Daily Archives: June 11, 2011

Don’t be trapped by this bloody man

For your information. (Very Urgent)
If you see a man who rides a motorbike with a bloody hand knocking on your window demanding you to stop and asking for tissue paper to clean the blood when you are driving a car, remember DO NOT stop the car at all. Even if he damages your car or holds the side mirrors tightly, DO NOT stop the car but drive directly to the nearest police station. This kind of criminal tactics have been reported in about 40 cases in Seremban, K. Lumpur, Shah Alam, P.Jaya and Klang Town police stations (actually around the whole country).

These guys are mainly gangsters, They work in a group and dare to commit this crime even in crowded areas where nobody will dare to stop the car to help you. The main purpose of this dirty tactic is to rob you and/ or even commit rape if you are female driver driving alone. Please forward this message to the people you care abou

Apa beza negara kebajikan dan negara berkebajikan?

Apa beza negara kebajikan dan negara berkebajikan?

Pasti ada bezanya. Kanak-kanak pun tahu ada bezanya, paling tidak ada beza dari sudut ejaannya.

Untuk memahami lebih lanjut, wajar kita cuba memahami perkara asas dan dasar. Ramai pihak termasuk UMNO khususnya, tidak faham makna status negara Islam. Sebenarnya label “negara Islam” itu adalah umpama kapsul atau pakaian.

Isi dalam kapsul atau dalam pakaian itu yang sepatutnya kita lihat dan teliti. Antara isi dalam kapsul itu ialah “Negara Berkebajikan”. Ada lagi isi lain tetapi PAS tidak perlu nyatakan semuanya. Nanti UMNO bertambah pening di usia tenat ini.

PAS menawarkan “negara berkebajikan” sebagai pengisian kepada negara Islam bukan bermakna PAS gugurkan konsep negara Islam.

Apa makna negara kebajikan? Apa ciri-cirinya? Apa contohnya? Contoh paling negara kebajikan ialah negara komunis yang menganuti fahaman sosialisma. Pemerintah menjaga kebajikan rakyat, mengutamakan rakyat dan tidak membebani rakyat.

Dalam negara kapitalis, ada juga amalan kebajikan yang dibuat, malah ia lebih baik daripada amalan kebajikan yang dibuat oleh kerajaan Malaysia. Di Amerika, orang Red India juga mendapat biasaiswa pelajaran. Wanita dan orang tua mendapat bantuan kebajikan yang lebih baik daripada dari kerajaan “Islam Hadhari Malaysia”. Cuba teliiti sistem social security di USA dan England serta Brunei.

Negara berkebajikan bukan sahaja melaksanakan aktiviti kebajikan tetapi lebih daripada itu.

—–lihat petikan ucapan YB Presiden PAS pada tahun 2008 ————-

Konsep dan definisi

Negara Berkebajikan didefinisikan sebagai:

“Sebuah Negara yang mengutamakan kebajikan dan keselesaan rakyat sebagai agenda utama pembangunan negara”. Negara Berkebajikan mementingkan pembangunan, tetapi matlamat nya ialah kesejahteraan rakyat kebanyakan.

Ciri-ciri Negara Berkebajikan

Negara Berkebajikan:

1) Tujuan utama pembangunan adalah bagi manfaat dan kebajikan rakyat awam

2) Kerajaan adalah “guardian” atau Penjaga (ibu-bapa) kepada rakyat

3) Penekanan kepada kecemerlangan moral dan nilai keinsanan (Ethic and human centric)

4) Kebendaan adalah modal, pembangunan insan adalah matlamat

5) Kesaksamaan asas di kalangan semua rakyat dipastikan, kecemerlangan individu di galakkan

6) Kebajikan rakyat adalah tanggungjawab negara

7) Rakyat sejahtera, negara makmur

Negara Berkebajikan PAS selaku “ibu-bapa” kepada rakyat tidak akan menganggap program kebajikan dan subisidi rakyat, yang tidak mempunyai pulangan keuntungan (dalam bentuk wang ringgit) sebagai satu bebanan atau kerugian, bahkan ia merupakan satu tnaggungajawab. Kerajaan UMNO/BN pula menganggap program kebajikan dan subsidi sebagai satu bebanan yang seboleh mungkin mahu dipertangungkan ke atas bahu rakyat.

Sejarah

Dari segi sejarah, model Negara Berkebajikan sebenar yang menjadi rujukan dan panduan PAS telah dilaksanakan di sepanjang peradaban manusia. Ia termasuklah pemerintahan Mesir dari seerah Nabi Yusuf a.s, kerajaan Nabi Sulaiman a.s, dan pemerintahan Rasulullah saw, sehingga pemerintahan Khalifah Umar Bin Abdul Aziz. Kesemua ini menjadi asas kepada Negara Berkebajikan yang diperjuangkan PAS. Walaupun negara-negara Eropah seperti Jerman, Belanda, Perancis, Sweden, dan United Kingdom mengenengahkan Konsep “Welfare State” selepas Perang Dunia Ke-2, namun ianya hanya bersesuaian dengan sebahagian daripada konsep Negara Berkebajikan PAS.

Konsep Negara Pembangunan yang dibawa oleh UMNO/BN terlalu mengutamakan pembangunan dan kemasyhuran fizikal. Ini dapat disaksikan dengan projek-projek mega seperti Monsoon Cup, Masjid Kristal (bukan tempat ibadah tetapi untuk tarikan pelancong semata-mata), Pesta Philharmonic Malaysia, 4 jet peribadi pemimpin tertinggi, dan Kompleks Bunga Raya di KLIA. Ini adalah antara banyak projek mega kerajaan UMNO/BN yang jelas tidak memberi manfaat secara langsung kepada rakyat kebanyakan.

Bagi Negara Berkebajikan PAS, bukannya imej negara tidak penting, tetapi kebajikan semua rakyat lebih diutamakan

Tawaran PAS menjadikan Malaysia sebuah Negara Berkebajikan

Sebagai memenuhi agenda pemerintahan PAS untuk Malaysia Negara Berkebajikan , PAS menawarkan kepada semua lapisan rakyat Malaysia pelbagai program berkebajikan berkonsepkan perkongsian sumber dengan kaedah perkhidmatan rakyat. Antaranya ialah:

  1. Pendidikan percuma dari peringkat asas sehingga pengajian tinggi (penghapusan semua yuran pengajian)
  2. Skim Pembiayaan Kesihatan Nasional bagi setiap rakyat yang tidak mempunya perlindungan kesihatan majikan
  3. Mengembalikan semula pemberian biasiswa seperti yang dijamin Perlembagaan Persekutuan
  4. Menurunkan harga petrol dan gas.
  5. Merapatkan jurang agihan kekayaan antara golongan kaya-miskin
  6. Melaksanakan akta gaji minima
  7. Memperkenalkan cuti bersalin 90 hari dan cuti kebapaan 7 hari

Penegasan dan Gesaan

Berdasarkan fakta-fakta di atas, PAS dengan ini membuat gesaan dan rayuan kepada rakyat Malaysia agar memulakan perubahan daripada pemerintahan UMNO yang mengutamakan pembangunan untuk kemegahan imej negara, kepada Pemerintahan PAS yang bercirikan Negara Berkebajikan yang mengutamakan pembangunan bagi kebajikan rakyat Malaysia keseluruhannya.

21 Febuari 2008

DATO’ SERI TUAN GURU HJ ABD. HADI AWANG

Sumber; http://presiden.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=37:negara-berkebajikan–tawaran-pas-kepada-rakyat-malaysia-&catid=14:kenyataan-rasmi&Itemid=56

———————————–tamat——– —————

Negara berkebajikan bukan sahaja menuntut kerajaan melaksana dan menterjemahnya, tetapi rakyat juga turut sama dalam melaksanakannya.

Tanggungjawab mewujudkan kesejahteraan dalam negara berkebajikan adalah tanggungjawab bersama antara kerajaan dan rakyat.

Dalam negara berkebajikan, keutamaan diberikan kepada rakyat dan bukannya membebankan rakyat sepertimana yang dilaksanakan oleh UMNO-BN yang

a. mengenakan pelbagai cukai ke atas rakyat

b. menjalankan saman ekor

c. melaksanakan pinjaman pelajaran yang dikenakan faedah (PTPTN) dan bukan biasiswa

d. mengenakan pelbagai yuran ke atas ibubapa dan kanak-kanak bersekolah

e. membatal pelbagai subsidi

f. menyalahgunakan wang negara sehingga negara tidak cukup wang dan terpaksa berhutang (misalnya ketika BN perintah Selangor, BN Selangor perolehi untung jual pasir sebanyak RM3 juta, tetapi bila PR perintah, Selangor perolehi RM11 uta untung pasir; oleh itu dimana pergi RM8 juta selama UMNO-BN perintah Selangor? adakah wang masuk poket pimpinan BN atau poket keranat BN? Berapa kos Rosmah makan angin atas nama lawatan ke luar negara? Berapa kos KHir Toyo bawa anak isteri dan orang gajinya ke Disneyland/Universal Studio di USA dan Sg Nil/joget lambak diMesir makan angin atas nama lawatan sambil belajar)

…dan banyak lagi lah…tak larat nak tulis semua

Dalam Negara Berkebajikan, rakyat dididik untuk menjaga kebajikan orang lain dalam masyarakat bukan sahaja dalam hal kebendaan tetapi juga keselamatan, kesihatan, pelajaran, pekerjaan, pergaulan, dan urusan kehidupan harian anggota masyarakat.

Negara berkebajikan menekankan kesejahteraan rakyat bukan membebankan rakyat dan bukan mengajar rakyat bertuhankan benda dan manusia atau kehidupan materialistik.

Negara berkebajikan menekankan pentinnya hubungan antara manusia dengan Tuhan, hubungan manusia dengan manusia, dan hubungan manusia dengan alam atau persekitaran ditingkatkan dan dimantapkan kerana ketiga-tiga hubungan ini dapat mengurangkan kepincangan, penyelewengan, kerosakan, kejahatan, dan kemungkaran manusia itu sendiri, dan sekaligus meningkatkan kesejahteraan kehidupan dalam masyarakat.

“Berkebajikan” itu bukan aktiviti dunia atau aktiviti fizikal semata-mata tetapi ia bertolak dari spiritual yang jelas, kesedaran tanggungjawab diri yang tinggi, jiwa yang merdeka dan sukarela, serta emosi yang tenang lagi murni.

“Negara kebajikan” bersifat satu hala, kerajaan menyuap mulut rakyat dan mengawal rakyat seperti negara kominis dan sebahagian negara kapitalis.

“Negara berkebajikan” bersifat dua hala, kerajaan dan rakyat sama-sama bersama dalam melaksanakan kebajikan untuk semua pihak secara menyeluruh.

Mudah-mudahan UMNO-BN dan penyokong UMNO-BN faham beza antara “negara kebajikan” dan “negara berkebajkan” yang dikemukakan oleh PAS dan Pakatan Rakyat.

Posted on Thursday, June 09 @ 20:30:00 PDT  http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=6427&mode=thread&order=0&thold=0

Gugur “Negara Islam”, UMNO tak faham

Dalam Muktamar PAS ke 57, Presiden PAS mengemukakan “negara berkebajikan” sebagai tema untuk bekerja khususnya apabila PRU sudah hampir. Yang ini UMNO tak faham atau buat-buat bodoh.

Kemudian UMNO ulas, PAS putar belit dengan perjuangannya untuk menegakkan negara Islam apabila tidak sebut negara Islam lagi dalam perjuangan hari ini. PAS kata sesebuah negara itu Islam bukan sebab status agama rasmi tetapi negara perlu meletakkan al-Quran sebagai penentu yang lebih tinggi dari Perlembagaan negara dan melaksanakan hukum Islam, bukan Islam sebagai lambang dan ritual sahaja.

Maka apabila Kelantan meluluskan enakmen syariah lebih 10 tahun yang lalu, UMNO-BN tidak setuju dan menggunakan kuasa untuk menghalang pelaksanaan enakmen itu. Apabila PAS perintah Terenggannu satu penggal, Terengganu juga meluluskan enakmen syariah, tetapi sekali lagi UMNO-BN sekat pelaksanaannya. PAS faham kenapa UMNO buat begitu, tapi UMNO tak faham atau buat-buat bodoh dalam hal ini walaupun UMNO ada peguam dan pakar undang-undang.

Bila PAS gunakan “negara berkebajikan” dan bukan negara Islam, UMNO lagi tak faham atau boleh jadi buat bodoh atau memang bodoh betul. UMNO tak baca seerah nabawiyah dalam perjanjian hudaibiyyah. UMNO tak faham apa yang berlaku dalam perjanjian hudaibiyyah.

Diringkaskan cerita, semasa Nabi berbincang dengan puak Quraisy untuk memeterai Perjanjian Hudaibiyyah, puak Quraish tidak bersetuju disebutkan satu perkara iaitu nama “Muhammad Rasulullah” dan ditukar dengan “Muhammad bin Abdullah”. Syaidina Ali marah dan protes, tetapi Nabi kata tak mengapa.

Tidak perlu rasanya saya ulas panjang tentang sebab, tujuan, dan strategi Nabi berbuat demikian kerana elok UMNO baca kita-kitab seerah nabawaiyah yang sudah ada ulasan panjang mengenai perjanjian tersebut dari sudut tektik muslihat, seni tawar menawar dalam politik, seni berpolitik, dan pemikiran strategik Nabi s.a.w.

Cuma perbandingannya ada kaitan dengan perkataan “negara Islam” yang di”perlahankan bunyinya” dan dikuatkan bunyi “negara berkebajikan”. Kalau Nabi s.a.w. boleh gugurkan “Muhammad Rasulullah” dan ditukar dengan “Muhammad bin Abdullah”, apalah sangat kalau PAS tukar “negara Islam” kepada “negara berkebajkan?”

UMNO dan media UMNO bagaikan bertih digoreng terlompat-lompat dalam kuali panas apabila mendapat berita panas iaitu 4 panglima PAS dipilih untuk berada di saf hadapan bertujuan menggempur UMNO dalam PRU 13 dan apabila tema kali ini berbunyi “negara berkebajikan”. Memang panas punggung UMNO sehingga setiap hari dalam media massa, UMNO belum boleh duduk tenang dan aman. Melompat-lompat macam bertih digoreng.

Mengapa negara berkebajikan? Negara berkebajikan ini dilaksana bersama dalam negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Cuba lihat…

1. ganti PTPTN kepada biasiswa

2. beri air percuma 20m padu seperti di Selangor

3. beri cuti bersalin 90 hari dan cuti 3 hari untuk suami 10 tahun yang lalu dansebelum UMNO-BN laksana kemudahan ini tahun lalu

4. beri ruang kepada pendidikan melalui bahasa ibunda

5. beri hadiah RM1000 kepada pelajar yang dapat masuk universiti

6. buka tabung TAWAS RM100 bagi setiap anak yang baru lahir di Selangor

7. beri RM2500 kepada keluarga warga tua yang kehilangan warga tua dalam keluarga untuk urusan pengkebumian

8. beri pinjaman wang pelajaran kepada rakyat tanpa faedah

9. beri royalti minyak lebih daripada 5% kepada Sabah dan Sarawak

10. menghapuskan saman ekor

11. membanteras pelacuran dan judi yang bukan ajaran mana-mana agama serta boleh merosakkan minda dan roh rakyat serta yang boleh memusnahkan integriti sesebuah keluarga da masyarakat

dan banyak lagi dalam manifesto PR dan Buku Jingga

Dalam Perjanjian Hudaibiyyah, orang Quraisy boleh terima Nabi s.a.w. untuk gugur perkataan “Muhammad Rasullullah”. Mengapa UMNO tak faham bila PAS dalam Pakatan Rakyat gantikan perkataan “Negara Islam” dengan “Negara Berkebajikan”?

UMNO tak faham beza antara “negara kebajikan” dengan “negara berkebajikan” agaknya…. mungkin UMNO tidak ada penasihat dari pakar bahasa untuk memahami beza antara “negara kebajikan” dengan “negara berkebajikan”. Ada beza kedua-dua slogan ini. Adakah UMNO tak faham atau buat-buat bodoh tak faham atau memang bodoh dalam cuba memahaminya?

Posted on Thursday, June 09 @ 19:30:00 PDT http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=6424