Demo BERSIH 9 Julai 2011: Kerajaan Harus Beri Permit

Malaysia adalah sebuah negara demokrasi. Tetapi sebahagian rakyat menganggap ia tidak mengamalkan demokrasi tulen sebaliknya demokrasi terpilih. Ini bermakna BN yang mendominasi pemerintahan negara bersikap prejudis dan stereotaip dalam menentukan apa yang boleh dan apa yang tak boleh. BN memilih-memilih demo mana yang boleh dan demo mana yang tak boleh.

Mengulas mengenai demonstrasi aman,  kerajaan BN lazimnya membenarkan UMNO, Pemuda UMNO, dan PERKASA untuk berdemo beberapa kali di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, tetapi tidak membenarkan Pakatan Rakyat menjalankan demo aman.

Dalam sebuah negara bertamadun, Malaysia tidak perlu takut kepada demo aman jika pemerintah tahu bagaimana mengendalikan permintaan demo dengan bijak dan berani. Demo adalah refleksi harapan dan luahan hati rakyat untuk didengar oleh pemerintah. Oleh itu ia tidak wajar diSEKAT tetapi dikendalikan dengan bijaksana.

Apabila BN menyekat permintaan luahan hati dan freedom of expression dan freedom of speech, maka BN sebenarnya membantu meningkatkan kekuatan momentum kebangkitan rakyat. Rakyat menjadi lebih tidak puas hati. Lebih-lebih lagi sejak dua tahun kebelakangan ini, dengan harga minyak naik bertalu-talu dalam setahun, harga barang naik tanpa henti, saman ekor yang membebankan, saman kerana tidak bayar PTPTN, kenaikan tarif letrik secara senyap-senyap, saman cukai, rasuah dalam tender dan projek kerajaan yang melibatkan orang kenamaan dan bekas menteri, rasuah di pelbagai peringkat dalam sektor kerajaan, saman macam-macam sehingga membebankan rakyat menjadi bertambah marah.

Kerajaan Malaysia sepatutnya berani dan bijak apabila berdepan dengan DEMO BERSIH 9 Julai ini. Berikanlah permit untuk Demo tersebut untuk di jalankan di Stadium Shah Alam atau Stadium Bukit Jalil jika kerajaan tidak mahu berikan permit demo berarak di jalan raya. MUDAH sahaja.

Mungkin elok kalau kerajaan cuba memahami satu analogi. Biasanya selepas hujan lebat di Kuala Lumpur, air sungai  akan naik, dan jika tidak disalurkan ke SMART Tunnel, seluruh Kuala Lumpur akan menghadapi banjir besar. Maka kerugian harta benda, perniagaan, dan nyawa tidak dapat dielakkan.

Begitulah juga dengan orang sedang marah dan tidak puas hati,  perlu diberikan saluran untuk mereka lepaskan marah dan geram mereka dalam keadaan yang terkawal dan dikawal, bukannya menghalang atau mengetuk kepala mereka.

Jika dihalang, orang yang marah dan tidak puas hati akan memberontak, dan bertindak di luar dugaan. Sudah pasti ada orang cedera, samada pendemo atau polis, dan banyak harta benda, perniagaan, dan nyawa akan menempah sejarah seperti di Mesir, Tunisia, Libya, Yaman dan Syria. Apakah ini yang kerajaan Malaysia mahu? Apakah ini yang rakyat mahu?

Jika kerajaan halang Demo ini, rakyat seluruhnya, samada yang berdemo atau tidak berdemo, akan terkena tempiasnya.

Berikanlah permit kepada mereka. Kita percaya demo itu menjadi terkawal dan dikawal. Tidak ada pertumpahan darah. Tidak ada kerosakan harta benda. Tidak rugi perniagaan, malah orang berniaga akan beruntung kerana dapat berniaga di sekeliling stadium. Tambahan pula, kerajaan juga boleh kutip duit sewa Stadium dan sewa tempat berniaga.

Tujuan berdemo BERSIH ialah untuk menyatakan ketidakpuasan hati rakyat terhadap penyelewengan SPR. Itu sahaja! Maka berilah permit untuk mereka luahkan pandangan mereka. Kemudian mereka akan balik rumah masing-masing dalam keadaan keletihan. Apakah kerajaan akan rugi? Atau peniaga akan rugi? Atau UMNO yang rugi?

Baik kita bincang kelebihan buat demo di stadium. Di stadium….

  • Tempatnya  luas dan selesa
  • Ada kemudahan tandas, rakyat Malaysia merasa  selesa
  • Kawasan tempat letak kereta yang luas, tidak timbul kesesakan jalanraya di bandar, dan rakyat dididik berdisiplin  dalam meletak kereta di tempatnya
  • Tempat duduk yang banyak, dan tidak timbul rakyat berjalan beramai-ramai di jalanraya dan dicelah-celah kedai
  • Pembesar suara yang terkawal, tidak perlu kepada banyak hailer untuk digunakan di banyak tempat dan pelosok bandar
  • Tong sampah banyak, dan tidak perlu kepada DBKL untuk membersihkan bandaraya di sampiing rakyat dididik tentang kebersihan
  • Ciri-ciri keselamatan yang lebih terkawal, tidak perlu kepada polis, FRU, dan anjing dalam negara bertamdun seperti Malaysia

Kalau KDN termasuk polis mengguna dacing untuk menilai antara nilai kerugiaan harta benda, perniagaan, dan nyawa manusia dengan kerugian BN, maka kita percaya kerajaan Malaysia akan memikirkan RAKYAT dan AWAM lebih dahulu DIDAHULUKAN.  Tapi apakah kali ini RAKYAT akan  DIDAHULUKAN?

Kerajaan Malaysia harus mengambikira tempias Mesir dan Tunisia yang berlaku baru-baru ini yang terkena pada negara-negara jiran di Asia Barat. Apakah fenomena kebangkitan ini akan berlaku di Malaysia? Ia suatu yang tidak mustahil walaupun ia sukar berlaku memandangkan rakyat Malaysia terdiri dari kelompok heterogeneous bukan homogeneous seperti di Asia Barat.

Sebenarnya rakyat akan lebih menghormati BN kalau kerajaan memberikan permit Demo BERSIH di stadium. Sekurang-kurangnya kerajaan dapat mengurangkan ketegangan dan kemaharan rakyat kepada BN khususnya dalam kalangan orang Tionghua yang berlaku dalam Piliharaya Umum di Sarawak baru-baru ini. Mungkin BN harus tanya pada diri sendiri mengapa orang Cina Sarawak menolak sogokan wang dari BN dalam PRU RM6000.00 untuk satu undi manakala orang Iban kampung boleh terima RM60.00 untuk satu undi  dan Iban bandar boleh terima RM600.00 untuk setiap satu undi.

Bersihkanlah urusan kerja dalam SPR! Jangan dikotori dengan senarai daftar pemilih dari PATI dari Indonesia, Filipina, Nepal dan Bangladesh yang diberikan kad pengenalan baru hanya kerana untuk BN-UMNO menang dengan cara tidak betul dalam PRU 13. Apakah BN-UMNO mahu menggadaikan negara ini kerana pendatang tanpa izin?

Tambahan pautan 27 Jun 2011

16 thoughts on “Demo BERSIH 9 Julai 2011: Kerajaan Harus Beri Permit

  1. Polis Pencen June 19, 2011 at 11:19 am Reply

    Rakyat minta permit nak berhimpun, BN-UMNO tak mahu bagi, bila rakyat berhimpun juga BN-UMNO bagi. Kalau Pemuda UMNO dan PERKAS minta permit, BN-UMNO bagi. Jadi apa jadah kerajaan macam ni?

    Apa yang BN nak takut? Bagilah permit itu perhimpunan dibuat di stadium. Lepas tu barulah keluar amaran siapa yang demo di jalanraya akan ditangkap. Ini tidak. Semua saluran ditutup. Ini bukan negara kominis. Ini bukan negara milik parti UMNO. Tak gentleman lah macam ni. Tak profesional lah BN UMNO ni.

    Lagi banyak sekat, lagi banyak washback effects nanti pada BN, pada UMNO, dan pada kerajaan. Lagi rakyat ditekan, lagi rakyat akan bangkit. Saya ingat Firaun yang hebat tu perintah Mesir selama 40 tahun. Firaun akhirnya tumbang. Mungkin BN-UMNO ingat mereka lebih hebat dari Firaun laknatullah agaknya.

  2. Bekas Lans Korperal June 19, 2011 at 5:34 pm Reply

    Yang tak mahu bagi PERMIT bukan PDRM tapi BN yang mana UMNO jadi penentunya. PDRM hanya ikut arahan.

    Alahai apalah polis nak takut kalau bagi permit perhimpunan buat di stadium! Bagi ajalah. Bila tak bagi nanti, banyak kalut yang akan berlaku, rakyat pun akan lagi benci pada BN-UMNO.

    Dulu ada polis kata polis suka bagi rakyat marah pada BN supaya rakayt cepat2 tukar kerajaan dan polis lebih gembira kalau BN tak perintah lagi dan polis tak lagi dikerah dan dicucuk hidung ikut perintah beberapa besar UMNO atau BN

  3. sokong bersihkan SPR June 21, 2011 at 4:19 pm Reply

    Bancian ‘Star’ – 99% sokong himpunan BERSIH

    Sejumlah 99 peratus daripada lebih sejuta responden menyokong perhimpunan BERSIH pada 9 Julai ini dalam bancian yang dijalankan oleh The Star Online.

    Jumlah sebenar bilangan responden tidak dapat disahkan apabila portal berita berkenaan menghentikan banciannya kira-kira tengahari tadi.
    Menurut skrin yang dirakamkan oleh seorang pengguna Facebook, jumlah responden mencecah 1.3 juta pada jam 12.25 tengah hari berbanding 527,330 yang dicatatkan pada jam 6.11 pagi ini, yang dirakamkan menerusi laman

    Google Cache.

    Soalan yang dikemukakan berbunyi ‘Apa pandangan anda berhubung perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai?, 1,312,917 responden menjawap ‘Ia sepatutnya dibenar diteruskan’ pada 12.25 tengahhari.

    Manakala pilihan satu lagi – ‘Ia harus dibatalkan’ – hanya dipilih oleh 14,222 responden.

    http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=6672

  4. Suraya June 22, 2011 at 7:17 am Reply

    Salam,

    Saya sangat setuju!!!

  5. Salam June 24, 2011 at 4:36 am Reply

    setuju!!!😉

  6. Hati2 Teman June 25, 2011 at 4:51 pm Reply

    Salam,

    Aku baru dapat info yang boleh dipercayai drp salah seorg adik ipar aku yang bekerja di Agensi AntiDadah Kebangsaan(AADK). Pada 9 Julai nanti AADK telah mendapat arahan untuk melepaskan segelintir penagih dadah yang telah ditangkap ke jalan dengan memakai baju rasmi BERSIH! Warna kuning tuler

    Kemudian AADK akan menangkap balik penagih2 dadah tersebut pada hari tu juga. Bila aku tanya kenapa nak buat macam tu.. dia kata tak tahu. Pasal tu 9 Julai nanti diaorg suma kena kerja…adik ipar aku pun naik tensen dibuatnya…x psl2 kena tangkap balik lak..

    Pada aku ini satu lagi motif UMNO untuk memburukkan BERSIH terutama sekali PR…lepas ni boleh ler TV3suku kata yang pergi demo tuh suma mat pit…mcm biasa ler tuh…

  7. Bekas Polis June 26, 2011 at 6:14 am Reply

    Kebanyakan orang yang ditemubual dalam TV mengutuk BERSIH tidak tahu pun apa sebab DEMO BERSIH nak dijalankan. Mereka seolah-olah ikut apa saja yang pemimpin BN sebut BESRIH itu tak elok dan akan bawa kekecohan dan huru-hara. Mereka bagai burung kakak tua ikut apa orang kata, tapi mereka sendiri tidak kenapa DEMO BERSIH akan diadakan. Kalau tanya mereka apa makna BERSIH, akronim yang berasal dari beberapa ungkapan, saya pasti mereka sendiri tidak tahu. Cuba tanya mereka yang menentang BERSIH. Betul kata pepatah Arab, orang menentang benda yang mereka tidak tahu.

    Saya bekas polis saya boleh faham kebanyakan orang awam terperangkap dengan media TV dan suratkhabar. Kadang mereka bercakap macam orang buta dengan gajah. Mereka tak tahu apa yang mereka cakap. Itu perkara biasa orang yang jahil politik hanya ikut apa kata pemimpin BN kata Kalau boleh saya putar dunia dan putar jam, saya pasti tidak akan mahu menjadi polis. Pengalaman 30 tahun dalam polis sudah lebih dari cukup untuk saya faham hipokrasi pemimpin BN dan UMNO.

    Saya bekas polis menyokong DEMO BERSIH untuk membersihkan kekotoran dan penyelwengan dalam SPR yang menjadi diekploitasi oleh BN-UMNO untuk kepentingan mereka.

  8. Tips BERSIH June 26, 2011 at 6:19 am Reply

    Panduan Peserta BERSIH 2….
    Panduan bagi peserta Perhimpunan Bersih 2.0
    Featured, News, campaigns — By admin on June 20, 2011 at 3:26 pm

    *Penting! **Panduan bagi peserta Perhimpunan Bersih 2.0 *

    Perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011 di Kuala Lumpur.

    Tuntutan Bersih 2.0:

    Pendaftaran automatik
    Reformasi undi pos
    Penggunaan dakwat kekal
    Akses kepada media
    Masa berkempen minima
    Pengukuhan perbadanan awam
    Hentikan rasuah

    BERSIH 2.0 has been actively advocating for electoral reform but our demands have fallen on deaf ears. Bersih 2.0 feels that, the time has come for those mandated to administer the nation to “listen to the voices of the rakyat”. There is a clamour worldwide for greater democratisation of societies and we would invite those in power to heed those voices.

    Perhimpunan Bersih 2.0 is threefold: to further press for the rakyat’s demands for electoral reform, strengthening of public institutions, and to take a stand against widespread corruption at all levels of society. We would like to emphasise that this initiative is spearheaded purely by civil society with every intention of inviting all political parties to join forces with the rakyat to promote and uphold democracy in this country.

    Kami menjangkakan pelbagai kaum akan muncul, pelbagai ideologi dan kepercayaan akan berhimpun untuk menyatakan pandangan mereka khususnya dalam mendesak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia untuk mereformasikan pilihanraya.

    Oleh itu bagi melancarkan perhimpunan ini, pihak kami mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu anda dan kami diperingkat penganjur dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalan dengan lancar dan aman.

    *Perkara yang perlu anda bawa/sediakan *

    Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.
    Duit-maksimum RM100 sahaja.
    3. Memakai pakaian yang sopan-T-shirt /baju berwarna Kuning. Sebaiknya ada logo Bersih 2.0
    Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.
    Aksesori kempen-Button, kopiah arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Bersih 2.0 / Bersihkan Pilihanraya boleh digunakan.
    Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.
    Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.
    Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.
    Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.
    Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis *N100 Respirator, N95 Respirator *dan* Surgical facemask* untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.
    Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.
    Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.
    Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.
    Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha Bersih 2.0 H/P: 0162208784; Email: bersih2.0electoral@gmail.com [Kita perlu alamat email yang boleh id lindungi dari spam/hacking, etc – siapa boleh tolong?]

    *Perkara yang tidak dibenarkan*

    Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.
    Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kreadit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.
    Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal yang menghalang pergerakkan.
    Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar.
    Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 2.0 / Bersihkan Pilihanraya.
    6. Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi.
    Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 2.0 tidak dibenarkan.
    Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.
    Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis, molotov cocktail dan mercun.
    Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain.
    Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya.
    Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.
    Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah.

    *Perkara yang perlu anda lakukan sebelum perhimpunan*

    Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa.
    Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan.
    Pastikan anda telah menunaikan ‘hajat’ sebelum memasuki perhimpunan.
    Bagi yang Islam, Lakukanlah solat taubat dan hajat, semoga Allah berkati perhimpunan ini dan yang bukan Islam boleh berdoa mengikut ritual masing-masing.
    Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan penting kepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi perhimpunan.
    Maklumkan mereka tujuan anda keluar.
    Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphone anda tidak dapat dihubungi nanti.
    Jangan lupa *charge* bateri handphone dan kamera.
    Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang ditetapkan — Sogo, DBKL, & Masjid Kg Baru
    Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter.
    Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian.
    Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar anda boleh meletakkan kenderaan dan berjalan kaki ke Sogo, DBKL, & Masjid Kg Baru (Jangan terus ke Istana Negara bersendirian).
    Jangan memakai baju Bersih 2.0 sebelum perhimpunan bermula.

    *Semasa perhimpunan dan perarakan*

    Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan Sogo, DBKL, & Masjid Kg Baru

    dan tunggu arahan dari *Field Commander* yang dilantik.

    Ikutilah arahan dari Unit Amal atau *Field Commander* sepanjang program. Jangan pedulikan arahan lain tanpa merujuk kepada *Field Commander*
    Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan *Field Commander*.
    Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan.
    Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan.
    Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku.
    Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni.
    Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya.
    Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama.
    Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain.
    Pastikan anda dapat duduk semasa pimpinan berucap.
    Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi *sound system* akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta.
    Ikutilah laungan pimpinan jika perlu.
    Pegang bendera Malaysia atau negeri anda sepanjang perarakan.
    Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukan dalam beg plastik yang anda bawa.
    Rakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha Bersih 2.0 H/P: 0162208784; Email: bersih2.0electoral@gmail.com.
    Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.

    *Selepas perhimpunan*

    Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai.
    Pastikan sahabat atau saudara dan anak-anak anda ada bersama selepas perhimpunan. Jika tiada, sila laporkan ___________________________________[KL LAC?]
    Jika ada sahabat atau saudara anda ditahan, jangan terus balik.
    Dapatkan maklumat ___________________________ berkaitan untuk bebaskan mereka.
    Jangan tinggalkan apa-apa sampah ditempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang dirumah.
    Berikan ucapan terima kasih kepada pasukan Keselamatan bertugas jika perhimpunan berjalan lancar.
    6. Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir. Segala info dan maklumat bolehlah diemailkan kepada kami di email Setiausaha Bersih 2.0 H/P: 0162208784; Email: bersih2.0electoral@gmail.com.

    *Apa anda perlu buat jika kumpulan Anti-tuntutan Bersih 2.0 buat Provokasi*

    1. Jangan pedulikan mereka, diam dan teruskan mengikut arahan *Field Commander* Unit Amal.

    2. Jangan menyahut provokasi mereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka. Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan.

    3. Jangan hampiri mereka.

    4. Jika mereka bertindak agreasif secara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis.

    5. Jangan lupa buat laporan Polis terhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu.

    6. Buat rakaman wajah-wajah mereka jika perlu.

    *Apa anda perlu buat jika polis buat provokasi dan serbuan*

    Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu.
    Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buat serbuan atau tembakan water canon.
    Duduk jika pimpinan arahkan.
    Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air *water canon* berwarna kuning.
    Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri.
    Ambil gambar mereka jika sempat.
    Buat laporan Polis jika anda dikasari.

    *Apa yang anda perlu buat jika ditahan*

    Jangan banyak cakap dengan polis. Diamkan dan tenangkan diri.
    Minta nama dan nombor polis yang menahan anda dan tanya dia sebab anda ditahan, seksyen berapa yang digunakan.
    Berikan maklumat asas sahaja jika diminta seperti nama, no kad pengenalan, alamat rumah (berikan ikut alamat dalam IC sahaja).
    Jika mereka tanya soal pekerjaan, jawap yang ringkas sahaja. Jangan bagi maklumat yang lengkap.
    Bagi pelajar, jika mereka tanya anda masih belajar atau tidak, anda hanya perlu jawab “Masih tengah cari kerja” atau berikan jawapan lain yang sesuai. Elakkan mengaku sebagai student. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.
    Bagi kakitangan Kerajaan jika mereka tanya tempat kerja anda, jawab
    ”Saya kerja swasta atau kerja sendiri”. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.
    Minta berjumpa dengan peguam sebelum beri apa-apa keterangan. Peguam akan menunggu diluar balai jika anda ditahan.
    Kalau boleh jangan beri terlalu banyak keterangan, anda hanya perlu jawab “saya akan bagi keterangan di Mahkamah sahaja”. Ingat! Apa yang anda cakap di Balai Polis boleh dijadikan bahan bukti di Mahkamah. Anda berhak untuk tidak memberikan sebarang keterangan kepada Polis melainkan di Mahkamah.
    Semasa ditahan, jangan pedulikan provokasi polis atau jangan mudah cair bila mereka berlembut.
    Pastikan anda ingat semua yang berlaku, termasuklah pegawai polis yang tahan dan soal siasat anda.
    Jangan terlalu risau kerana, diluar balai telah disediakan orang-orang yang akan jamin dan bela anda.

    *Apa yang anda buat selepas dibebaskan*

    Pastikan semua barang-barang anda dikembalikan oleh Polis.
    Buat pemeriksaan kesihatan jika ada kecederaan.
    Buat laporan Polis jika anda dikasari semasa perhimpunan atau semasa ditahan.
    Ceritakan dan rakamkan pada peguam dan media jika anda dianiaya polis.
    Jangan lupa catatkan semua yang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya bila dibawa ke Mahkamah kelak.
    Pastikan anda ingat dan ambil nombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat.
    Serahkan pada peguam segala maklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan.
    Jangan lupa solat sunnat syukur selepas dibebaskan dan kembalilah bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan.
    Jangan menyepi dari perjuangan selepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan.
    Teruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat lain.
    Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebat dan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasai apa yang anda lalui ketika ditahan.

    *Perhatian!*

    Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undang yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini.
    Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu.
    Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian atau tindakan diluarkan arahan penganjur.
    Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat kerana pergaduhan atau aktiviti agreasif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini

    Secara keseluruhannya, kita berharap Perhimpunan ini dapat berjalan lancar tanpa adanya sebarang masalah atau tangkapan.

    Kita berharap agar dengan sedikit usaha dan kehadiran kita ini akan dapat memberikan kesedaran kepada pihak SPR dan kerajaan persekutuan mempergunakan kuasa yang ada untuk memperbaiki kelemahan sistem perundangan dan proces implementasi negara kita.

    Ingat, Himpunan Bersih berjaya pada 10 November 2007 kerana kesungguhan rakyat. Maka, kini adalah masa untuk kita berjuang bersama untuk mereformasikan pilihanraya, mengkukuhkan berbadanan institusi dan hentikan korupsi.

    Pastikan anda mengikuti arahan-arahan yang diberikan. Sebarang masalah anda boleh rujuk kepada *Field Commander* atau Unit Amal yang bertugas pada perhimpunan ini.

    Ingatlah, peristiwa ini adalah peluang untuk anda sekali seumur hidup dan ianya akan kekal menjadi sejarah yang akan menjadi sebutan kepada anak cucu kita. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian dari sejarah ini.

    http://pemudapaskualanerus.blogspot.com/2011/06/panduan-peserta-bersih-2.html

  9. Pelajar undang-undang June 26, 2011 at 8:14 am Reply

    Larangan polis tak sah, langgar perlembagaan

    Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari berpendapat tindakan pihak polis malarang perhimpunan BERSIH pada 9 Julai depan bukan sahaya tidak sah, malah melanggar perlembagaan.

    “Mereka bertindak secara tidak sah apabila secara umum memaklumkan tidak akan mengeluarkan permit.

    NONE”Sebagai pihak berkuasa awam, mereka hanya boleh membuat keputusan apabila permohonan dibuat,” kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu kepada Malaysiakini.

    Abdul Aziz (kanan) menjelaskan, bawah perlembagaan, polis perlu menimbangkan setiap permohonan permit dan tidak patut membuat sebarang pertimbangan tidak wajar.

    Beliau berhujah, polis membuat penghakiman awal berhubung perkara itu dan sekali gus menentang undang-undang.

    Paling teruk apabila ia bertentangan dengan hak yang dijamin dalam perlembagaan.

    Katanya, mengikut Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Perskutuan, polis tiada sebarang hak melarang perhimpunan aman yang dijamin.

    “Hatta mahkamah juga tidak boleh melakukannya,” kata pensyarah undang-undang itu.

  10. Pro-BERSIH June 26, 2011 at 4:04 pm Reply

    “Saya dapati ramai rakan-rakan dan jiran serta orang kebanyakan tidak tahu apa tujuan DEMO BERSIH dan mengapa DEMO BERSIH perlu dilakukan, Publisiti dan penerangan mengenainya belum sampai ke akar umbi, mungkin hanya berlegar dalam Internet. Di dalam media elektronik, DEMO BERSIH disebut berulang-ulang sebagai menggugat keselamatan awam dan dirancang oleh kumpulan pengacau.

    Semua media UMNO cuba memaku kepala rakyat dengan gambaran negatif terhadap DEMO BERSIH. Dan rakyat tidak tahu apa dan mengapa BERSIH mahu dilakukan.

    Tektik propaganda iaitu memaku kepada rakyat berulang-ulang ini adalah tektik al-Hitler. Bila dibuat berulang-ulang, akhirnya rakyat akan akur dan percaya atau termakan dengan propaganda itu walaupun hal atau berita yang disebut itu tidak betul. Itulah yang dilakukan ke atas Anwar Ibrahim, Al-Maunah, Ibrahim Libya, dan JI.

    Media BN-UMNO mengatakan bahawa kerajaan bersedia mendengar apa saja cadangan atau kritikan terhadap kelemahan SPR dan semua itu boleh dibuat melalui saluran perbincangan dan tidak perlu kepada DEMO. Katanya Malaysia negara aman (aman? tapi tidak sejahtera kerana penyelewengan, kepincangan, kes buang anak, kes dadah, kes AIDS/HIV dan kes rasuah yang tinggi)

    Orang ramai perlu diberi maklumat bahawa DEMO ini dibuat sebagai kemuncak bantahan kepada kerajaan khususnya SPR yang masih mengekalkan penipuan dan penyelewengan dalam pilihanraya semata-mata untuk memastikan BN-UMNO terus menang.

    Perbicangan demi perbincangan dengan SPR telah dijalankan, berhelai-helai memo bantahan telah dihantar, puluhan cadangan dan kritikan telah diberikan kepada SPR, tetapi SPR terus melakukan penipuan dalam senarai daftar pemilih dan penipuan dalam pelbagai prosidur melalui proses pelaksanaan pilihanraya. INILAH YANG RAKYAT dan ORANG KEBANYAKAN PERLU DIFAHAMKAN.

    Berikan info kepada rakyat apa sebenarnya kritikan dan cadangan BERSIH.

    Berikan sebab mengapa DEMO ini TERPAKSA dibuat dan bukannya BERSIH tidak pernah berdialog atau duduk semeja dengan SPR dan kerajaan. Semuanya pernah dibuat.

    Berikan sebab mengapa rakyat harus sokong ketelusan proses pilihanraya.

    Berikan inspirasi kepada rakyat mengapa kita sebagai rakyat harus bersama membetulkan urusan negara yang milik kita bersama dan bukan milik BN-UMNO!

    Edarkan risalah di seluruh negara, masjid, surau, pasaraya, pasar basah, sekolah, stesen bus, stesen keretapi, stesen teksi, stesen bas, pantai-pantai peranginan, padang-padang permainan, kawasan rekreasi, dan di sepanjang jalan di seluruh negara. Banjirkan maklumat mengenai BESRIH dalam negara supaya rakyat faham mengapa BERSIH perlu di lakukan dan di sokong!

    Tidak cukup dengan bercakap dalam Internet sahaja! Insya Allah saya mulakan sendiri dengan mencetak dan mengedar info apa dan mengapa DEMO BERSIH itu. Kepada rakyat yang sayang pada negara, ayuh didik rakyat, inform rakyat apa dan mengapa BERSIH.

    JK BERSIH perlu segera lakukan pecutan akhir dalam seminggu ini. Kalau pun tidak jadi DEMO BERSIH kerana arahan DYMM atau sekatan Polis, mesej BERSIH tetap sampai kepada rakyat seluruhnya.

    http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=6823

  11. Sokong Bersih June 27, 2011 at 5:03 pm Reply

    Samada BN-UMNO suka atau tidak, DEMO BERSIH akan berjalan. Kemungkinan DEMO BERSIH akan menjadi seperti kebangkitan rakyat Tunisia atau Mesir adalah tidak mustahil.

    Di Tunisia, rakyat bangkit bangkit menggulingkan kerajaan zalim setelah seorang peniaga di pasar jalanan dinafikan hak berniaga walaupun sudah diberi lesen. Kebangkitan itu bukan ditiup oleh semangat politik tetapi kerana penindasan ke atas rakyat yang dilakukan oleh kerajaan zalim.

    Di Mesir, rakyatnya bangkit selepas piilihanraya umum mengisytiharkan kemanangan parti politi BN Mesir yang dipimpin oleh Hosni Mubarak. Umum tahu bahawa PRU Mesir itu penuh dengan penipuan dan penyelewengan yang dilakukan oleh parti BN Mesir. Akhirnya rakyat bangkit.

    Rakyat bangkit di Mesir bukan kerana semangat politik tetapi semangat mahu melihat ketelusan dan kebenaran dilakukan. Seorang wanita Mesir menulis bertalu-talu dalam Facebook mengajak rakyat bangkit untuk membetulkan urusan negara. Beliau ditangkap dan dipukul. Esoknya beliau menulis lagi dalam facebook, dan beliau mencabar jantan-jantan yang ada di Mesir supaya turun ke gelanggang awam iaitu di jalan-jalan raya Mesir bagi membela kaum wanita yang dipukul oleh polis Mesir sesuka hati.

    Kalau wanita sudah turun padang, kalau Dato Ambiga seorang wanita berani menjadi Ketua JK Demo Bersih, kalau bangsa India sudah berani ke jalanraya bersama orang Melayu, apalagi orang Melayu dan Cina tunggu? Apakah kita Jantan atau bacul? Negara ini negara milik rakyat! bukan milik BN-UMNO.

    DEMO BERSIH dan Rakyat tidak minta lebih daripada ketelusan dan kebersihan dalam pilihanraya. Itu sahaja. Kalau kerajaan faham tuntutan itu dan laksanakan tuntutan untuk mengurus SPR secara profesional, DEMO BERSIH boleh ditunda atau ditangguhkan. Itu sahaja. Mengapa kerajaan BN-UMNO tidak boleh bagi jaminan ini? Mengapa? Mengapa?

    Aduhai wanita, aduhai guru sekolah, aduhai pelajar, aduhai pekerja swasta dan kerajaan, aduhai kanak-kanak, marilah berhimpun secara aman, sebagaimana kita lihat jamaah haji sejumlah 3 juta boleh berhimpun pada satu-satu masa bertahun-tahun secara aman dan tidak ada kekacauan.

    Aduhai jantan-jantan, mat rempit, gedebe kaki lima, mat rock, mak nyah, bouncer dan tonto, turunlah bersama rakyat dari seluruh lapisan masyarakat bersama DEMO BERSIH pada 9 Julai ini.

    Aduhai pak imam, rakan-rakan tabligh, penghuni pondok tasawuf dan pondok tariqat, janganlah kita asyik membilang manik tasbih sahaja, tetapi marilah bersama rakyat dalam Demo BERSIH 9 Julai ini, marilah membilang tasbih sambil berjalan beramai-ramai secara aman untuk menuntut ketelusan dan kebenaran dalam urusan negara!

    Kita pergi berdemo BERSIH bukan kerana parti politik yang ajak kita, tetapi kerana kesedaran yang tinggi sebagai seorang warganegara yang sayang kepada negara.

    Kita pergi berdemo BERSIH bukan kerana kita suka berdepan dengan polis dan BN tetapi kita pergi kerana menunaikan tanggungjawab sebagai seorang warganegara yang cinta kepada tanah air.

    Kaum Cina, Melayu, dan India akan turut sama, inilah satu Malaysia. Yang tidak suka kepada DEMO BERSIH ialah UMNO Melayu. Yang tidak suka kepada DEMO BERSIH ialah PERKASA yang berfahaman cauvanistik Melayu. Yang tak suka kepada DEMO BERSIH ialah orang yang mahukan BN-UMNO terus menipu dalam piliharaya!

    Kaum wanita akan turun padang bersama Dato’ Ambiga, seorang wanita patriotik yang menjadi Pengerusi BERSIH 2.0, adakah jantan-jantan perkasa, berdada bidang, berlengan besar kecut perut untuk sama-sama berarak secara aman?

    Ayuh teman dan rakan, jiran dan taulan…kita lakukan sesuaatu yang mulia, baik, dan terhormat dengan sama-sama kita turut dalam DEMO BERSIH 9 Julai ini. Tunjukkan jatirdir kita sebagai rakyat Malaysia yang mahukan ketelusan dan profesinalisma dalam urusan negara.

    LihatlH Mesir yang aman selepas DEMO BERSIH di Mesir dan kehidupan harian berjalan seperti biasa. Urusan negara Mesir bertambah baik. Rakyat dapat rasakan kemederkaan dari penindasan parti BN Mesir yang dipimpin oleh Mubarak. Begitu juga Tunisia. Kegiatan ekonomi dan perniagaan kembali seperti biasa dan ekonomi terus tumbuh dan berkembang.

    Semoga Tuhan merahmati kita semua tanpa mengira agama dan kaum dalam DEMO BERSIH ini. Semoga peluh yang mengalir dari tubuh kita, air mata yang membasahi bumi dan darah yang mengalir mencium bumi akan membersihkan porses pilihanraya di tanah air kita yang tercinta ini. Amin Insya Allah BERSIH 2.0 akan menjadi titik tolak perubahan dalam negara ini.”

    http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=6845&mode=thread&order=0&thold=0

  12. Sokong Bersih June 27, 2011 at 5:04 pm Reply

    Samada BN-UMNO suka atau tidak, DEMO BERSIH akan berjalan. Kemungkinan DEMO BERSIH akan menjadi seperti kebangkitan rakyat Tunisia atau Mesir adalah tidak mustahil.

    Di Tunisia, rakyat bangkit bangkit menggulingkan kerajaan zalim setelah seorang peniaga di pasar jalanan dinafikan hak berniaga walaupun sudah diberi lesen. Kebangkitan itu bukan ditiup oleh semangat politik tetapi kerana penindasan ke atas rakyat yang dilakukan oleh kerajaan zalim.

    Di Mesir, rakyatnya bangkit selepas piilihanraya umum mengisytiharkan kemenangan parti politi BN Mesir yang dipimpin oleh Hosni Mubarak. Umum tahu bahawa PRU Mesir itu penuh dengan penipuan dan penyelewengan yang dilakukan oleh parti BN Mesir. Akhirnya rakyat bangkit.

    Rakyat bangkit di Mesir bukan kerana semangat politik tetapi semangat mahu melihat ketelusan dan kebenaran dilakukan. Seorang wanita Mesir menulis bertalu-talu dalam Facebook mengajak rakyat bangkit untuk membetulkan urusan negara. Beliau ditangkap dan dipukul. Esoknya beliau menulis lagi dalam facebook, dan beliau mencabar jantan-jantan yang ada di Mesir supaya turun ke gelanggang awam iaitu di jalan-jalan raya Mesir bagi membela kaum wanita yang dipukul oleh polis Mesir sesuka hati.

    Kalau wanita sudah turun padang, kalau Dato Ambiga seorang wanita berani menjadi Ketua JK Demo Bersih, kalau bangsa India sudah berani ke jalanraya bersama orang Melayu, apalagi orang Melayu dan Cina tunggu? Apakah kita Jantan atau bacul? Negara ini negara milik rakyat! bukan milik BN-UMNO.

    DEMO BERSIH dan Rakyat tidak minta lebih daripada ketelusan dan kebersihan dalam pilihanraya. Itu sahaja. Kalau kerajaan faham tuntutan itu dan laksanakan tuntutan untuk mengurus SPR secara profesional, DEMO BERSIH boleh ditunda atau ditangguhkan. Itu sahaja. Mengapa kerajaan BN-UMNO tidak boleh bagi jaminan ini? Mengapa? Mengapa?

    Aduhai wanita, aduhai guru sekolah, aduhai pelajar, aduhai pekerja swasta dan kerajaan, aduhai kanak-kanak, marilah berhimpun secara aman, sebagaimana kita lihat jamaah haji sejumlah 3 juta boleh berhimpun pada satu-satu masa bertahun-tahun secara aman dan tidak ada kekacauan.

    Aduhai jantan-jantan, mat rempit, gedebe kaki lima, mat rock, mak nyah, bouncer dan tonto, turunlah bersama rakyat dari seluruh lapisan masyarakat bersama DEMO BERSIH pada 9 Julai ini.

    Aduhai pak imam, rakan-rakan tabligh, penghuni pondok tasawuf dan pondok tariqat, janganlah kita asyik membilang manik tasbih sahaja, tetapi marilah bersama rakyat dalam Demo BERSIH 9 Julai ini, marilah membilang tasbih sambil berjalan beramai-ramai secara aman untuk menuntut ketelusan dan kebenaran dalam urusan negara!

    Kita pergi berdemo BERSIH bukan kerana parti politik yang ajak kita, tetapi kerana kesedaran yang tinggi sebagai seorang warganegara yang sayang kepada negara.

    Kita pergi berdemo BERSIH bukan kerana kita suka berdepan dengan polis dan BN tetapi kita pergi kerana menunaikan tanggungjawab sebagai seorang warganegara yang cinta kepada tanah air.

    Kaum Cina, Melayu, dan India akan turut sama, inilah satu Malaysia. Yang tidak suka kepada DEMO BERSIH ialah UMNO Melayu. Yang tidak suka kepada DEMO BERSIH ialah PERKASA yang berfahaman cauvanistik Melayu. Yang tak suka kepada DEMO BERSIH ialah orang yang mahukan BN-UMNO terus menipu dalam piliharaya!

    Kaum wanita akan turun padang bersama Dato’ Ambiga, seorang wanita patriotik yang menjadi Pengerusi BERSIH 2.0, adakah jantan-jantan perkasa, berdada bidang, berlengan besar kecut perut untuk sama-sama berarak secara aman?

    Ayuh teman dan rakan, jiran dan taulan…kita lakukan sesuaatu yang mulia, baik, dan terhormat dengan sama-sama kita turut dalam DEMO BERSIH 9 Julai ini. Tunjukkan jatirdir kita sebagai rakyat Malaysia yang mahukan ketelusan dan profesinalisma dalam urusan negara.

    LihatlH Mesir yang aman selepas DEMO BERSIH di Mesir dan kehidupan harian berjalan seperti biasa. Urusan negara Mesir bertambah baik. Rakyat dapat rasakan kemederkaan dari penindasan parti BN Mesir yang dipimpin oleh Mubarak. Begitu juga Tunisia. Kegiatan ekonomi dan perniagaan kembali seperti biasa dan ekonomi terus tumbuh dan berkembang.

    Semoga Tuhan merahmati kita semua tanpa mengira agama dan kaum dalam DEMO BERSIH ini. Semoga peluh yang mengalir dari tubuh kita, air mata yang membasahi bumi dan darah yang mengalir mencium bumi akan membersihkan porses pilihanraya di tanah air kita yang tercinta ini. Amin Insya Allah BERSIH 2.0 akan menjadi titik tolak perubahan dalam negara ini.”

    http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=6845&mode=thread&order=0&thold=0

  13. Hidup BERSIH! June 27, 2011 at 5:06 pm Reply

    “Nampaknya semakin kelam kabut Islam di Malaysia ini. Pakai Baju BERSIH tak boleh solat di masjid. Pakailah Baju Iklan ARAK ke, Baju Ikan JUDI ke. Bukan ke banyak Baju Iklan ARAK dan JUDI yang secara sedar atau tak sedar orang bawa solat di Masjid. Bawa sekali Utusan Malaysia boleh tengok keputusan JUDI dalam MASJID !

    ***********

    Dihalau keluar masjid kerana pakai baju Bersih

    KUALA LUMPUR, 27 Jun: Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar berasa kesal dengan sikap angkuh salah seorang ahli jawatankuasa Masjid Bandaraya, Likas, yang menghalau seorang pemuda daripada menunaikan solat di masjid itu semata-mata kerana memakai baju Bersih.

    Blog Pemuda PAS Sepanggar melaporkan kejadian yang berlaku di masjid tersebut kelmarin dapat dilihat oleh seluruh ahli kariah yang turut sama bersolat di masjid tersebut.

    Pemuda yang tidak mahu namanya dikenali itu, sememangnya sering bersolat di masjid tersebut telah dihalau keluar dari masjid ketika selesai bersolat Maghrib.

    Selain menghalau pemuda tersebut, AJK masjid tersebut telah mengeluarkan kata-kata kesat dengan MENUDUH PEMUDA TERSEBUT SEBAGAI MUNAFIK.

    Tidak cukup dengan kata-kata kesat, beliau turut menolak pemuda tersebut dengan kasar. Situasi yang memalukan itu akhirnya dileraikan oleh salah seorang ahli kariah yang masuk campur.

    Ahli kariah itu dengan nada yang tegas telah menegur AJK masjid tersebut kerana sikapnya yang memalukan itu. Beliau membela pemuda tadi, dan memarahi AJK masjid tersebut kerana menghalau anak muda dari bersolat semata-mata kerana mamakai baju Bersih.

    Justeru, Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar melihat perkara itu sepatutnya tidak berlaku. Sehubungan itu, DPP Sepangar menggesa agar Jawatankuasa Masjid Bandaraya segera mengambil tindakan terhadap AJK masjid tersebut di atas sikapnya yang merosakan imej Masjid Bandaraya yang sememangnya terkenal di kalangan para pengunjung dan pelancong.

    Sumber: harakahdaily”

    http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=6849&mode=thread&order=0&thold=0

  14. BERSIHKAN SPR June 27, 2011 at 5:06 pm Reply

    “Nampaknya semakin kelam kabut Islam di Malaysia ini. Pakai Baju BERSIH tak boleh solat di masjid. Pakailah Baju Iklan ARAK ke, Baju Ikan JUDI ke. Bukan ke banyak Baju Iklan ARAK dan JUDI yang secara sedar atau tak sedar orang bawa solat di Masjid. Bawa sekali Utusan Malaysia boleh tengok keputusan JUDI dalam MASJID !

    ***********

    Dihalau keluar masjid kerana pakai baju Bersih

    KUALA LUMPUR, 27 Jun: Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar berasa kesal dengan sikap angkuh salah seorang ahli jawatankuasa Masjid Bandaraya, Likas, yang menghalau seorang pemuda daripada menunaikan solat di masjid itu semata-mata kerana memakai baju Bersih.

    Blog Pemuda PAS Sepanggar melaporkan kejadian yang berlaku di masjid tersebut kelmarin dapat dilihat oleh seluruh ahli kariah yang turut sama bersolat di masjid tersebut.

    Pemuda yang tidak mahu namanya dikenali itu, sememangnya sering bersolat di masjid tersebut telah dihalau keluar dari masjid ketika selesai bersolat Maghrib.

    Selain menghalau pemuda tersebut, AJK masjid tersebut telah mengeluarkan kata-kata kesat dengan MENUDUH PEMUDA TERSEBUT SEBAGAI MUNAFIK.

    Tidak cukup dengan kata-kata kesat, beliau turut menolak pemuda tersebut dengan kasar. Situasi yang memalukan itu akhirnya dileraikan oleh salah seorang ahli kariah yang masuk campur.

    Ahli kariah itu dengan nada yang tegas telah menegur AJK masjid tersebut kerana sikapnya yang memalukan itu. Beliau membela pemuda tadi, dan memarahi AJK masjid tersebut kerana menghalau anak muda dari bersolat semata-mata kerana mamakai baju Bersih.

    Justeru, Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar melihat perkara itu sepatutnya tidak berlaku. Sehubungan itu, DPP Sepangar menggesa agar Jawatankuasa Masjid Bandaraya segera mengambil tindakan terhadap AJK masjid tersebut di atas sikapnya yang merosakan imej Masjid Bandaraya yang sememangnya terkenal di kalangan para pengunjung dan pelancong.

    Sumber: harakahdaily”

    http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=6849&mode=thread&order=0&thold=0

  15. mujahid June 27, 2011 at 5:08 pm Reply

    KUALA LUMPUR, 27 Jun: Dr Mujahid Yusof Rawa (PAS-Parit Buntar) meminta kerajaan menjelaskan mengenai isteri tentera yang hilang kelayakan sebagai pengundi awam.

    Sedangkan katanya, mengikut seksyen 2 (b), isteri tentera diberi pilihan untuk mengundi awam dan tidak semestinya mengundi pos.

    “Tapi apa yang kita dapati daripada maklumat kajian kita, ada beberapa pihak khususnya isteri tentera hilang undi awam.

    “Walaupun layak mengundi awam tapi nama mereka diletakkan dalam senarai undi pos,” katanya sewaktu mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.
    Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dalam jawapannya bagaimanapun menafikan dakwaan itu sebaliknya berkata adalah logik isteri tentera didaftarkan sebagai pengundi pos kerana perlu mengikut suami yang bertugas.

    “Kita semua tahu pada pilihan raya 1999 dan juga 2008 undi pos ini banyak berpihak kepada pembangkang juga. Jadi mengatakan undi pos dimanipulasikan itu adalah tidak benar.

    “Kalau bercakap tentang isteri tentera sudah sememangnya logik mereka didaftarkan sebagai pengundi tidak hadir kerana pada hari pengundian itu mereka bersama suami mereka di kem-kem yang ditetapkan.

    “Cuba bayangkan kalau isteri memilih untuk menjadi pengundi awam mereka terpaksa pulang ke kampung,” katanya.

    Selain itu Mujahid turut mempersoal mengenai tentera yang mempunyai dua kad pengenalan yang membolehkan mereka mengundi secara biasa dan secara pos.

    “Bagaimanakah tentang tentera yang mempunyai dua kad pengenalan iaitu kad tentera dan kad pengenalan awam dan nama undi pos dan undi awam.

    “Saya minta penjelasan daripada menteri supaya undi pos ini benar-benar mencapai maksudnya bukan undi yang dimanipulasikan,” katanya yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.

    Nazri sekali lagi menafikan perkara itu dengan berkata kemungkinan nama bekas tentera itu tidak dipotong dalam senarai pengundi awam.

    “Ini mungkin berlaku kepada bekas tentera kerana kalau dia sudah bersara dia akan didaftarkan sebagai pengundi awam dan kemungkinan rekod masih menunjukkan nama mereka ada di pengundi pos,” katanya.

    Mujahid dalam soalan asalnya meminta Perdana Menteri menyatakan statistik pengundi tentera yang bersara bertukar status kepada pengundi awam.

    Sementara itu, Nancy Shukri (BN-Batang Sadong) meminta menteri menyatakan jumlah pertambahan tentera setiap tahun bagi mengetahui jumlah tentera baru dan yang telah bersara supaya jumlah undi pos yang wujud diketahui.

    Mengapa isteri tentera dalam senarai undi pos

    http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=6852

  16. Sokong SUHAKAM June 27, 2011 at 5:08 pm Reply

    Merujuk kepada perhimpunan BERSIH, PERKASA dan Pemuda Umno pada 9 Julai ini, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengulangi pendiriannya bahawa orang ramai mempunyai hak untuk berhimpun dan menyuarakan pandangan secara aman.

    Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam berkata ia termaktub di dalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.

    Suruhanjaya mengulangi syor-syor yang telah dikemukakan sebelum ini kepada kerajaan untuk menghormati kebebasan berhimpun.

    Hasmy berkata, ianya terkandung dalam, antara lain, Laporan Tahunannya kepada Parlimen, serta permintaan bagi pemansuhan sub-seksyen (2), (2A) – (2D), (4), (4A), (5), (5A) – (5C), (7) dan (8) Seksyen 27 dan Seksyen 27A Akta Polis 1967.

    Suhakam juga, tambahnya, mengesyorkan agar pihak polis menggunakan cara yang bersesuaian dan tanpa keganasan sekiranya mereka mendapati ianya perlu untuk mengawal atau menyuraikan orang ramai semasa perhimpunan.

    Sehubungan itu, Suhakam menyeru pihak berkuasa untuk membenarkan perhimpunan aman tersebut dijalankan.

    “Dan kepada pihak-pihak lain yang merancang perhimpunan berkenaan agar melaksanakan hak mereka dalam keadaan terancang dan penuh tanggungjawab.

    “Suruhanjaya akan memantau perhimpunan itu sewajarnya,” tambahnya/Malaysiakini

    http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=6853

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: