Intervensi – kes buang bayi

Sudah banyak laporan kita dengar mengenai kes buang anak yang tidak diminta dlahirkan, anak-anak yang tidak berdosa tetapi menjadi mangsa kerakusan hawa nafsu kebinatangan manusia.

Catatan yang dibuat di beberapa akhbar, media dan laman web menunjukkan:

  • “304 kes buang bayi dilaporkan antara 2004 hingga 2007 membabitkan 117 bayi lelaki, 96 bayi perempuan manakala bakinya tidak diketahui jantina kerana mayat reput” Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Noriah Kasnon.
  • “Sebanyak 65 kes buang bayi dicatat pada 2000 dan meningkat kepada 83 kes, tahun lalu. Selangor mencatatkan angka tertinggi iaitu 22 kes (2000) dan 24 kes (2006). Daripada jumlah 83 kes itu, 79 membabittkan kes pembuangan bayi yang baru dilahirkan dan empat kes pembuangan janin.  -Statistik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman
  • “Sejumlah 50 kes buang bayi dicatatkan sepanjang Januari hingga September 2008 dengan pasangan Melayu mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 36.”  Statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
  • “Terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.” Laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!
  • Kes buang bayi mengikut negeri: Selangor = 12,836 orang, Perak = 9,788 orang, Kuala Lumpur = 9,439 orang, Johor = 8,920 orang, Sabah = 8,435 orang, Negeri Sembilan = 4,108 orang, Pahang  3,677 orang, Kedah = 3,496 orang, Pulau Pinang = 3,412 orang, Melaka = 2,707 orang, Kelantan = 1730 orang, Perlis = 691 orang, Sarawak = 617 orang, Terengganu = 574 orang, JUMLAH = 70,430 orang.

Apakah penyelesaiannya dengan membuka satu pusat koleksi anak luar nikah? Apakah dengan membuka sebuah sekolah perempuan mengandung di Melaka boleh menjamin kekurangan bilangan perempuan mengandung luar nikah atau menggalakkan lagi kes mengandung luar nikah? Mengapa tidak mencari punca dan akar kepada sebab berlaku? Kita kan bincang puncanya di lain masa.

Di dalam mengurus manusia, ada lima langkah yang harus dilakukan (1) mendidik – educate (2) mencegah – prevention (3) menguatkuasa – enforcement  (4) mencelah – intervention dan (5) memulih – rehabilitate.

Menyediakan pusat tabung anak luar nikah adalah langkah (4) dan langkah ini belum tentu dapat menyelesaikan punca dan sumbangan kepada masalah buang bayi.

Langkah (5)  iaitu memulihkan manusia belum tentu dapat  menyelesaikan punca dan sumbangan kepada masalah buang bayi.

Saya percaya kesemua 5 langkah telah dijalankan tetapi ia tidak dijalankan secara serius dan tidak menyeluruh. Kerajaan tidak perlu menuduh rakyat sahaja dalam hal ini sedangkan kerajaan yang memerintah juga mempunyai peranan sama penting dan sama besar dalam menangani kes buang bayi yang tidak berdosa dan tidak minta dilahirkan.

Persoalannya sejauh manakah kerajaan serius dalam menangani kes buang anak ini, tidak kira samanada kerajaan Barisan Nasional yang memerintah beberapa negeri dan kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah beberapa negeri?

Kes buang anak atau buang bayi ini adalah manifestasi kegagalan manusia mentadbir alam dan manusia. Kes buang bayi yang semakin tinggi mengajak kita berfikir bahawa punca dan sebabnya saling kait-mengait dan sokong menyokong. Apakah punca dan sebab? Kita boleh bincang puncanya tetapi ia akan mengambil masa yang panjang, dan kita bincang di lain masa.  Apa yang sama penting sekarang ialah bagaimana kita membuat intervensi atau pencelahan untuk membendung hal ini buat sementara.

Saya ingin cadangkan beberapa langkah seperti di bawah

  • Tubuhkan satu Jawatankuasa Anti-Buang Bayi (JAWABB) di peringkat negeri di bawah satu EXCO kerajaan negeri (ini adalah langkah no. 2 hingga no. 5)
  • JAWABB ini boleh terdiri dari Polis Negeri, JKM, Jab. Kesihatan, JPendidikan Negeri, Jab. Pendaftaran Negeri, Persatuan Klinik, Persatuan Doktor, JAIS, Pesatuan Kaunseling Negeri, Rumah Pemulihan, dan Jab. Penjara Negeri.
  • Derafkan  satu peraturan khas diperingkat negeri supaya semua klinik dan semua doktor di negeri mengambil maklumat biodata demografik ke atas semua perempuan (samada sudah kahwin atau belum) serta menyimpan sampel darah mereka yang datang menguji air kencing untuk ujian samaada mengandung atau tidak mengandung di peringkat awal; dan menyimpan sampel darah mereka yang sah mengandung. (ini melibatkan langkah no. 2 dan no. 3)
  • Jalankan ujian DNA ke atas sampel darah atau tisu atau air liur klien dan simpan maklumat klien dalam pangkalan data khas  sulit itu.
  • Serahkan pangkalan data sulit khas sulit ke satu pusat pangkalan data peringkat negeri dan boleh juga diakses di peringkat kebangsaan.
  • Apabila berlaku kes buang bayi, samada bayi masih hidup atau sudah  mati, pihak hospital boleh jalankan ujian DNA ke atas bayi dan kemudian menyemak pangkalan data khas supaya boleh dipadankan DNA bayi dengan DNA si “ibu”
  • Dengan demikian, perempuan berkenaan tidak boleh terlepas dan  akan dipertanggungjawabkan di atas bayi yang dibuang, dan secara tidak langsung, kes buang bayi dapat dibendung, untuk jangka panjang.

Langkah intervensi ini adalah langkah sementara sahaja. Terdapat persoalan lain yang perlu diselesaikan. Misalnya:

  • Setelah perempuan itu ditahan, apakah satu pihak sahaja iaitu perempuan itu sahaja bersalah? Apakah ia akan dikenakan hukuman mati seperti yang dicadangkan sekarang? Apakah ia berniat membunuh bayi atau tidak berniat membunuh bayi? (ini melibatkan langkah no. 2:  penguatkuasaan/enforcement)
  • Bagaimana dengan si lelaki yang menyebabkan perempuan itu mengandung? Bagaimana dengan orang yang bersubahat membuang bayi yang tidak berdosa itu? Apakah tidak ada hukuman ke atas mereka sama? (ini melibatkan langkah no. 2:  penguatkuasaan/enforcement)
  • Bagaimana kalau perempuan yang mengandung itu adalah hasil dari perkosaan yang berlaku ke atasnya?

JK BBB ini juga perlu menyediakan satu pakej perkhidmatan kepada perempuan yang mengandung luar nikah dan berpotensi akan buang anak ini. Pakej ini termasuk:

  • Peluang untuk perempuan itu terus menyimpan kandungan sehingga melahirkan anak (ini lebih baik daripada anak itu dibuang macam sampah) (ini melibatkan langkah no. 1 , no. 3, dan no 5)
  • Anak itu disahkan di sisi undang-undang diambil dan diuruskan oleh JKM samada untuk dijadikan anak angkat yang sah (ini lebih baik daripada anak itu dibuang macam sampah)
  • Tempat bagi perempuan itu bernaung untuk tempoh mengandung sehingga melahirkan anak (ini lebih baik daripada anak itu dibuang macam sampah)  (ini melibatkan langkah no. 1 , no. 3, dan no 5)
  • Hukuman dikenakan ke atas perempuan dan pasangannya yang membawa kepada kandungan itu; hukuman berat atau ringan boleh ditentukan oleh pihak mahkamah, samada mahkamah sivil atau mahkamah syariah). Hukuman ke atas perempuan boleh dikenakan selepas ia selamat bersalin dan selesai pantang.  (ini melibatkan langkah no. 1 , no. 3, dan no 5)
  • Peluang untuk pasangan itu berkahwin diberikan seluasnya selepas perempuan itu bersalin, serta boleh mengambil “anak angkat: tadi jika tidak berikan kepada orang lain.  (ini melibatkan langkah no. 1 , no. 3, dan no 5)
  • Sesi kaunseling dan pemulihan akhlak diberikan kepada perempuan itu dan pasangannya sekiranya pasangan itu dapat dikenalpasti.  (ini melibatkan langkah no. 1 , no. 3, dan no 5)

Ini bermakna walaupun perempuan yang mengandung luar nikah ini diberi ruang ‘selamat’ kerana untuk menyelamatkan bayi dalam kandungannya, ia tetap akan dikenakan hukuman, dan begitu juga pasangannya jika si lelaki durjana itu dapat dikenalpasti.

Mungkin langkah intervensi ini boleh membendung gejala buang anak-anak yang tidak minta dilahirkan dan tidak berdosa ini.

Di dalam sosiologi Islam, ada  5 asas kehidupan manusia yang harus dijaga dan dipulihara, samada oleh individu,  keluarga agtau kerajaan . 1. Menjaga Agama. 2. Menjaga Harta. 3. Menjaga Akal. 4. Menjaga Zuriat & Keturunan. 5. Menjaga nyawa

Apabila agama disia-siakan, maka no. 2-5 tidak akan terjaga, tidak terjamin, dan tidak selamat. Natijahnya ialah manifestasi gejala buruk manusia yang ada pada hari ini, berlaku secara 1 Malaysia.

3 thoughts on “Intervensi – kes buang bayi

  1. DSH February 12, 2011 at 11:00 pm Reply

    517 Kes Buang Bayi Antara 2005 – Jan2011 : Bermakna setiap 3 hari setengah, seorang bayi dibuang dalam negara Malaysia!

    Ini merupakan kejayaan hebat 1Malaysia melalui skim ketuanan melayu yang diamalkan sejak kemerdekaan. Faktor utama kejayaan ini adalah kerana statistik menunjukkan kerajaan 1Malaysia berjaya mengekang kadar pembuangan bayi yang lebih dasyat iaitu 1 bayi dibuang setiap hari.

    Statistik pembuangan bayi dalam setiap 3 hari setengah juga menandakan masalah sosial negara kita masih belum berada setara di tahap zaman jahiliah. Oleh demikian, langkah kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara hub hiburan terkemuka adalah merupakan satu langkah yang tepat.

  2. Edyes February 12, 2011 at 11:01 pm Reply

    517 Kes Buang Bayi Antara 2005 – Jan2011 : Bermakna setiap 3 hari setengah, seorang bayi dibuang dalam negara Malaysia!

    Ini merupakan kejayaan hebat 1Malaysia melalui skim ketuanan melayu yang diamalkan sejak kemerdekaan. Faktor utama kejayaan ini adalah kerana statistik menunjukkan kerajaan 1Malaysia berjaya mengekang kadar pembuangan bayi yang lebih dasyat iaitu 1 bayi dibuang setiap hari.

    Statistik pembuangan bayi dalam setiap 3 hari setengah juga menandakan masalah sosial negara kita masih belum berada setara di tahap zaman jahiliah. Oleh demikian, langkah kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara hub hiburan terkemuka adalah merupakan satu langkah yang tepat.

    Bagi meneruskan lagi legasi pemerintahan sekular ala Mustafa Kamal Altartuk, sila pastikan kemenangan seterusnya regim gerombolan di PRU akan datang. Nescaya negara akan dihidangkan dengan hiburan, disaji dengan taburan kesenangan terutamanya selepas berlaku kematian ADUN atau MP di satu-satu kawasan.

    Berbalik kepada isu pembuangan bayi, langkah terbaik kerajaan setakat ini untuk mengekang gejala buang bayi adalah dengan menyediakan seberapa banyak pusat pengagihan kondom percuma selain daripada menyediakan sekolah ibu mengandung anak luar nikah.

    Satu lagi langkah yang agak praktikal ialah, dengan memperkenalkan pelajaran seks kepada pelajar sekolah menengah dengan salah satu subjek terasnya ialah – Bagaimana caranya untuk pancut di luar dan cara-cara untuk mengetahui waktu subur anda, dengan motto ‘elakkan bersama ketika subur’.

    Justeru itu, dengan persiapan bijak lagi rapi bagi menghadapi gejala sosial negara terutamanya dalam aspek masalah pembuangan bayi, kerajaan Malaysia sememangnya telah melakukan yang terbaik demi anak bangsa. Ingatlah, kita masih belum sampai di tahap 1hari-1bayi dibuang merata.

    Lagipun, negara kita ini adalah negara Islam sepertimana yang sering digesa oleh parti PAS dan jumlah masjid juga adalah yang terbanyak by ratio mengikut pola penempatan rakyat Malaysia. Jadi tiada apa yang perlu dirisaukan.

    Kerajaan juga bercadang membina lagi sekolah ibu mengandung lantas ia mengurangkan statistik buang bayi kerana kelahiran bayi di sekolah ini terjamin di ward bersalin hospital kerajaan terhampir. Sekolah-sekolah ini akan dibina di negeri di bawah penguasaan Barisan Nasional memandangkan negeri-negeri tersebut menjadi juara dalam isu berbangkit.

    Akhir kata, janganlah kita terlalu asyik mengkritik kerajaan bak kata Isa Samad – yang kritik itu hebat sangatkah?

    Sesungguhnya, negara gejala sosial di Malaysia masih lagi belum kritikal jika dibandingkan dengan kebanyakkan negara Amerika Selatan dan juga negara-negara Afrika (maklumat ini diperolehi ketika sidang kemuncak 1st Lady, ada juga manfaatnya FLOM).

    Malaysia Tanah Tumpah Darahku!! Raikan Demokrasi, jangan pilih jalan gelap!!

    EDYES @ edyesdotcom
    http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=3119&mode=&order=0&thold=0

  3. Hj Mokhtar September 1, 2011 at 11:57 am Reply

    Mengikut pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara dari tahun 2000-2007, ada sebanyak 257,411 sijil kelahiran yang didaftarkan tanpa dicatatkan nama bapa. Ia dikeluarkan sedemikian rupa sebab anak-anak berkenaan tidak mempunyai sah taraf atau anak luar nikah.

    Ia juga telah disahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar ketika menjawab soalan lisan R. Sivarasa (PKR Subang) semasa sesi soal jawab Dewan Rakyat pada 29hb Oktober 2008 untuk mengesahkan perkara ini. Kata beliau, selaras dengan peruntukan Seksyen 13 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 atau Akta 229, yang tidak membenarkan pendaftar mencatat nama bapa pada sijil kelahiran bagi anak-anak tidak sah taraf atau luar nikah kecuali atas permintaan bersama ibu dan orang yang mengaku dirinya sebagai bapa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: