“Learn, Unlearn, Relearn” Sejarah Malaysia

Lebih 50 tahun majoriti  rakyat Malaysia percaya kepada sejarah Malaya dan Kemerdekaan Malaysia yang ditulis oleh penjajah British dan digunapakai oleh Kementeria n Pelajaran Malaysia. Setiap tahun pula, kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh BN-UMNO mengingatkan akan sumbangan UMNO, sumbangan UMNO dan sumbangan UMNO dalam mencapai kemerdekaan Tanah Melayu, seolah-olah hari kemerdekaan Malaysia adalah  bermakna hari kecemerlangan UMNO.

Tiba-tiba Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS, membawa satu sudut pandangan dan perspektif diluar dari kotak pemikiran rakyat Malaysia dengan satu lontaran bahawa mereka yang  menyerang balai polis di Bukit Kepong dalam peristiwa 1950 itu  adalah pejuang yang menentang penjajah, bukan penderhaka. Meskipun di Bukit Kepong itu ada polis dari kalangan orang Melayu, Kongo, India, Sri Lanka, dan Orang Asli mati dibunuh oleh penyerang, kematian pegawai  polis ini tidak boleh dibanggakan sangat oleh rakyat Malaysia kerana pegawai polis yang mati itu bukan pejuang yang menentang penjajah tetapi mereka mati kerana mempertahankan penjajah. Mereka bersumpah taat setia kepada Queen Elizabeth, dan bukan kepada Raja-Raja Melayu yang memerintah Tanah Melayu ketika itu.

Dengan lontaran tersebut, UMNO menjadi kelamkabut, PM menjadi kalut, TPM menjadi bertih digoreng dalam kuali panas, manakala orang UMNO lain menganga lopong bagaikan terkena kejutan letrik. Pakar-pakar sejarah tanah air yang mendapat didikan barat mula termenung sebentar untuk “learn, unlearn, and relearn” sejarah Malaysia. Tidak kurang juga orang akademik yang buat tidak peduli.

Kalau rakyat Malaysia berfikir secara jujur dan terbuka dalam menilai sejarah Malaysia, kita akan dapati:

  • Ada rakyat yang bangun menentang penjajah Portugis, Belanda, dan British serta Jepun yang menjajah Malaysa. Penentangan ini dibuat oleh kebanyakannya daripada golongan agamawan Melayu  dari pondok. Di zaman British, golongan agamawan yang terdiri daripada ulamak ini diburu, ditangkap, dibunuh, dan ada yang dibuang daerah “ke Mekah” kerana golongan ini menentang penjajah. Penjajah itu bukan kerajaan Malaya yang sah ketika itu tetapi satu regim,  manakala Raja-Raja Melayu yang memerintah negeri-negeri di Malaya disekat dan dibekukan kuasa mereka. (nota: regim maknaya pemerintah yang tidak sah bagi sesebuah negara; kuasa pemerintahan dirampas dari negara yang dijajah; sama seperti regim Israel yang merampas tanah air Palestin dan membuat negara baru Israel).  
  • Apabila Jepun menakluk Malaya, ada rakyat Melayu dan Cina yang bangun menentang penjajah Jepun samada secara sendirian atau bersama Parti Kominis Malaya yang berkebetulan Jepun menganggap orang Cina sebagai musuh tradisi mereka sebelum dan selepas Perang Jepun-China pada tahun 1940an. Apabila Jepun menakluk Malaya, orang Cina dan British adalah musuh utama kepada Jepun. Kehadiran Parti Kominis Malaya tidak ada kaitan dengan golongan agamawan tetapi ada kaitan dengan pemerintahan kominis di Tanah Besar China pada masa itu. PKM menentang Jepun adalah rentetan dari Perang Jepun-China.
  • Semasa penaklukan Jepun ke atas Malaya, ada orang Melayu (termasuk Sarjan Hassan, Leftenan Adnan dll) yang berkhidmat dalam tentera Brtish iaitu penjajah yang menentang Jepun,  atas sifat mereka sebagai pegawai British, bukan sebagai Askar Melayu DiRaja kepada Raja-Raja Melayu. Oleh itu, askar British yang terdiri dari orang Melayu, Kongo, India, Sri Lanka, dan Orang Asli ini adalah pekerja British, bekerja untuk British, bukannya penentang British yang menjadi penjajah.
  • Selepas Jepun menyerah kalah, British terus menyambung pemerintahan penjajahan mereka, dan banyak ulamak yang terus bangun menentang penjajahan British diburu, ditangkap, dibunuh, dan dibuang daerah. Dan orang Cina dari parti kominis yang turut sama bangun untuk menghalau penjajah British juga diburu, ditangkap, dan dibunuh. Orang Melayu, Cina, dan India lain yang berada di bawah pemerintahan regim British “terpaksa” akur kepada regim pemerintahan British yang disokong oleh gologan Melayu yang mendapat pendidikan barat yang ada dalam UMNO.
  • Persoalanya sekarang, siapakah pejuang sebenar yang menentang penjajah British? Siapa pula pengkhianat negara yang menjadi tali barut British? Siapa pula yang dapat jawatan untuk memerintah Malaysia selepas British keluar dari bumi Malaysia?

Inilah satu titik sejarah tanah air Malaysia, di mana rakyatnya diajak berfikir dan tidak mengikut telunjuk pemimpin Malaysia secara membuta tuli.

Golongan agamawan Melayu yang dipimpin oleh ulamak menubuhkan PAS (termasuk datuk kepada Tun Abdullah Badawi, bagi bertujuan membetulkan kesilapan pemimpin Melayu yang rata-rata terdiri dari UMNO yang menipu rakyat dan menjadi tali barut kepada British, dan mengekalkan falsafah dan amalan pemerintahan British di Malaysia hingga hari ini.

PAS ditubukan di awal 50an adalah antara lain kerana tidak mahu menjadi seperti lembu dicucuk hidung oleh UMNO dan tidak mahu mengikut pemimpin Malaysia yang ramai daripada UMNO secara membabi buta.

PAS bangun menentang UMNO antara lain kerana UMNO mengekalkan roh dan pemikiran penjajah British dalam pentadbiran negara melalui pemerintahan sekular yang menolak kuasa mutlak Tuhan dan meletakkan kuasa tangan manusia melalui demokrasi untuk memutuskan halal atau haram mengenai sesuatu perkara.

UMNO meluluskan judi, arak secara berleluasa, pelacuran, riba, rasuah, dan penipuan dan penyelewengan dalam banyak perkara termasuk dalam proses pengurusan pilihanraya umum.

Semoga rakyat yang cerdik, jujur, dan berani dengan menggunakan ilmu dan akal bangun membetulkan UMNO dan Malaysia.

Semoga rakyat yang cerdik tetapi tidak jujur dan tidak berani (atas pagar) terbuka hati mereka untuk berfikir di luar kotak. Semoga rakyat yang tidak cerdik tetapi jujur dan berani akan  bangun menjatuhkan UMNO-BN dalam PRU ke 13.

Semoga rakyat yang ikut UMNO secara membuta tuli dan ada kepentingan peribadi dan kepentingan dunia semata-mata akan menyesal di kemudian hari.

Bacalah siapa itu Pak Sako, Tok Janggut, Mak Kilau, Dato’ Bahaman, Dr Burhanudin, Ahmad Boestamam, Tok Ku Paloh, Tok Gajah, Hj Abdul Rahman Limbong, Tuan Haji Hussien dalam konteks pejuang kebangsaan tulin?

Gambar bawah: Tok Janggut ditembak mati oleh penjajah British. “Mayat Tok Janggut dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang memakan masa satu hari. Mayat beliau digantung songsang (kaki di atas dan kepala di bawah) beberapa hari di Padang Bank (Padang Merdeka). Kemudian mayatnya itu telah ditembak oleh sepasukan pihak British sehingga putus dua badannya.  Selepas itu mayatnya dibungkus dan dibawa dengan perahu ke Pasir Pekan untuk dikebumi.”  Dipetik dari http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=8493&mode=&order=0&thold=0. Apakah Tok Janggut ini pengkhianat negara? Orang UMNO akan setuju dengan penjajah British sebab Penasihat UMNO ialah orang British. Rujuk siapa Tok Janggut, yang dikatakan penderhaka dan pengkhianat bangsa Melayu atau UMNO yang menjadi penjilat tapak kaki British kerana mengiakan semua kata British?

Baca pandangan Ketua Penerangan PAS mengenai isu ini. Beliau adalah mantan Pesnyarah Kanan UiTM Jengka Pahang dan lulusan UKM.

KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, manusia perlu jujur dalam mengkaji dan menafsir sejarah tanpa prejudis.“Secara peribadi, saya merasakan adalah perlu untuk kita jujur dalam mengkaji dan menafsir semua fakta sejarah.

Cakaplah benar, walaupun ia pahit,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini sebagai mengulas isu kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang diputarbelitkan oleh media perdana.Dalam isu sejarah kejadian Bukit Kepong yang dibangkitkan Mohamad dalam satu ceramahnya yang sengaja dijadikan isu kontroversi hangat oleh Umno baru-baru ini, Tuan Ibrahim berkata isu siapa pejuang dan siapa pengkhianat amat berkait rapat dengan bagaimana isu asas itu.

“Apakah British dan konconya yang telah menjajah negara ini dianggap kita sebagai hero ataupun penjajah?“Kaitannya adalah kerana kalau negara terima mereka sebagai penjajah, maka secara logiknya semua yang menentang penjajah akan dianggap sebagai hero.”Inilah yang terjadi kepada penilaian baru sejarah Mat Kilau, Tok Gajah, Tok Bahaman, Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong dan yang lain-lainnya. Mereka ini bangun mengajak rakyat menentang penjajahan British dan sejarah kini menganggap mereka hero dan pejuang,” kata beliau.

Utusan Malaysia dalam laporan muka depannya baru-baru ini menyiarkan Mohamad Sabu sebagai mendakwa Muhammad Indera, lelaki yang bersekongkol dengan Goh Pen Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai tersebut

Ini disusuli pula dengan pelbagai kecaman daripada pemimpin-pemimpin Umno, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, timbalannya Muhyiddin Yassin dan terbaru mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.Selain itu, Utusan melaporkan, timbalan presiden PAS itu, dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu, turut mendakwa Datuk Onn dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana menganggap mereka sebagai pegawai British.

Tuan Ibrahim menegaskan bahawa kedudukan dan jasa Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman dan lain-lain sebagai nasionalis sehingga berjaya merunding kemerdekaan negara pada 1957 dalam sejarah negara, walaupun mereka pernah menjadi pegawai British tidak perlu dipertikaikan, dinafikan dan jauh sekali nak dipersoalkan dalam tafsiran sejarah.

“Namun jika hanya merujuk kepada tahun 1950, apakah pula status golongan yang melawan penjajah British dan kerajaan British pada waktu itu – adakah mereka adalah hero ataupun pengkhianat?” soal beliau.”Disebabkan pada zaman British menjajah negara kita, British telah berjaya memperalatkan beberapa tokoh Melayu untuk bersekongkol dengan mereka, namun tidak dinafikan ada yang bersekongkol untuk menghalau British dari dalam kerajaan, katanya maka kini, timbul satu tafsiran baru daripada segi sudut sejarah.

“Kita harus faham kenapa berlakunya penentangan terhadap Inggeris oleh rakyat dari pelbagai bidang – ada yang menyertai PKMM, PKM dan lain-lain – semuanya bagi menentang penjajah British dan mereka yang bersekongkol dengan penjajah British.

“Atas penilaian inilah, kita menafsir semula sejarah dan menganggap tokoh-tokoh pejuang yang melawan penjajah British sebagai hero.

Jikalau itu adalah tafsiran kita, bagaimana pula dengan golongan yang sanggup bersama dengan penjajah British? Apakah mereka juga hero?” tanya beliau, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

“Jika dua-dua pula jadi hero, siapa yang jadi pengkhianatnya? Takkan semua hero, dan takkan pula semua jadi pengkhianat? Jadi landasan mana dalam tafsiran sejarah yang perlu diikut, itulah persoalannya.

Katanya, secara penakulan mantik dalam menafsir sejarah secara hitam-putih, kalau yang melawan British adalah hero, maka yang bersekongkol adalah pengkhianat.

“Yang menyusahkan dan melawan arus penakulan mantiknya sekarang ialah apabila ada pihak yang  hendak menjadikan golongan yang bersekongkol dengan British ini juga sebagai hero,” terang beliau lagi.

Secara menafsir sejarah secara jujur, Tuan Ibrahim berpendapat bahawa semua kumpulan yang menentang penjajah waktu itu (1950) bertujuan untuk menghalau penjajah walau di atas landasan mana mereka berjuang sekalipun.

Namun demikian, kata beliau ia tidak boleh menafikan ada antara mereka yang mempunyai niat lain selepas berjaya “menghalau penjajah” – namun apa yang pasti, “menghalau penjajah” merupakan common goal yang pertama golongan ini pada waktu itu walaupun mimpi mereka lain-lain.

“Pada tahun 1950, adakah pihak komunis menentang penjajah ataupun negara? Sudah tentulah penjajah British. Itu hakikat kerana negara belum lagi Merdeka, yang ditentang mereka ialah kerajaan British dan orang yang dilihat bersekongkol dengan penjajah British yang menakluki Tanah Melayu.

Selepas Merdeka, adakah komunis menentang penjajah ataupun negara? Sudah tentulah negara yang sah yang telah dipilih rakyat dan merdeka daripada penjajahan British, maka di sinilah sebab utama mereka perlu ditentang habis-habisan. Tapi harus diingat, ini adalah waktu Merdeka, yang jauh berbeza situasinya pada 1950 ketika mereka menentang penjajah British.

“Oleh itu, soal menyokong komunis tidak timbul jika kita ikhlas dalam mengkaji dan menafsir sejarah tanpa prejudis,” tegas beliau, sambil menambah sekiranya tafsiran sejarah dibuat secara jujur tanpa prejudis, tujuan, motif dan situasi suatu-suatu peristiwa adalah berlainan daripada satu era ke satu era.

“Kita harus terima realiti waktu itu (1950) dan sudah tentunya ia tidak sama dengan realiti selepas Merdeka sebagaimana yang saya tegaskan tadi, bahawa tidak boleh dinafikan masing-masing ada agenda tersendiri SELEPAS menghalau penjajah,” kata beliau.

Kontroversi yang sama juga timbul pada sejarah tanahair yang paling kritikal iaitu di zaman peralihan antara Jepun dan British, katanya, di mana ada pejuang yang tersepit antara ingin bersama Jepun melawan British atau kekal menyokong British.

“Nyata yang selamat dari kontroversi ini ialah pejuang Islam yang bangun menentang atas nama jihad seperti Abdul Rahman Limbong, Mat Kilau dan Tok Janggut kerana mereka pastinya hero di dunia dan akhirat.

“Inilah pengajaran besar dari sejarah lampau agar kita jangan mengulangi kesilapan lalu. Professor Khoo Kay Kim mungkin tersenyum dengan polemik baru yang sengaja dibesarkan oleh Umno ini,” nasihat beliau.

Mohamad dalam satu sidang akhbarnya di Perlis berkata kenyataannya telah diputarbelitkan dan mendapati apa yang dilaporkan oleh akhbar Umno, Utusan Malaysia berkaitan dengan tragedi Bukit Kepong adalah fitnah terhadap beliau dan PAS.

Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan peguamnya untuk menghantar notis saman kepada akhbar itu dan memintanya meminta maaf dan menarik balik laporan palsu it

Sumber berita: http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5169-sejarah-cakaplah-benar-walaupun-pahit

 

Bukankah UMNO sudah diserapi? kominis https://albangi.wordpress.com/2011/07/02/adakah-umno-sudah-diresapi-fahaman-dan-amalan-kominis/

18 thoughts on ““Learn, Unlearn, Relearn” Sejarah Malaysia

  1. albangi September 1, 2011 at 7:13 am Reply

    Baca lagi

    http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5173-bukit-kepong-serangan-terhadap-british

    Tuan Guru Haji Abdur Rahman Limbong pula dilabel sebagai sebagai penderhaka kepada kerajaan Terengganu dan ditangkap dan dibuang ke Singapura dan selanjutnya dibuang ke Mekah dalam tahun 1928 dan meninggal dunia selepas itu http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5175-umno-padam-jasa-agamawan-nasionalis

    Tok Janggut dibunuh oleh British dan mayatnya dihancurkan oleh British. http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=8493&mode=&order=0&thold=0
    http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5161-bekas-tentera-jangan-termakan-dakyah-umno

    Mat Sabu akan saman Utusan Malaysia milik UMNO http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5152–komunis-utusan-bohong-md-sabu-akan-saman

    Siapa Hero Siapa Pengkhianat: Dedahkan Tembelang UMNO http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=8490&mode=&order=0&thold=0

  2. Ramli September 1, 2011 at 12:16 pm Reply

    ini seorang lagi penjahat dari kacamata British :

    Ustaz Abu Bakar al-Baqir dilahirkan pada tahun 1907 di kampung Gunung Semanggol, Bagan Serai, Perak tidak jauh dari Padang Rengas.

    Ustaz Abu Bakar al-Baqir atau dikenali juga Syeikh Abu Bakar al-Baqir berketurunan Jawa. Datuknya berasal dari Kendal, Jawa Tengah.Haji Abdul Jabbar, datuknya ialah orang pertama daripada keluarganya yang datang menetap diGunung Semanggol lebih kurang 1850-an . Haji Abdul Jabbar untuk pertama kalinya tinggal di Klang, Selangor, kemudian pindah ke Kuala Kurau, [Perak]], untuk akhirnya pindah dan menetap di Gunung Semanggol. Kehidupan mereka adalah dari bercocok tanam dan bersawah. Haji Abdul Jabbar meninggalkan tanah sawah sebagai pusaka kepada anaknya, Mohd. Said, iaitu bapa kepada Syeikh Abu Bakar al-Baqir. Dan sawah inilah kemudian menjadi penyara hidup Mohd. Said. Sebagai keluarga petani hidup mereka amat sederhana. Mohd. Said mendidik tiga orang puteranya, Muhyuddin Mohd. Said, Abu Bakar Mohd. Said, dan Abdullah Mohd. Said dengan didikan Islam dan mengajar mereka pengetahuan Islam. Demikian juga anak-anak perempuannya, Aisyah Mohd. Said, Saudah Mohd. Said, dan Hafsah Mohd. Said dididik dengan didikan agama.

    Beliau di seksa dengan terok oleh British, dengan kerjasama mata2 yang rata2 nya ialah orang Melayu.

    Untuk memenuhi hasrat, orang Melayu kepada suatu pertubuhan politik yang bertujuan mencapai kemerdekaan, maka pada 13-14 Mac 1948, sebuah lagi persidangan telah diadakan di al-Ihya al-Syarif yang dihadiri oleh lebih kurang 5 000 orang. Antara yang hadir ialah Dr. Burhanuddin al-Hilmi.

    Persidangan ini telah mengambil keputusan untuk menubuhkan sebuah parti politik yang berasaskan Islam, dengan diberi nama Hizbul Muslimin atau HAMIM. Parti ini ditubuhkan pada 14 Mac 1948. Nama ini dicadangkan oleh Abu Bakar al-Baqir, dan beliau jugalah yang mengetuai parti Islam itu. Selepas itu dilakukanlah lawatan ke seluruh Malaya, bertujuan memberi penerangan kepada rakyat muslimin dan membentuk cawangan di tempat yang boleh dibentuk. Dalam waktu yang tidak lama, parti ini telah mempunyai cawangan di Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Selangor, Melaka, Perlis, Kedah, dan Pulau Pinang.

    Berhubung dengan suara dan sikapnya yang lantang menuntut kemerdekaan, maka parti ini ditakuti oleh pihak berkuasa, terutama penjajah British. Maka dilemparkanlah kepadanya tuduhan dan tohmah-tohmah. Ia juga dituduh sebagai parti “merah” (komunis). Dato’ Onn Jaafar, yang pada masa itu memimpin UMNO, bersikap agak lunak, bahkan dengan secara sindiran mengingatkan anggota UMNO bahawa pertumbuhan politik di Gunung Semanggol itu ialah suatu bahaya dari gunung yang patut diawasi. Pengaruh Gunung Semanggol dalam membentuk pemikiran umat Islam di Malaya sesungguhnya amat ketara.

    Ketakutan pihak berkuasa British terhadap perkembangan cita-cita Islam dalam politik memuncak ketika pada 29 Julai 1948, pukul 12 tengah hari tiga orang pemimpin utama HAMIM ditangkap. Mereka ialah Syeikh Abu Bakar al-Baqir, Ustaz Abd. Rabb al-Tamimi, dan Ustaz Abdul Rauf Nur. Syeikh Abu Bakar dibebaskan daripada tahanan dalam bulan Oktober 1952.

    Jangan kita lupa akan sejarah ini,

    Dan jangan kita buta sejarah

    Wassalam

  3. Muar 76 September 1, 2011 at 4:01 pm Reply

    Siapa Mohamad Indera yang disebut oleh Mat Sabu dalam ceramahnya? Adakah dia kominis? Adakah dia terpaksa bersama PKM sebab organisasi itu sahaja yang ada untuk menentang penjajah secara bersepadu. Kalau ada ulamak di Johor dan pondok, pasti Mohamad Indera akan bersama ulamak sepertimana ulamak memimpin orang Melayu menentang penjajah, Ulamak yang bangun menentang penjajah antara lain ialah Tn Hj Hussien di Kedah, Tuan Guru Abd Rahman imbong di Terengganu, Dato’ Bahaman dan Tok Janggut di Kelantan, Mat Kilau di Pahang. Kesemua ulama ini adalah dari pondok. Johor tidak adfa pondok dan tidak ada ulamak yang terbilang untuk bangun menentang penjajah, maka tidak mustahil ada orang Melayu bersama PKM untuk bangun menentang penjajah.

    Fenomena ini perkara biasa. Zaid dari UMNO marah pada UMNO masuk PKR untyuk menentang UMNO. Kemudian keluar PKR dan tubuh KITA. Sebelum itu Ezam, Roslan Kassim, hatta Tengku Razaleigh keluar UMNO masuk parti lain dan menentang UMNO dan kemudian masuk balik UMNO. Tun Mahathor pernah keluar UMNO untuk protes Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kemudian masuk UMNO semula.

    Oleh itu tidak mustahil, Mohamad Indera bersama PKM kerana itu sajalah wadah yang ada di Johor untuk menentang penjajah. Siapa dia Mohamad Indera ini? Baca kisahnya di

    http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=8464&mode=&order=0&thold=0:

    Blog Muor76

    Nama penuh: ahmad bin indera, berdarah pahlawan daripada keturunan datuk bentara husin lela pahlaan siak seri inderapura yang menjadi panglima kanan sultan sharif di siak.

    memiliki sifat terpuji seperti lemah lembut, peramah, mudah tersenyum, suka melawak, tidak mudah marah dan tidak gemar menyakiti hati orang lain.

    (foto) mat indera duduk di depan budak yg senyum

    seorang hafiz al-quran, gemar bernasyid, berkasidah dan berzanji. berguru kepada kiayi haji fadzil bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat dymm sultan ibrahim

    dilahirkan pada 1920 di kampung gombak, peserai, batu pahat.

    menamatkan persekolahan peringkat darjah enam sekolah agama pada tahun 1937, dan bertugas sebagai seorang guru agama di parit setongkat, muar.

    melibatkan diri dalam politik dengan tujuan memerdekakan tahahair daripada penjajahan inggeris

    menjadi ahli sayap pemuda parti kebangsaan melayu malaya (PKMM) yang dipimpin dr burhanuddin al-helmy dan ishak haji mohammad, dikenali sebagai angkatan pemuda insaf (API), atau dikenali sebagai angkatan pembunuh inggeris oleh golongan pemuda fanatik

    mat indera telah masuk ke hutan dan meneruskan perjuangan secara gerila pada bulan jun 1948, mungkin terpengaruh dengan perjuangan indonesia menentang belanda, dan bergerak di daerah muar, sekitar kawasan lenga, pagoh, jorak, bukit kepong dan poris. satu2nya gerila di hutan ialah kumpulan orang2 cina dikenali sebagai bintang tiga. nak taknak mat indera perlu membina hubungan dengan mereka sebagai pelindung walaupun hakikatnya matlamat perjuangan berbeza, lalu mat indera dicop sebagai komunis yang ganas, berbahaya dan tidak beragama.mat indera menjadi ketua komunis melayu bagi daerah muar,batu pahat dan melaka.

    dikaitkan dengan peristiwa serangan balai polis bukit kepong. sebaliknya menurut saksi, seorang anggota polis marin bernama abu bakar yang terselamat dalam serangan, mat indera tidak menyerang, sebaliknya melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis. mat indera memang bertanggungjawab mengarahkan serangan tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkap beberapa orang anggot polis yang berjudi dan mabuk pada malam tahun baru cina, sebaliknya orang2 cina di bawah arahan beliau telah membuat pakatan rahsia dan mengingkari perintah lalu membakar dan membunuh polis.

    inggeris ambil kesempatan untuk mengukuhkan dakwaan keganasan mat indera, lalu menawarkan $75,000 sebagai hadiah tawaran penangkapan. mat indera dikatakan mempunyai ilmu ghaib dan telah beberapa kali terlepas daripada tangkapan. namun salah seorang pengikutnya bergelar mat tukyo telah ditangkap inggeris dan dipujuk utk menangkap mat indera. mat tukyo berunding dengan 2 org lagi bernama beladang dan misban. bersetuju menerima tawaran setelah permintaan mereka untuk diberi ganjaran sekeping tanah untuk tapak rumah dan kebun diterima oleh inggeris.

    pada malam 14 oktober 1952, mat indera diajak ke sebuah perjumpaan di kampung seri medan, dan dihidangkan tempe goreng dan air kopi yang bercampur dgn kecubung, menyebabkan rasa ngantuk dan mabuk, maka segala tangkal dicabut dan beliau ditewaskan. tangan diikat dgn lalang dan dibawa ke balai polis seri medan. dipercayai kehilangan tangkal dan ikatan lalang menggugurkan semua kekuatan ilmu kebal.

    mat indera dipamerkan. ada yang suka, ada yang sedih. beliau dipenjarakan di beberapa tempat, dari batu pahat ke johor bahru, pulau pinang, pudu dan taiping. dalam penjara didera. akhirnya hukuman gantung sampai mati dilaksanakan pada jam 11 malam 30 januari 1953 di penjara taiping. keesokan hari, dikebumikan di kampung jambu air, taiping.

    antara cerita lain tentang mat indera menahan komunis dari membunuh anggota polis yang cedera di depan balai polis chin peng mengatakan sekiranya mat indera menyerah diri ketika itu, ramai melayu yang menyertai komunis akan mengikut jejaknya jugak.

    adik mat indera mengatakan bukan mat indera yang mengetuai serangan balai polis bukit kepong cerita orang kali pertama kene tangkap, dia cakap nak semayang, mase amek air semayang dia ghaib kali kedua, dia mintak nak sentuh rumput sebelum kene hukum bunuh, mase dia sentuh jer, dia terus ghaib kali ketiga kene ngan buah kecubung

    http://muor76.blogspot.com/search/label/sejarah

  4. Tok Pepijat September 1, 2011 at 4:04 pm Reply

    Siapa Sir Henry yang dipuja oleh UMNO?

    “Menjelang Hari Kemerdekaan ini, banyak timbul isu yang berkaitan dengan sejarah negara. Jika dahulu dengan kekurangan media alternatif dan kejahilan Ummah, kita terima bulat-bulat apa yang diperkatakan di dalam Buku Tawarikh maupun Buku Sejarah. Tiada masa berfikir di luar kotak.

    Kini masa telah berubah. Anak-anak muda yang berjiwa panas, gelora, ingin tahu, berfikir di luar kotak mula mencari “sesuatu yang berkurangan” dalam pengkisahan sejarah negara.
    Sejarah adalah peristiwa lampau yang memberi pengajaran untuk generasi mendatang. Jika sejarah itu disonsangkan dan diselewengkan, kita bakal “di maki hamun” bahkan mungkin kubur kita bakal “di kencingkan” oleh generasi mendatang!

    Tahun 70an, buku Tawarikh(Sejarah) sekolah rendah ada menceritakan tentang Kamal Artatturk. Beliau digambarkan sebagai seorang yang membawa perubahan moden kepada Turki. Digambarkan juga bagaimana beliau “menghapuskan kejumudan” orang Turki seperti mengharamkan tudung untuk wanita Turki dan meperkenalkan topi menggantikan kopiah. Manakala Sultan Abd Hamid dan Kerajaan Uthmaniyyah sebagai Kerajaan zalim dan mundur.

    Begitu berkesan cara pengajaran sejarah ketika itu hinggakan pelajar Islam Malaysia menganggap Kamal Artatturk perwira Islam Turki.

    Kisah Kamal Artatturk itu diceritakan dalam Buku Tawarikh(Sejarah) di sekolah-sekolah dalam negara kita dalam keadaan kita sudah merdeka.

    Tidak dapat digambarkan bagaimanakah kisah-kisah Haji Abd Rahman Limbong, Tok Janggut, Mat Kilau, Dato Bahaman, Antanom dan Dato Maharaja Lela dikisahkan dalam buku sejarah semasa penjajahan Inggeris. Sudah pasti mereka semua dilabelkan sebagai penderhaka kepada raja, pengganas, pembunuh dan penentang kerajaan.

    Awal tahun 80an, barulah kisah mereka semua “dipulihkan” dalam buku Sejarah sekolah setelah puluhan tahun perjuangan mereka di hina dan “di kaburkan” oleh kita sendiri.

    Terkini, terbongkar satu lagi penyelewengan sejarah. Kisah Sir Henry Gurney. Pesuruhjaya British ( jawatan macam PM)di Tanah Melayu tahun 1948 hingga 1951. Digambarkan dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan 3, beliau seorang yang berjaya mengekang pengaruh komunis di Tanah Melayu. Jasanya besar untuk Tanah Melayu kononnya. Akhirnya beliau dibunuh oleh PKM semasa dalam perjalanan ke Bukit Frasier.

    Ramai tidak menyedari perlantikan Sir Henry Gurney sebagai Pesuruhjaya British ke sini kerana kerjanya yang hebat di Palestin selama 2 tahun (1946-1948). Apa kerjanya? Membawa pendatang Yahudi masuk ke Palestin dari Eropah dan menghalau dan membunuh rakyat Palestin dari bumi mereka sendiri.

    Ketika Henry Gurney bertugas di Palestinlah berlaku siri pembunuhan kejam di bumi Palestin. Pengganas Yahudi Haganah dan Irgun kemuncak keganasan mereka adalah ketika Henry Gurney bertugas di Palestin.

    Ingat! Peristiwa Dier Yasin ( Mei 1948)yang meragut nyawa 300 orang wanita dan kanak-kanak Palestin berlaku ketika Henry Gurney masih berada di bumi Palestin. Beliau datang ke Tanah Melayu Oktober 1948.

    Malangnya, nama beliau di sanjung di sini. Jalan dan sekolah diabadikan nama Henry Gurney. Bahkan tempat beliau dibunuh pun diberi papantanda. Tololkah kita?

    Apakah jasa beliau di sini? Ingat! Beliau dibunuh dalam keadaan menjadi Ketua Penjajah! Dalam keadaan tangannya berlumuran darah rakyat Palestin!

    Saya berharap pada guru Sejarah seluruh negara yang mengajar Sejarah Tingkatan 3 agar jangan lupa untuk ceritakan kisah sebenar sejarah Henry Gurney kepada anak murid mereka. Moga mereka tahu kisah sebenar Sir Henry Gurney.

    MESTI TAHU :Siapakah Sir Henry Gurney?

    http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=8462&mode=&order=0&thold=0

  5. Laniisma September 1, 2011 at 4:07 pm Reply

    Teks Ucapan Mat Sabu

    “Saya terpaksa mendengar berpuluh kali untuk mendapatkan teks di bawah berkenaan ucapan Mat Sabu berkaitan Bukit Kepong. Ini kerana videonya ‘serabut’ sedikit!! Ikuti ucapan di bawah.

    …..Bukit Kepong, polis itu polis British, hak serang Bukit Kepong tulah pegawai kerajaan, ketuanya MaT Indra, Melayu, tetapi semua sejarah itu ditutup, Jins Samsuddin buat filem, Jins Samsuddin tu UMNO, cerita bukit Kepong, hak serang balai polis tu penjahat, polis tu polis British, sebelum merdeka negara kita diperintah oleh British, tapi dia buat filem yang hero hak pertahan balai polis, hak serang tu pengganas, padahal Mat Inda ketua penyerang balai polis tu dan akhirnya dia dihukum gantung di Jering Taiping, begitulah juga Tok Janggut, Tok Janggut ni lawan British, tapi sebelum British nak..nak bunuh dia, dia menghasut Sultan Kelantan untuk mengishtiharkan Tok Janggut sebagai penderhaka, bila ishtihar Tok Janggut sebagai penderhaka, barulah tok Janggut dihukum gantung di Pasir Puteh Kelantan. Semua sejarah negara kita bohong….

    Maksud keseluruhannya, sepatutnya yang melawan British adalah hero, tetapi sejarah di Malaysia, yang melawan British adalah penderhaka dan yang mempertahankan British adalah hero. Itulah yang dimaksudkan Mat Sabu secara umum. Dia bercerita tentang menentang British tetapi Utusan Malaysia menambah dengan ‘komunis’. Barulah gempak!! UM memang pandai dan itulah kerja Utusan!!

    http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=8446&mode=&order=0&thold=0

  6. Berita Harian September 1, 2011 at 4:10 pm Reply

    Berita Harian melaporkan tentang Mohamad Indera

    NAMA Jawa Ponorogo pernah terkenal dengan berita penangkapan anggota komunis, Ahmad Indera atau dikenali sebagai Mat Indera, berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak.

    Meskipun Mat Indera dikaitkan sebagai pengganas oleh sesetengah orang kerana pembabitannya dalam komunis dan dilabelkan sebagai petualang oleh kerajaan Inggeris, ramai masyarakat Jawa Ponorogo menganggapnya pejuang dalam menuntut kemerdekaan, cuma memilih jalan yang salah.

    Pemuda kelahiran Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat itu mempunyai peribadi tinggi dan dikatakan kuat beribadat serta tinggi pengetahuan agamanya. Justeru, dia disenangi penduduk di Sri Medan yang kerap membantunya membekalkan makanan ketika dia dalam parti komunis. Namun, tekanan yang diberikan Inggeris terutama kepada rakan karibnya, Mat Tukyo supaya menangkap Mat Indera atau tindakan tegas dikenakan terhadap penduduk Sri Medan menyebabkan mereka tiada pilihan selain memastikannya ditangkap. Namun, bukan kerja mudah menangkapnya kerana kehebatan dan ketinggian ilmu Mat Indera.

    Ugutan Inggeris terus menjadi tekanan kepada penduduk Sri Medan termasuk untuk memindahkan mereka dan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang membantu membekalkan makanan kepada Mat Indera.

    Penangkapan Mat Tukyo oleh Inggeris sebelum ditawarkan beberapa ganjaran selain hidup bebas di Sri Medan menjadi kemuncak tindakan nekad penduduk Jawa Ponorogo, namun perlu melalui kaedah terancang kerana semua mengetahui kesaktian Mat Indera.

    Pada 14 Oktober 1952, lima lelaki Jawa Ponorogo yang diketuai Md Sham dan dibantu Ismail Mustakim (Misban), Beladang, Mat Tukyo dan Bajuri menggunakan tipu helah untuk memberkas Mat Indera.
    Ia bermula dengan jemputan Mat Tukyo dan Misban untuk mengadakan perbincangan mengenai pelan bantuan orang kampung kepada Mat Indera. Dalam perbincangan itu, dia dijamu dengan tempe dan kopi yang dicampur kecubung. Akibat itu Mat Indera mabuk dan mengantuk.

    Kesempatan itu digunakan untuk menanggalkan semua tangkal serta mengikat tangannya dengan lalang. Dikatakan, kerana itulah ilmu ghaib dan kehebatan Mat Indera tidak lagi dapat digunakan.

    Bekas ketua kampung Parit Warijo, Malik Samuri menjadi saksi bagaimana Mat Indera dibawa dengan basikal sedang tangannya diikat daun lalang. Peristiwa itu sebenarnya menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat Jawa Ponorogo. Ada yang gembira dan ada yang sebak.

    Mohd Abidin Ismail iaitu anak salah seorang yang menangkap Mat Indera, Misban, berkata meskipun terbabit secara langsung dalam tipu helah itu, sepanjang hidup ayahnya tidak pernah menyatakan kebanggaan atas kejayaan itu, malah tidak sesekali melabelkan Mat Indera sebagai petualang.

    “Cuma apa yang kerap diceritakannya ialah tindakan mereka ketika itu adalah disebabkan tekanan yang dihadapi akibat ugutan Inggeris. Mungkin ada melabelkannya sebagai petualang tetapi saya merasakan dia seorang pejuang tetapi memilih jalan yang salah.

    “Tidak adil terus melabel Mat Indera sebagai pengkhianat kerana dia juga berjuang untuk menuntut kemerdekaan. Cuma kumpulan yang disertainya itu tidak sesuai, itupun disebabkan tiada kumpulan lain ketika itu. Kumpulan Melayu lain terlalu lambat bertindak” katanya.

    http://www.bharian.com.my/articles/KopikecubungtewaskankekebalanMatIndera/Article/

    http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=8475&mode=&order=0&thold=0

  7. Jom Fikir September 1, 2011 at 4:11 pm Reply

    Dapatkah diterima orang-orang Melayu yang menjadi polis dan askar Melayu di zaman negara dijajah oleh Inggeris sebagai pejuang bangsa dan negara?… Mereka menjulang bendera Unioon Jack. Merekalah yang memberikan keamanan dan keselesaan kepada penjajah Inggeris mengaut kekayaan negara. Mereka melupakan pejuang-pejuang seperti Mat Kilau, Datuk Bahaman, Tok janggut, Ahmad CD, Samsiah Fakeh dll.

    Jangan dinafikan sejarah tulen bahawa Mat Indra berjuang semasa negara dijajah oleh Inggeris dan mata-mata di Rumah Pasong Bukit Kepong itu adalah kakitangan kerajaan penjajah Inggeris.

    Adakah Ahmad CD dan Samsiah Fakeh itu komunis yang tidak beragama?
    Mereka mendapatkan bekalan daripada pihak komunis bagi menghalau penjajah Inggeris. Apa salahnya?

    Adakah kerajaan Malaysia yang mendapatkan bekalan pesawat pejuang dari Rusia maka kerajaan Malaysia juga adalah komunis?

    Memang patut semua mereka yang makan gaji sebagai polis dan askar Melayu di zaman penjajahan Inggris diguris hati mereka kerana mereka adalah pengkhianat bangsa dan negara kerana mereka melindungi penjajah Inggeris dari dapat dihalau oleh pejuang-pejuang Melayu tulen. Mereka menjulang bendera Unioon Jack.

    Kalau nak faham siapa yang sebenarnya pejuang dan siapakah yang sebenarnya pengkhianat, bacalah:

    http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/no-holds-barred/43119-one-mans-traitor-is-another-mans-patriot [www.malaysia-today.net]

  8. Hishamuddin Rais September 1, 2011 at 4:13 pm Reply

    Ucapan dan ceramah yang disampaikan oleh pimpinan parti Pas saudara Mat Sabu itu adalah tepat dan benar. Malah Tukar Tiub dari awal lagi telah berkata bahawa pada bulan Ogos ini United Malay National Organisation akan menjadi mamai. Pada bulan Malapetaka ini United Malay National Organsiation akan membuka kesah kesah dongeng tentang perjuangan mereka.

    Mereka menaburkan kesah dogeng bahawa mereka bangun menentang komunis. Ini cerita sasau. Rakyat Tanah Melayu sedang bermandi darah bangun mengangkat senjata melawan penjajah British. Mangkok hayun ini melawan orang yang melawan British. Nationalis kepala bana jenis apa ini?

    Mari kita ambil pertempuran gerila Rakyat Tanah Melayu pada tahun 1950 di Bukit Kepong. Baca betul betul. Ini berlaku pada 23 Februari tahun 1950. Yang berkuasa British. Justeru yang diserang ialah soldadu upahan British. Ketika itu ada soldadu upahan British dari Ghana, Kenya, Fiji, Nepal dan termasuk anak tempatan. Anak tempatan direkrut kerana tidak ada kerja lalu menjadi soldadu upahan Bristish. Ini hakikat. Ini hakikat fakta sejarah.

    Sila pergi lawati Taman Tasek di Taiping atau pergi ke tanah perkuburan di hadapan Dewan Bahasa para pembaca budiman akan bertemu dengan kubur soldadu upahan dari luar negara. Jika ini bukan bukti wujudnya tentera upahan British maka Rosmah Mansor masih anak dara lagi.

    Dalam serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong – yang memimpin serang ini ialah Mat Indera. Sosok ini adalah nasionalis yang bangun mengangkat senjata bersama Parti Komunis Malaya untuk memnghalau British. Memang betul soldadu dalam Rumah Pasong ialah Melayu – mereka soldadu upahan. Memang betul Mat Indera juga Melayu

    Dalam serangan ini bukan Melayu atau Punjabi atau Mamak Kutty yang di pentingkan. Yang penting ialah garis perjuangan – menentang British atau menjadi barua British. Inilah dua garis politik ketika itu. Hanya gerombolan United Malay National Organisation yang kepala hangguk – heboh tentang Melayu hingga ke hari ini.

    Sekali lagi Tukar Tiub mengingatkn para bahawa bahawa serangan keatas Rumah Pasong di Bukit Kepong berlaku pada tahun 1950 – di zaman British memerintah. Sila buka kepala dan fikir betul betul.

    Pejuang Mat Indera ini penuh dengan cerita dan mitos rakyat. Hingga ke hari ini. Terbukti kesah kebenaraan tidak mungkin dapat ditutup. Mungkin untuk sementara fakta sejarah boleh dikaburi tetapi akhirnya fakta akan muncul.

    Akhirnya Mat Indera mati digantung oleh British. Saya sendiri telah melihat tempat Mat Indera di gantung. Pejuang nasionalis kita ini digantung di penjara Ayer Molek Johor Bahru. Saya sempat melihat tempat itu kerana pada September 1974 saya telah ditahan di penjara yang sama kerana menyokong peneroka bandar Tasek Utara. Seorang warden Melayu dengan sedih tetapi merasa bangga telah menunjukkan kepada saya wilayah dimana nasionalis Mat Indera digantung. ( Jika apa yang saya nyatakan ini salah – maka saya telah diberi maklumat yang salah)

    Apakah Onn Jaafar nasionalis?
    Apakah Tunku nasionalis?

    Pasti jawabnya TIDAK dan BUKAN. Mereka bukan berjuang menentang British. Mereka tidak bangun berjuang menentang British. Mereka berebut-rebut untuk menjadi barua British. Cuba ingatkan apa kata Onn Jaafar ‘… nak buat jarum pun belum tahu…inikan pula nak merdeka….’ Ini hakikat sejarah. Hari ini dengan wujudnya internet satu demi satu cerita karut lagi marut dari United Malay National Organisation telah dibongkar.

    Ini fakta sejarah – parti nasionalis yang tertua di Tanah Melayu ialah KMM – Kesatuan Melayu Muda . Ditubuhkan pada tahun 1938…..deek sila lihat tarikh ini… 1938 deek. Slogan mereka ialah MERDEKA.

    United Malay National Organisation yang memakai nama Inggeris hingga ke hari ini ditubuh pada 1946. Gerombolan ini tidak berani bangun menuntut Medeka. Justeru slogan mereka ialah Melayu kurang oxygen – Hidup Melayu – hingga ke tahun 2011 ini mereka masih lagi kureeeng oxygen.

    Bulan Ogos ini adalah Malapetaka untuk Tanah Melayu. Pada 15 Mei setiap tahun warga Palestin mengingati Nakba. Nakba ialah malapetaka yang terjadi pada tarikh ini apabila Israel diwujudkan di bumi Arab. Tanah Melayu juga ada Nakba nya – Malapetaka terjadi pada 31 Ogos 1957 apabila British menyerahkan pentabiran Tanah Melayu kepada United Malay National Organisation. Seluruh Tanah Melayu ditimpa Malapetaka.

    Kepada jenerasi muda yang kurang faham biar diterangkan disini. Pada tahun 1958 bukan main heboh lagi gerombolan ini berlabon tentang pencapaian Merdeka tanpa tumpah darah. Bongak. Ini bohong. Rakyat Tanah Melayu telah bangun angkat senjata untuk menghalau British. Kuasa imperial Brtish telah digugat hingga ke akar umbi oleh Tentera Pembebasan Rakyat Malaya – ini fakta sejarah. Jika kurang percaya sila pergi rujuk ke Colonial Office di Kew Garden London. Semua bahan sejarah ini wujud disana. Busuk busuk pun British merekaTIDAK akan mengubah fakta sejarah – mereka mungkin memberi analisa yang berbeza. Ini British – mereka main criket bukan main guli.

    Kalau tak yakin sila selidik dan tanya siapa dia Shamsiah Fakeh. Siapa dia Ahmad Boestaman. Siapa dia Burhanuddin al-Helmi. Siapa dia Rashid Mydin. Siapa dia Abdullah Sidi. Siapa dia Chen Peng. Siapa dia Mukhtaruddin Lasso. Siapa dia Ibrahim Yacob.

    Justeru, kenyataan Mat Sabu berasaskan fakta. Tidak ada apa apa penghinaan. Menyangkut kan mat Sabu dengan DAP adalah hujah lapok gerombolan. Untuk Hishamudin Husssein sila jangan buka bontot sendiri. Hussein Onn anak Jaafar Onn ayah kepada Hishamudin ini adalah soldadu upahan British. Ketika British menjajah Iraq, Hussein Onn adalah barua setia kepada British. Sila lihat dan baca fakta sejarah. Jangan malas membaca dan menkaji. Jangan Jadi Melayu yang malas.Jangan jadi Melayu yang suka mendengar tetapi malas membaca dan mentelaah.

    Justeru, amat jelas bahawa United Malay National Organisation membawa Malapetaka ke Tanah Melayu. Buktinya lagu Terang Bulan diciplak untuk dijadikan lagu kebangsaan kita. Tidak ada apa apa kebangsaan dalam lagu Terang Bulan ini. Ini bukan lagu ciptaan anak watan Tanah Melayu. Ini diciplak dari lagu Memula Moon lagu Peranchis. Lagu ini wajib dilupuskan.

    Satu lagi bukti yang jelas ialah bendera. Ini juga dicaplak dari bendera Amerika. Motif Nusantra ialah Merah dan Puteh. Justeru lihat bendera Singapura, lihat bendera Indonesia malah bendera United Malay National Organisation sendiri menggunakan motif Nusantra. Bendera ini juga wajib dilupuskan dan direka bendera baru.

    Kita jangan merasa gentar dengan ancaman dan tuduhan bahawa kita tidak hormat atau menghina Onn Jaafar atau Tunku. Tidak ada apa apa yang perlu dihormati. Mereka berdua hanya sibuk berebut untuk menjadi barua British.

    Tidak ada apa apa yang hebat. Kalau tak percaya sila tanya Mahathir Muhamad sendiri. Apabila Tunku meninggal dunia Mahathir Muhamad Perdana Menteri ketika itu. Apa terjadi? Tidak ada cuti am untuk pengkebumian Tunku. Mahathir Muhamad yang menjadi Presiden United Malay National Organsiation sendiri tidak hormat kepada Tunku – jangan harap orang lain ambil pot. Pelik ketika itu tidak ada pula yang berani menuduh Panddy Kuttyy ini tidak hormat pada Tunku.

    Juga sila jangan campur adukkan tentang Bukit Kepong sebagai penghinaan terhadap Polis Diraja Malaysia. Kesetiaan mata-mata upahan pada ketika itu kepada Baginda Raja Britain.

    Biar saya dituliskan disini sejelas mungkin. Pada tahun 1950 mereka BUKAN dipanggil polis. Orang Melayu dengan tepat telah memanggil mereka MATA-MATA. Sila rujuk sejarah – ini bukan tohmah. Justeru mereka adalah mata-mata penjajah. Juga tempat itu bukan BALAI POLIS tetapi dipanggil RUMAH PASONG. Ini nama yang telah diberi oleh orang Melayu kerana rumah ini ramai rakyat telah dipasong.

    Justeru serangan pada 23 Febuarari itu ialah serangan nasionalis terhadap Mata-Mata British di Rumah Pasong Bukit Kepong. Khalas. Period

    http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=8478&mode=&order=0&thold=0

    Sumber: malaysia-today.net
    Blog Penulis : tukartiub.blogspot.com

  9. susanah September 2, 2011 at 2:24 am Reply

    Siapa pejuang kemederkaan yang sebenar? Info yg jitu dan bagus utk rujukan bersama. Elok dibacahttp://wartablogger.blogspot.com/2011/09/54-thn-merdeka-ii-antara-pejuang-tali.html

  10. albangi September 3, 2011 at 1:09 am Reply

    Sejarah UMNO yang sebenarnya

    Sejarah UMNO yang telah digelapkan oleh tun_telanai

    ” UMNO sebenarnya tidak ditubuhkan di Johor sebagaimana yang difahami ramai, tetapi ia di tubuhkan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Bharu yang ketika itu berada di bawah Selangor. Tarikh kongres Melayu itu diadakan adalah dari 1 hingga 4 Mac 1946.

    Persatuan Melayu Selangor yang ketika itu dipimpin Yunus Hamidi, bekas Pengarang akhbar Majlis turut serta dalam kongres yang melahirkan UMNO itu. Tetapi antara 41 buah pertubuhan dan persatuan Melayu yang hadir, yang paling besar perwakilannya adalah dari satu-satunya parti politik Melayu terawal iaitu PKMM atau Parti Kebangsaan Melayu Malaya yang pada ketika itu Yang Dipertuanya adalah Dr Burhanuddin al Helmy yang kemudiannya menyertai PAS dan menjadi Yang Dipertua Agungnya.

    Sejarah UMNO ini banyak cuba disorok-sorok dari umum kerana sesungguhnya pembentukannya itu dahulu bukan atas daya usaha seorang dua tetapi seluruh kekuatan bangsa Melayu seluruh Malaya. Pokok penyatuan sehingga terbentuknya UMNO adalah hasil dari penentangan orang-orang Melayu terhadap gagasan Malayan Union.

    Bermakna UMNO adalah sebuah komponan parti-parti dan persatuan Melayu ditubuhkan oleh orang-orang Melayu dari segenap fahaman dan aliran ketika itu, termasuklah yang kemudiannya menyokong dan menyertai Parti Kominis Malaya. (Shamsiah Fakeh di dalam bukunya Memoir Shamsiah Fakeh – Dari Awas ke Rejimen ke 10 mengakui mula bergerak dan mengikuti UMNO sebelum menyertai PKMM dan kemudiannya PKM). Hakikat ini mahu dihapuskan dari kamus sejarah UMNO seolah-olah mahu mengambarkan cuma kelompok di kalangan yang ada dalam UMNO (dulu dan kini) sahaja yang menyumbang ke arah perjuangan nasionalisma Melayu ketika itu. Pihak lain tidak terlibat. Binatangnya UMNO. Perangai macam syaitan. Dialah selalunya betul, orang lainnya semua salah.

    Malah kalau kita membaca tulisan Ahmad Boestamam, bendera UMNO, yang berasal dari bendera atau sang saka merah putih itu asalnya merupakan cadangan dari PKMM dalam sidang pertama UMNO Setelah ditubuhkan pada Jun 1946 di Dewan Bandaran Ipoh (sila lihat Memoir Ahmad Boestamam: Merdeka Dengan Darah dalam API (UKM)). Sang Saka Merah Putih untuk pengetahuan haiwan-haiwan dalam UMNO, adalah bendera PKMM. Bermakna bendera UMNO kini berasal dari cadangan bendera PKMM (parti Melayu yang Inggeris cop sebagai kiri!) Yang bulatan kuning dan keris hijau telanjang dimasukkan kemudian.

    UMNO hari ini menidakkan sumbangan semua yang pernah menyertai komponan UMNO 1946 itu. Yang tinggal hanyalah nama Dato Onn (datuk kepada Hishamuddin Hussein) yang kebetulan adalah Presidennya yang pertama. Kiranya Dato Onn tidak memegang jawatan itu barangkali nama beliau pun dihapuskan kerana beliau kemudiannya menentang UMNO melalui IMP dan Parti Negara.

    Kalau generasi hari ini mahu mengesan dan menjejak sejarah sebenar penubuhan UMNO, maka mereka perlulah membongkar dan menyelongkar buku-buku tulisan tokoh-tokoh seperti Ahmad Boestamam dan lain-lain.

    Perlu diberitahu bahawa DYMM Sultan Selangor ketika itu Sultan Hishamuddin Alam Shah telah menyumbang RM15,000 ketika itu untuk menjayakan kongres penubuhan UMNO di Kampung Baru itu. (Kongres tersebut menurut rekod diresmikan oleh Almarhum Tuanku sendiri) Percayalah Almarhum Tuanku berbuat demikian kerana yakin yang bangsa Melayu perlu bersatu dan berpadu tenaga. Baginda pernah beritah bahawa persatuan itu akan kekal lama jika mengambil kira dua perkara sebagai asas penyatuan bangsa Melayu iaitu:

    PERTAMA:
    Perjuangan agama Islam yang akan mengikat hati nurani bangsa

    KEDUA:
    Berani dan terus membela dan memperjuangkan hak orang Melayu

    Rupanya UMNO 1946 itu tidak kekal lama. Beberapa tokoh berpengaruh termasuklah PKMM kemudiannya bertindak meninggalkan UMNO. PKMM ini yang merupakan parti Melayu pertama yang membawa slogan Merdeka, telah diharamkan British pada tahun 1948 dan kebanyakkan pimpinannya ditangkap dan merengkok dalam penjara. UMNO di bawah Dato Onn kekal dan bebas bergerak.

    Begitu juga kemudiannya golongan agama ketika itu bertindak keluar sehingga lahirnya PAS pada tahun 1951. Harus diingati bahawa antara jawatankuasa penajanya adalah:

    Ustaz Haji Ahmad Fuad Hassan – Pengerusi
    Ustaz Haji Ahmad Maliki – Setiausaha
    Tuan Haji Ahmad Badawi Abdullah – Anggota (ayahanda Dollah Badawi)
    Tuan Haji Ahmad Ghazali Abdullah – Anggota
    Tuan Haji Ahmad Tuan Hussein – Anggota
    Tuan Haji Mansor J.P – Anggota
    Dua tiga orang ulama yang menjadi ahli dari Selangor dan Negeri Sembilan.

    (Shamsiah Fakeh menulis: Sejarah telah membuktikan bahawa dalam perjuangan menuntut kemerdekaan tidak ada ahli UMNO yang ditangkap atau yang dipenjarakan oleh kerajaan penjajah British. Apatah lagi tiada seorang pun yang mati ditali gantung)

    Berbalik kepada titah Almarhum Tuanku Sultan Selangor ketika itu, ternyata kesatuan UMNO yang ditubuhkan pada Mac 1946 dengan persepakatan semua golongan Melayu tidak mampu bertahan. Dan solanya hari ini adalah UMNO masih berpegang kepada dua perkara yang dititahkan Almarhum itu? (Untuk makluman Almarhum Tuanku Sultan Hishamuddin ini adalah merupakan antara Sultan Selangor yang paling warak dan sering membaca khutbah solat Jumaat)

    http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=8503

    UMNO sudah diresapi kominis https://albangi.wordpress.com/2011/07/02/adakah-umno-sudah-diresapi-fahaman-dan-amalan-kominis/

    UMNO dan Kominis http://bm.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/5198-benarkah-umno-menentang-ideologi-komunis

  11. Samm September 3, 2011 at 3:19 am Reply

    SAMM puji Md Sabu desak kaji semula sejarah Bukit Kepong

    KUALA LUMPUR, 2 Sept: Sejarah tragedi Bukit Kepong perlu dikaji semula untuk menentukan siapakah sebenarnya hero dan siapakah sebenarnya pertualang di negara ini, kata Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Wilayah Persekutuan.

    Dalam kenyataan medianya hari ini, SAMM Kuala Lumpur menegaskan bahawa sejarah kemerdekaan negara harus segera dikaji semula oleh pengkaji sejarah yang tidak berkepentingan selain daripada merekodkan sejarah sebenar, bukan oleh pengkaji sejarah upahan yang menulis berdasarkan telunjuk pihak yang menang bagi menutup sejarah di sebalik sejarah.

    Penyelarasnya, Shariful Azmir Bin Haji Mustafa berkata, tindakan Timbalan Presiden PAS Mohd Sabu mengulas mengenai peristiwa Bukit Kepong dan watak sebenar Mat Indera dalam ceramahnya harus dipuji.

    “Ini kerana ia membangkitkan ghairah rakyat terutamanya dari golongan anak muda untuk mengetahui sejauh manakah British itu dianggap sebagai penjajah dan apakah dengan menyerang British itu akan dianggap sebagai pengkhianat di Tanah Melayu,” kata beliau dalam kenyataannya itu.

    Isu serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong pada tahun 1950an telah dikenang sebagai serangan kumpulan pengganas ke atas sekumpulan anggota polis yang bertahan di rumah pasong.

    Persepsi ini telah ditulis oleh pengkaji sejarah mengikut acuan pihak tertentu bagi menyembunyikan hakikat sebenar – pihak yang menentukan apakah kriteria pejuang kemerdekaan.

    Ia menjadi satu kepercayaan ramai apabila Jins Samsudin membuat filem Bukit Kepong berdasarkan persepsi betapa pihak yang menyerang rumah pasong Bukit Kepong itu adalah pengganas sedangkan gerakan yang diketuai oleh Mat Indera juga sebenarnya harus dikenang sebagai salah satu serangan ke atas kubu British yang menjajah Tanah Melayu untuk beberapa abad lamanya.

    Bagi beliau, pihak polis di rumah pasong Bukit Kepong itu juga bertugas bagi mempertahankan kepentingan British seperti estet getah dan ladang.

    “Adakah pasukan polis ketika zaman jajahan British menunjukkan taat setia mereka terhadap Queen of England apabila lagu “God Save the Queen” didendangkan setiap kali lawatan pegawai tertinggi British ? Ini juga persoalan yang harus digali semula untuk rakyat mengetahui sejarah penentangan penjajah yang sebenar,” katanya.

    Bagi beliau, peristiwa ini berkait rapat dengan proses menuntut kemerdekaan apabila semua kumpulan, kesatuan dan pertubuhan yang bergerak menuntut kemerdekaan telah diharamkan kecuali Umno.
    Kumpulan penuntut kemerdekaan ini akhirnya dituduh sebagai pengkhianat dan pengganas hanya kerana menentang British yang statusnya masih lagi penjajah di Tanah Melayu ketika itu.

    “Turut menjadi persoalan ialah, mengapa Umno sahaja yang dibenarkan berkempen untuk merdeka sedangkan banyak lagi pergerakan menuntut kemerdekaan.

    “Adakah Umno membenarkan pertubuhan mereka menjadi talibarut British demi untuk merdeka di atas acuan penjajah?” soal beliau.

    Oleh yang demikian, SAMM Wilayah Persekutuan di atas rasa tanggungjawab ke atas sejarah negara yang dikhuatiri terperosok, harus digemburkan semula untuk tatapan rakyat.

    “Sejarah peradaban negara juga seharusnya disifatkan dengan lebih keterbukaan kerana ia membentuk asal usul kita rakyat Malaysia,” katanya.

    Rakyat juga harus lebih terbuka dan berjiwa besar untuk menerima hakikat sebenar sejarah negara, lebih-lebih lagi apabila ianya melibatkan proses menuntut kemerdekaan.

    “Bagi kami anak muda inilah satu peluang sangat baik sempena pasca hari kemerdekaan ke-54, untuk rakyat mengasak pihak berwajib bagi menampilkan sejarah sebenar kemerdekaan negara. SAMM akan ke hadapan bagi merealisasikan apa itu sejarah,” tegas beliau.

    http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5195-samm-puji-md-sabu-desak-kaji-semula-sejarah-bukit-kepong

  12. Faqih September 3, 2011 at 3:19 am Reply

    Isu komunis cuba alih perhatian rakyat – Mat Sabu

    M Faqih
    KOTA BHARU, 2 Sept: Mohamad Sabu (gambar) menyifatkan isu komunis sengaja ditimbulkan bagi mengalih pandangan rakyat terhadap kepincangan pengurusan pilihan raya dan kenaikan harga barangan keperluan sekarang.

    Timbalan Presiden PAS berkata, isu tersebut sengaja ditimbulkan akhbar milik Umno bagi menutup kelemahan pemerintah.

    “Pemimpin Umno dilihat merasa gusar dan panik apabila sejarah perjuangan kemerdekaan mulai diketahui rakyat khususnya generasi muda.

    “Perjuangan menuntut kemerdekaan bukan hanya dimiliki dan dipelopori pemimpin Umno sahaja,” katanya pada sidang media di Pejabat Perhubungan PAS Kelantan di sini, petang ini. Hadir sama Setiausaha Perhubungan PAS Negeri, Zulkifli Mamat.

    Baru-baru ini dalam laporan muka hadapan sebuah akhbar milik Umno mendakwa Mohamad Sabu menganggap Mat Indera, lelaki yang bersekongkol dengan Goh Pen Tun dan 200 anggota komunis sebagai hero sebenar.

    Kenyataan itu dipetik ucapan Timbalan Presiden PAS itu dalam satu ceramah di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu.

    Mohamad berkata, Mat Indera diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan seperti pernah disiarkan dalam Berita Harian pada 13 Ogos 2010.

    Menurutnya juga laporan disiarkan Utusan Malaysia berkaitan ucapannya di Pulau Pinang jelas cuba mengelirukan fakta sebenar.

    ”Ini kerana semua orang sudah tahu ketika zaman penjajah, sesiapa sahaja yang menentang British akan dianggap sebagai pengkhianat.

    ”Sama seperti Tok Janggut yang bangkit melawan Inggeris bagi menuntut kemerdekaan dianggap sebagai penderhaka, sedangkan mereka pejuang sebenar menuntut kemerdekaan,” ujarnya.

    Ditanya pemberita apakah beliau juga menganggap Rashid Maidin juga sebagai pejuang apabila masih menentang kerajaan selepas kemerdekaan dicapai, katanya cara itu tidak betul.

    ”Saya tidak setuju selepas negara mencapai kemerdekaan masih ada yang melawan kerajaan seperti melawan British,” tambahnya.

    Kata beliau peristiwa Bukit Kepong ada anggota polis yang terkorban merupakan satu fakta sejarah terhadap apa yang berlaku.

    Begitu juga katanya dalam peristiwa Memali ada empat anggota polis yang terkorban.

    ”Cuma dalam setiap peristiwa yang berlaku hanya pemimpin Umno yang selamat. Begitu juga dalam kes Memali pihak yang mengarahkan serbuan iaitu pemimpin Umno masih lagi selamat,” katanya.

    Mohamad juga menyifatkan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya sebagai mendewakan fahaman komunis sebagai amat keterlaluan dan menjijikkan.

    Kata beliau segala tomohan tersebut tidak lebih bagi memburukkan beliau dan PAS.

    ”Tuntutan Bersih 2.0 terhadap lapan perkara telah membongkar penyelewengan daftar pemilih dan lain-lain kepincangan. SPR dan kerajaan BN sedang berada di kandang orang salah menurut pandangan rakyat,” ujarnya.

    Beliau menjelaskan juga perayaan sambutan ulangtahun kemerdekaan negara sekarang tidak lebih sebagai merayakan pemimpin negara dan bukannya tokoh pejuang kemerdekaan sebenar.

    Katanya apabila ada fakta menyebut penglibatan tokoh lain ketika menuntut kemerdekaan negara, pemimpin Umno mulai menjadi gelabah.

    ”Maka tidak hairanlah semangat menyambut kemerdekaan sudah mulai luntur di Malaysia sekarang. Kita boleh lihat sendiri berapa buah kenderaan atau rumah yang sanggup memasang Jalur Gemilang.

    ”Berlainan dengan apa yang berlaku di Indonesia semangat rakyat begitu tinggi ketika perayaan ulangtahun kemerdekaan mereka,” katanya.

    Beliau juga menjelaskan sedia berbincang dengan sesiapa sahaja mengenai sejarah perjuangan menuntut kemerdekaan bagi membolehkan generasi muda mendapat maklumat lebih tepat.

    Zulkifli yang juga Adun Pulai Chondong pula berkata, generasi muda sekarang mulai tahu tokoh-tokoh yang benar-benar terbabit dalam perjuangan menuntut kemerdekaan negara.

    Menurutnya pendedahan itu dibimbangi pemimpin Umno kerana sebelum ini setiap kali sambutan ulangtahun kemerdekaan hanya pemimpin negara yang diketengahkan, sedangkan pejuang sebenar disisihkan.

  13. Tok Pepijat September 4, 2011 at 12:18 pm Reply

    Mat Indera : Semua orang ada hati dan perasaan.

    Oleh: tokpepijat

    ” Mari kita main sifir sejarah: Jawablah dengan semangat patriotik dan hati ikhlas.

    1) Apakah gelaran untuk polis( mata-mata) yang tangkap Tok Janggut ?

    2) Apakah gelaran untuk polis yang pasang tali di tengkuk leher Tok Janggut semasa hukuman gantung?

    3) Apakah gelaran untuk polis yang arak dan gantung jenazah Tok Janggut di Padang Merdeka?

    4) Apakah gelaran untuk polis yang tangkap Haji Abdul Rahman Limbong dan beliau dibuang ke Mekah hingga meninggal di sana?

    5) Apakah gelaran polis yang membunuh pejuang Terengganu di Padang Kachong, Telemong?

    6) Apakah gelaran polis yang tangkap Rosli Dhobie di Sarawak dan gantung beliau?

    7) Apakah gelaran polis yang tangkap Datuk Maharaja Lela dan Sipintul yang membunuh Ketua Penjajah British JWW Birch di Perak?

    Sejarah kepolisan PDRM bermula pada Majlis penganugerahan gelaran “DiRaja” kepada pasukan polis oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Pertama, Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad pada 24 Julai 1958.

    Bukannya bermula pada 25 Mac 1807 ! PDRM sepatutnya merayakan Hari Polis ke 53 bukannya Hari Polis ke 204 !

    Jika ahli keluarga polis terasa hati dengan kenyataan Mat Sabu, bagaimana perasaan keluarga Tok Janggut, Haji Abdul Rahman Limbong, Rosli Dhobie, Datuk Maharaja Lela, Rentap, Mat Salleh, Dr Burhanuddin Al Helmy, Mat Kilau, Ustaz Abu Bakar Baqir, Mat Indera dan ribuan lagi pejuang yang terkorban di tangan polis yang berkhidmat dengan penjajah ?

    Tugas kita yang masih hidup ialah berdoa moga-moga Allah Taala ampuni mereka semua dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. ”

    http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=8524

  14. Mohd Hadi September 4, 2011 at 12:20 pm Reply

    Kerajaan Johor iktiraf ketokohan Mat Indera

    Oleh Mohamed Hadi al-Majwi

    Sebelum kita disesatkan lebih jauh lagi oleh media-media parti pemerintah, eloklah kita semua kembali ke pangkal jalan, mengkaji dan memahami semula sejarah.

    Sebetulnya tatkala kali pertama saya menonton klip video ceramah Mohamad Sabu (Mat Sabu) mengenai tragedi Bukit Kepong itu, hati saya telah terdetik “Apa sajalah yang UMNO akan merapu lepas ni”. Dan memang saya mahu saksikan, label apakah yang hendak dicop kepada Mat Sabu rentetan daripada ceramah beliau.

    Sememangnya ucapan Mat Sabu telah diputarbelitkan oleh Utusan Malaysia dan kalau salah bacaan, kita juga akan terperangkap dengan permainan Utusan Malaysia. Mat Sabu tidak pernah menyebut komunis, tetapi hanya menyebut nama Mat Indera, pejuang yang telah mengetuai serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong pada 23 Februari 1950. Inti ucapan Mat Sabu ialah ketokohan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan yang peranannya digelapkan oleh parti pemerintah, tetapi di tangan Utusan Malaysia, tiba-tiba Mat Sabu pula yang sokong komunis!

    Yayasan Warisan Johor iktiraf Mat Indera

    Saya tidak perlu membuat rujukan daripada pelbagai sumber untuk membuat pendirian bahawa Mat Indera ialah seorang pejuang kemerdekaan, seperti yang disebutkan oleh Mat Sabu. Saya hanya merujuk kepada buku biografi Pengukir Nama Johor yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada tahun 2004. Di dalam buku ini terdapat 22 biografi ringkas tokoh-tokoh ternama Johor dan salah seorang daripadanya ialah Mat Indera sendiri.

    Jangan tak percaya, Yayasan Warisan Johor meletakkan nama Mat Indera sebaris dengan Almarhum Sultan Ismail dan Tun Sulaiman Ninam Shah, bekas pengerusi tetap UMNO. Malah foto Mat Indera juga menjadi sebahagian daripada kulit hadapan buku ini. Buku ini adalah hasil karya pelbagai penulis, tetapi biografi Mat Indera ditulis oleh Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah, Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato’ Onn.

    Buku ini juga telah disunting oleh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002. Prakata buku ini pula ialah daripada Menteri Besar Johor sendiri, Dato’ Abdul Ghani Othman. Pendek kata, penerbitan buku ini mendapat restu kerajaan Johor. Nah, saya tak pasti adakah selepas ini nama-nama ini pula akan dilabelkan sebagai pengkhianat tetapi merekalah yang bertanggungjawab mengangkat ketokohan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan.

    Siapa Mat Indera

    Mat Indera, atau Ahmad bin Indera lahir di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor pada tahun 1920. Beliau pernah bertugas sebagai guru agama di Parit Setongkat, Muar pada tahun 1937. Diceritakan juga Mat Indera pernah berguru dengan Haji Yassin, ayah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggesa Mat Sabu supaya bertaqwa baru-baru ini. Di dalam peperiksaan Darjah Khas untuk guru-guru agama, Mat Indera pernah menerima anugerah butang perak daripada kerajaan Johor di atas kecemerlangannya di dalam peperiksaan tersebut. Selepas lulus peperiksaan Darjah Khas, beliau bertugas di Sekolah Agama Bandar Pontian sebagai guru agama.

    Sewaktu pendudukan Jepun, Mat Indera bekerja sebagai peniaga beras. Setelah British kembali, Mat Indera bertugas pula sebagai ketua pengangkut beras di Pelabuhan Muar. Di waktu inilah Mat Indera membabitkan diri di dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Pada awalnya, Mat Indera dilantik menjadi Setiausaha Angkatan Pemuda Insaf (API) daerah Muar sewaktu API dipimpin oleh Ahmad Boestamam.

    Ketika British menguatkuasakan undang-undang darurat pada tahun 1948, semua parti politik berhaluan kiri diharamkan, termasuklah API (UMNO masih halal ketika ini dan hanya pernah haram sekali sahaja pada tahun 1988). Secara tidak langsung, Mat Indera menjadi buruan penjajah British. Oleh kerana hanya komunis sahaja yang berjuang menentang British di dalam hutan, tidak dapat tidak Mat Indera terpaksa menjalinkan hubungan dengan komunis.

    Tindakan Mat Indera bersatu tenaga dengan komunis mencetuskan kemarahan British yang menawarkan hadiah sebanyak $25,000.00 kepada sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera. Ibu bapa Mat Indera, adiknya Johan Shah serta datuk dan nenek Mat Indera terpaksa keluar masuk penjara selama beberapa bulan kerana disoal siasat oleh pihak British, namun Mat Indera masih gagal diberkas oleh penjajah.

    Mat Indera dan Bukit Kepong

    Peranan Mat Indera di dalam tragedi Bukit Kepong juga hangat diperdebatkan. Banyak teori yang dikemukakan, ada yang mengiyakan, tapi tak kurang juga yang menafikan. Namun hampir kesemuanya bersetuju Mat Indera terbabit secara langsung menyerang Rumah Pasung Bukit Kepong. Misalnya, anggota polis marin yang terselamat di dalam tragedi itu, Abu Bakar Daud menafikan bahawa Mat Indera turut menyerang anggota polis, sebaliknya Mat Indera melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis daripada menjadi mangsa pihak komunis.

    Seorang komunis Melayu, Shahran Abdul Ghani yang pernah aktif di kawasan Yong Peng mengesahkan bahawa serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong diarahkan oleh Mat Indera. Adik Mat Indera, Johan Shah pula mendedahkan bahawa abangnya mengaku bahawa beliau (Mat Indera) bertanggungjawab mengarahkan serangan ke atas Rumah Pasung Bukit Kepong tetapi tidaklah sehingga ke tahap membunuh dan membakar balai polis. Apa yang berlaku ialah orang-orang bawahannya yang berbangsa Cina telah melanggar arahan Mat Indera dan membuat pakatan rahsia tanpa pengetahuan Mat Indera.

    Apa pun peranan sebenar Mat Indera dalam tragedi Bukit Kepong itu, pihak British telah melabelkan Mat Indera sebagai pengganas dan tawaran dinaikkan kepada $75,000.00 untuk sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera. Rancangan demi rancangan diatur, akhirnya pada 1952, Mat Indera tertangkap setelah diperdayakan oleh rakan yang dipercayai olehnya.

    Beberapa pemimpin Melayu, antaranya Kadi Haji Ahmad Shah Haji Abdul Jabar cuba memujuk Mat Indera supaya bertolak ansur dengan penjajah sewaktu perbicaraan di mahkamah untuk melepaskan diri daripada hukuman mati, tetapi semua ini ditolak oleh Mat Indera. Akhirnya, Mat Indera didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati pada 30 Januari 1953.

    Tafsiran sejarah bukannya pengkhianatan

    Buku ini turut memuatkan biografi tokoh yang terlibat secara langsung menangkap Mat Indera iaitu Bajuri Haji Siraj atau Sarjan Bajuri. Beliau merupakan pegawai yang terlibat untuk memberkas Mat Indera dan menerima habuan $75,000.00 seperti yang ditawarkan oleh pihak British. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Pontian dan pernah bertanding sebagai calon bebas setelah tidak terpilih sebagai calon Perikatan di dalam pilihanraya kecil Dun Pontian Kecil pada tahun 1961.

    Di bahagian Pendahuluan buku ini, Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid menyifatkan bahawa kedua-dua versi cerita (Mat Indera dan Sarjan Bajuri) merupakan subjek yang amat menarik untuk terus diperbincangkan dan dibuat kajian lebih lanjut. Ada yang menganggap Mat Indera sebagai wira dan ada pula yang menganggap Sarjan Bajuri sebagai wira. Menurut beliau, sejarah ialah apa yang ditafsirkan dan dikemukakan oleh para sejarawan berdasarkan bukti yang mereka dapati. Katanya lagi, “proses pembuktian dan pentafsiran ini berjalan terus menerus tanpa henti selagi manusia mampu menggali dan berfikir untuk mencari ‘kebenaran'”.

    Kebenaran inilah yang dicari oleh setiap pengkaji sejarah. Apa yang dipohon oleh Mat Sabu ialah pihak parti pemerintah memberikan gambaran yang seadil-adilnya kepada para pejuang kemerdekaan dan tidak hanya memberi fokus kepada UMNO sahaja. Golongan kiri, golongan alim ulama’ dan golongan yang “bukan UMNO” turut terbabit memperjuangkan kemerdekaan, hatta Dato’ Onn Jaafar yang pernah dicop oleh UMNO sebagai boneka British juga turut berhasrat memperjuangkan kemerdekaan. Berikanlah kepada mereka penghormatan yang sewajarnya berdasarkan neraca intelek, bukan bidasan jelik. Tidak dapat difahami mengapa tafsiran sejarah yang berbeza berasaskan hujah-hujah akademik boleh dilabel sebagai pengkhianatan, petualang dan entah apa-apa lagi.

    Rasional bukan emosi

    Apabila seorang tokoh politik seperti Mat Sabu memberi tafsiran sejarahnya (yang bukannya tiada asas), mengapa reaksi-reaksi yang timbul langsung tidak ilmiah malah disulami kecaman demi kecaman yang penuh emosi? Berfikirlah secara rasional dan selak kembali lembaran-lembaran sejarah yang mungkin kita terlepas pandang.

    Bacalah biografi Mat Indera di dalam buku ini, betapa keperibadian Mat Indera disanjung. Latar belakangnya juga mengagumkan. Secara jelas Ismail Adnan menukilkan bahawa “Pihak Inggeris telah berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat Tanah Melayu bahawa seorang manusia Melayu beragama Islam yang kuat pegangan agamanya bernama Mat Indera itu adalah seorang penderhaka kepada negara, membelakangkan ajaran agama Islam serta menjadi pengganas komunis yang kejam dan tidak berperikemanusiaan”.

    Di akhir biografi ringkas Mat Indera, penulis ada menyebut “Adakah Mat Indera seorang petualang atau pejuang? …Dia tidak mempunyai kepentingan peribadi. Dia juga tidak mempunyai niat jahat terhadap bangsa dan negaranya. Dia rela mempertaruhkan nyawanya demi memperjuangkan hak kedaulatan sebuah negara yang terbelenggu oleh rantai penjajahan. Justeru Mat Indera sewajarnya diabadikan namanya sebagai seorang pejuang, bukan seorang petualang”.

    Kenyataan ini saja sudah membuatkan saya tertanya-tanya, adakah Yayasan Warisan Johor juga mahu menjadi pengkhianat seperti Mat Sabu? Bilakah pula agaknya Utusan Malaysia ingin mengisytiharkan Yayasan Warisan Johor sebagai pengkhianat?

    http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=8531

    http://penorehgetah.blogspot.com

  15. Leong K September 5, 2011 at 4:47 am Reply

    Isu yang dilontarkan oleh Mat Sabu sebenarnya satu bentuk sarkastik. “Tembak sini kena sana”. tulah hakikatnya.

    Mat Sabu cabar establishment tentang siapa pejuang kemerdekaan dan siapa penentang British yang sebenar dengan menjentik cerita Mat Indera dan Bukit Kepong bagi tujuan menjatuhkan kredibiliti UMNO sekaran dan pemimpin UMNO lampau sekaligus mengajak masyarakat menoleh kepada golongan agamawan nasionalis lampau yang dibunuh oleh British kerana menentang penjajah British.

    UMNO terperangkap dengan isu ini. UMNO jadi defensif. Rakyat khususnya golongan muda jadi celik. Orang bukan Melayu mengangguk setuju dengan Mat Sabu! UMNO terus malu dan terbuka kurap dan panau di dada. Itulah BIJAKnya MAT SABU, sebagai orang politik yang tamat pengajian di pusat pengajian tinggi.

  16. Selatan Online September 5, 2011 at 4:50 am Reply

    Mat Indera bekas kekakih kakak TPM

    Jika tidak kerana isu MAT INDERA yang digembar-gemburkan oleh media mutakhir ini,mungkin ekspedisi seperti ini tidak pernah ada di dalam perancangan SAMM dan Author Faethal sebelum ini. Oleh itu setinggi-tinggi pengucapan terima kasih kepada Media Utama yang tela mempopularkan ucapan Mat Sabu tentang Mat Indera ini.

    Tanpa kalobrasi ucapan Mat Sabu dan ‘dihangatkan’ lagi oleh Utusan, tidak mungkin menyebabkan kami mengambil inisiatif untuk menjejaki MAT INDERA ini dan mencari jawapan persoalan utama yang bermain di benak masyarakat Malaysia umunya dan Melayu khususnya iaitu ‘Benarkah MAT INDERA Pengkhianat?’.

    Bagi menjawab persoalan ini satu ekspedisi yang bermula dari jam 10.00 pagi hingga 7.30 malam membawa kami merentasi bumi Johor dari Bukit Kepong sehinggalah ke Yong Peng. Bermula dari bertemu seorang penduduk di Bukit Kepong, dimana ibunya bersahabat kepada ibu MAT INDERA sehinggalah kepada kejayaan kami menjejaki adik MAT INDERA – Johan bin Indera di Yong Peng.

    Rumah Johan bin Indera – adik bongsu Mat Indera (foto)

    Selepas menempuh 7 jam perjalanan akhirnya kami berjaya menjejaki adik Mat Indera iaitu Pakcik Johan atau nama penuhnya Johan bin Indera. Pakcik Johan kini menetap di Yong Peng, Johor. Sebaik kami tiba di hadapan rumahnya, sebatang bendera Malaysia yang diikat pada tiang rumahnya berkibar megah. Begitu tinggi sekali semangat cintakan negara di dalam diri adik Mat Indera ini, walaupun abangnya ketika ini sedang dihamun sebagai pengkhianat negara dan komunis namun ia tidak memudarkan semangat kecintaan beliau terhadap perayaan Hari Kemerdekaan. Belum tentu rumah anak-anak kepada Bapa Kemerdekaan sendiri ada memasang Bendera Malaysia ketika ini. Belum lagi rumah pak menteri!.

    Mat Indera BUKAN KOMUNIS

    Persoalan awal kami sebaik memulakan bicara ialah ‘Betulkah Mat Indera adalah pengkhianat kepada negara seperti dakwaan sesetangah piak?’.

    ‘TIDAK. Dan saya tidak percaya Mat Indera komunis. Mustahil Mat Indera komunis kerana bapa saudara kami, Yahya sendiri dibunuh oleh komunis.’ penafian yang tegas dari Pak Johan.

    Johan bin Indera – adik bongsu Mat Indera (foto)

    Dek kerana terlalu ghairah untuk mendapatkan jawapan kepada ‘persoalan utama’ itu, sehingga kami terlupa untuk mengenali Mat Indera lebih dekat. Menurut Pak Johan, mereka mempunyai 8 orang adik-beradik. Mat Indera, atau nama penuhnya Ahmad bin Indera merupakan anak kedua dan Pak Johan adalah anak yang bongsu. Salasilah keluarganya ialah Ahmad bin Indera bin Salleh bin Husin. Husin inilah yang dikatakan dari keturunan Datuk Bentara Husin Lela, Pahlawan Siak Seri Inderapura yang pernah menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak. Beliau dilahirkan pada tahun 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor.

    Bagaimanapun kerana anak yang pertama sudah meninggal dunia ketika masih kecil, Mat Indera seolah-olah sudah menjadi anak sulung dan memegang tanggung jawab menjaga 6 adik-beradiknya yang masih kecil. Ibu mereka meninggal dunia ketika Mat Indera berusia 18 tahun, Pak Johan pula baru berusia 2 tahun.

    Mat Indera pernah berguru kepada Kiyai Haji Fadzil Bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim. Menurut Pak Johan, disebabkan Mat Indera pernah menjadi anak murid kepada Kiyai Haji Fadzil Bentan inilah yang menjadikan faktor mengapa Sultan Ibrahim enggan menandatangani surat hukuman gantungnya selepas Mat Indera dituduh bersalah.

    Kekasih MAT INDERA

    Masjid Parit Setongkat, Muar (foto)

    Permulaan kehidupan beliau sebagai guru agama, adalah dengan mula mengajar di Sekolah Agama Bandar Pontian sebelum berkhidmat sebagai seorang guru agama di Sekolah Agama Parit Setongkat, Muar. Ketika berpindah di Muar, keluarga Mat Indera tinggal di Bakri,Muar beralamat di No. 56-1. Mat Indera juga pernah berguru dengan Haji Yassin, ayah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin. Haji Yassin. Haji Yassin juga dikenali sebagai Tok Guru Haji Yassin amat terkenal di Bakri dan Pancor, Muar.

    Pak Johan telah berkongsi satu rahsia bersama kami, walaupun Mat Indera tidak berkahwin dan mempunyai waris. Namun Mat Indera pernah berkawan dengan anak Tok Guru Haji Yassin, Noraini Yassin yang juga kakak kepada TPM Muhyiddin Yassin. Perhubungan mereka membawa kepada usaha Mat Indera untuk masuk meminang, bagaimanapun ditolak oleh ayahnya kerana merasakan perbezaan taraf mereka. Masakan seorang guru agama biasa mahu dipadankan dengan anak seorang Tok Guru yang tersohor. Selepas perhubungan mereka tidak direstui oleh bapanya, Mat Indera berkawan pula dengan seorang gadis bernama Azizah Daud. Namun perhubungan mereka juga tidak berpanjangan.

    http://laksamanabukitbintang.blogspot.com/2011/09/siapa-kata-mat-sabu-bodoh-atau-kah-umno.html#comment-form

  17. Pas Perak September 16, 2011 at 12:37 pm Reply

    Saya kenal siapa Mat Indera, saya lama berkawan dengannya – Pak Majid

    IPOH: “Saya kenal siapa Mat Indera, saya lama berkawan dengannya semasa saya berada di Johor”. “Mat Indera bukan komunis, dia perjuang kemerdekaan, dia terlibat dengan Parti Kebangsaaan Melayu Malaya”. Demikian ditegaskan oleh Abdul Majid Saleh, yang lebih dikenali Pak Imam Majid, seorang pejuang kemerdekaan yang berani menentang penjajahan Inggeris sehingga beliau dipenjarakan pleh Inggeris selama tujuh tahun.

    Menceritakan kisah perjuangannya ketika dikunjungi Pimpinan Badan Perhubungan PAS Perak bersama Unit Media PAS di kediaman rumahnya baru-baru ini, beliau memberitahu beliau bersama Ismail Kali menubuhkan PKMM di Perak, iaitu di Sungai Lesung, Tapah. Beliau telah bergerak ke serata negeri untuk melebarkan pengaruh PKMM. Kemudian beliau telah berpindah ke negeri Johor dan terlibat secara aktif mengembangkan PKMM di Johor. PKMM telah berkembang ke seluruh daerah di Johor.

    Semasa beliau aktif menggerakkan PKMM di Johor itulah beliau kenal dengan Mat Indera.”Mat Indera itu lulusan agama, dia mengajar agama, saya selalu bertemu dengannya,” ujar Imam Majid. Sehubungan itu beliau menafikan sekeras keras dakwaan pihak Umno dan media pro Umno yang mengaitkan Mat Inera dengan komunis dan menyifatkan ianya satu pembohongan dan fitnah besar yang kepada pejuang kemerdekaan itu.

    Menurutnya, penjuang menentang penjajah dan berjuang untuk membebaskan negara ini dari cengkaman dipelopori pejuang pejuang terdahulu termasuk pejuang pejuang dari PKMM, saperti Dr Burhanudin Al Helmi, Ustaz Abu Bakar Baqir dan ramai lagi ahli ahli dan pejuang PKMM. “Umno buat apa ketika itu, Umno tidak buat apa apa, Umno sebenarnya penakut,” ujarnya. Menurutnya lagi, malah Umno pula yang menentang PKMM, Umno rapat dengan Inggeris, kerana itu Umno bukan musuh Inggeris, sebaliknya PKMM adalah musuh Inggeris. “Saya ingat dalam penangkapan ahli ahli dan pejuang kemerdekaan tidak kurang 86,000 telah ditangkap oleh Inggeris dan `disumbat’ dalam penjara dan kem-kem tahanan.

    Beliau sendiri dimasukkan ke kem-kem tahanan dari satu tempat ke satu tempat di Johor, Singapura, Melaka dan Perak. “Mana ada orang Umno yang ditangkap oleh British , Umno itu pengecut” ujarnya. Mengenai hubungannya dengan Dr Burhanuddin Al Helmi, beliau memberitahu Dr Burhanuddin adalah rakan rapatnya semasa berada di Singapura. Beliau begitu kagum dengan Dr. Burhanudin yang dianggapnya seorang pemimpin yang hebat dan menguasai banyak bahasa. Pak Imam Majid semakin yang semakin uzur masih mampu mengingat kisah perjuangan beliau bersama rakan rakan menentang Inggeris.

    Sumber: http://perak.pas.org.my
    Facebook PAS Perak: http://www.facebook.com/pasperak

    Youtube temubual bersama Pak Majid dari 10tahun.blogspot.com

    http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=8804

  18. Saleha September 16, 2011 at 2:19 pm Reply

    Mat Indera: Cetusan idea Mat Sabu satu inovasi
    Saleha
    Mat Indera. Cetusan Idea Haji Mohamad Sabu Presiden Pas, satu Inovasi!, itulah pada pandangan saya. Ketika ini riuh rendah Kisah Mat Sabu dan Mat Indera diperkatakan. Ini mendatangkan keterujaan saya untuk mengetahuinya. Haji Mohamad Sabu saya tahu dia seorang Timbalan Presiden Pas masa kini yang mencetuskan kisah ini, tetapi siapa Mat Indera.

    Cetusan idea Haji Mat Sabu membangkitkan reaksi daripada pelbagai pihak hingga kepada professor-professor. Mat Indera diceritakan menjadi orang penting dalam peristiwa Bukit Kepong pada tahun 1950. Saya mencari dari segenap sumber untuk mengetahui siapa Mat Indera. Macam-macam versi saya temui. Tetapi apa yang menarik, saya temui ialah fakta tentang pengkisahan ini. Fakta pada tanggapan sendiri bukan fakta umum, nanti Prof. Ramlah Adam murka kerana fakta sejarah hanya sejarahwan yang berhak menyatakannya. Mana mungkin rakyat bawahan yang berpendidikan rendah memandai-mandai tentang fakta sejarah.

    Saya tidak ingin mengulas atau mentafsir tentang kisah ini tetapi saya ingin mengaitkan kisah ini dengan situasi sekarang, kerana ia tidak memerlukan pengkajian yang mendalam. Saya bukanlah orang berpendidikan tinggi yang membolehkan mengkaji sejarah secara mendalam. Apa yang berlaku sekarang adalah lebih sesuai kerana tidak memerlukan fakta sejarah iaitu ada mata tengok, ada telinga dengar, ada otak fikir, ada mulut bercakap, ada hati nukilkan yang tersirat menjadi tersurat.

    Izinkan saya menyatakan fakta yang diperolehi dan menghubungkan dengan situasi sekarang. Fakta itu ialah Mat Indera mengetuai parti buruh dan kenapa parti buruh diminati.

    Saya memperolehi fakta Mat Indera mengetuai parti buruh daripada ahkbar Sinar Harian 7 September 2011 muka surat 6 iaitu kenyataan daripada Baharom adik kepada Mat Indera, “Baharom memberitahu, ketika Mat Indera mengetuai Parti Buruh di Pelabuhan Muar, abangnya seorang yang disenangi pekerja buruh yang lain”. Fakta kenapa parti buruh diminati. Saya perolehi dari akhbar Mingguan Malaysia m2 Ahad 11 September 2011 muka surat 2, “Penyebaran ini mendapat tempat di kalangan kesatuan sekerja berikutan tindakan majikan yang tidak mesra pekerja”. Fakta inilah yang akan dihubungkan dengan situasi sekarang ini.

    Penjawat awam Malaysia adalah buruh dan majikannya adalah kerajaan Malaysia. Buruh yang dimaksudkan ini bukan pegawai atasan kerana mereka adalah pembuat dasar bagi pihak kerajaan. Kumpulan sokongan adalah buruh kerana mereka sebagai perlaksana arahan. Kerajaan Malaysia sebenarnya tidak adil kepada kakitangan perkhidmatan lama. Kakitangan lama yang sampai tempoh bersara rata-rata berkhidmat lebih tiga puluh tahun. Ini adalah kerana kakitangan sokongan dalam perkhidmatan lama ada yang telah dinafikan untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi walaupun mempunyai ijazah dan bersara ditahap kumpulan sokongan. Ini amatlah tidak adil jika seseorang berada di tempat tersebut.

    Diberikan contoh di sini. Seorang rakan yang mempunyai kelulusan ijazah tetapi pihak kerajaan Malaysia tidak pernah memberi peluang menjawat jawatan dengan kelulusan ijazah walaupun beliau berpengalaman lebih tiga puluh tahun sehinggalah bersara ditahap kumpulan sokongan dengan gred yang sama disandang sewaktu mula.

    Beliau berusaha menuntut ilmu tanpa mendapat apa-apa kemudahan dari pihak kerajaan. Sejak dari ijazah asas membawa ke ijazah sarjana. Kemudian beliau diterima dan mendaftar pula untuk ijazah doktor falsafah. Memandangkan kesukaran yang akan ditempuhi apabila menjadi penuntut Phd beliau telah bersara sebelum tempoh umur persaraan yang ditandatangani iaitu 58.

    Beliau bersara pada gred sokongan dengan pencen lebih kurang seribu dan graduiti lebih kurang tujuh puluh ribu untuk perkhidmatan selama 32 tahun. Wang graduitinya untuk membeli rumah kos rendah pun tak lepas. Kalau pun ada pemilik flat kos rendah seksyen 3 Petaling Jaya Lama yang ingin menjualnya harga tidak kurang 90 ribu. Dengan wang itulah dia berjimat untuk meneruskan hidup disamping membiayai pengajiannya.

    Suka juga dinyatakan kakitangan yang mendapat segala kemudahan daripada kerajaan untuk melanjutkan pelajaran bukan semuanya dengan niat untuk menuntut ilmu melainkan mereka sekadar merebut peluang yang tersedia lebih-lebih lagi yang dapat pergi keluar negara disamping dapat lari seketika daripada tugasan kerja dan apabila kembali status akademik lebih tinggi. Mereka dari kumpulan ini sekiranya tidak mendapat segala keistimewaan tidak akan bersusah payah meneruskan pengajian.

    Berbalik rakan yang disebutkan di atas, beliau dengan perbelanjaan sendiri bersusah payah dan di tempat kerja pula ditekan oleh pegawai yang lebih atas selalunya yang lebih muda. Di tempat kerja berhempas pulas menjalankan kerja, di masa tidak bekerja ketika itulah diisi dengan menunut ilmu. Malangnya dia bersara pada gred rendah yang disandangnya sejak mula bertugas 32 tahun lalu. Di mana keadilannya. Pencapaian apa yang kerajaan Malaysia utamakan.

    Saya ingin mengucapkan syabas kepada Tuan Haji Mohamad Sabu Timbalan Presiden Pas yang melahirkan inovasi dengan mencetuskan isu Mat Indera. Cetusan ideanya bukan sekadar kajian sejarah Malaysia tetapi menjangkau kelain cabang yang untuk difikirkan oleh selain orang sejarah tetapi juga terhadap keadilan kerajaan Malaysia sebagai majikan kepada buruhnya penjawat awam perkhidmatan lama.

    Oleh yang demikian bukan semua rakyat Malaysia seperti Prof. Ramlah Adam, Prof. Zainal Kling dan lain-lain yang mesra kerajaan Malaysia. Mereka ini sudah tentu mesra kerajaan Malaysia dengan nama sentiasa dijulang dan kedudukan usah nak cakap. Tetapi buruh kerajaan yang disebutkan di atas adalah kategori yang tidak dapat menjadi mesra kerajaan Malaysia.

    http://bm.harakahdaily.net/index.php/letter/5449-mat-indera-cetusan-idea-mat-sabu-satu-inovasi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: