Adakah UMNO sudah diresapi fahaman dan amalan KOMINIS?

Tindak tanduk kerajaan BN-UMNO kebelakangan ini telah memanifestasikan resapan kominis dalam UMNO apabila mereka

  • tidak beri permit untuk rakyat berhimpun menyatakan suara dan pandangan rakyat terhadap penyelewengan, penipuan, dan kemungkaran  kerajaan BN-UMNO yang sedang memerintah
  • menghalang rakyat untuk membetulkan proses pilihanraya yang penuh dengan kepincangan dalam senarai daftar pemilih dan prosidur pilihanraya
  • mengugut dan menakut-nakutkan rakyat yang TIDAK SETUJU dengan BN-UMNO sedangkan TIDAK SETUJU dengan BN-UMNO itu adalah hak asasi rakyat (kerajaan BN-UMNO tidak boleh paksa rakyat terima BN-UMNO)
  • membuat propoganda dalam TV memburukkan rakyat yang sayang pada negara dan mahu membetulkan penyelewengan dalam SPR
  • mengarahkan khatib membaca  Qutbah Jumaat untuk menghalang rakyat menyatakan kebenaran mengenai penyelewengan kerajaan BN-UMNO melalui SPR, dan mengeluarkan “fatwa” kononnya berdosa kalau ikut serta Demo BERSIH
  • menahan dan menangkap rakyat yang TIDAK SETUJU dengan BN-UMNO sedangkan TIDAK SETUJU dengan BN-UMNO itu adalah hak asasi rakyat.
  • memberi amaran kepada rakyat melalui POLIS bahawa akan berlaku kekecohan dalam perhimpunan ini (seolah-olah sah akan berlaku dan polis akan pastikan ia berlaku melalui tindakan kotor polis berpakaian reman sepertimana yang selalu dibuat sebelum ini kecuali di Jom Heboh, Konsert Rock dan Citwarna)
  • mengintai dan mencari-cari pemilik blog dan bloggers  yang membuka pekong dan kurap kerajaan BN-UMNO
Kesemua tindak-tanduk ini adalah sama dengan tindak-tanduk KOMINIS untuk mengawal rakyat dan menindas rakyat serta menghapuskan orang yang tidak setuju dengan fahaman Kominis atau BN-UMNO.
Kini UMNO mengamalkan semua ini, dan mereka pakai baju MERAH melalui kumpulan PERKASA dan PEMUDA UMNO Malaysia apabila mereka berdemonstrasi. Apabila mereka BERDEMONSTRASI, POLIS diam seribu bahasa dan memberi kerjasama mengawal demonstrasi UMNO-PERKASA hingga selesai. Tidak ada provokasi dibuat oleh polis undercover, tidak ada kekecohan oleh polis penyamaran, dan tidak ada tangkapan dibuat pada himpunan yang tidak ada permit yang dilakukan oleh PERKASA, dan tidak ada dakwaan ke atas ucapan racist oleh PERKASA yang menimbulkan ketegangan kaum.

Mungkin benarlah berita sebelum ini UMNO sudah belajar dari KOMINIS bagaimana hendak mengawal rakyat yang “durhaka” pada kerajaan BN-UMNO sebagaimana rakyat di negeri kominis  yang tidak sehaluan dengan kerajaan kominis yang mengamalkan pemeritahan diktator dan totalitariasnisme seperti Cina, Rusia, dan Cuba.

Cuba kita teliti artikel di bawah ini tentang resapan fahaman dan amalan Kominis dalam UMNO dan hubungan UMNO dengan parti kominis Cina. http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=6990

29 JUN – Utusan Malaysia menjerit dengan tajuk akhbar semalam “Komunis resapi Bersih” dengan dakyah ciptaannya: “Ancaman terhadap keselamatan negara melalui gerakan komunis yang kini meresapi demonstrasi haram, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) berada pada tahap membimbangkan”.

“Pada tahap membimbangkan” kerana ada orang pakai t-shirt merah imej gambar Che Guevara?

Andaian palsu oleh lidah rasmi UMNO itu dibuat berdasarkan tangkapan polis terhadap 30 ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang dalam perjalanan untuk menyertai ceramah politik yang tidak ada kena-mengena dengan Bersih 2.0.

Polis pula, selain menahan anggota PSM bersama Ahli Parlimennya Dr Michael Jeyakumar, turut merampas t-shirt berwarna merah dan risalah-risalah parti; dan kemudian menuduh mereka yang ditahan dengan dakwaan cuba “memerangi Yang di-Pertuan Agong” dan “menghidupkan semula fahaman komunis”.

Sikap hipokrit yang berselindung di sebalik amalan kuku besi ini lah yang memperlihatkan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional sebagai pemerintah komunis zalim sebagaimana yang biasa dilakukan oleh regim-regim komunis pada era Perang Dingin dahulu.

Pemerintahan zalim ala Joseph Stalin, Mao Zedong dan Fidel Castro itu kini menjadi amalan UMNO-BN, terutamanya sejak pengumuman dibuat untuk rakyat Malaysia berhimpun secara aman melalui Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Sehingga semalam, lebih 80 orang ditahan di seluruh negara, kebanyakannya kerana memakai t-shirt kuning yang mempunyai tulisan Bersih 2.0.

UMNO rakan seperjuangan Parti Komunis China

Mungkinkah amalan zalim dan kejam ini dipelajari oleh UMNO melalui hubungan akrabnya dengan Parti Komunis China yang dikatakan kagum dengan corak pemerintahan UMNO?

Dalam laporan UMNO Online pada 20 Oktober 2010, Ketua delegasi Parti Komunis China (PKC), Huang Xiangyao, yang berkunjung ke Malaysia telah melahirkan keyakinan kepada UMNO yang menjadi tunjang kepada pemerintahan negara.

Ketua delegasi komunis itu berminat untuk belajar bagaimana UMNO mentadbir negara. Kenyataan ini disambut baik oleh Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yang gembira dengan hubungan erat kedua-dua parti.

Dalam pertemuan itu juga, UMNO berkongsi maklumat dengan PKC tentang organisasi UMNO dan persiapan UMNO pada waktu itu untuk menghadapi dua pilihan raya kecil di Dewan Undangan Negeri Galas, Kelantan dan Parlimen Batu Sapi, Sabah.

Laporan laman web UMNO itu tidak pula mendedahkan butir-butir penerangan tentang isu-isu politik Malaysia yang diceritakan kepada PKC.

Sepanjang pemberontakan komunis di negara ini pada 1948-60, dan kemudiannya serangan gerila diteruskan sehingga perjanjian damai 1989, PKC memberi sokongan penuh kepada Parti Komunis Malaya (PKM).

Mungkin Tengku Adnan lupa tentang hal itu apabila dengan bangganya mengumumkan bahawa PKC dan UMNO telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di Beijing, 5 Ogos 2010.

“Sewaktu mengadakan perbincangan, menterinya memaklumkan bahawa mereka amat kagum terhadap cara UMNO menangani masalah perkauman dan ingin mempelajari daripada kita bagaimana mengatasi masalah-masalah berkaitan etnik yang wujud,” kata Tengku Adnan.

Malaysia juga mempunyai hubungan rapat dengan negara-negara lain, terutamanya dalam hal-ehwal perdagangan dan pelaburan, tetapi jarang kedengaran UMNO mengadakan MoU antara parti di negara-negara berkenaan.

Walau pun akrab dengan hubungan dagang dengan negara-negara Barat, tidak pernah kedengaran UMNO mengadakan MoU dengan Parti Demokrat atau Republikan di Amerika Syarikat, atau dengan Parti Konservatif, Buruh atau Liberal Demokrat di Britian; mengapa MoU diadakan dengan rejim komunis di China?

Malah, Tengku Adnan dipetik sebagai berkata UMNO berminat menghantar Pemuda dan Puteri UMNO untuk mempelajari cara-cara PKC melaksanakan program mereka.

Regim komunis China tangkap pejuang hak asasi

Apa yang mereka pelajari? Rejim komunis China hanya membenarkan satu parti sahaja memerintah, iaitu PKC, dan sebarang bentuk penentangan adalah dianggap sebagai ancaman kepada keselamatan dalam negara.

Menurut laporan Amnesty International 2010, kebebasan media, hak berhimpun secara aman dan hak menubuhkan persatuan dikekang di China. Pejuang-pejuang hak asasi dipenjarakan, didakwa di mahkamah, ditahan di rumah dan ada juga laporan tentang aktivis-aktivis hak yang “hilang”.

Rejim komunis juga cuba mengawal internet dengan menggubal undang-undang sekatan serta menutup laman-laman web yang dituduh memburukkan sistem politik negara, memutarbelitkan sejarah PKC dan memecahbelahkan perpaduan kaum.

Pada Disember tahun lalu, rombongan ibu pejabat UMNO yang disertai beberapa Ahli Majlis Tertinggi UMNO serta ahli Exco Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO telah melawat China untuk berkongsi pengalaman demi mengekalkan persefahaman dan kerjasama dengan PKC.

Mereka mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin PKC yang memberi banyak maklumat jelas tentang parti dan regim komunis di China.

Komunis Vietnam kongsi pengalaman dengan UMNO 

Selain PKC, Parti Komunis Vietnam juga gembira dengan hubungan mesra bersama UMNO dan mahu berkongsi pengalaman dengan UMNO sebagai parti dominan dalam kerajaan BN.

Laporan laman web UMNO menyebut bahawa delegasi Akademi Parti Komunis Vietnam yang diketuai oleh Setiausaha Agungnya Dr. Nguyen Minh Tuan ke ibu pejabat UMNO pada Januari 2010 teruja dengan pemerintahan UMNO-BN di Malaysia.

Dr. Nguyen dipetik sebagai berkata komunis Vietnam ingin berkongsi pengalaman, khususnya tentang bagaimana UMNO menjaga masyarakat pelbagai kaum dan agama di Malaysia.

Dalam pertemuan pada awal tahun lalu itu, delegasi komunis Vietnam diberi penerangan tentang perjuangan UMNO oleh Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, seorang tokoh UMNO yang dijatuhkan hukuman denda oleh mahkamah kerana kesalahan menyebarkan video lucah baru-baru ini.

Apakah yang UMNO pelajari dari regim-regim komunis itu? Apakah UMNO telah diresapi komunis dan ejen-ejen asing?

Dan jika yang dipelajari itu baik, apakah ia sudah membuka hati UMNO dan kerajaan BN untuk menghormati hak asasi rakyat, hak bersuara, hak berhimpun secara aman, hak menuntut pilihan raya diadakan secara bebas, adil dan bersih?

Perang Dingin global sudah lama berakhir. Komunisme telah ditolak oleh warga dunia. Yang ada pun hanya cebisan sejarah lampau.

Momok komunisme hanya propaganda basi UMNO. Yang pemimpinnya amat bimbang sekarang ialah suara rakyat Malaysia yang sudah bosan dan tidak tahan lagi dengan politik kotor, rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan api perkauman. – Roketkini.com

6 thoughts on “Adakah UMNO sudah diresapi fahaman dan amalan KOMINIS?

  1. Muhamad S. July 5, 2011 at 2:44 pm Reply

    umno/bn dh semakin kejam,semua orang india dn cina sudah tahu,hanya orang melyu yg masih belum tahu kerana di perbodohkan dengan media tali barut bn..kesian orang melayu kita..

  2. Nordin Omor July 12, 2011 at 9:43 am Reply

    oh,,oh,,,sedih,sedih,,sanggupkah AMNOAPCO menyerap faham komunisme dalam dirinya,,ada yang tolak hadis,ada yang anti hudud,ntah apa-apa lagi,,,fikir-fikirkanlah..apa nak jadi nih…

  3. alif September 7, 2011 at 4:33 pm Reply

    umno adalah sambungan penjajahan. wakil penjajah british. wahai melayu kamu memang layu. sebab tu kamu tak bolik berdiri tegak. dilayukan olih sistem penjajah.

  4. muhammad rizal September 7, 2011 at 4:42 pm Reply

    cuba lihat lambang keris pada bendera umno tu, warna apa? hijau kan ?. macan daun koyak aje. begitulah kamu ditipu olih umno. mungkin umno pun ditipu olih pelukis bendera tu.Tukarlah sokongan sekali dan cuba yang baru jangan takuttt. cuma pangkah aje.

  5. Bernama January 7, 2012 at 2:13 am Reply

    Umno, China Communists to swap youth leaders(BERNAMA)
    August 05, 2010

    A giant portrait of Mao Zedong, the CPC’s first chairman, is seen in Beijing’s Tiananmen Square September 18, 2009. — Reuters pic
    KUALA LUMPUR, Aug 5 — Umno and the Communist Party of China (CPC) yesterday agreed to have youth leadership exchanges so that the youth leaders of both countries can have a better understanding of the economic and social development taking place in Malaysia and China.

    Umno secretary-general Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, who signed a memorandum of understanding (MOU) on behalf of Umno on co-operation between Umno and the CPC in Beijing yesterday, said this was all the more timely as China was now a major economic power.

    Wang Jiarui, Head of the International Liaison Department of the CPC Central Committee, represented the CPC.

    “On their part, they are amazed with our achievements and racial harmony and would like to learn from us how we were able to attain this harmony without any bloodshed,” Tengku Adnan said in a statement to Bernama.

    He said as a follow-up to the MOU, both countries agreed to set up a permanent mechanism to enable the exchanges to take place beginning this year. — Bernama

  6. Atan May 20, 2012 at 9:07 am Reply

    Apa agenda Komunis China ke Lurah Bilut?

    Hazayani Zakaria,
    20 Mei 2012

    KUALA LUMPUR, 20 Mei: PAS mengesyaki ada agenda tersembunyi di sebalik tindakan kerajaan membenarkan ­kunjungan delegasi Parti Komunis China (PKC) ke Felda Lurah Bilut, Pahang, 12 Mei lalu.

    Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman berkata, sedangkan sebelum ini isu komunis sangat sensitif di kalangan masyarakat.

    Malah, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dikecam hebat kerana dikatakan membela komunis.

    “Difahamkan PKC membuat lawatan sambil belajar dan berminat dengan pelaburan Felda Global Ventures. Kita tak kisah yang itu, tapi perkara pokoknya kenapa lawatan dibuat atas nama parti? Adakah kerajaan mengiktiraf PKC?” katanya kepada Harakahdaily hari ini.

    Mazlan juga berkata, kerajaan bersikap ‘double standard’ apabila menyambut kedatangan PKC sebaliknya menyekat Anak dan pemimpin Pakatan Rakyat bertemu masyarakat Felda.

    “Pakatan Rakyat sering dihalang daripada masuk ke Felda, program disekat, tapi PKC senang-senang sahaja boleh masuk, menerima layanan baik daripada pihak pengurusan Felda,” katanya yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat.

    Sehubungan itu, Pakatan Rakyat Parlimen Bentong membuat laporan polis berhubung perkara ini semalam.

    Mereka bimbang wujud elemen negatif memandangkan di Felda Lurah Bilut terdapat peneroka kaum Cina.

    http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/10441-apa-agenda-komunis-china-ke-lurah-bilut

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: