Azan, Mengaji, Ceramah melalui mikrofon

Memanggil orang Muslim untuk solat melalui azan bukan sahaja satu syiar Islam malah  azan itu wajib pada hukum syara’ dalam Islam.

Kalau di negara majoriti penduduknya Muslim,  maka kerajaan membolehkan kita melaungkan azan untuk didengar di seluruh kawasan berdekatan. Kalau di negara bukan majoriti Islam, terserah kepada kerajaan negara berkenaan untuk membenarkannya. Di Amerika dan England, Muslim adalah minoriti dan azan tidak dibenarkan dilaungkan dengan menggunakan pembesar suara. Tetapi ada sesetengah lokasi dalam Amerika dan England, kerajaan tempatan membenarkan laungan azan melalu pembesar suara kerana majoriti penduduk di lokasi itu adalah Muslim. Begitu juga di Maurtius seperti yang diberitahu oleh seorang sahabat bahawa azan di benarkan dilaungkan melalui pembesar suara di negara itu walaupun penduduk Muslim hanya sekitar 12% sahaja. Mauritius mempunyai sejarah tersendiri iaitu  migrasi penduduk India, samada beragama Hindu, Kristian dan Islam ke pulau yang mempunyai penduduk 1.2 juta itu.

Manakala al Quran, qasidah, dan ceramah agama tidak dituntut dalam Islam untuk dibacakan dengan kuat melalui pembesar suara sebelum atau selepas solat watu. Oleh itu ia bergantung kepada suasana setempat. Jika penduduk setempat, misalannya di flat atau kawasan perumahan itu hanya 5% -10% orang Islam, maka tidak perlu digunakan pembesar suara untuk bacaan al Quran, qasidah, dan ceramah agama sebagai menghormati penduduk setempat. Sebaliknya jika majoriti penduduk setempat adalah Muslim, 50% ke atas maka dibolehkan menggunakan pembesar suara untuk bacaan al Quran, qasidah, dan ceramah agama dengan cara yang bijaksana walaupun asasnya ia bukan satu keperluan seperti azan.

Ringkasnya, azan dituntut untuk dlaungkan sekuatnya, samada melaui pembesar suara atau di atas menara yang tinggi atau didahului dengan beduk sebelum azan, manakala yang lain seperti bacaan al Quran, qasidah, dan ceramah agama tidak dituntut tetapi boleh dilakukan dan digalakkan supaya dilaksanakan tetapi berhemaah dalam menggunakan pembesar suara.

Apabila diteliti isu azan, mengaji, ceramah melalui mikrofon di masjid/surau di Pulau Pinang, kita akan dapati

  • pertama, UMNO dan kuncu-kuncunya yang suka buat fitnah dan menipuserta membuat cerita rekaan dengan  mengatakan kerajaan Pulau Pinang haramkan azan melalui pembesar suara
  • kedua, UMNO dan kuncu-kuncunya yang jahil bab agama cuba menjadi juara untuk membela Islam dan umat Islam
Hakikatnya UMNO mahu melumpuhkan kerajaan PR Pulau Pinang dan mahu merampas semula P. Pinang dengan menggunakan isu agama! UMNOlah sebenarnya yang mengambil kesempatan atas agama dan menjadikan agama sebagai alat untuk kepentingan politiknya. Inilah tektik kotor dan jijik UMNO yang tidak pernah berhenti hingga hari kiamat.
————
Larang guna pembesar suara selaras syarak 
Salmah Mat HusainKOTA BHARU, 14 Ogos: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan arahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) tidak membenar masjid menggunakan pembesar suara menyiar bacaan al-Quran sebelum Subuh selari dengan syarak.Menteri Besar berkata, Islam tidak menggalakkan bacaan al-Quran diperdengar dengan kuat terutamanya menggunakan pembesar suara kecuali azan.”Hanya azan sahaja yang perlu dikuatkan dengan tujuan untuk menyeru umat Islam menunaikan solat dan meninggalkan sementara urusan dunia,” katanya selepas merasmikan pelancaran Koperasi Rakyat Kelantan Berhad di KTC hari ini.

Beliau diminta mengulas larangan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang menggunakan pembesar suara di masjid sebelum solat Subuh kerana ia dianggap mengganggu ketenteraman masyarakat berbilang kaum.

Sebelum ini media melaporkan JHEAIPP mengarahkan semua masjid dan surau menghentikan bacaan al Quran menggunakan pembesar suara sebelum Subuh kerana bercanggah dengan hukum syarak.

Arahan tersebut juga selaras dengan keputusan masyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri berkenaan pada 7 April lalu.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, umat Islam jangan begitu seronok membaca al-Quran dengan menggunakan pembesar suara kerana ia tidak elok dan boleh mengganggu ketenteraman orang ramai terutama kanak-kanak sedang tidur.

“Di Kelantan mungkin tak apa, sebab sudah menjadi perkara biasa, namun sesetengah tempat mungkin tidak boleh dan keputusan itu perlu dihormati,” ujarnya.

Ketua Pengelola Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Ustaz Abdullah Abdul Razak berkata, suasana masyarakat berbilang kaum perlu diambil kira apabila memperdengarkan bacaan al Quran secara kuat sebelum Subuh.

Katanya, bagi penduduk tinggal di negara yang majoritinya orang Islam perkara seperti itu tidak berbangkit kerana orang ramai sudah faham.

“Apa yang diputus di Pulau Pinang itu selaras dengan kehendak syarak kerana suasana persekitarannya bukan hanya didiami orang Islam sahaja.

“Syarak hanya membolehkan azan dilaungkan dengan kuat bagi menyedarkan orang yang tidur supaya bangun menunaikan solat,” ujarnya di sini.

Tindakan JHEAIPP turut disokong pensyarah USM, Prof Madya Dr Asri Zainul Abidin dan Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya yang memberi contoh Rasulullah saw pernah melarang orang membaca al-Quran secara kuat dalam masjid kerana boleh mengganggu jemaah lain.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4908-larang-guna-pembesar-suara-selaras-syarak

Baca lagi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: