Berhad ini, nama yag tidak boleh dipisahkan ialah Tan Sri Khir Johari yang merupakan pengarah syarikat itu. Beliau yang juga bekas Setiausaha Agung Umno memiliki 40,843 saham di dalam Magnum dan 6,666 saham di dalam 4D.

    Lebih memeranjatkan bekas Peguam Negara yang kini Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) turut memiliki saham dalam 4D dengan pegangan sebanyak 1,666,666 saham. Di samping itu Nor Anita Abu Talib dipercayai anak Abu Talib turut memiliki saham syarikat perjudian berkenaan iaitu sebanyak 680,334 saham.

    Lingkaran dan putaran pemilikan saham syarikat perjudian ini menjadikan pemerintah Umno sebagai penggalak kepada aktiviti `pelaburan mingguan bursa empat nombor ekor atau singkatnya BENE.

    Sumber: TKO

    2. Umno dan Genting Berhad

    Bekas Spekaer Dewan Rakyat, bekas Pengerusi Genting Bhd serta datuk kepada Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Tan Sri Noah Omar memiliki 602,318,000 saham dalam Resort World Berhad.

    Yayasan Noah memegang saham sebanyak 3,334,600 dalam Genting Berhad. Yayasan Noah kini diwarisi oleh Najib dan Hishammuddin.Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin Othman dan bekas Pegawai Bank, Dato’ Paduka Nik Hashim Yusof menjadi Pengarah Genting Berhad.

    Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Wan Sidek Wan Abdul Rahman dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Alwi Jantan merupakan Pengarah Resort World.

    Sumber: TKO

    3. Umno dan Sports Toto

    (sekadar gambar hiasan)

    Sports Toto yang diasaskan pada tahun 1969 dimiliki Tan Sri Vincent Tan, kroni Tun Dr Mahathir MohamadPengerusi Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Setiausaha Kerja Umno Malaysia, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor memegang 3.5 juta saham dalam Sports Toto melalui syarikat nominee iaitu Simsec Nominees.

    Dua orang bekas pegawai kanan polis, Tan Sri Jaafar Abdul dan Mohamad Salleh Gomu, adalah Pengarah Sport TotoDatuk Anuar Zaini dan Datuk Sulaiman Mohd Noor adalah Pengarah Berjaya Land Berhad yang memiliki saham sebanyak 292,336,584 dalam Sports Toto.

    Dua lagi pengarah Melayu yang beragama Islam dalam Berjaya Land Berhad yang memiliki 284,644,046 ialah Datuk Adnan Shuib dan Arsam Damis. Dipetik daripada buku ‘Malaysia, Darul Kasino’ oleh Datuk Husam Musa, Exco Kerajaan Negeri Kelantan.

    Sumber: Suara Keadilan

    4. Umno dan loteri

    Gambar: Keratan surat rasmi penyerahan wang loteri dari Setiausaha Agung Umno kepada Bendahari Umno Tahun 1953, Sheikh Ahmad Sheikh Hashim, bapa kepada Dato’ Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad.

    Surat ini telah yang dikeluarkan oleh SETIAUSAHA LOTERI KEBAJIKAN UMNO kepada Bendahari UMNO Malaya, Tuan Sheikh Ahmad bin Mohd Hashim, iaitu bapa kepada Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad, Menteri Sumber Asli dan Alam sekitar. Surat Resmi ini dikeluarkan pada 1953, menandakan UMNO semenjak itu sudah beramal dengan judi sehingga ke hari ini.

    Sumber: Buletin Online

    5. Ulamak Pulau Pinang fatwa haram ‘Loteri Umno’

    Gambar: Keratan Akhbar Utusan Melayu (jawi) bertarikh 1951 diatas menyatakan tentang fatwa yang telah dikeluarkan oleh Mufti Pulau Pinang, iaitu Tuan Haji Abdullah Fahim bahawa Judi loteri yang UMNO gunakan itu adalah HARAM. Terjemahan tulisan Jawi dari Akhbar Utusan Melayu 20/8/1951:

    Pulau Pinang-19 ogos – Loteri UMNO kalau seperti yang biasa di buat oleh Kelab-kelab Lumba Kuda itu, maka pihak ahli-ahli ‘Alim Ulama Pulau pinang dan Seberang Perai adalah menghukumkan HARAM, kerana cara perjalanan Loteri itu dita’rifkan masuk kedalam bab perkataan “JUDI” yang tersebut didalam Al-Qur’an.

    Demikian keputusan muktamad persidangan Khas Ahli-ahli Alim Ulama Pulau pinang dan Seberang Perai yang telah dilangsungkan di Madrasah Al-khairiyyah, pokok Sena, Seberang Perai semalam dengan di hadiri oleh kira-kira 50 orang Alim Ulama dan pemerhati-pemerhati dipengerusikan oleh TUAN HAJI ABDULLAH FAHIM, Mufti Pulau Pinang dan Seberang Perai.
    Sumber: visi-sufi.com

    6. Pengedaran ‘nombor ekor’ (judi) semasa mesyuarat Umno Bahagian

    Ahli UMNO edar ‘nombor ekor’ semasa mesyuarat bahagianTEMERLOH – Perwakilan UMNO yang hadir pada mesyuarat bahagian semalam dikejutkan dengan gelagat salah seorang ahli parti itu yang mengedarkan tiket ‘nombor ekor’ kepada perwakilan dan pemerhati..

    Sumber: Pinkturtle2

    7. Najib gesa masyarakat contohi sifat tokey judi

    NAJIB SURUH CONTOHI DAN IKUTI MENDIANG LIM GOH TONG

    Beliau berkata Goh Tong adalah seorang yang amat istimewa yang berani melakukan perkara yang dianggap mustahil dan berjaya mencapainya.

    “Mendiang merupakan contoh unggul bagi seseorang yang datang ke sini tanpa apa-apa tetapi menerusi azam yang kuat dan prinsip dan nilai yang teguh, beliau mampu mencipta kejayaan besar dan menjadi satu warisan.

    “Bukan sahaja membangunkan perusahaan yang akhirnya menjadi konglomerat terkemuka antarabangsa, tetapi mendiang telah mewajudkan satu warisan di sini di Genting (Highlands),” katanya kepada pemberita selepas memberikan penghormatan terakhir kepada hartawan itu di kediamannya di Gohtong Villa.

    “Banyak perkara yang kita boleh kagumi dan belajar (daripada beliau). Saya berharap generasi muda akan membuat kajian mengenai mendiang Tan Sri, khususnya ciri-ciri Tan Sri dan kualiti yang ada pada dirinya yang dapat diteladani oleh orang lain,” kata Najib.

    Timbalan Perdana Menteri berkata Goh Tong amat rapat dengan allahyarham datuknya Datuk Hussein Mohammad Taib yang banyak menghabiskan masa bersama.

    Najib berkata semasa beliau menjadi Menteri Besar Pahang pada 1980-an, beliau juga selalu berhubungan dengan Goh Tong dan hubungan Goh Tong dengan keluarganya sudah lama terjalin dan berterusan sehingga sekarang dan juga di masa depan.

    Sumber: Bernama

    8. Akhbar rasmi Umno, Utusan Malaysia dan Berita Harian menyiarkan iklan judi

    Bukan sahaja menyiarkan keputusan judi, malah turut menyiarkan permohonan maaf kepada kaki2 judi yang membaca akhbar Umno ini..

    9. Umno lulus Judi Piala Dunia 2010

    Meskipun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak, kerajaan meneruskan keputusannya untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulandepan.

    Menurut akhbar harian Cina, Sin Chew, menteri kewangan semalam secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.

    Sumber: Malaysiakini

    p/s: Terbaru, boleh baca di sini, “GEMPAR: Vincent Tan marah Pakatan Rakyat punca lesen judi bola dibatalkan!”

    10. Bekas Presiden Umno dengan angkuh mengatakan bahawa beliau akan meluluskan judi sukan sekiranya menjadi kerajaan

    Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan meluluskan lesen judi sukan sekiranya masih berkuasa.

    “Kalau saya jadi kerajaan, saya luluskanlah,” katanya ketika ditemui media selepas satu majlis di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

    Beliau ditanya oleh wartawan sama ada kerajaan perlu segera meluluskan lesen berkenaan. Katanya lagi, kerajaan tidak sepatutnya menghalang golongan masyarakat yang dibolehkan berjudi.

    Sumber: Malaysiakini

    11. Pemimpin Tertinggi Umno Sabah (Bekas MB Sabah) meletak jawatan akibat belenggu hutang Judi bernilai jutaan ringgit

    Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Osu Sukam yang berhutang lebih AS$1.8 juta kepada sebuah kasino di Britain dilaporkan telah meletakkan jawatan sebagai ketua Umno bahagian papar di Sabah.

    Beliau berhutang kepada Kasino Ritz Hotel di London yang membenarkannya berjudi secara kredit di kasino tersebut. Pengerusi Umno Sabah, Datuk Musa Aman memberitahu akhbar New Straits Times bahawa Osu telah meletakkan jawatan sebagai ketua Umno papar.

    Sumber: Malaysiakini dan mStar Online

    12. Pemimpin BN cadang pula wujudkan kasino (pusat judi) terbesar di Sabah

    Parti Bersatu Sabah has urged the Prime Minister to consider approving a casino licence for Sabah, to further boost the State’s tourism.

    Its Batu Sapi MP, Datuk Edmund Chong Ket Wah, said the existing law like that applied at Genting Highlands can be applied for the casino in Sabah. “Kundasang in Sabah has the same climate and environment like Genting.

    In Sabah now there are 44 jackpot licences and 425 jackpot machinesÉif all these 425 jackpot machines are placed in one building, it is already a casino,” he said. Edmund, who fully supported the proposed introduction of sports betting, believed opening a casino in Kundasang would also improve the local economy.

    Sumber: dailyexpress.com.my

    13. Umno Bahagian Jasin anjur judi ‘cabutan bertuah’

    Beberapa kertas nombor “cabutan bertuah”, yang dijual pada harga RM 1.Dalam erti kata lain, JUDI. Beli nombor untuk menang hadiah, kalau nak peluang lebih, boleh beli nombor tambahan…

    Baca setrusnya di sini, (bukti bergambar), “Lagi ‘Umno dan Judi’: Biro Belia dan Sukan Umno Jasin anjur judi ‘cabutan bertuah’?”

    Sumber: Hasbullah Pit

    14. Ketua Pergerakan Wanita Umno ‘kantoi’ akibat tamak hadiah loteri

    TAMPIN: Linangan air mata seorang lelaki warga Indonesia berjaya mencairkan hati Ketua Pergerakan Wanita Umno sebuah cawangan di daerah ini sehingga menyebabkan mangsa terpedaya dan kerugian hampir RM10,000, kelmarin.

    Lelaki itu menawarkan tiket hadiah nombor loteri yang dimenangi bernilai RM96,000 dan memberi alasan tidak dapat menuntutnya memandangkan bukan warganegara dan meminta mangsa menyerahkan RM10,000 sebagai pertukaran untuk mendapatkan tiket berkenaan.

    Katanya, setiba di kaunter premis pertaruhan, isterinya hampir pengsan apabila petugas syarikat berkenaan memaklumkan tiket itu palsu kerana diubah suai.

    Sumber: myMetro

    15. Sebuah kasino di Sabah sebagai sebahagian daripada ETP (Program Transformasi Ekonomi) Najib.

    UMNO Mahu Bina Kasino Di Sabah -Anwar

    SHAH ALAM 22 SEPT 10: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan sama ada kerajaan Umno-BN akan membina sebuah kasino di Sabah sebagai sebahagian daripada ETP (Program Transformasi Ekonomi).

    Kasino itu dikatakan sebahagian projek pelancongan hijau di Karambunai yang turut membabitkan pembinaan pusat rekreasi air atas tapak 500 ekar, menurut portal Malaysian Insider. Projek itu dicadangkan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), sebuah unit di bawah Jabatan Perdana Menteri.

    Sumber: TMI dan RuangBicaraPriaMalaya.blogspot.com

    16. Syubhah: Rosmah Mansor terima sumbangan cek dari Syarikat berkaitan judi.

    Rosmah Mansor menerima replika cek bernilai RM100,000 daripada Timbalan Pengerusi Genting, Tun Haniff Omar pada pelancaran Kempen Hari Pahlawan 2009 di Angkasapuri. Turut hadir Ahmad Zahid Hamidi, Joseph Salang Gandum dan Muhammad Abdul Ghani (kiri). – Bernama

    Sumber: Utusan Malaysia

    17. Zaman Mahathir: BAKTI terima cek dari syarikat Genting.

    Imbas kembali 16 Ogos 1990 : BAKTI (Badan Amal Dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri) melalui isteri Perdana Menteri ketika itu, Tun Hasmah Ali, menerima sumbangan RM 200 000 dari Genting Group.

    Sumber: The Star

    18. Pengerusi Umno, Abdullah Badawi menerima sumbangan dari syarikat berkaitan judi, Resort World.

    Abdullah Ahmad Badawi mewakil PEMADAM menerima sumbanyak sebanyak RM1.5 juta dari Resort World pada majlis “Kolokium Ke-II Wanita Pemadam 2003: Pencegahan dadah dan AIDS anjuran Biro Hal Ehwal Wanita Pemadam Kebangsaan di First World Hotel” pada tahun 2003..

    Sumber: PEMADAM

    19. Zaman Najib: Syarikat judi taja majlis berbuka puasa untuk anak-anak yatim.

    Syarikat judi Sports Toto menderma hasil judi mereka kepada anak-anak yatim yang beragama Islam di dalam Majlis Berbuka Puasa 2010..Perkara ini langsung tidak diambil kisah oleh Umno sebagai kerajaan ketika itu..yang peliknya, Umno melalak 24jam apabila kerajaan DAP Pulai Pinang memberi bantuan menggunakan dana dari syarikat judi, namun membisu dan membuat tidak tahu apabila syarikat judi terang2 menaja majlis berbuka puasa untuk anak2 yatim Islam…

    Sumber: TheStar

  2. Rashid August 26, 2012 at 10:04 am Reply

    Akhbar milik dan kawalan UMNO sudah mula memainkan peranan betapa judi ketika ini menjadi barah yang semakin hilang kawalan di kalangan umat Islam khususnya orang Melayu. Pemimpin negara, pihak berkuasa bila lagi hendak bertindak secara terancang dan bersepadu agar memenuhi pencapaian NKRA yang telah ditetapkan, sekiranya ada? Akhbar berbahasa Melayu juga , haruslah reti bahasa dengan tidak menyiarkan lagi iklan keputusan judi dan apa-apa yang berkaitan dengannya.

    Ketagih selepas menang RM300

    25 Ogos 2012 – “SAYA mula bermain judi roulette sejak awal tahun lalu selepas mengikut rakan ke pusat siber. Pada mulanya saya ingat dia mahu saya menemaninya melayari Internet. Bagaimanapun, saya terkejut sebaik melangkah masuk ke kafe siber itu kerana di dalamnya memang ada komputer tetapi semuanya untuk tujuan berjudi dengan menawarkan permainan berlainan. Rakan mengesyorkan saya mencuba judi roulette dan percubaan pertama menyebabkan saya habis RM50. Tidak puas hati, saya kembali ke pusat siber itu keesokannya dan bertuah apabila menang lebih RM300 dengan hanya bermodalkan RM30.
    http://www.hmetro.com.my/ myMetro/articles/KetagihselepasmenangRM300/Article/artikelMA

    Melayu gila judi ‘on-line’

    25 Ogos 2012 – Sebelum 2009, majoriti tahi judi gilakan ‘mesin kuda’ yang menawarkan pertaruhan meneka urutan kuda pertama dan kedua sampai di garisan penamat dalam setiap perlumbaan. Semua enam kuda bernombor dan berlari hanya ilustrasi grafik di atas skrin komputer. Bagaimanapun, keuntungan diraih jika menang dikatakan kurang lumayan. Cita rasa kini berubah, begitu juga teknologi. Kini perjudian ‘on-line’ pilihan mereka, terutama Melayu.
    http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Melayugilajudi__8216_on-line__8217_/Article/artikelMA

    Ibu bapa perlu awasi kegiatan anak-anak elak terjebak pertaruhan siber
    25 Ogos 2012 – “Kebanyakan pusat judi siber menawarkan pertaruhan serendah RM1. Jadi remaja terbabit berjudi secara kecil-kecilan antara RM5 hingga RM10. “Walaupun ada ketikanya mereka menang, kekerapan itu terlalu sedikit dan tanpa sedar, mereka sudah berbelanja ribuan ringgit,” katanya.
    http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Ibubapaperluawasikegiatananak-anakelakterjebakpertaruhansiber/Article/artikelMA

    AKHIRNYA UMNO AKUI JUA APA YANG DIPERJUANGKAN OLEH PAS/PR SELAMA INI ADALAH BENAR BELAKA.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: