Daily Archives: June 12, 2011

Demo BERSIH 9 Julai 2011: Kerajaan Harus Beri Permit

Malaysia adalah sebuah negara demokrasi. Tetapi sebahagian rakyat menganggap ia tidak mengamalkan demokrasi tulen sebaliknya demokrasi terpilih. Ini bermakna BN yang mendominasi pemerintahan negara bersikap prejudis dan stereotaip dalam menentukan apa yang boleh dan apa yang tak boleh. BN memilih-memilih demo mana yang boleh dan demo mana yang tak boleh.

Mengulas mengenai demonstrasi aman,  kerajaan BN lazimnya membenarkan UMNO, Pemuda UMNO, dan PERKASA untuk berdemo beberapa kali di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, tetapi tidak membenarkan Pakatan Rakyat menjalankan demo aman.

Dalam sebuah negara bertamadun, Malaysia tidak perlu takut kepada demo aman jika pemerintah tahu bagaimana mengendalikan permintaan demo dengan bijak dan berani. Demo adalah refleksi harapan dan luahan hati rakyat untuk didengar oleh pemerintah. Oleh itu ia tidak wajar diSEKAT tetapi dikendalikan dengan bijaksana.

Apabila BN menyekat permintaan luahan hati dan freedom of expression dan freedom of speech, maka BN sebenarnya membantu meningkatkan kekuatan momentum kebangkitan rakyat. Rakyat menjadi lebih tidak puas hati. Lebih-lebih lagi sejak dua tahun kebelakangan ini, dengan harga minyak naik bertalu-talu dalam setahun, harga barang naik tanpa henti, saman ekor yang membebankan, saman kerana tidak bayar PTPTN, kenaikan tarif letrik secara senyap-senyap, saman cukai, rasuah dalam tender dan projek kerajaan yang melibatkan orang kenamaan dan bekas menteri, rasuah di pelbagai peringkat dalam sektor kerajaan, saman macam-macam sehingga membebankan rakyat menjadi bertambah marah.

Kerajaan Malaysia sepatutnya berani dan bijak apabila berdepan dengan DEMO BERSIH 9 Julai ini. Berikanlah permit untuk Demo tersebut untuk di jalankan di Stadium Shah Alam atau Stadium Bukit Jalil jika kerajaan tidak mahu berikan permit demo berarak di jalan raya. MUDAH sahaja.

Mungkin elok kalau kerajaan cuba memahami satu analogi. Biasanya selepas hujan lebat di Kuala Lumpur, air sungai  akan naik, dan jika tidak disalurkan ke SMART Tunnel, seluruh Kuala Lumpur akan menghadapi banjir besar. Maka kerugian harta benda, perniagaan, dan nyawa tidak dapat dielakkan.

Begitulah juga dengan orang sedang marah dan tidak puas hati,  perlu diberikan saluran untuk mereka lepaskan marah dan geram mereka dalam keadaan yang terkawal dan dikawal, bukannya menghalang atau mengetuk kepala mereka.

Jika dihalang, orang yang marah dan tidak puas hati akan memberontak, dan bertindak di luar dugaan. Sudah pasti ada orang cedera, samada pendemo atau polis, dan banyak harta benda, perniagaan, dan nyawa akan menempah sejarah seperti di Mesir, Tunisia, Libya, Yaman dan Syria. Apakah ini yang kerajaan Malaysia mahu? Apakah ini yang rakyat mahu?

Jika kerajaan halang Demo ini, rakyat seluruhnya, samada yang berdemo atau tidak berdemo, akan terkena tempiasnya.

Berikanlah permit kepada mereka. Kita percaya demo itu menjadi terkawal dan dikawal. Tidak ada pertumpahan darah. Tidak ada kerosakan harta benda. Tidak rugi perniagaan, malah orang berniaga akan beruntung kerana dapat berniaga di sekeliling stadium. Tambahan pula, kerajaan juga boleh kutip duit sewa Stadium dan sewa tempat berniaga.

Tujuan berdemo BERSIH ialah untuk menyatakan ketidakpuasan hati rakyat terhadap penyelewengan SPR. Itu sahaja! Maka berilah permit untuk mereka luahkan pandangan mereka. Kemudian mereka akan balik rumah masing-masing dalam keadaan keletihan. Apakah kerajaan akan rugi? Atau peniaga akan rugi? Atau UMNO yang rugi?

Baik kita bincang kelebihan buat demo di stadium. Di stadium….

  • Tempatnya  luas dan selesa
  • Ada kemudahan tandas, rakyat Malaysia merasa  selesa
  • Kawasan tempat letak kereta yang luas, tidak timbul kesesakan jalanraya di bandar, dan rakyat dididik berdisiplin  dalam meletak kereta di tempatnya
  • Tempat duduk yang banyak, dan tidak timbul rakyat berjalan beramai-ramai di jalanraya dan dicelah-celah kedai
  • Pembesar suara yang terkawal, tidak perlu kepada banyak hailer untuk digunakan di banyak tempat dan pelosok bandar
  • Tong sampah banyak, dan tidak perlu kepada DBKL untuk membersihkan bandaraya di sampiing rakyat dididik tentang kebersihan
  • Ciri-ciri keselamatan yang lebih terkawal, tidak perlu kepada polis, FRU, dan anjing dalam negara bertamdun seperti Malaysia

Kalau KDN termasuk polis mengguna dacing untuk menilai antara nilai kerugiaan harta benda, perniagaan, dan nyawa manusia dengan kerugian BN, maka kita percaya kerajaan Malaysia akan memikirkan RAKYAT dan AWAM lebih dahulu DIDAHULUKAN.  Tapi apakah kali ini RAKYAT akan  DIDAHULUKAN?

Kerajaan Malaysia harus mengambikira tempias Mesir dan Tunisia yang berlaku baru-baru ini yang terkena pada negara-negara jiran di Asia Barat. Apakah fenomena kebangkitan ini akan berlaku di Malaysia? Ia suatu yang tidak mustahil walaupun ia sukar berlaku memandangkan rakyat Malaysia terdiri dari kelompok heterogeneous bukan homogeneous seperti di Asia Barat.

Sebenarnya rakyat akan lebih menghormati BN kalau kerajaan memberikan permit Demo BERSIH di stadium. Sekurang-kurangnya kerajaan dapat mengurangkan ketegangan dan kemaharan rakyat kepada BN khususnya dalam kalangan orang Tionghua yang berlaku dalam Piliharaya Umum di Sarawak baru-baru ini. Mungkin BN harus tanya pada diri sendiri mengapa orang Cina Sarawak menolak sogokan wang dari BN dalam PRU RM6000.00 untuk satu undi manakala orang Iban kampung boleh terima RM60.00 untuk satu undi  dan Iban bandar boleh terima RM600.00 untuk setiap satu undi.

Bersihkanlah urusan kerja dalam SPR! Jangan dikotori dengan senarai daftar pemilih dari PATI dari Indonesia, Filipina, Nepal dan Bangladesh yang diberikan kad pengenalan baru hanya kerana untuk BN-UMNO menang dengan cara tidak betul dalam PRU 13. Apakah BN-UMNO mahu menggadaikan negara ini kerana pendatang tanpa izin?

Tambahan pautan 27 Jun 2011