Persediaan hadapi Operasi Lalang II

Hampir 30 tahun dulu, yakni akhir 1980an, KDN telah menjalankan Operasi Lalang ke atas ramai pimpinan PAS dan aktivis masyarakat, ahli akademik serta beberapa pimpinan Pemuda UMNO yang radikal  kerana mencetuskan suasana tegang yang boleh membawa kepada pergaduhan kaum dan agama.

Pada masa itu Pemuda UMNO di bawah pimpinan Najib bertikam lidah dengan Lee Kim Sai dari  MCA dalam bab ketuanan Melayu, dan dalam masa yang sama PAS bersuara lantang mengenai usaha Kristianisasi yang melanda masyarakat Muslim ketika itu. Pemuda UMNO sudah berkampung di Kuala Lumpur. Ucapan Pemuda UMNO yang berapi-rapi setiap hari dan khususnya di padang TPCA Kg. Baru Kuala Lumpur hampir mencetuskan pertempuhan darah apabila Pemuda UMNO dari seluruh negara berduyun-duyun datang ke KL dan dimaklumkan masing-masing membawa senjata. Tetapi apabila polis menjalankan Operasi Lalang, pimpinan PAS yang paling ramai disumbat dalam penjara. Najib terlepas, Lee Kim Sai lari dan dicutikan di Australia.

Ketika itu rakyat tidak celik undang-undang. Ketika itu rakyat tidak ada alat komunikasi seperti handphone dan Internet yang boleh menyampaikan maklumat dalam seminit dua. Rakyat tidak bersedia hadapi Operasi Lalang 1 pada akir 80an itu.

Kali ini tidak mustahil kerajaan akan buat Operasi Lalang ke 2. Sebelum membuat tangkapan beramai-ramai ini, media kerajaan sedang membuat propaganda keburukan BERSIH dan cuba beri  gambaran negatif terhadap BERSIH secara berulang-ulang setiap hari. Media juga membuat pelbagai bentuk lakonan dalam TV dan ugutan ke atas kakitangan kerajaan untuk menghalang rakyat dari terlibat dalam DEMO BERSIH!

Kesemua ini dilakukan bagi memberi justifikasi kepada kerajaan untuk melakukan Operasi Lalang ke 2. Sepertimana sebelum Amerika menyerang Saddam Hussien, Amerika mendidik masyarakat Amerika dan dunia akan segala keburukan dan kejahatan Saddam supaya rakyat Amerika dan dunia akan bersedia menerima dan bersetuju dengan  serangan Amerika ke atas Iraq.

Begitu juga Amerika lakukan ke atas Afghanistan. Mereka mencipta Sept 11 yang sehingga hari ini Amerika gagal memberikan BUKTI kukuh bahawa Osama ben Laden dan kumpulan Al-Qaedah yang bertanggungjawab dalam Sept 11. Peristiwa itu menjadi alasan kepada Amerika untuk masuk ke Afghanistan bagi menyiapkan saluran minyak bawah tanah untuk disedut keluar dari Iraq dan Kuwait (dan kalau boleh dari Iran juga, tapi gagal)  untuk di bawa keluar sampai ke laut di mana ifrastruktur Amerika sudah bersedia untuk mebawa minyak ke dalam kapal tangki Amerika.

Dalam isu DEMO BERSIH ini, kerajaan membuat strategi yang sama untuk menahan pimpinan aktivis masyarakat dan parti politik dengan “mendidik” masyarakat bahawa kononnya BERSIH ini kotor dan akan mencetuskan huru-hara. Setiap jam ada sahaja propaganda dibuat dalam TV dan saban hari ada sahaja paparan berita dan rencana jahat memburukkan tujuan mulia BERSIH yang menuntut ketelusan dan profesionalisma dalam urusan pilihanraya.

Boleh jadi kerajaan BN-UMNO menyangka Operasi Lalang ke 2 ini akan berjaya menutup mulut rakyat atau menahan kebangkitan rakyat seperti dalam Operasi Lalang 1, tetapi kerajaan BN-UMNO mungkin lupa, suasana hari ini tidak sama seperti dulu.

Dalam DEMO BERSIH ini, ia dipimpin oleh orang-orang profesional yang terdiri daripada jurutera, peguam, doktor, koprorat, intelek serta rakyat dari semua lapisan masyarakat. Ia digerakkan oleh NGO dan dibantu oleh parti politik yang dahagakan ketelusan dalam proses pilihanraya.

Kali ini rakyat celik maklumat. Dengan ledakan maklumat dan akses terbuka kepada komunikasi maklumat melalui telefon dan Internet, rakyat akan lebih tahu setiap inci tindakan tidak senonoh BN-UMNO. Bacalah liputan di bawah yang tidak ada dalam persediaan menghadapi Operasi Lalang 1 satu masa dulu.

http://kerajaanrakyat.blogspot.com/2011/07/bersih-20-semua-peserta-wajib-baca.html

Friday, July 1, 2011

Bersih 2.0: Semua Peserta Wajib Baca. Jangan Takut Kepada Haiwan Jelmaan!!!

Kerajaan Rakyat l Bersih 2.0

Peringatan: Andainya ada manusia bersikap tidak seperti manusia, maka mereka bukan manusia; mereka adalah binatang!!!

Peserta Perhimpunan Bersih 2.0 dinasihatkan supaya tidak panik sekiranya ditangkap polis, kata peguam Hak Asasi Manusia, Lawyers For Liberty (LFL) dalam forum anjurannya bertajuk ‘Hak Untuk Berhimpun’.

Forum tersebut menampilkan panel yang terdiri daripada N. Surendran, R. Sivarsa dan Latheeya Koya yang dipengerusikan Fadiah Nadwa Fikri di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, semalam.
Latheefa berkata, perkara asas yang perlu dilakukan apabila seseorang ditangkap kerana menyertai perhimpunan aman ialah bertenang dan menggunakan sebaik mungkin hak yang mereka ada.

“Jika Polis itu tidak berpakaian seragam, pastikan dia menunjukkan kad kuasanya dan jika kad kuasa itu berwarna merah, bermakna pegawai itu sedang digantung tugas dan tiada kuasa apa-apa terhadap anda,” katanya di hadapan lebih 100 orang.Menurutnya, jika sebaliknya, orang ramai  perlu memastikan nama, nombor ID, nombor pendaftaran kereta atau motorsikal mereka dicatat kerana semua itu amat penting.Latheefa berkata, seseorang hanya ditahan sekiranya mereka bertanya ‘Adakah saya ditangkap’ dan dijawab ‘ya’ oleh pihak polis, atau tidak dibenarkan berlalu, atau mahu dibawa ke balai polis, atau digari.

Namun katanya, tangkapan tidak sah sekiranya pihak polis tidak memberitahu alasan tangkapan itu dibuat.

“Barang itu perlu direkodkan dalam Borang Senarai Rampasan dengan memastikan barangan dipulangkan sebaik anda dibebaskan,” katanya.

“Pastinya, semasa tangkapan, Polis tiada hak memukul atau merampas barangan peribadi seperti dompet dan telefon bimbit kecuali selepas anda dihantar ke lokap untuk tahanan.

Pastikan balai atau lokap yang dihantar

Orang ramai yang ditahan juga perlu memastikan mereka dihantar ke lokap yang dinyatakan pegawai polis dan bukan dibawa ke tempat lain atau balai Polis lain.

“Semasa ditangkap, setiap tahanan berhak membuat satu panggilan telefon kepada keluarga, rakan dan peguam dengan memaklumkan masa, tempat, alasan ditangkap dan di balai polis mana anda di bawa dengan tempoh siasatan terhad dalam tempoh 24 jam sahaja.

“Jika Polis ingin meneruskan tempoh itu, mereka mestilah membawa anda ke hadapan Majistret dan pastikan anda tahu nama serta pangkat Polis yang menyoal siasat anda,” katanya.

Semasa soal siasat, katanya, lazimnya polis bersifat mesra pada awalnya dengan bertanyakan pelbagai perkara untuk mencungkil maklumat.

“Namun hanya nama, alamat, pekerjaan, dan umur sahaja yang boleh anda berikan dan selain itu anda wajar berdiam diri dengan berkata ‘Saya menggunakan hak  berdiam diri di bawah seksyen 112 (2) atau ‘saya menggunakan hak berdiam diri dan akan menjawab di mahkamah’,” katanya.

Latheefa berkata ia penting  bagi mengelakkan tahanan terperangkap dengan soalan mengelirukan kerana setiap rekod akan menjadi bukti di mahkamah.

“Jika anda diugut atau dipaksa memberi kenyataan, anda berhak membuat laporan polis terhadap pegawai itu,” katanya.

Sekiranya, seseorang di hadapkan ke mahkamah kerana berhimpun secara aman, mereka disaran supaya tidak mengaku salah dan mohon dibicarakan.

“Selepas itu, anda juga berhak dilepaskan, dengan ikat jamin Mahkamah di bawah seksyen 29 Kanun Acara Jenayah serta boleh memohon mengurangkan ikat jamin dengan mengemukakan tanggungan anda,” katanya.

2 thoughts on “Persediaan hadapi Operasi Lalang II

  1. Ahmadi Y July 2, 2011 at 4:04 pm Reply

    Pertubuhan Wartawan dan Jurugambar Akhbar Cina Pulau Pinang (Pewaju) hari ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan penunjuk perasaan pro-Umno yang “menyerang dan mengancam” wartawan semalam.

    Dua daripada wartawan berkenaan yang menjadi mangsa sikap agresif penunjuk perasaan itu telah membuat laporan polis.

    Pewaju juga meminta polis membuat siasatan dengan secepat mungkin dan mengumunkan keputusan siasatan kepada orang ramai untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap polis.

    “Dalam satu demonstrasi di bawah pimpinan peniaga Komtar, Mohamed Ghani Abd Jiman yang mendakwa dirinya sebagai wakil NGO, sekurang-kurangnya tiga wartawan diserang atau diancam oleh penyokong demonstrasi,” kata pertubuhan itu dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

    Baca lagi: http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=6994

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: