Gugur “Negara Islam”, UMNO tak faham

Dalam Muktamar PAS ke 57, Presiden PAS mengemukakan “negara berkebajikan” sebagai tema untuk bekerja khususnya apabila PRU sudah hampir. Yang ini UMNO tak faham atau buat-buat bodoh.

Kemudian UMNO ulas, PAS putar belit dengan perjuangannya untuk menegakkan negara Islam apabila tidak sebut negara Islam lagi dalam perjuangan hari ini. PAS kata sesebuah negara itu Islam bukan sebab status agama rasmi tetapi negara perlu meletakkan al-Quran sebagai penentu yang lebih tinggi dari Perlembagaan negara dan melaksanakan hukum Islam, bukan Islam sebagai lambang dan ritual sahaja.

Maka apabila Kelantan meluluskan enakmen syariah lebih 10 tahun yang lalu, UMNO-BN tidak setuju dan menggunakan kuasa untuk menghalang pelaksanaan enakmen itu. Apabila PAS perintah Terenggannu satu penggal, Terengganu juga meluluskan enakmen syariah, tetapi sekali lagi UMNO-BN sekat pelaksanaannya. PAS faham kenapa UMNO buat begitu, tapi UMNO tak faham atau buat-buat bodoh dalam hal ini walaupun UMNO ada peguam dan pakar undang-undang.

Bila PAS gunakan “negara berkebajikan” dan bukan negara Islam, UMNO lagi tak faham atau boleh jadi buat bodoh atau memang bodoh betul. UMNO tak baca seerah nabawiyah dalam perjanjian hudaibiyyah. UMNO tak faham apa yang berlaku dalam perjanjian hudaibiyyah.

Diringkaskan cerita, semasa Nabi berbincang dengan puak Quraisy untuk memeterai Perjanjian Hudaibiyyah, puak Quraish tidak bersetuju disebutkan satu perkara iaitu nama “Muhammad Rasulullah” dan ditukar dengan “Muhammad bin Abdullah”. Syaidina Ali marah dan protes, tetapi Nabi kata tak mengapa.

Tidak perlu rasanya saya ulas panjang tentang sebab, tujuan, dan strategi Nabi berbuat demikian kerana elok UMNO baca kita-kitab seerah nabawaiyah yang sudah ada ulasan panjang mengenai perjanjian tersebut dari sudut tektik muslihat, seni tawar menawar dalam politik, seni berpolitik, dan pemikiran strategik Nabi s.a.w.

Cuma perbandingannya ada kaitan dengan perkataan “negara Islam” yang di”perlahankan bunyinya” dan dikuatkan bunyi “negara berkebajikan”. Kalau Nabi s.a.w. boleh gugurkan “Muhammad Rasulullah” dan ditukar dengan “Muhammad bin Abdullah”, apalah sangat kalau PAS tukar “negara Islam” kepada “negara berkebajkan?”

UMNO dan media UMNO bagaikan bertih digoreng terlompat-lompat dalam kuali panas apabila mendapat berita panas iaitu 4 panglima PAS dipilih untuk berada di saf hadapan bertujuan menggempur UMNO dalam PRU 13 dan apabila tema kali ini berbunyi “negara berkebajikan”. Memang panas punggung UMNO sehingga setiap hari dalam media massa, UMNO belum boleh duduk tenang dan aman. Melompat-lompat macam bertih digoreng.

Mengapa negara berkebajikan? Negara berkebajikan ini dilaksana bersama dalam negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Cuba lihat…

1. ganti PTPTN kepada biasiswa

2. beri air percuma 20m padu seperti di Selangor

3. beri cuti bersalin 90 hari dan cuti 3 hari untuk suami 10 tahun yang lalu dansebelum UMNO-BN laksana kemudahan ini tahun lalu

4. beri ruang kepada pendidikan melalui bahasa ibunda

5. beri hadiah RM1000 kepada pelajar yang dapat masuk universiti

6. buka tabung TAWAS RM100 bagi setiap anak yang baru lahir di Selangor

7. beri RM2500 kepada keluarga warga tua yang kehilangan warga tua dalam keluarga untuk urusan pengkebumian

8. beri pinjaman wang pelajaran kepada rakyat tanpa faedah

9. beri royalti minyak lebih daripada 5% kepada Sabah dan Sarawak

10. menghapuskan saman ekor

11. membanteras pelacuran dan judi yang bukan ajaran mana-mana agama serta boleh merosakkan minda dan roh rakyat serta yang boleh memusnahkan integriti sesebuah keluarga da masyarakat

dan banyak lagi dalam manifesto PR dan Buku Jingga

Dalam Perjanjian Hudaibiyyah, orang Quraisy boleh terima Nabi s.a.w. untuk gugur perkataan “Muhammad Rasullullah”. Mengapa UMNO tak faham bila PAS dalam Pakatan Rakyat gantikan perkataan “Negara Islam” dengan “Negara Berkebajikan”?

UMNO tak faham beza antara “negara kebajikan” dengan “negara berkebajikan” agaknya…. mungkin UMNO tidak ada penasihat dari pakar bahasa untuk memahami beza antara “negara kebajikan” dengan “negara berkebajikan”. Ada beza kedua-dua slogan ini. Adakah UMNO tak faham atau buat-buat bodoh tak faham atau memang bodoh dalam cuba memahaminya?

Posted on Thursday, June 09 @ 19:30:00 PDT http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=6424

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: