Poligami – jenayah atau rahmat?

Di dalam agama lain dari Islam, tidak disebut samada penganutnya boleh berpoligami atau tidak. Tetapi dalam amalan bermasyarakat mengikut etnik dan budaya, poligami BUKAN SATU NORMA atau amalan. Perempuan dalam masyarakat begini, seperti masyarakat Barat, China, Jepun, Eropah, Asutralia, Latin Amerika, dan Kanada, tidak menerima dan mengamalkan poligami. Malah mereka membuat Akta untuk menghalang poligami.

Di dalam Islam, poligami diizinkan dan ia bukan diwajibkan pada umumnya. Allah yang mencipta manusia, maka Dia lebih tahu apa yang perlu untuk manusia. Bacalah http://www.islam.gov.my/portal/pdf/PoligamiPPUU.pdf .

Islam bukan mewajibkan poligami tetapi mengharuskan poligami. Walaupun begitu ada banyak syarat yang diberikan supaya isteri dan bakal isteri tidak dizalimi dari sudut zahir dan bathin. Bagi menunjukkan cara berpologami yang baik, Allah mengutus Nabi Muhammad s.a.w. sebagai contoh terbaik.

Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai 9 isteri sebelum turun ayat wahyu dari Allah menghadkan kepada 4 sahaja. Tetapi perkahwinan poligami Nabi s.a.w. bukan kerana nafsu seks sebagaiamana yang digambarkan oleh musuh-musuh Islam termasuk orang Islam yang bodoh dan jahat.

Sejarawan tahu bahawa isteri pertama Nabi Muhammad s.a.w. adalah janda. Isteri-isterinya yang lain juga adalah janda dan balu yang kematian suami, kecuali Siti Aisyah. Malah janda dan balu yang menjadi  isteri-isteri beliau mempunyai tanggungan anak. Nabi Muhammad s.a.w. berkahwin dengan mereka dengan tujuan membela dan menanggung bebanan mereka dan anak-anak mereka. Sejawaran juga tahu Nabi Muhammad s.a.w. bangun malam dan menghabiskan 2/3 malamnya dengan beribadah dan bermunajat kepada Allah. Apakah Nabi Muhammad s.a.w. meletakkan nafsu seksnya melebih IMAN kepada Allah walaupun beliau mengamal poligami?

Nah! berapa orang yang berpoligami atau mahu berpoligami mengikut sunnah Nabi iaitu mengambil janda atau balu sebagai isteri kedua dan ketiga atau keempat?

Berapa orang yang berpoligami atau mahu berpoligami mengikut sunnah Nabi yang sentiasa bangun malam menghabiskan 2/3 malam dengan  beribadah dan bermunajat kepada Allah?

Berapa orang yang berpoligami atau mahu berpoligami mengikut sunnah Nabi menjaga kebajikan isteri-isteri dan anak-anak mereka?

Berapaorang  pula ister-isteri kepada suami yang berpoligami mengikut sunnah isteri-isteri Nabi yang meletakkan Allah sebagai tempat bergantung dan bukannya bergaduh sakan sampai ke kubur kerana dengki, benci, geram, tak puas hati, harta dan macam-macam lagi?

Itulah beza Nabi dan manusia biasa. Tetapi Nabi menjadi contoh terbaik untuk diikuti dan dicontohi. Walaupun ia satu yang ideal, ia bukanlah satu yang mustahil. Ada manusia yang mampu melakukankannya dengan baik, meskipun banyak contoh poligami yang gagal atau tidak sennonoh dipaparkan dalam media sekular yang jahat.

Akibat propaganda media yang dikuasai oleh pemikiran sekular yang memisahkan Tuhan dan kehidupan, maka poligami dilihat sebagai satu JENAYAH oleh orang Islam yang bodoh dan masyarakat bukan Islam.

Bagi mereka poligami bukan suatu yang HALAL dan BAIK. Mereka TIDAK BOLEH MENERIMAnya kerana  hati dan nafsu mereka sehingga mereka sanggup mengggadaikan IMAN kepada Allah dengan menukarnya kepada KEKUFURAN kepada Allah.

Bagi mereka, Muslim atau bukan Muslim, yang menentang poligami,  mereka lebih rela menjadi janda dari bermadu. Bagi mereka, biarlah mereka tidak tahu kalau suami mereka ada hubungan sulit dengan perempuan atau pelacur atau perempuan simpanan, daripada suami mereka berkahwin lebih daripada satu! Dan ada juga si isteri lebih suka suami mereka berpeleseran dengan perempuan lain asalkan suami mereka tidak mengamalkan poligami.

Mereka mengganggap kahwin lebih dari satu sebagai JENAYAH yang harus diperangi. Yang lebih tidak senonoh ialah apabila ada ustaz dan ustazah yang bercakap tentang agama tetapi tidak rela hadapi poligami. Kalau orang kebanyakan yang jahil tentang agama menentang poligami, mungkin boleh dimaafkan, tetapi apabila ustaz dan ustazah juga menganggap poligami semacam JENAYAH, tepuk dada tanyalah IMAN dalam diri.

Bagi seorang Muslim, menolak atau menentang dengan hati, perkataan, dan perbuatan terhadap hukum Allah dalam bab poligami ini boleh membawa kepada murtad (dalam bahasa yang berat), atau rosak aqidah (dalam bahasa paling ringan).

Bagi seorang Muslim yang mempertikaikan atau memperlekehkan atau mempermainkan hukum poligami yang diizinkan oleh Allah, ia boleh menjatuhkan aqidahnya.

Kedua-dua kelompok Muslim ini, samada lelaki atau wanita, WAJIB BERTAUBAT.

Kalau mereka tidak dapat menerima suami berkahwin lagi satu, mereka boleh pilih untuk berpisah tetapi mereka jangan caci, permain, atau tolak hukum Tuhan. Jangan tepuk dada tanya hati, tetapi tanya IMAN.

Kalau mereka tidak mahu bermadu, mereka boleh pilih untuk berpisah tetapi mereka jangan caci, permain, atau tolak hukum Tuhan. Jangan tepuk dada tanya hati, tetapi tanya IMAN.

Bagi si suami yang ingin kahwin lagi satu atau dua atau tiga, ingatlah hukuman berat menanti anda di akhirat jika ada tidak menjalankan amanah sebagai suami yang baik dan adil  terhadap isteri-isteri dan anak-anak. Hukuman Allah mungkin lebih ringan jika anda ada tidak pikul tugas sebagai suami kepada  satu isteri dan anak-anak,  tetapi hukumannya lebih besar jika anda ada banyak isteri dan banyak anak.

Bagi si lelaki yang mahu berpoligami, tunjukkanlah contoh yang baik, agar masyarkat faham bahawa poligami itu adalah baik dan penuh dengan rahmat. Buktikan bahawa poligami suatu penyelesaian kepada pelbagai masalah dalam kehidupan yang fitrah bukan kehidupan yang superficial atau fantasi.

Bagi lelaki yang mahu kahwin satu lagi, pastikan anda cukup kewangan bukan cukup kuat nafsu sahaja. Jangan poligami anda membawa lebih banyak bencana dan malapetaka kepada anda dan keluarga anda daripada rahmat dan berkat.

Poligami suatu rahmat. Rahmat ke atas diri sendiri yang dapat mengelak dari terjebak dalam hubungan yang haram. Rahmat ke atas isteri pertama serta kedua dan anak-anak dari segi keselamatan, kebajikan, ekonomi, dan sosial. Rahmat kepada masyarakat yang akan  menjadi seimbang dan tidak lompang serta tidak rapuh. Rahmat ke atas agama yang suci.

Apabila banyaknya ibu tunggal, janda, balu, perempuan yang belum kahwin atau tidak mahu kahwin, maka lelaki dan perempuan boleh terjebak dalam masalah sosial,  masalah mengandung luar nikah, pelacuran, buang anak, penyakit kelamin, hatta bunuh membunuh kerana nafsu kebinatangan yang menguasi diri manusia hanyalah kerana tidak setuju dengan poligami atau melihat poligami sebagai satu JENAYAH bukan RAHMAT.

Akibat manusia menentang poligami, kadar perceraian di kalangan umat Islam menjadi tinggi termasuk di Malaysia   http://www.islam.gov.my/informasi/statistikperceraianseluruhmalaysia.php dan http://myberita.com/kes-perceraian-di-malaysia-2010.html Sudahkan kita baca statistik kes buang anak? Bacalah di https://albangi.wordpress.com/2010/08/15/intervensi-kes-buang-bayi/

Inilah antara malapetaka akibat poligami dilihat sebagai JENAYAH dan bukan RAHMAT.

Semoga kita melihat yang benar itu benar, yang salah itu salah.

Petikan dari https://albangi.wordpress.com/2010/12/04/poligami-jenayah-atau-rahmat/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: