Ada dalang hantui Indonesia-Malaysia

Beberapa percubaan telah dibuat di Nusantara bagi mewujudkan ketidakstabilan (imbalance) oleh tangan-tangan ghaib dan dalang yang ingin mengambil kesempatan untuk menjaga kepentingan mereka.

Tidak mustahil, suasana ketegangan yang sedang diwujudkan antara Indonesia-Malaysia adalah inisiatif Amerika yang didalangi oleh Israel. Laskar merah-putih mungkin dibiayai oleh mereka untuk menimbulkan ketegangan ini. Laskar merah-putih mungkin diupah oleh Amerika-Israel. Laskar merah-putih ini mungkin kelompok kecil yang susah dan tidak ada kerja serta tidak ada pendapatan tetap, lantas terima sahaja upahan dan arahan daripada dalang inii. Mengapa?

Nusantara ini dlihat sebagai kawasan paling ramai umat Islam dalam dunia dan paling stabil dan harmonis. Kekecohan di Indonesia untuk perebutan kuasa dan pergolakan politik nampaknya sudah reda sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Nah, sekarang tiba masa untuk Indonesia dicucuk oleh dalang supaya mereka berpaling ke Malaysia.

Kita jangan lupa peristiwa perang saudara di Ambon dan Maluku bermula dengan pembakaran masjid dan gereja oleh pihak tertentu. Peristiwa ini disyakki dilakukan oleh pihak barat bagi mewujudkan ketidakstabilan di rantau ini agar menjadi sebab untuk PBB dan tentera PBB (khususnya tentera Amerika) untuk masuk dan membuka pangkalan mereka di sini sebagai salah satu stesyen Amerika untuk menjaga kepentingan mereka. Mujur Malaysia tidak diheret sama dalam peristiwa ini.

Kita jangan lupa Amerika mempunyai kepentingan di Singapura. Dan Singapura mempunyai penasihat ketenteraan dan keselamatan dari Israel. Amerika mempunyai kepentingan mereka di sebelah Asia iaitu Korea Selatan, Filipina, dan Taiwan. Amerika memerlukan pangkalan untuk meletakkan stesyen tenteranya bagi mengawal keadaan dan bersiap sedia jika berlaku peperangan. Amerika menganggap Korea Utara dan China sebagai ‘musuh’ berpotensi kerana keduanya mempunyai kekuatan nuklear. Oleh itu, bagi menjustifikasi keperluan untuk hadir di rantau ini, maka menimbulkan ketegangan di kalangan negara Asean, satu atau dua negara sudah memadai untuk menjadi alasan Amerika atas nama PBB untuk masuk ke sini. Amerika pernah cuba melaga-lagakan Singapura dengan Malaysia sebelum ini dengan isu Tanjung Pagar, isu air, isu Batu Puteh tetapi gagal.

Kini dalang di belakang tabir cuba melaga-lagakan Indonesia dengan Malaysia. Siri-siri percubaan melaga-lagakan Indonesia sudah dibuat sebelum ini tetapi belum menampakkan hasil yang positif, misalnya

  • Isu lagu Raya Sayang yang dikatakan Malaysia mencuri lagu dari Indonesia
  • Isu tarian yang dikatakan Malaysia menciloknya dari Indonesia
  • Isu demonstrasi ‘buluh runcing’ ganyang Malaysia
  • Isu pemuda Indonesia mahu serang Malaysia melalui selatan Johor
  • Isu hak milik pulau di antara Indonesa-Malaysia
  • Isu demonstrasi di Batam terhadap Malaysia
  • Sekarang ini isu baling najis dan pencerobohan pemuda Indonesia ke Kedutaan Malaysia

Tidak mustahil juga ada dalang tambahan dalam isu Indonesia-Malaysia ini iaitulah UMNO sendiri.  Di saat kerajaan BN dan UMNO ini lemah dengan kehilangan 4 negeri dari pemerintahan BN, ketika MCA sudah kehilangan kekuatan dan kredibiliti serta tidak ada tokoh MCA atau Tionghua yang dihormati lagi, dan ketika MIC juga kehilangan pengaruhnya di kalangan masyarakat India, serta tidak ada tokoh MIC atau India yang dihormati lagi,  mereka bimbang BN yang diterajui oleh UMNO ini akan tumbang pada pilihanraya umum ke 13 ini.

Oleh itu, salah satu cara yang perlu dilakukan ialah mengalihkan tumpuan masyarakat daripada masalah dalaman negara kepada masalah luar negara. Harapan mereka ialah supaya rakyat Malaysia akan bersatu atas nama 1 Malaysia untuk hadapi ancaman dari Indonesia.  Semboyan patriotik akan ditiup semula dan dilagukan agar rakyat akan kembali cinta kepada keamanan di bawah BN-UMNO.

Apakah dalang utama dan dalang tambahan tidak ada hubungan lansung? Mustahil. Bagaimana dengan APCO -Yahudi yang dibayar gaji oleh Malaysia? Apakah APCO tidak ada agenda dan misiya di sini selain daripada menguruskan sistem pertahanan dan keselamatan Malaysia di Bukit Aman?

Kita berharap Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia tidak diheret dalam permainan politik halus Amerika,  BN-APCO-UMNO ini.

Rakyat Malaysia jangan mudah naik berang, marah, amok, dan panas baran dengan Indonesia kerana ia akan merugikan Malaysia dan Indonesia.

Rakyat Indonesia juga jangan mudah ditipu oleh dalang-dalang dibelakang tabir di sekeliling Indonesia yang dengki melihat kestabilan Indonesa dewasa ini. Selepas Suharto jatuh, Indonesia bergolak begitu lama dan kini suasana di Indonesia sudah hampir pulih dan stabil.

Indonesia, jangan lupa, bahwa sebahagian besar rakyat Melayu Malaysia adalah saudara mara sedarah sedaging dengan rakyat Indonesia. Jangan jadi balaci atau badut kepada dalang-dalang yang cuba menghantui hubungan baik Indonesia-Malaysia.

Tidak mustahil dengan kejatuhan BN-UMNO-APCO dalam PRU 13 kelak, kekuatan umat Islam Malaysia akan berpadu dengan kekuatan mega umat Islam Indonesia yang mempunyai bilangan Muslim paling ramai dalam dunia. Apakah ini tidak ditakuti oleh Amerika? Bukankah barat takut kalau Melayu Islam Indonesia dan Melayu Islam Malaysia bergabung dan menjadi megapower? Dan bukankah kerana itu penjajah barat membawa masuk pekerja estat dari India ke Malaysia  dan pekerja lombong bijih dari China ke  Malaysia, dan tidak membawa masuk pekerja dari Indonesia(Melayu Islam)  sebagai satu strategi ‘pecah dan perintah” (divide and rule)  penjajah? Bukankah bekas PM Singapura Lee Kuan Yew sebelum ini pernah menyatakan bahwa beliau takut  kalau Melayu PAS dan Melayu UMNO bersatu?

BN-UMNO harus meletakkan kepentingan keselamatan dan kebajikan raykat serta negara lebih tinggi dari kepentingan parti mereka dan kepentingan individu pemimpin parti mereka.

3 thoughts on “Ada dalang hantui Indonesia-Malaysia

  1. Machet Jakarta September 11, 2010 at 7:40 am Reply

    Saya juga percaya apa yang berlaku di Indonesia akhir-akhir ini ini ialah sekumpulan orang dalam politik Indonesia yang kecewa terhadap kehebatan SBY serta pimpinannya dan kestabilan Indonesia ddewasa ini. Kumpulan desperado ini mahu mengambil kesempatan untuk timbulkan suasana kurang hamornis dan kurang lumayan antara Indonesia dan Malaysia. Tujuaknya mahu mencermarkan nama SBY, mahu menjatuhkan kredibiliti SBY.

    Harapan saya kedua-dua kerajaan Indonesia-Malaysia harus selesaikan isu ini bersama di meja perundingan. Tidak perlu ribut. Tidak perlu Khairy Jamaludin mencari political mileage untuk mengajak Pemuda UMNO serta rakyat Malaysia melempar api kemarahan kepada kelompok desperado di Indonesia itu. Takut nanti Khairy Jamaludin dituduh kelompok desperado dalam UMNO untuk mencari publisiti murahan saja.

  2. Prasetyo September 12, 2010 at 1:32 pm Reply

    Alhamdulillah, saya bersyukur masih ada sekelompok orang yang mahu berfikiran jernih.
    Benar, kita hendaknya jangan sampai terpancing oleh kepentingan2 yang akan merusak hubungan baik Indonesia-Malaysia, kita juga jangan sampai mudah diadu domba sehingga meruntuhkan kekuatan ummat Islam.
    Setiap kita hendaknya pandai2 mengendalikan diri, tidak mudah emosi, juga hendaknya tidak berbuat sesuatu yang dapat memancing emosi saudara kita.
    Marilah kita berfikir dan berhati yang jernih, yang bening.
    Menurut prediksi berdasarkan perjalanan sejarah dan arah perkembangan Islam, puncak kejayaan Islam berikutnya setelah keruntuhan Khilafah Usmaniyah (Turki) akan berasal dari wilayah kita Indonesia-Malaysia. Mereka yang tidak menyukai Islam sangat mengkhawatirkan hal ini. Mereka berusaha keras agar hal ini tidak terjadi.
    Sekarang, semuanya bergantung pada kita, karena yang jelas Allah tidak menyukai kehancuran.

  3. Mohd Nadzri Mustakim September 29, 2010 at 7:40 am Reply

    Saya menyokong penuh pendapat ini…

    Campur tangan gol barat – orientalis dan yahudi terhadap rantau ini sudah lama berlaku… tujuannya cuma 1, menidakkan kemunculan kuasa Islam dari rantau ini. Bayangkan, Ummat Islam teramai dan terpadat di atas muka bumi ialah di Indonesia dan Malaysia pula adalah 1 1 nya tempat yang boleh menampung 3 tamadun dunia (Melayu – Cina – India) tanpa sebarang pergolakkan. Dan kedua2 bumi bertuah ini perlu di urus tadbir dengan baik dan saksama selari dengan landasan syariah supaya kekuasaan Islam dapat di tegakkan kembali.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: