Daily Archives: September 8, 2010

Kapitalis dan hijab

Mengapa Peranchis menghalang orang perempuan pakai tudung dan/atau purdah? Mengapa Belanda mempunyai sikap hampir sama? Begitu juga dengan Britain?

Cuba lihat video ini. Kapitalis mahu menghalang orang Islam perempuan pakai tudung kerana pada hakikatnya implikasi dari pakaian hijab mahupun pakai purdah, akan menyebabkan perniagaan barang solek muka (lipstick, blush, mascara, eye shadow), solek rambut (pewarna, gell dll), aksesori muka dan kepala, aksesori rambut dan perniagaan pakaian di barat akan merudum, malah akan bangkrap!

Di Malaysia dan negara yang ada umat Islam, kapitalis meneruskan usaha mengaut untung dengan menghasilkan pelbagai fesyen tudung dan pakaian perempuan, yang sebahagiannya melanggar etika cara memakai tudung dan pakaian seorang Muslimah yang digariskan dalam hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w. Ramai wanita Muslim tertipu dengan fesyen tudung dan pakaian yang dihasilkan atas nama kecantikan dan kontemporari. Sebenarnya, kapitalis sering memanipulasi kehendak pelanggan untuk mengaut keuntungan. Sebagai pelanggan, kita harus berhati-hati, dan jangan keghairahan kita mengatasi prinsip dan etika berpakaian dalam Islam.

[Youtube=http://http://www.youtube.com/watch?v=GaUei4OGaBE&amp]

Artikel sebelum ini https://albangi.wordpress.com/2009/09/24/pakai-tudung-vs-tutup-aurat/

Iklan cari pembunuh

Fesyen baju raya baru

Jawapan soalan peperiksaan

Bahasa Jepun-Melayu

Hiasai kereta anda

Ada dalang hantui Indonesia-Malaysia

Beberapa percubaan telah dibuat di Nusantara bagi mewujudkan ketidakstabilan (imbalance) oleh tangan-tangan ghaib dan dalang yang ingin mengambil kesempatan untuk menjaga kepentingan mereka.

Tidak mustahil, suasana ketegangan yang sedang diwujudkan antara Indonesia-Malaysia adalah inisiatif Amerika yang didalangi oleh Israel. Laskar merah-putih mungkin dibiayai oleh mereka untuk menimbulkan ketegangan ini. Laskar merah-putih mungkin diupah oleh Amerika-Israel. Laskar merah-putih ini mungkin kelompok kecil yang susah dan tidak ada kerja serta tidak ada pendapatan tetap, lantas terima sahaja upahan dan arahan daripada dalang inii. Mengapa?

Nusantara ini dlihat sebagai kawasan paling ramai umat Islam dalam dunia dan paling stabil dan harmonis. Kekecohan di Indonesia untuk perebutan kuasa dan pergolakan politik nampaknya sudah reda sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Nah, sekarang tiba masa untuk Indonesia dicucuk oleh dalang supaya mereka berpaling ke Malaysia.

Kita jangan lupa peristiwa perang saudara di Ambon dan Maluku bermula dengan pembakaran masjid dan gereja oleh pihak tertentu. Peristiwa ini disyakki dilakukan oleh pihak barat bagi mewujudkan ketidakstabilan di rantau ini agar menjadi sebab untuk PBB dan tentera PBB (khususnya tentera Amerika) untuk masuk dan membuka pangkalan mereka di sini sebagai salah satu stesyen Amerika untuk menjaga kepentingan mereka. Mujur Malaysia tidak diheret sama dalam peristiwa ini.

Kita jangan lupa Amerika mempunyai kepentingan di Singapura. Dan Singapura mempunyai penasihat ketenteraan dan keselamatan dari Israel. Amerika mempunyai kepentingan mereka di sebelah Asia iaitu Korea Selatan, Filipina, dan Taiwan. Amerika memerlukan pangkalan untuk meletakkan stesyen tenteranya bagi mengawal keadaan dan bersiap sedia jika berlaku peperangan. Amerika menganggap Korea Utara dan China sebagai ‘musuh’ berpotensi kerana keduanya mempunyai kekuatan nuklear. Oleh itu, bagi menjustifikasi keperluan untuk hadir di rantau ini, maka menimbulkan ketegangan di kalangan negara Asean, satu atau dua negara sudah memadai untuk menjadi alasan Amerika atas nama PBB untuk masuk ke sini. Amerika pernah cuba melaga-lagakan Singapura dengan Malaysia sebelum ini dengan isu Tanjung Pagar, isu air, isu Batu Puteh tetapi gagal.

Kini dalang di belakang tabir cuba melaga-lagakan Indonesia dengan Malaysia. Siri-siri percubaan melaga-lagakan Indonesia sudah dibuat sebelum ini tetapi belum menampakkan hasil yang positif, misalnya

  • Isu lagu Raya Sayang yang dikatakan Malaysia mencuri lagu dari Indonesia
  • Isu tarian yang dikatakan Malaysia menciloknya dari Indonesia
  • Isu demonstrasi ‘buluh runcing’ ganyang Malaysia
  • Isu pemuda Indonesia mahu serang Malaysia melalui selatan Johor
  • Isu hak milik pulau di antara Indonesa-Malaysia
  • Isu demonstrasi di Batam terhadap Malaysia
  • Sekarang ini isu baling najis dan pencerobohan pemuda Indonesia ke Kedutaan Malaysia

Tidak mustahil juga ada dalang tambahan dalam isu Indonesia-Malaysia ini iaitulah UMNO sendiri.  Di saat kerajaan BN dan UMNO ini lemah dengan kehilangan 4 negeri dari pemerintahan BN, ketika MCA sudah kehilangan kekuatan dan kredibiliti serta tidak ada tokoh MCA atau Tionghua yang dihormati lagi, dan ketika MIC juga kehilangan pengaruhnya di kalangan masyarakat India, serta tidak ada tokoh MIC atau India yang dihormati lagi,  mereka bimbang BN yang diterajui oleh UMNO ini akan tumbang pada pilihanraya umum ke 13 ini.

Oleh itu, salah satu cara yang perlu dilakukan ialah mengalihkan tumpuan masyarakat daripada masalah dalaman negara kepada masalah luar negara. Harapan mereka ialah supaya rakyat Malaysia akan bersatu atas nama 1 Malaysia untuk hadapi ancaman dari Indonesia.  Semboyan patriotik akan ditiup semula dan dilagukan agar rakyat akan kembali cinta kepada keamanan di bawah BN-UMNO.

Apakah dalang utama dan dalang tambahan tidak ada hubungan lansung? Mustahil. Bagaimana dengan APCO -Yahudi yang dibayar gaji oleh Malaysia? Apakah APCO tidak ada agenda dan misiya di sini selain daripada menguruskan sistem pertahanan dan keselamatan Malaysia di Bukit Aman?

Kita berharap Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia tidak diheret dalam permainan politik halus Amerika,  BN-APCO-UMNO ini.

Rakyat Malaysia jangan mudah naik berang, marah, amok, dan panas baran dengan Indonesia kerana ia akan merugikan Malaysia dan Indonesia.

Rakyat Indonesia juga jangan mudah ditipu oleh dalang-dalang dibelakang tabir di sekeliling Indonesia yang dengki melihat kestabilan Indonesa dewasa ini. Selepas Suharto jatuh, Indonesia bergolak begitu lama dan kini suasana di Indonesia sudah hampir pulih dan stabil.

Indonesia, jangan lupa, bahwa sebahagian besar rakyat Melayu Malaysia adalah saudara mara sedarah sedaging dengan rakyat Indonesia. Jangan jadi balaci atau badut kepada dalang-dalang yang cuba menghantui hubungan baik Indonesia-Malaysia.

Tidak mustahil dengan kejatuhan BN-UMNO-APCO dalam PRU 13 kelak, kekuatan umat Islam Malaysia akan berpadu dengan kekuatan mega umat Islam Indonesia yang mempunyai bilangan Muslim paling ramai dalam dunia. Apakah ini tidak ditakuti oleh Amerika? Bukankah barat takut kalau Melayu Islam Indonesia dan Melayu Islam Malaysia bergabung dan menjadi megapower? Dan bukankah kerana itu penjajah barat membawa masuk pekerja estat dari India ke Malaysia  dan pekerja lombong bijih dari China ke  Malaysia, dan tidak membawa masuk pekerja dari Indonesia(Melayu Islam)  sebagai satu strategi ‘pecah dan perintah” (divide and rule)  penjajah? Bukankah bekas PM Singapura Lee Kuan Yew sebelum ini pernah menyatakan bahwa beliau takut  kalau Melayu PAS dan Melayu UMNO bersatu?

BN-UMNO harus meletakkan kepentingan keselamatan dan kebajikan raykat serta negara lebih tinggi dari kepentingan parti mereka dan kepentingan individu pemimpin parti mereka.