JUS SOLI Moden: Kerakyatan Malaysia sedang digadai oleh BN kepada warga asing!!!

Pada tahun 1945, JUS SOLI telah diperkenalkan oleh penjajah British di bawah Malayan Union di Tanah Melayu yang memberi kerakyatan kepada warga asing terutama kaum Cina dan India memasuki Tanah Melayu pada masa itu bagi menyelesaikan masalah kerakyatan yang dihadapi oleh mereka. Kemudian ia telah dilaksanakan pada 1946 yang telah menyebabkan kemasukan kaum asing terutama Cina dan India menghampiri 1 juta.

Dengan pemberian kerakyatan kepada warga asing ketika itu,  orang Melayu merasa amat tidak senang kerana untuk jangka panjang ia akan kedudukan orang Melayu dan institusi Raja Melayu, akibat daripada perkara tersebut telah menyebabkan orang Melayu bangun menentang gagasan tersebut.

Hari ini  kerajaan Barisan Nasional melalui Jabatan Pendaftaran Negara dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihanraya dengan sewenang-wenangnya memberikan kerakyatan kepada warga asing khususnya dari Indonesia dan Kemboja. Inilah JUS SOLI MODEN dan ia tidak jauh beza dengan JUS SOLI 1945

BN dan UMNO yang bimbang akan kalah dalam pilihanraya umum akan datang, sanggup menjual negara dan sanggup menukar KAD PENGENALAN MERAH warga asing kepada kad pengenalan biru. Dengan KAD PENGENALAN BIRU itu, maka warga asing yang menjadi rakyat Malaysia itu berhak untuk mengundi. SUDAH PASTI WARGA MALAYSIA BARU BERSUMPAH AKAN MENGUNDI BARISAN NASIONAL sebelum mereka diberikan KAD PENGENALAN BIRU.

Proses untuk memberikan KAD PENGENALAN BIRU ini berlaku atas nama PROGRAM PEMUTIHAN warga asing yang kononnya untuk mendaftarkan semua warga asing dan warga asing yang gagal mendaftar akan ditangkap dan dihalau keluar dari Malaysia.  PROGRAM PEMUTIHAN telah dijalankan di seluruh negara sejak bulan September 2010 lagi. Walaupun banyak laporan polis telah dibuat, polis di bawah Barisan Nasional terus diam membisu kerana ‘makan gaji” dengan kerajaan Barisan Nasional bukannya kerana gaji mereka dibayar oleh cukai rakyat.

Orang Melayu dari Pakatan Rakyat  bangun menentang pengkhianatan kerajaan untuk menjual negara ini, tetapi Melayu UMNO diam seribu bahasa termasuklah PERKASA. Orang Melayu dari UMNO dan PERKASA tidak bimbang akan masa depan negara dengan sebab anugerah warganegara Malaysia percuma kepada warga asing.

Segelintir orang India dan  Cina dari Pakatan Rakyat bangun menentang Jus Soli moden ini, tetapi kebanyakan orang India dan Cina khususnya dari Barisan Nasional seolah-olah tidak peduli akan hal ini. Kita ingatkan orang Cina akan keadaan perniagaan kereta tolak di pasar Chow Kit yang dulunya dimonopoli oleh kaum Cina, kita warga asing sudah menerobos masuk dan memecahkan tembok didominasi perniaagaan kereta tolak di Chow Kit.

Kita juga ingin ingatkan orang Melayu Malaysia bagaimana peluang pekerjaan di pelbagai sektor khususnya perkilangan, pertanian, dan pembinaan yang memberi peluang pekerjaan kepada warga Malaysia satu masa dulu, kini sudah didominasi 90% oleh warga asing.

Apa maknanya jika warga asing sudah diterima menjadi warga Malaysia dalam masa yang singkat? Bukan sahaja mereka akan beri undi kepada Barisan Nasional, malah mereka akan mendominasi beberapa sektor dalam negara  sehingga menjejaskan penduduk di negara ini?

Apakah motif kerajaan Barisan Nasional memberi KAD PENGENALAN BIRU kepada warga asing?

A. untuk mendapat undi dari warga Malaysia baru ini dan menang pilihanraya umum yang ke 13?

B. untuk menghapuskan dominasi orang Cina dalam perniaagaan kecil-kecilan?

C. untuk menampung kekurangan tenaga buruh dalam negara?

D. untuk membalas jasa warga asing yang telah berkerja membangunkan Malaysia?

Maklumat baru 16 Ogos 2011. http://www.malaysiakini.com/news/173138

Semua PATI angkat sumpah Aku Janji utuk sokong BN

Baru ditambah: 16 Sept 2011.  Keratan Akhbar yang menyatakan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wajed mengenai rakyatnya di Malaysia, mudah memperoleh status penduduk tetap (PR) dan layak mengundi.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5450-pkr-minta-siasat-pengakuan-pm-bangladesh

Baca lagi untuk tingkat maklumat

9 thoughts on “JUS SOLI Moden: Kerakyatan Malaysia sedang digadai oleh BN kepada warga asing!!!

  1. Ust Saiful Bahri August 12, 2011 at 3:39 pm Reply

    PATI… buat sakit Hati je..

    Oleh Ust Saiful Bahri

    Terengganu berpengalaman menghadapi tipu-jahat Umno-BN dalam memenangi pilihanraya. Walaupun diketahui tetapi dengan kudrat yang ada amat sukar membenterasnya. Apatah lagi ianya melibatkan kerja SPR,JPN, Polis bahkan semua jabatan dibawah kerajaan. Akhirnya apabila dah habis ayat kerusi dibaca… itu pasal terbang kerusi tu..

    Akibatnya ada pulak ahli kita yang diputus mahkamah untuk dipenjarakan kerana menahan pengundi di Rusila. Kalau tak buat macam tu… dah lama lingkup kerusi yang ditandingi oleh Tuan Guru Presiden.

    Begitu juga dengan PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin). Terengganu menghadapi kerenah pengundi Myanmar melebihi 5 ribu orang yang menggunakan kad pengenalan yang dikeluarkan di Kedah khususnya di Parlimen Kemaman dan Dungun. Datuk Ahmad Said sendiri memenangi Dun Kijal antaranya dengan undi lebih 1 ribu pengundi Burma ini. Apa yang mereka buat? Merayu? Pastinya dengan ugutan.

    Kini para PATI didaftarkan dengan biometric khususnya di negeri Selangor. Bilangan yang cukup untuk diagih-agihkan ke dun terpilih bagi memenangkan Umno untuk mendapat simple majoriti untuk kembali merampas Selangor. Najib dah bagi green-light. Apapun Selangor mesti dirampas kembali. Apa mereka peduli dengan masa depan negara.

    Hari ini kalau dilihat di Kuala Lumpur seolah-olah Negara sudah dikuasai oleh orang asing. Bahkan pusat-pusat perniagaan maupun rumah penempatan. Orang melayu dah jadi orang asal. Balik dan mula terpinggir. Pendatang Asing tanpa izin ini dianggarkan melebihi 1 juta. Dengan didaftarkan Kerajaan boleh membuat duit senang-senang beratus juta untuk belanja pilihanraya nanti. Sebenarnya ia tidak menyelesaikan masalah bahkan mengundang makin ramai PATI untuk memasuki Malaysia secara haram dan mereka menunggu untuk didaftarkan lagi.

    Itu tak diambil kira pertukaran dengan Kerajaan Australia baru-baru ini. Nampaknya lebih seronok jadi PATI daripada menjadi penduduk tempatan. Berapa banyak duit pembayar cukai yang diperuntukkan untuk mengurus mereka. Beruk dihutan disusukan, anak dirumah dibiar kelaparan. Kenapa? Demi survival dan kelangsungan politik Umno-BN. Inilah satu lagi projek Kerajaan Umno-BN.
    Sejumlah 530,625 pendatang asing tanpa izin (PATI) didaftarkan di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah, bermula pada 1 Ogos sehingga semalam, kata Timbalan Ketua Setiausaha (Kanan) Pendaftaran dan Imigresen Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Alwi Ibrahim. Beliau berkata pendaftaran Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) telah dilaksanakan di 206 pejabat Imigresen di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah serta 1,934 kaunter pendaftaran yang dikendalikan 336 syarikat pengurus.

    “Berdasarkan pecahan mengikut negeri, Sabah mencatatkan rekod pendaftaran PATI paling tinggi dengan jumlah 152,588; diikuti Selangor, 126,094; Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (103,075); Johor (33,451); Pulau Pinang (27,046); Perak (19,999); Pahang (18,390); Wilayah Persekutuan Putrajaya (13,400); Negeri Sembilan (13,065); Kedah (12,703); Melaka (5,842); Kelantan (2,150); Terengganu (1,761); Perlis (962); dan terendah, Wilayah Persekutuan Labuan, 99,” katanya dalam satu kenyataan di sini Isnin.

    Alwi berkata kerajaan memberi amaran keras kepada semua syarikat pengurus supaya tidak mengeluarkan sebarang maklumat mengelirukan, sama ada kepada PATI, majikan, ataupun orang ramai, khususnya membabitkan aspek bayaran. “Terdapat syarikat yang dilapor mengenakan bayaran pakej lebih RM35 dengan memaklumkan bahawa mereka bertindak atas arahan KDN.

    “Sehubungan itu, syarikat diminta menghentikan tindakan tersebut kerana KDN tidak pernah mengubah keputusan bayaran perkhidmatan kepada syarikat pengurus seperti yang telah ditetapkan kerajaan iaitu RM35 untuk pendaftaran dan RM300 untuk pemutihan tetapi bayaran itu hanya perlu dibayar jika PATI terpilih untuk diputihkan,” katanya.

    PATI… buat sakit Hati je..

    http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=8073

  2. tonypuapua August 25, 2011 at 4:14 pm Reply

    PASS THIS ON…
    THE RAKYAT MUST KNOW OF THIS SEWAGE POLITICS.

    The Dirtiest GE
    Wednesday, 03 August 2011

    By Tony Pua

    Based on the evidence of rampant cheating on the electoral rolls, the 13th General Election will be the dirtiest election in Malaysia’s history.
    The rumours have been swirling intensely for the past few months that the Barisan Nasional (BN) is registering foreign workers and permanent residents as voters for the coming general election. Various parties have given eye-witness accounts of vans from the National Registration Departments (NRD) heading to remote areas to conduct discreet registration exercises.

    In May 2011, PKR Ampang Member of Parliament, Zubaidah Kamaruddin had also surfaced a letter allegedly written by UMNO Hulu Selangor to the Home Minister to grant citizenship to a list of 2,000 foreign workers with the pretext that they will vote for BN in the upcoming elections.

    However, it was the reports in Malaysiakini yesterday providing hard-evidence that foreign permanent residents have been granted voting rights in Malaysia. What was perhaps more shocking was that within a matter of 4 hours, the status of the dubious new voters were immediately changed from permanent residents to citizens of this country in the NRD database. Essentially, these foreigners first secured their permanent residency, then became a voter and subsequently granted their citizenship.

    The above cases prove beyond doubt that there is an unholy conspiracy between BN, the Election Commission as well as the NRD to cheat their way to victory in the next general election.

    Alarm bells are raised over the integrity of our national security systems because of the flagrant abuse of the process and the ease at which our citizen data get manipulated. They also prove that the biometric system proposed by the Election Commission to “prevent phantom voters” is a complete non-starter. If even our NRD system can be tampered with so blatantly, there is no credible assurance that the government can provide that the biometric system proposal worth hundreds of millions of ringgit will be clean, transparent and secure.

    The action of the above parties follows the Prime Minister’s rallying cry in Selangor in May 2011 for BN to “win at all costs”. While the results of 2008 took BN by surprise, they are now leaving nothing to chance and would use all tricks in the book to maintain their strangle hold on power as well as to recapture the states lost to Pakatan Rakyat.

    It is also not the first that BN has awarded of citizenship to foreigners in a massive scale. They have previously done the same in Sabah with the covert “Project IC” which is also known as “Project M” where “M” denotes Mahathir. The project has cemented UMNO’s stranglehold on power and reduced the political power of the Kadazan, Dusun and Murut communities in Sabah. The outcome today in Sabah was a population explosion where naturalised “foreigners” outnumber locals in the state.

    BN will use its control over the media and security apparatus to intimidate Malaysians to vote BN as seen most recently during the Bersih rally, and money will not be an object to buy votes as shown in the Sarawak state elections. And if intimidation and the buying of votes do not assure them of success, BN would blatantly cheat its way to victory.

    Malaysians who are united in seeking free and fair elections will need to work doubly hard to negate the electoral malpractices committed by BN. And Malaysians seeking to achieve change in the next general election will have to work triply hard to convince those who are still in doubt over the need for change to overcome the uneven playing field in favour of BN.

    Tony Pua

    http://malaysia-today.net/mtcolumns/letterssurat/42540-the-dirtiest-ge-

  3. Bangla dapat IC biru September 16, 2011 at 2:21 pm Reply

    PKR minta siasat pengakuan PM Bangladesh

    Harakahdaily

    KUALA LUMPUR, 16 Sept: Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh mendesak siasatan dibuat terhadap pengakuan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wajed mengenai rakyatnya di Malaysia, mudah memperoleh status penduduk tetap (PR) dan layak mengundi, lapor Keadilan Daily.

    “Kita desak tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kenyataan Perdana Menteri Bangladesh berkenaan perkara ini.

    “Jika perkara ini berlaku, Najib perlu bertanggungjawab dan berani tampil memberikan penjelasan,” katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.

    Beliau yang juga ahli Parlimen Kuantan berkata demikian apabila diminta mengulas pengakuan Sheikh Hasina yang dipetik dari http://www.ngoab.gov.bd – laman rasmi Hal Ehwal badan bukan kerajaan (NGO) Jabatan Perdana Menteri negara itu.

    Mengikut laman itu, Sheikh Hasina berkata pekerja Bangladesh di Malaysia diberi kewarganegaraan dengan mudah asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah.

    Beliau juga mengesahkan sebilangan pekerja Bangladesh dalam beberapa sektor di Malaysia, diberi taraf kewarganegaraan sejak tahun lalu.

    Katanya, mereka juga diberi hak sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

    Keratan laman web rasmi Pejabat PM Bangladesh (bawah).

    http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5450-pkr-minta-siasat-pengakuan-pm-bangladesh

  4. Bangladesh PM Office September 17, 2011 at 12:02 am Reply

    Confirmed Malaysian government, led by BN-UMNO, awarded Malaysia citizenship to Bangladeshi lately with the conditions that these new citizens will vote for BN in the coming election.

    BANGLADESHI Prime Minister Sheikh Hasina told that she has been in Malaysia during her 6-day visit to South Korea and Malaysia last year.

    At the last leg of her six-day tour, Hasina arrived in Malaysia on May 18 to attend the 66th World Islamic Economic Forum [WIFE] in Kuala Lumpur, the next day where she delivered a special speech. During her stay in Kuala Lumpur, she held bilateral talks with her Malaysian counterpart Mohammed Najib bin Tun Abdul Razak when some long standing issues, including legalizing Bangladeshi workers in Malaysia, were prominently discussed.

    Highly placed sources claimed that during the meeting, the Malaysian prime minister assured Hasina of considering the issue of legalizing Bangladeshi workers to his country with utmost sincerity.

    Today, Prime Minister’s office has allegedly received a confirmation from some of our citizens those working in several sectors in Malaysia since last year that they were given more than citizenships from Malaysian Government. In fact they now have been given a right to be a voter in upcoming Malaysian’s general election.

    Another highly placed source from prime minister’s office has confirmed that Bangladeshi workers may easily conferred Malaysian citizenship with the condition to vote for party that represents the government in power.

    Honorable Prime Minister, Sheikh Hasina urges people to take this opportunity in order to lower the national poverty in line with government’s initiative and numerous measures to solve all major problems, including power and gas crises.

    Prime Minister Sheikh Hasina also urged Malaysian entrepreneurs to invest more in Bangladesh, particularly in labor-intensive industries including readymade garment, textile, light engineering, electronics, agro-based products, ICT, power and infrastructure.

    http://www.ngoab.gov.bd/Main.php?Id=66

  5. Musa A. October 12, 2011 at 1:28 pm Reply

    http://www.malaysiakini.com/news/178430
    Dakwa dapat IC, 200 pendatang dikepung
    Abdul Rahim Sabri & Nigel Aw
    2:11PM Okt 12

    Sekumpulan kira-kira 240 orang yang dipercayai pendatang dikepung di sebuah resort dekat Putrajaya hari ini.

    Exco Pemuda PAS, Mohd Adram Musa berkata pihaknya bersama-sama penduduk kampung mengepung mereka yang berada dalam sebuah pusat peranginan kerana mendakwa mereka akan diberi kerakyatan dan didaftar sebagai pengundi.

    Mohd Adram yang berada di tempat berkenaan, memberitahu demikian ketika dihubungi Malaysiakini.

    Beliau juga merupakan timbalan pengerusi lajnah pemulihan demokrasi dan mobilisasi Rakyat Pemuda PAS.

    Mohd Adram mendakwa pihaknya mendapat maklumat tersebut melalui risikan jentera mereka dan mengekori enam buah bas yang membawa kumpulan tersebut sejak jam 7.30 pagi tadi.

    Dakwanya lagi, semua yang majoritinya warga Indonesia itu dibawa dengan bas dari negeri Johor untuk diberi MyKad yang dipercayai ada kaitan untuk pengundian pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

    Bagaimanapun, katanya, bas-bas berkenaan telah beredar dari situ, meninggalkan kumpulan tersebut di resort berkenaan.

    Mohd Adram berkata kumpulan pendatang itu berada dalam sebuah pusat peranginan dekat Kampung Bukit Dugang. Pintu pagarnya telah dikunci.

    “Saya sendiri masuk ke dalam resort berkenaan, dan mendapati memang warga asing di dalamnya.

    “Kita tanya mereka bagitahu datang untuk kursus,” katanya pada sidang media kemudiannya.

    Menurutnya, kehadiran mereka bagaimanapun tidak disenangi ‘ketua’ rombongan itu dan mereka mengambil pendirian untuk keluar dari kawasan resort tersebut yang pagarnya kemudian dikunci pemilik resort.

    Berikutan itu juga mereka bertindak mengepung jalan masuk dari depan dan belakang resort tersebut.

    Turut serta pada sidang media di hadapan resort itu ialah AJK PAS Pusat Mazlan Aliman.

    Menurut Mazlan, beliau turut mendapat maklumat dari sumber dalaman yang tidak mahu bersubahat dengan operasi jahat itu.

    “Dia hubungi saya bagitahu terdapat dokumen tebal dalam bas serta mendengar cakap-cakap penumpang bas yang mendakwa akan mendapat MayKad hari ini.

    “Dia bagitahu saya maklumat ini kerana beliau tidak mahu bersubahat,” katanya.

  6. Tantawi October 25, 2011 at 4:51 am Reply

    Tubuh Suruhanjaya Diraja Menyiasat Penyelewengan Pengeluaran Kad Pengenalan
    Oleh Nasruddin Hassan Tantawi

    A. ISU MEMPERMUDAHKAN PEMBERIAN HAK KEWARGANEGARAAN

    Berikutan daripada kejadian 240 orang warga asing yang telah berkumpul di Istana Dugang Country Resort pada Rabu 12hb Oktober 2011, Pemuda PAS Malaysia telah mencurigai perkara-perkara berikut :

    1. Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Imran Abdul Rahman telah menyatakan bahawa warga asing yang berkubu di Istana Dugang Country Resort adalah bertujuan untuk kursus keusahawanan adalah tidak konsisten dengan bukti dan keterangan saksi. Antara keterangan yang diperolehi adalah pertama tiada sebarang kursus pun diadakan dalam tempoh 5 jam tersebut dalam resort tersebut. Warga asing tersebut hanya mundar mandir dalam resort tersebut. Ini telah disahkan oleh petugas-petugas pemuda PAS yang berada dilokasi kejadian. Kedua tidak ekonomik suatu kursus dalam tempoh masa hanya 5 jam dengan jarak 800 KM pergi dan balik dari Johor Baharu ke Putrajaya untuk melatih 240 orang warga asing. Ketiga apakah keperluan untuk mengadakan kursus keusahawanan kepada warga asing yang tidak dibenarkan berniaga dalam negara ini. Justru pihak polis seolah-olah melindungi pihak-pihak tertentu dalam kejadian yang berlaku ini.

    2. Berdasarkan kepada maklumbalas daripada warga asing tujuan mereka berada Putrajaya kemudian dipindahkan ke Istana Dugang Country Resort adalah untuk mengambil kad pengenalan biru.

    3. Menurut saksi kejadian terdapat ikrar yang telah dibacakan tanpa mengunakan microfon dalam bas yang memberi maksud bahawa kad pengenalan biru akan diberikan dan diminta mengundi parti kerajaan yang memerintah.

    4. Menurut saksi kejadian terdapat seorang wanita yang memakai jaket Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) telah menaiki bas daripada hentian Rawat & Rehat, Kulai. Beliau telah memberi taklimat tertentu di dalam bas tanpa menggunakan microfon. Tetapi beliau tidak bersama kumpulan warga asing ini semasa di Istana Dugang Country Resort.

    5. Menurut saksi kejadian arah perjalanan warga asing ini sering berubah-ubah. Mulanya atas tujuan mesyuarat di Putrajaya. Kemudian ada uru-ura dipecahkan dibeberapa lokasi di Johor. Apabila sampai di Putrajaya mereka berpusing-pusing di Putrajaya dan akhirnya di arahkan ke Istana Dugang Country Resort.

    6. Menteri Dalam Negeri Datuk Hishmuddin Tun Hussin seolah-olah lepas tangan dalam isu ini dengan kononnya mahu menyerahkan kepada Jawatankuasa Terpilih Parlimen berkaitan pilihan raya dan SPR. Pemuda PAS berpendapat bahawa Jawatankuasa Terpilih Parlimen ditubuhkan untuk memperbaiki sistem perjalanan pilihanraya di negara ini bukannya bertujuan untuk memperbaiki sistem permohonan kad pengenalan warga asing yang melibatkan Jabatan Pendaftaran Negara. Menteri Dalam Negeri juga tidak mengetahui apa tujuan 240 orang warga asing tersebut berada di Istana Dugang Country Resort sedangkan Ketua Polis Daerah Sepang mengetahui tujuan mereka berada di situ kononya menghadiri kursus keusahawanan. Ini memberi isyarat bahawa Menteri Dalam Negeri seolah-olah melindungi pihak-pihak tertentu dalam hal yang berkaitan dengan mempermudahkan pemberian kad pengenalan kepada warga asing bagi tujuan-tujuan tertentu.

    Berdasarkan kepada penyatan-penyataan di atas maka Pemuda PAS sangat kuatir bahawa terdapatnya aktiviti memudahkan pemberian hak kewarganegaraan kepada warga asing di negara ini untuk tujuan tertentu.

    B. ISU KOD NEGARA “71”

    Pemuda PAS Malaysia mempunyai bukti yang kukuh bahawa terdapat 170,818 dalam Daftar Pemilih Induk(DPI) suku ke dua 2011 SPR yang mempunyai kod negara “71”. Berdasarkan kepada semakkan laman web JPN, tiada kod “71” disenaraikan sebagai kod rasminya. Oleh itu Pemuda PAS menganggap bahawa kod“71” adalah suatu kod warganegara yang tidak diketahui negara asal kelahirannya. Walaupun terdapat kecurigaan tetapi oleh kerana nama mereka berada dalam DPI maka mereka diberi hak mengundi bagi memilih ahli Parlimen dinegara kita.

    42.33 % atau 72,742 pengundi yang tidak diketahui negara asal kelahiran ini adalah dari rumpun bangsa Cina iaitu Cina (71,252), Hokkien (521), Teochew (375), Cantonese (292), Foochow (135), Hainanese (119), Henghua (25) dan Hokchiu (23). 17.33 % atau 29,605 pengundi yang tidak diketahui negara asal kelahiran ini adalah dari rumpun bangsa India iaitu India (24,663), India Muslim (2,399), Punjabi (796), Sikh (639), Sri Lanka (346), Pakistani (328), Tamil (324), Tamil Sri Langka (67), Telegu (21), Malabari (12) dan Bangledeshi (10). Bangsa Bangledeshi adalah bangsa yang paling sedikit sekali menjadi pengundi di negara kita.

    Menariknya bagi rumpun bangsa Inonesia yang pernah memanaskan negara dengan Isu Mismah suatu ketika dulu hanya meliputi 4.37 % atau 7,468. Mismah memiliki kod negara “71” dan telah menjadi warganegara pada 31 Januari 2011. Pengundi daripada bangsa Indonesia yang tidak diketahui negara asal kelahiran ini dipecahkan kepada bangsa Indonesian (4,942), Bugis (1,356), Jawa (872), Banjar(240) dan Boyan(58).

    Bagi pecahan agama daripada pengundi warganegara tidak diketahui negara asal kelahiran ini adalah Islam 37.7 % ataua 64,400 orang sahaja menakala 62.30 % atau 106,418 pengundi bukan beragama Islam. Pecahan bukan beragama Islam adalah seperti berikut Buddha (50,842), Tiada Maklumat (22,595), Hindu (12,698), Tiada Ugama (9,726), Kristian (8,437), Sikhism (2,037) dan lain-lain (83). Menarinya bagaimana mereka yang tidak mempunyai makumat agama meliputi 13.22 % atau 22,595. Suatu jumlah yang sangat luar biasa.

    Bagi pecahan mengikut negeri tempat mengundi pula adalah Selangor (29,758), Johor (28,164), Wilayah Persekutuan (17,548), Perak (16,680), Kelantan (15,345), Pulau Pinang (12,799), Sarawak (9,324), Sabah (8,590), Melaka (8,069), Negeri Sembilan (7,516), Pahang (6,495), Kedah (5,793), Terengganu (3,313) dan Perlis (941) . Ini bermakna bahawa negeri Pakatan Rakyat (PR) termasuk Perak dan Wilayah Persekutuan mempunyai pengundi yang tidak diketahui negara asal kelahiran seramai 57.32 % atau 97,923 orang. Suatu jumlah yang cukup besar yang mungkin boleh menumbangkan kerajaan yang memerintah.

    Bilangan 170,818 adalah tidak termasuk nama Mismah dan senarai yang dibantah oleh PAS Selangor serta Pakatan Rakyat (PR) berjumlah 1,597 orang. Pemuda PAS Malaysia menjangkakan bahawa terdapat lebih ramai lagi pengundi tidak diketahui negara asal kelahiran ini dalam Daftar Pemilih Induk(DPI) suku ke-3 2011. Dijangka DPI suku ke-3 2011 ini akan digunakan untuk pilihanraya akan datang.

    Dalam jawapan yang telah diberikan oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) pada 5hb Oktober 2011 dinyatakan bahawa kod “71” adalah kelahiran warganegara Malaysia di luar negara dan Pemastautin Tetap Malaysia. Mulai tahun 2001 JPN baru mewujudkan kod-kod Negara luar secara khusus mengikut negara kelahiran masing-masing

    Walaubagaimana pun kewujudan warga negara yang mempunyai kod “71” pada waktu ini adalah terlalu ramai dan mencurigakan kerana JPN terlalu lewat memperkenalkan kod-kod kelahiran mengikut negeri sejak tahun 2001. JPN bertanggungjawab menjelaskan kepada rakyat Malaysia :

    a. Berapakah jumlah pecahan mengikut negara asal kelahiran bagi semua kod “71” ?

    b. Berapakah bilangan warga negera yang lahir di luar negara dan menggunakan kod “71” ?

    C. ISU KAD BERKEMBER DALAM DAFTAR PEMILIH INDUK(DPI) SPR

    Pemuda PAS Malaysia telah membuat siri-siri pendedahan manipulasi pilihanraya selama dua bulan kepada pihak media. Hasilnya, kami dapat mengenalpasti bahawa terdapat ribuan kes kad pengenalan yang berkembar. Buktinya, pertama yang paling jelas adalah melalui kenyataan dalam media The Star pada 24 Julai 2011 dimana Dato Wan Ahmad Bin Wan Omar, Timbalan Pengerusi SPR mengakui bahawa terdapat kad pengenalan klon dalam daftar pemilih SPR. Bukti kedua adalah melalui data yang telah dikeluarkan oleh SPR daripada Daftar Pemilih Induk (DPI). SPR memberi alasan punca utama mereka mengeluarkan data tersebut adalah kerana data tersebut tidak ada dalam rekod JPN. Isunya adalah bagaimana nombor kad pengenalan tersebut pernah diwartakan sebagai pengundi yang sah. Bukti ketiga adalah terdapat dua jenis data yang telah dibongkar oleh Dewan Pemuda iaitu pertamanya isu dua nama yang sama memiliki no kad pengenalan yang hampir sama dan keduanya isu satu kad pengenalan lama dimiliki oleh dua individu. Kedua-dua kad pengenalan ini sangat mencurigakan. Bersama ini Pemuda PAS menyediakan satu lampiran contoh-contoh nombor kad pengenalan yang berkembar.

    D. DESAKAN

    Bukti-bukti yang Pemuda PAS bangkitkan adalah melambangkan kecelaruan kerja yang terdapat dalam JPN. Kelemahan ini mungkin telah diambil kesempatan oleh pihak tertentu untuk memanipulasi data-data JPN. Kami penuh yakin terdapat dalang disebalik masalah yang berlaku. Kami akan mendesak kepada pihak atasan agar ditubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi menyiasat penyelewengan pengeluaran kad pengenalan di negara ini.

    UST NASRUDDIN HASSAN TANTAWI
    KETUA PEMUDA PAS MALAYSIA.

    http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=9813
    …..
    http://tkobloglist.blogspot.com

  7. mahfuz April 5, 2012 at 8:29 am Reply

    http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/9329-anggota-task-force-pengundi-warga-asing-didedah-

    ‘Task force’ pengundi warga asing didedah

    KUALA LUMPUR, 4 April: Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar (gambar) mendedahkan wujudnya ‘task force’ yang bertanggungjawab memberi taraf kerakyatan kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya nanti.

    Menurut Mahfuz ‘task force’ tersebut diketuai oleh Penasihat Khas Perdana Menteri Datuk Osman Razak, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Tajuddin Wahab, dan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

    Bukan itu sahaja, Mahfuz turut mendedahkan beberapa pegawai di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang dikatakan terlibat sama antaranya, Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Datuk Jariah, Nik Norashikin Nik Mansur, Rashid Basiron, dan Shahrul Anwar Ahmad Zahidi,

    Jelas Mahfuz, isu ini amat serius seolah-olah memperlihatkan kerajaan mahu menjual negara kepada rakyat asing.

    “Kerajaan BN tidak boleh berhadapan dengan politik terdesak dengan mengatasi, membawa warga asing untuk mengundi BN.

    (Wan Ahmad [kiri] dan Tajuddin Wahab, dua tokoh penting di belakang task force, dakwa Mahfuz)

    “Apabila lonjakan kebangkitan rakyat negara ini mahu menolak BN, tidak boleh diatasi dengan membawa warga asing untuk diberikan kerakyatan bagi memastikan mengundi Umno BN. Ini sangat berbahaya!” katanya.

    Kebimbangan ini, katanya akan menafikan hak rakyat di mana hak itu diboloti oleh warga asing akhirnya masa depan negara akan di tentukan oleh mereka.

    “Saya percaya keputusan rakyat selepas ini akan dimanipulasi oleh warga asing,” katanya dalam sidang media hari ini di bangunan Parlimen.

    Katanya, kerajaan boleh memanggil ketiga-tiga mereka serta pegawai JPN berkenaan bagi menjawab dakwaan itu melalui Suruhanjaya Diraja yang dibentuk.

    “Sebab itu kita desak kerajaan bentuk Suruhanjaya Diraja bagi menjawab segala dakwaan yang timbul dan suruhanjaya itu boleh memanggil mereka yang terlibat.

    “Kalau sekarang hendak panggil mereka, siapa yang berani? Perdana Menteri pun tidak,” katanya.

    Tambahnya, Suruhanjaya Diraja amat penting dibentuk dengan segera bagi mengenalpasti tentang semua dakwaan yang dibuat berhubung pemberian taraf kerakyatan bagi membolehkan warga asing mendaftar dalam daftar pemilih.

    Mahfuz berkata, suruhanjaya ini harus di bentuk sebelum pilihan raya umum ke-13.

    “Sebelum report dikemukakan kepada awam pilihan raya ke-13 tidak boleh diadakan sama sekali,” katanya.

  8. saleh April 5, 2012 at 8:30 am Reply

    http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/9342-najib-bertanggungjawab-task-force-warga-asing

    Najib bertanggungjawab ‘task force’ warga asing

    KUALA LUMPUR, 5 April: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah orang yang paling bertanggungjawab atas kewujudan ‘task force’ yang memberi taraf kerakyatan kepada warga asing, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

    “Apabila ‘task force’ itu memberi taraf kerakyatan kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya nanti, tak mungkin mereka diberi kerakyatan untuk memilih mana-mana parti. Tentulah mereka dikehendaki memilih Barisan Nasional (BN) yang dipimpin oleh Najib sahaja.

    “Lebih penting lagi, tak mungkin ‘task force’ seperti itu boleh wujud tanpa keizinan dan persetujuan Perdana Menteri memandangkan sebahagian dari yang terlibat itu adalah pegawai-pegawai kerajaan berprofil tinggi,” katanya.

    Bagi Salahuddin, apa yang berlaku itu adalah satu pengkhianatan yang sangat keji ke atas kedaulatan negara dan undang-undangnya.

    “Lebih malang lagi, bolehkah kita mendakwa bahawa Perdana Menteri bukanlah boss besar kepada ‘task force’ itu?

    “Apabila berlaku pengkhiantan, bolehkah kita mendakwa Perdana Menteri tidak mengetuai pengkhianatan terhadap negara itu?” katanya.

    Ahli Parlimen Kubang Kerian itu juga yakin projek memenangkan BN yang melibatkan ‘task force’ itu pasti menggasak wang rakyat dalam jumlah yang sangat besar.

    “Selepas diberi taraf kerakyatan kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya nanti, tentulah wajib diadakan sistem pemantauan dan ugutan untuk memastikan warga asing berkenaan mengundi BN.

    “Semua itu tentulah menggasak begitu banyak wang rakyat. Tak mungkin Najib dan para pemimpin Umno dan BN mahu mengeluarkan wang dari poket sendiri untuk membiayai projek memenangkan BN itu,” kata Salahuddin.

    Malah, katanya, pelbagai kesan dan akibat dari tindakan membanjirkan negara ini dengan warganegara asing yang diberi taraf kerakyatan itu juga akan memakan belanja yang luar biasa besar.

    “Dengan taraf sebagai warganegara semata-mata kerana hendak memenangkan Umno dan BN, mereka juga akan mendapat pelbagai keistimewaan yang sememangnya dinikmati oleh rakyat negara ini. Semua itu akan memakan belanja berterusan yang sangat besar jumlahnya.

    “Negara terpaksa menangung beban tambahan berterusan semata-mata kerana hendak memenangkan Umno dan BN. Itu belum lagi diambilkira kesan dan masalah sosial yang tidak dapat dielakkan akan tercetus,” kata Salahuddin.

    Sebab itulah beliau yakin, ‘task force’ tersebut akan menjadi pencetus kemarahan rakyat dan mereka akan membanjiri ibu negara dan tempat-tempat perhimpunan lain yang ditentukan di seluruh negara pada 28 April ini.

    Bersih 3.0 menetapkan 28 April ini untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran duduk bantah di Dataran Merdeka dan di tempat-tempat lain yang ditentukan di seluruh negara.

    “‘Task force’ itu pasti menjadi satu lagi penyebab utama yang mendorong seramai-ramai rakyat berhimpun dalam perhimpunan Bersih 3.0 seluruh negara 28 April ini.

    “500,000 duduk dan bantah di ibu negara bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dicapai oleh perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini,” kata beliau.

    Salahuddin tidak menolak kemungkinan besar PAS akan menubuhkan ‘task force’nya sendiri bagi menghadapi kerja jahat ‘task force’ itu.

  9. Sany April 5, 2012 at 8:31 am Reply

    http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/9344-pemuda-pas-sifat-umno-bn-dalang-jual-negara

    Pemuda PAS sifat Umno BN dalang ‘jual negara’

    KUALA LUMPUR, 5 April: Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memandang serius pembongkaran isu ‘task force’ yang bertanggungjawab untuk memberikan taraf kerakyatan kepada warga asing bagi membolehkan mereka layak menjadi pemilih berdaftar dan seterusnya mengundi di dalam pilihanraya yang akan datang seperti yang didedahkan oleh Datuk Mahfuz Omar.

    Ketua Pengarahnya, Mohd Sany Hamzan (gambar) berkata, apa yang lebih mengejutkan ialah pembabitan SPR itu sendiri melalui Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

    Selain itu, ujarnya pembabitan Penasihat Khas kepada Perdana Menteri, Datuk Osman Razak serta Setiausaha Majlis Keselamatan Negara, Datuk Tajudin Wahab telah membuktikan bahawa agenda pengkhianatan untuk ‘menjual negara’ ini sememangnya didalangi oleh Umno dan Barisan Nasional.

    “Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia bersetuju supaya sebuah Suruhanjaya Diraja perlu dibentuk dengan kadar yang segera supaya dapat melakukan siasatan terhadap pengkhianat negara ini selain beberapa orang pegawai lagi daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang turut bersekongkol dengan ‘penjualan maruah negara’ ini termasuklah Ketua Pendaftaran Negara, Datuk Jariah sebelum daripada Perdana Menteri membubarkan Parlimen untuk memberi laluan kepada pilihanraya umum ke 13,” ujarnya dalam satu kenyataan.

    Justeru, Sany berkata perkara yang telah didedahkan itu perlu mendapat perhatian segera pihak kerajaan dan pihak yang berwajib supaya dapat ‘menahan’ pengkhianat-pengkhianat yang telah dinamakan oleh Mahfuz itu untuk membantu siasatan dan menarik kembali jawatan serta kelayakan mereka sebagai seorang penjawat awam supaya sebarang siasatan dapat dilakukan dengan telus dan adil.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: