No 4, No 13 nombor sial! Ia kurafat & syirik!

Bagi sesetengah orang, no. 4 dan no. 13 adalah nombor sial, atau nombor “suwe”. Mereka percaya nombor ini adalah nombor yang membawa kepada perkara malang, malapetaka, bencana, tak guna, merosakkan, membahayakan dan macam-macam lagi perkara yang negatif mengenainya. Di kalangan orang Cina no. 4 dikaitkan dengan kematian. No 13, iaitu 1+3 jadi 4, juga membawa kepada sesuatu yang sial.

Ada dalam kalangan orang Islam yang turut sama percaya kepada ‘kesialan’ no. 4 dan no. 13 ini. Walhal di dalam Islam, mempercayai adanya mudarat yang boleh didatangkan oleh sesuatu nombor iaitu dianggap sebagai kurafat dan termasuk dalam perbuatan syirik terhadap Allah S.W.T. Dosa syirik tidak akan diampunkan oleh Allah S.W.T.

Di Malaysia peristwa 13 Mei adalah suatu peristiwa malang. No. 13 dianggap berhantu. Di sesetengah hotel dan bangunan milik  oleh Tionghua khususnya di Malaysia, tidak ada tingkat atau lantai 4 atau 13; dalam lif bangunan berkenaan, tidak ada butang lif tingkat 4 atau 13, sebaliknya digantikan dengan nombor 3A atau 12A. Dan ramai juga pemilik kereta yang tidak mahu nombor 4 pada nombor plet kereta mereka, dan ada juga yang tidak mahu nombor 4 pada nombor telefon mereka.

Di negara barat Friday 13th dianggap sebagai ‘hari seram’, hari berhantu, sehingga terdapat beberapa filem dikaitkan dengan Friday 13th. Pengaruhnya melanda rakyat dalam negara Malaysia.

Menjelang PRU (Pilihanraya Umum) ke 13, apakah pemerintah percaya kepada kurafat atau tahyul ini? Apakah BN dan UMNO yang terdiri daripada majoriti Melayu Islam juga takut pada nombor 13 ini? Apakah PRU ke 13 akan berlaku pada 2013? Apakah MCA, MIC dan UMNO percaya kepada malapetaka yang akan dibawa oleh nombor 13 ini? Apakah PRU 13 piliharaya terakhir untuk Barisan Nasional?

Kalau ada orang yang percaya kepada kononnya nombor 13 ini nombor sial, maka jika PRU ke 13 dijalankan pada tahun 2013, bermakna BN akan hadapi hari malang dua kali, “double jeorpadies”.  Rakyat maklum penasihat peribadi tentang nombor kepada orang paling penting dalam negara ini terdiri dari sami. Mugkin PM tidak akan buat PRU ke 13 pada tahun 2013, tetapi pada tahun 2012.  Semoga MCA, MIC, dan UMNO tidak mengheret rakyat Malaysia untuk mempercayai kurafat terhadap nombor 4 dan nombor 13 sempena PRU 13 ini.

Semoga kita tidak termasuk dalam golongan yang berlaku syirik terhadap Allah SWT.

Firman Allah yang bermaksud : “Bahawasanya, sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah ke neraka”. (Surah al-Ma’idah, ayat 72)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: