Rahsia kes Anwar terbongkar, Musa Hassan dan Ghani Patail dua konspirator bahaya perdaya Tun Mahathir?

Former CID Chief, Mat Zain Ibrahim’s open letter to the IGP 

Selain daripada diri saya sendiri, saya mendapat maklum terdapat sekurang-kurangnya dua lagi pihak yang pernah menemui Perdana Menteri, YAB Dato Seri Mohd. Najib Tun Razak (PM Najib), bertujuan menyarankan supaya sesuatu tindakan diambil terhadap Gani Patail dan Musa Hassan. Ini memandangkan salahlaku jenayah yang telah mereka lakukan, adalah sangat ketara dan telah membebankan Negara, selain daripada memusnahkan kepercayaan Rakyat terhadap Institusi-Institusi Kerajaan. 

Mat Zain bin Ibrahim,

matzainibrahim@gmail.com This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Kepada,

YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, IG,

Ketua Polis Negara,

Polis Di-Raja Malaysia,

iho@rmp.gov.my This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

12hb.September 2011,

Assalamualaikum wbt.

KENYATAAN TERTUDUH-BENARKAH ANWAR DIANIAYA

1. Beberapa pihak telah memberikan pendapat berkaitan tindakan Dato Seri Anwar Ibrahim (Anwar) membuat kenyataan pembelaan diri dalam perbicaraan kes Sodomy II dari kandang tertuduh pada 22.08.2011 yang lalu. Setiap seorang termasuk saya,adalah berhak keatas pendapat masing-masing.

2. Membuat kenyataan dari kandang tertuduh( Kenyataan Tertuduh) adalah salah satu dari tiga opsyen yang dibenarkan olih undang-undang kepada seorang Tertuduh. Olih yang demikian, tidak timbul sama ada Anwar telah melakukan suatu kesalahan dari sudut undang-undang atau sebaliknya. Beliau pasti telah diberi nasihat  berkaitan konsekuen atau faedahnya memilih opsyen tersebut.

3. Pada pendapat saya, perkara yang sepatutnya dititikberatkan ialah samada ada keseluruhan kandungan Kenyataan Tertuduh itu adalah benar atau terdapat diantaranya, penegasan yang direka atau palsu. Kedapatan Anwar turut membuat dakwaan salahlaku jenayah yang spesifik, terhadap beberapa individu yang dinamakan dengan jelas. Apa pun opsyen yang dipilih, beliau telah mengemukakan kenyataan tersebut dihadapan seorang Hakim dalam suatu prosiding terbuka. Anwar tetap tertakluk kepada pendakwaan jenayah, sekiranya beliau dibuktikan telah membuat kenyataan yang direka atau palsu.

4. Dalam mengulas isu ini,saya memilih untuk menumpukan perhatian kepada beberapa perenggan Kenyataan Tertuduh seperti berikut:-

4.1. Dakwaan spesifik terhadap Tan Sri Abdul Gani Patail(Gani Patail),Tan Sri Musa Hassan (Musa Hassan) dan Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden (Yusof) dalam peristiwa tahun 1998. Khususnya berkaitan mereka atau memberi keterangan palsu serta dakwaan “cover-up” dalam penyiasatan melibatkan Anwar. Termasuk tetapi tidak terhad kepada  insiden mata-lebam.

4.2. Dakwaan berkaitan keterangan Forensik dan DNA.

4.3. Dakwaan keterlibatan dan salahguna kuasa mantan Perdana Menteri dalam penyiasatan melibatkan Anwar.

5. Saya mendapati hampir keseluruhan Kenyataan Tertuduh itu adalah merupakan “kenyataan ulangan untuk menyegarkan ingatan”.Dakwaan-dakwaan yang Anwar lontarkan terhadap mantan Perdana Menteri Y.A.Bhg. Tun Mahathir Mohamed, Gani Patail, Musa Hassan dan beberapa yang lain, termasuk terhadap Jabatan Peguam Negara dan Polis, bukanlah perkara baru.Beliau pernah membuat kenyataan secara rasmi pada 3.3.1999 ketika prosiding Suruhanjaya Di-Raja siasatan insiden mata-lebam diadakan.Bagaimanapun dakwaan-dakwaan berkenaan tidak dicabar olih mana-mana pihak, walaupun daripada Gani Patail atau Musa Hassan sendiri.

5.1. Selanjutnya,dakwaan salahlaku jenayah secara lebih spesifik  terhadap Gani Patail,Musa Hassan dan Yusof telah beliau kemukakan kepada Mahkamah dalam beberapa afidavit yang telah difailkan sejak 2008 ketika perbicaraan masih diperingkat Mahkamah Sesyen lagi.

5.2. Selain afidavit, Anwar  juga telah membuat beberapa laporan Polis terhadap Gani Patail,Musa Hassan serta beberapa Timbalan Pendakwa Raya.Laporan-laporan berkenaan kesemuanya berkisar kepada dakwaan mereka keterangan atau membuat afidavit palsu.

6. Olih hal yang demikian, isu beliau membuat Kenyataan Tertuduh sedemikian, sebagai helah untuk mengelakkan diri daripada disoal balas olih Pasukan Pendakwaan, pada pendapat saya tidak tepat untuk dipersoalkan.

6.1. Malahan,Pasukan Pendakwaan atau sesiapa juga yang telah didakwa dalam afidavit atau laporan Polis berkenaan, bolih membuat aduan terhadap Anwar jika terbukti beliau telah mengikrarkan afidavit atau membuat laporan Polis palsu.Bagaimanapun sejak 1998 lagi, Gani Patail dan Musa Hassan tidak mengambil tindakan sedemikian.

7. Peraturan Mahkamah Tinggi berkaitan penegasan dalam sesuatu afidavit adalah jelas. Banyak case laws yang bolih dijadikan teladan. Antaranya  dalam kes Sunrise Sdn.Bhd. vs First People (M) Sdn.Bhd & Anor [1996] 3 MLJ 533.Hakikatnya telah diterima olih Mahkamah bahawa, mana-mana penegasan mustahak dalam afidavit yang tidak dijawab atau dicabar hendaklah dianggap sebagai telah diakui kenyataan yang benar.

7.1. Contoh semasa yang terbaik ialah; dalam kes bunuh Altantuya Shaariibuu, bilamana Hakim telah membebaskan seorang tertuduh Abdul Razak Baginda tanpa dipanggil membela diri, semata-mata bersandarkan afidavit Razak yang tidak dicabar olih Pendakwa Raya.

GANI PATAIL DAN MUSA HASSAN

8. Berbalik kepada dakwaan-dakwaan spesifik terhadap beberapa individu dalam Kenyataan Tertuduh tersebut, kesimpulan saya adalah seperti berikut;

8.1. Dakwaan bahawa Gani Patail pada 26.10.1998 telah mengarahkan seorang Dr. Abdul Rahman Yusof (Dr. Rahman) untuk menyediakan satu laporan Forensik palsu berkaitan kecederaan yang Anwar alami dalam insiden mata lebam itu adalah betul.

Pemalsuan ini telah disusuli dengan 2 lagi pemalsuan olih Dr. Rahman yang dikatakan telah diarahkan sendiri olih Allahyarham Tan Sri Mohtar Abdullah, Peguam Negara ketika itu, dalam bulan Disember 1998.

8.2. Dakwaan bahawa Musa Hassan telah bersubahat dengan memberi kemudahan kepada Gani Patail dan Dr.Rahman menyempurnakan pemalsuan-pemalsuan tersebut diatas juga adalah betul.

8.3. Fakta bahawa 2 (dua) daripada 3 (tiga) laporan forensic palsu tersebut telah dikemukakan dalam prosiding Suruhanjaya Di-Raja insiden mata-lebam yang bersidang diantara 22.2.1999 hingga 4.3.1999, juga adalah betul.

9. Apapun keadaannya, keujudan 3 laporan forensik olih Dr.Rahman itu sendiri, merupakan keterangan yang kukuh bagi membuktikan berlakunya perbuatan mereka keterangan palsu terhadap Anwar.Saya menekankan bahawa keterangan ini adalah lebih konklusif daripada keterangan DNA.

YUSOF

10. Dakwaan bahawa Yusof mengetahui keujudan ketiga-tiga laporan palsu tersebut dan penggunaanya dalam prosiding Suruhanjaya diatas, dalam sifat beliau sebagai wakil Peguam Negara sepanjang prosiding berkenaan, adalah berasas dan dipercayai betul.

10.1. Yusof sewajarnya mengistiharkan kepada Mahkamah, sama ada posisi beliau sebagai Ketua Pasukan Pendakwaan kes Sodomi II berada dalam konflik dengan posisi beliau sebagai wakil Peguam Negara dalam prosiding Suruhanjaya mata-lebam. Situasi ini timbul, memandangkan isu Gani Patail dan Musa Hassan memalsukan keterangan dan menggunakannya dalam prosiding Suruhanjaya itu telah dibangkitkan sejak 1.7.2008.Ini disusuli pula dengan dakwaan menerusi afidavit-afidavit dalam pembicaraan Sodomi II. Yusof sendiri turut ditohmahkan sebagai telah menyembunyikan keterangan salahlaku jenayah Gani Patail dan Musa Hassan.

10.2. Hakikatnya tidak dapat dinafikan bahawa Yusof adalah seorang saksi yang mustahak kepada dakwaan salahlaku jenayah terhadap Gani Patail dan Musa Hassan yang telah dilaporkan olih Anwar pada 1.7.2008 itu, manakala pada masa yang sama juga, Yusof adalah Ketua Pasukan Pendakwaan dalam perbicaraan Sodomy II terhadap Anwar.

10.3. Yusof hanya perlu untuk mengesahkan sama ada benar atau tidak ujud 3 laporan forensic yang disediakan olih Dr. Rahman diatas arahan Gani Patail dan Peguam Negara dalam penyiasatan insiden mata-lebam itu. Yang lainnya adalah untuk Mahkamah memutuskan.

KETERANGAN FORENSIK DAN DNA

11. Dakwaan menerusi afidavit menyatakan Musa Hassan dan SAC Datuk Mohamad Rodwan Yusof (Rodwan) cuba mengambil tanpa kebenaran (“mencuri”) sample darah Anwar, daripada simpanan / kawalan seorang Dr.Zahari Noor pada 15.10.1998 untuk kegunaan ujian DNA adalah dipercayai betul. Dr.Zahari sendiri telah memberikan keterangan kearah demikian pada 30.12.1998 ketika perbicaraan Anwar dalam kes salahguna kuasa dihadapan Hakim Dato Augustine Paul (mendiang).

11.1. Setidak-tidaknya, Musa Hassan masih terhutang kepada rakyat jelata, untuk menjelaskan apakah keterangan yang beliau ada ketika memberi taklimat kepada Tun Mahathir ,sehinggakan mantan Perdana Menteri itu begitu yakin untuk mempercayai Anwar terlibat dengan aktibiti seks luar nikah dan homosexsual. Manakala beberapa bulan selepas itu pula, Musa Hassan terdesak untuk mengumpulkan keterangan lanjut berkaitan DNA, sehingga terpaksa mencuri sample darah tersebut.Walhal pada ketika itu, Anwar telahpun dituduh di-Mahkamah dan sedang menunggu tarikh perbicaraan. Sepatutnya proses pengumpulan keterangan asas telah selesai.

11.2. Musa Hassan juga patut jelaskan samada tindakan “mencuri” sample darah sebelum perbicaraan kes dimulakan itu, adalah dalam pengetahuan dan direstui olih Tun Mahathir atau sebaliknya. Ataupun tindakan itu adalah diatas inisiatif beliau sendiri semata-mata untuk menjustifikasikan taklimat meyakinkan yang beliau beri kepada Tun Mahathir beberapa bulan sebelum itu.

11.2.1.Fakta bahawa Musa Hassan telah menemui Dr. Zahari berkaitan sample darah Anwar untuk tujuan DNA pada 15.10.1998 itu sahaja, sudah memadai untuk membuat kesimpulan bahawa Musa Hassan TIDAK mempunyai keterangan yang lengkap ketika mentaklimatkan Tun Mahathir berkaitan Anwar beberapa lama sebelum itu.

11.2.2.Sila rujuk laporan lengkap dalam “surat tertutup” saya bertarikh 27.12.2010 dialamatkan kepada Tan Sri KPN, Solicitor General dan YAB Perdana Menteri berkaitan pemalsuan DNA ini.

DAKWAAN KETERLIBATAN TUN MAHATHIR

12. Menerusi Kenyataan Tertuduh dan afidavit-afidavit yang Anwar telah failkan sebelumnya,beliau telah mendakwa pada tahun 1998 Tun Mahathir telah menyalahgunakan kuasa beliau dalam memberi tekanan keatas Jabatan Kehakiman, Peguam Negara dan Polis sehingga mendapatkan beliau (Anwar) disabitkan dengan kesalahan yang beliau tidak pernah lakukan dan dijatuhkan hukuman penjara berjumlah 15 tahun.

12.1. Saya menegaskan bahawa Anwar TIDAK mempunyai keterangan untuk mengaitkan Tun Mahathir dengan tindakan Gani Patail dan Musa Hassan dalam perbuatan merekacipta atau memberi keterangan palsu terhadap beliau (Anwar).

12.2. Sebaliknya, saya wajar menyatakan bahawa mengikut rekod rasmi dan apa yang tercatit diatas kertas dalam fail siasatan Polis, Tun Mahathir yang telah memberi nasihat dan amaran keras supaya tidak ada sebarang “cover-up” dilakukan dalam penyiasatan kes-kes melibatkan Anwar.

12.3. Nasihat dan amaran Tun Mahathir sedemikian itu telah saya rakamkan dalam diari penyiasatan kes mata-lebam pada 8.10.1998 setelah saya menemui beliau di-Jabatan Perdana Menteri yang dipanggil memberi taklimat kemajuan siasatan Polis dalam kes tersebut.

12.4. Nasihat dan arahan tersebut telah disampaikan kepada pucuk pimpinan tertinggi PDRM pada hari yang sama dan kepada Gani Patail dua hari kemudian.Laporan secara bertulis menerusi kertas siasatan kes, disampaikan kepada Gani Patail pada 15.10.1998 yang diakui penerimaannya secara rasmi.

13. Olih yang demikian,berdasarkan keterangan yang ada,saya menegaskan, segala penipuan dan pemalsuan  keatas Anwar telah dilakukan olih Gani Patail dan Musa Hassan dengan kehendak mereka sendiri untuk faedah masing-masing,melainkan mereka berdua bolih membuktikan terdapat ada pihak ketiga yang terlibat.

MENGENAI SABITAN SALAH DAN HUKUMAN PENJARA 15 TAHUN

14. Sejak 1998 lagi, Anwar secara konsisten mengekalkan pengakuan tidak bersalah sambil mendakwa, bahawa pertuduhan-pertuduhan salahguna kuasa dan liwat yang dikenakan terhadapnya adalah pertuduhan palsu dan berniat jahat dan suatu konspirasi nekad, untuk memusnahkan kerjaya poliktiknya. Beliau turut mendakwa bahawa sabitan salah dan hukuman penjara 15 tahun yang dijatuhkan keatas diri beliau adalah suatu penganiayaan pihak Pemerintah keatas diri dan keluarga beliau.

15. Berdasarkan kepada keterangan dokumentari dan peristiwa-peistiwa penipuan dan pemalsuan yang dilakukan keatas diri beliau, yang bolih dan mampu dibuktikan, maka saya menyatakan bahawa dakwaan Anwar sedemikian itu adalah berasas dan mempunyai meritnya yang tersendiri.

15.1. Perbuatan “mencuri” sample darah Anwar untuk tujuan DNA olih Musa Hassan dan Rodwan telah dilakukan pada 15.10.1998. Manakala pemalsuan keterangan Forensic olih Dr.Rahman pula dilakukan pada 26.10.1998. Kedua-dua peristiwa yang berlaku, adalah diatas arahan dan atau/penyeliaan Gani Patail yang disempurnakan sebagai persediaan untuk keterangan tersebut digunakan terhadap Anwar, sebelum perbicaraan kes salahguna kuasa terhadap beliau dimulakan pada 2.11.1998.

15.2. Tanpa perlu mengulangi secara detail peristiwa diatas,saya menyatakan bahawa kedua-dua kejadian tersebut adalah antara beberapa keterangan kukuh untuk membuktikan keujudan niat jahat (mala fide) dan sikap bias  Gani Patail dan Musa Hassan dalam penyiasatan dan pendakwaan kes ini.

15.3. Walaupun Hakim mendiang Dato Augustine Paul menolak (expunged) keterangan DNA akibat penjelasan yang menimbulkan kecurigaan daripada Ahli Kimia Encik Lim Kong Boon, tidak bermakna bahawa perbuatan “mencuri” sample darah bagi tujuan DNA dan mereka keterangan palsu dalam perkara ini, terbatal sama sekali. Malah ianya mengukuhkan lagi dakwaan-dakwaan bahawa sample darah yang dicuri dari kawalan Dr.Zahari itu telah ditanam (planted) diatas “tilam masyhor” yang diusung turun-naik Mahkamah ketika perbicaraan.

15.4. Perbuatan Musa Hassan memberi keterangan palsu (“perjury”) dalam perbicaraan kes salahguna kuasa terhadap Anwar, tiba-tiba terbongkar, apabila keterangan beliau berikan sendiri sebagai saksi PW75 dalam perbicaraan Kes Pendakwa Raya vs Ramli Yusuff di-Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, dibandingkan dengan keterangan yang beliau berikan dalam kes salahguna kuasa terhadap Anwar tahun 1998. Seorang Ahli Parlimen telah membuat laporan Polis terhadap Musa Hassan kerana melakukan kesalahan “perjury” ini dalam bulan Mac 2010, tetapi penyiasatannya disenyapkan begitu sahaja.

Analogi

16 Jika Musa Hassan dan Rodwan tidak pernah menemui Dr.Zahari berkaitan sample darah Anwar seperti yang dinyatakan diatas, maka Dr. Zahari Noor tidak akan memberikan keterangan sedemikian dalam perbicaraan kes salahguna kuasa terhadap Anwar dalam bulan Disember 1998. Rodwan juga tidak akan menyebut perkara DNA ini tanpa sebab dalam percakapan yang dirakamkan darinya pada 1.10.1998.

16.1. Jika Musa Hassan sememangnya seorang yang jujur, termasuk apabila memberi keterangan bersumpah,maka Hakim Supang Lian dari Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, tidak akan melabelkan beliau sebagai seorang saksi yang tidak bolih dipercayai, dan kesaksiannya juga ditolak. Walhal beliau adalah seorang Ketua Polis Negara dan memakai pakaian seragam lengkap ketika memberikan keterangan tersebut. Pendek kata Hakim Supang Lian tidak akan membuat komen sedemikian melainkan beliau mempunyai keterangan yang kukuh.

16.2. Jika Musa Hassan tidak ada memberi keterangan palsu ketika perbicaraan kes salahguna kuasa terhadap Anwar, dihadapan Hakim mendiang Dato Augustine Paul dalam tahun 1998, maka tidak akan ujud nota keterangan sedemikian yang bolih dibandingkan pula dengan nota keterangan beliau di-Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu sebelas tahun kemudian.

16.3. Jika Musa Hassan tidak pernah memberi kemudahan dan membantu Gani Patail dalam membuat dan mereka keterangan-keterangan palsu dalam penyiasatan insiden mata-lebam tahun 1998, maka saya sendiri tidak akan merakamkan dalam diari penyiasatan saya ketika itu, mengenai peranan dan penglibatan beliau dan Gani Patail dalam salahlaku jenayah ini.

Memoirs

17. Jika Musa Hassan telah berjaya meyakinkan Tun Mahathir untuk mempercayai Anwar terlibat dalam aktibiti homosexsual,lantas beliau dipecat dan dikenakan beberapa pertuduhan jenayah sehingga disabitkan kesalahan dan dipenjarakan, maka nota keterangan Musa Hassan berikan dalam perbicaraan salahguna kuasa terhadap Anwar itu sendiri, akhirnya telah membongkarkan segala pemalsuan dan penipuan lampau yang Musa Hassan telah lakukan.

17.1. Begitu juga apa yang berlaku keatas Gani Patail. Sungguhpun beliau berjaya meyakinkan Tun Mahathir dan Jemaah Menteri ketika itu,dengan memperkecilkan hasil penyiasatan Polis terhadap insiden mata-lebam, sehinggakan Jemaah Menteri percaya bahawa PDRM tidak telus dan professional dalam tugas mereka,lantas menubuhkan Suruhanjaya Di-Raja penyiasatan pula. Maka keterangan-keterangan yang terkandung dalam laporan Suruhanjaya itu sendiri,akhirnya telah mengesahkan segala pemalsuan dan penipuan yang Gani Patail telah lakukan.

17.2. Tanpa diduga 13 tahun kemudian,Tun Mahathir telah mengeluarkan memoirs beliau dalam “A Doctor in the House”, pada bulan Mac 2011. Secara sengaja atau kebetulan, memoirs Tun dalam membincangkan peristiwa mata-lebam dan dakwaan terhadap Anwar, sebaliknya telah mengukuhkan lagi keterangan salahlaku jenayah terhadap Gani Patail dan Musa Hassan pula.

17.2.1.Jika Tun Mahathir dalam memoirs sendiri telah berterus terang pernah tersalah anggap, bahawa kecederaan mata-lebam yang Anwar alami itu adalah dilakukannya sendiri (self-inflicted), hanya untuk kemudiannya sedar bahawa kecederaan tersebut akibat serangan mantan Ketua Polis Negara,maka Tun juga bolih tersalah anggap mengenai aktibiti homosexsual Anwar. Tun Mahathir tidak bolih mengenepikan kemungkinan beliau telah diperdayakan olih Musa Hassan dengan butir taklimat yang ditokok-tambah atau dimanipulasikan.

17.2.2.Menilai semula penglibatan Musa Hassan dalam peristiwa, yang ramai tidak menyangka beliau sanggup lakukan,iaitu, “mencuri” sample darah untuk tujuan DNA,bersubahat dengan Gani Patail dalam mereka 3 laporan Forensik palsu serta kemudiannya memberi keterangan palsu dalam perbicaraan melibatkan Anwar, yang kesemuanya berlaku selepas beliau memberikan taklimat kepada Tun, maka kemungkinan Tun Mahathir telah diperdayakan menjadi lebih credible.

17.2.3.Saya menyatakan Tun sememangnya serius apabila beliau pada 8.10.1998 mengarahkan menerusi saya supaya tidak ada sebarang “cover-up” dalam penyiasatan kes-kes terhadap Anwar. Bagaimanapun Tun tidak mempunyai kawalan terhadap tingkahlaku Gani Patail dan Musa Hassan.

17.2.4.Tun Mahathir sendiri mengaku telah mengarahkan KPN supaya berhati-hati apabila menangani Anwar. Malah Tun (memberitahu saya ketika menemui beliau) telah meminta supaya Anwar tidak digari apabila ditangkap, jika bolih. Namun, Anwar tetap juga dibelasah olih mantan KPN tersebut sebaik ditangkap ketika kedua belah tangannya masih bergari.

Begitu juga keadaannya,walaupun Tun telah mengarahkan supaya tidak ada sebarang “cover-up” terhadap kes-kes melibatkan Anwar, dan arahan tersebut telah saya sampaikan kepada mereka yang berkenaan,secara lisan dan bertulis, namun Tun tidak berupaya untuk menghalang  Gani Patail dan Musa Hassan daripada melakukan pemalsuan dan penipuan keatas Anwar dibelakang beliau.

17.2.5.Sekiranya Gani Patail sanggup melibatkan diri melesapkan dokumen yang mengaitkan beliau dengan salahlaku jenayah, sebelum laporan Suruhanjaya Di-Raja mata-lebam dipersembahkan kepada SPB Yang Di-Pertuan Agong, maka apalah manipulasi keatas rakyat biasa kepada beliau.

17.2.6.Dengan berat hati saya menyatakan,bahawa terdapat beberapa kenyataan mustahak Tun dalam Chapter 53 “Doctor in the House”, khususnya menyentuh berkaitan siasatan kes mata-lebam dan tindak-tanduk Pendakwa Raya dalam perkara sama, adalah berbeza dengan fakta terkandung dalam fail siasatan rasmi yang dibuat pada 1998. Saya percaya pekara ini bolih berlaku akibat Tun telah diberikan maklumat atau taklimat yang telah dimanipulasikan dan mengelirukan.

Kesimpulan Perkara

18. Berdasarkan kepada hujah-hujah yang tersebut diatas yang disokong dengan dokumen-dokumen dan keterangan yang ada dalam milik dan pengetahuan saya sendiri, saya berpendapat bahawa sabitan salah keatas Anwar dalam pertuduhan salahguna kuasa keatas beliau,telah diperolehi olih pihak Pendakwaan melalui jalan penipuan dan pemalsuan yang telah dilakukan dengan niat bersama olih Gani Patail dan Musa Hassan untuk faedah bersama mereka.

18.1. Tidak salah untuk menyatakan hukuman penjara yang Anwar telah lalui adalah penganiayaan terhadap beliau olih mereka berdua.

PENUTUP

19. Selain daripada diri saya sendiri, saya mendapat maklum terdapat sekurang-kurangnya dua lagi pihak yang pernah menemui Perdana Menteri, YAB Dato Seri Mohd. Najib Tun Razak (PM Najib), bertujuan menyarankan supaya sesuatu tindakan diambil terhadap Gani Patail dan Musa Hassan. Ini memandangkan salahlaku jenayah yang telah mereka lakukan, adalah sangat ketara dan telah membebankan Negara, selain daripada memusnahkan kepercayaan Rakyat terhadap Institusi-Institusi Kerajaan.

Saya mempunyai alasan untuk menyatakan, PM Najib turut sedar bahawa keterangan  terhadap Gani Patail dan Musa Hassan adalah jelas dan kukuh. Malahan, tidak ada jalan keluar bagi mereka berdua.

Namun begitu, PM Najib nampaknya masih belum bersedia untuk melaksanakan kuasa beliau sebagai Perdana Menteri diatas sesuatu pertimbangan yang hanya beliau ketahui. Mungkin beliau sedang menunggu masa yang sesuai. Saya yakin PM Najib tidak akan timbulkan soal ketiadaan atau kekurangan keterangan terhadap mereka berdua.

20. Sebagai seorang yang terlibat secara langsung menangani isu-isu berkaitan Anwar sejak 1998, serta mempunyai pengalaman bersemuka dan berinteraksi dengan kesemua “pemain-pemain utama” perkara dalam persoalan ini,terutamanya Tun Mahathir sendiri, Gani Patail, Musa Hassan, Anwar Ibrahim, selain daripada Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Suruhanjaya Di-Raja siasatan mata-lebam dan juga PM Najib, maka saya mampu menegaskan, bahawa segala pendedahan fakta yang saya buat dalam surat keluaran ini dan juga dalam beberapa banyak Surat Terbuka saya sebelum ini, tidak pernah lari sedikitpun daripada landasan kebenaran.

21. Saya menyimpan hak saya untuk menyambung ulasan mengenai isu ini pada masa yang sesuai, memandangkan perbicaraan kes Sodomi II akan disambung semula pada 19 September 2011, walaupun saya sedar akan risikonya.

Sekian, untuk makluman dan tindakan YDH Tan Sri dimana berkaitan mengikut peraturan Undang-Undang sedia ada. Salam sejahtera.

Yang benar,

Mat Zain Ibrahim

http://malaysia-today.net/mtcolumns/special-reports/43399-mat-zain-ibrahims-open-letter-to-the-igp

 

Baca lagi:

3 thoughts on “Rahsia kes Anwar terbongkar, Musa Hassan dan Ghani Patail dua konspirator bahaya perdaya Tun Mahathir?

  1. yahoo news September 13, 2011 at 12:08 pm Reply

    ‘Evidence fabricated in Anwar’s corruption trial’

    Anwar Ibrahim’s 1998 conviction for abuse of power was wrong as the prosecution had concocted evidence and cheated through the actions of then investigating officer Musa Hassan and then lead prosecutor Abdul Gani Patail.

    This was revealed in another open letter, sent to Inspector-General of Police Ismail Omar today, by former Kuala Lumpur CID chief Mat Zain Ibrahim.

    Mat Zain states that Musa ( left ) and Gani had done this for their joint benefit. Both had risen in ranks, with Musa becoming the police chief and Gani, the attorney-general. Musa retired recently.
    “It is not wrong to say the jail term Anwar faced is an injustice to him as a result of both their (Musa’s and Gani’s) actions. I am basing this argument on documentary evidence and statements that I have and are within my knowledge,” he said in the letter.

    “I am also saying this because there are important statements made by (former prime minister) Dr Mahathir Mohamad in Chapter 53 of his memoirs ‘Doctor in the House’ on the black eye incident, and the actions by the public prosecutor are different from what I have in the official case files of 1998.
    “I believe that Mahathir was given a wrong briefing and he had been manipulated.”

    Mat Zain was directly involved in issues regarding Anwar in 1998.

    “I have confronted and interacted with the main players in this matter, including Mahathir, Gani, Musa, and Anwar, besides the commissioners in the Royal Commission of Inquiry in the black eye incident,” he said.

    ‘Blood sample was stolen’

    Mat Zain explained how Musa and former Malacca police chief Mohd Rodwan Yusof ( left ) had in 1998 “stolen” Anwar’s blood sample from Hospital Kuala Lumpur (HKL) doctor Dr Zahari Noor following the black eye incident.

    “Zahari had also testified to that effect in Anwar’s abuse of power trial before the late Justice Augustine Paul on Dec 30, 1998,” he said.

    “Musa still owes a public explanation as to what he had briefed Mahathir on, resulting in the then prime minister believing Anwar was involved in unnatural sex and non-matrimonial sex. Musa was pressed (or pressured) to gather DNA evidence, resulting in him stealing the blood sample.
    “At that time, Anwar had already been charged in court and was awaiting his trial. By right, the process of gathering the initial evidence should have been completed.”

    He also said Mahathir had no role in the fabrication of evidence as this was done by Musa and Gani.
    “Mahathir had advised, and warned, in my meeting with him at the Prime Minister’s Department on Oct 8, 1998, to brief him on the police investigations (regarding the black-eye incident).

    “He warned that there should be no cover up. I noted that in my diary and I extended the advice and directive to other senior police officers that same day, and also to Gani two days later.

    “Hence, based on the evidence before me, I would like to state and stress that Gani ( right ) and Musa had cheated and fabricated evidence on Anwar for their own benefit, unless they can both prove the involvement of a third party.”

    Mat Zain said he wants Musa to explain whether his action of “stealing” Anwar’s blood sample was within the law and sanctioned by Mahathir or whether he (Musa) had done it on his own initiative to justify the case in the briefing he had with the former premier.

    He explained that the fact that Musa went to meet Zahari on Anwar’s blood sample for DNA testing on Oct 10, 1998, was sufficient for the people to conclude that the senior investigating officer did not have complete evidence when he briefed Mahathir.

    ‘Najib knows about abuses by Gani and Musa’

    Mat Zain also stated that the “theft” of Anwar’s blood sample for DNA testing by Musa and Rodwan was done on Oct 15, 1998.

    The two had also allegedly fabricated the forensic evidence gathered by Dr Abdul Rahman Yusof on Oct 26, 1998, to produce three other medical reports to show that Anwar “injured himself” (in the black eye incident).

    Both episodes, he said, were carried out under the orders and supervision of Gani before the start of Anwar’s ‘abuse of power’ trial, which began on Nov 11, 1998.

    Mat Zain said he has also received information that two persons met with current premier Najib Abdul Razak to suggest that action be taken against Gani and Musa.

    This, he said, was because their “crimes” were affecting the country and had also diminished the trust of the people in government institutions.

    “However Najib is seen as not prepared to take action against them and he (Najib) is the only person who knows why. Maybe he is waiting for the right time,” Mat Zain added.

    http://my.news.yahoo.com/evidence-fabricated-anwars-corruption-trial-075214049.html

  2. Anti-UMNO November 29, 2011 at 4:12 pm Reply

    http://laksamanabukitbintang.blogspot.com/2011/11/arahan-rasmi-sebar-fitnah-dari-buku.html

    “Tetapi kita berdepan sedikit cabaran di hadapan kita. Kita perlu melalui jambatan pilihan raya umum akan datang.”

    Begitulah kata Najib Razak semalam yang menegaskan adalah “amat penting” bagi Umno dipilih semula pada pilihan raya umum akan datang.

    Dengan kata-kata itulah, maka Umno amat terdesak sekarang ini mengaut undi dengan “apa- cara sekalipun”.

    Selama ini Umno telah menggunakan taktik kejam untuk menipu, menyebarkan fitnah dan menanam perasaan takut di kalangan orang Melayu serta menggunakan ugutan, dengan tujuan untuk mengaburkan mata rakyat daripada skandal-skandal kewangan dan rasuah yang telah mengakibatkan kehilangan beratus-ratus bilion ringgit.

    Terbaru, Buku Panduan Pilihanraya Umum yang ‘Sulit’ telah dikeluarkan oleh Umno secara rasminya kepada jentera pilihanraya mereka. Dalam kandungan buku tersebut, diberikan arahan rasmi supaya menyebarkan fitnah seberapa banyak yang boleh untuk menyakinkan pengundi terutamanya orang-orang Melayu.

    Pendedahan ini dibuat semasa Kongres Tahunan Keadilan baru-baru ini, dimana Dato’ Seri Anwar Ibrahim mendedahkan perkara ini. Beliau menyatakan buku panduan tersebut telah diterima dari seorang ahli Umno,yang menyokong kita.

  3. King Jason December 12, 2011 at 10:44 pm Reply

    http://networkedblogs.com/rqzjN

    Altantuya dan Najib

    “Apabila perempuan Cina itu melihat saya mengeluarkan sepucuk pistol, dia merayu supaya dilepaskannya kerana dia sedang mengandung. Azilah (pegawai pemerintah kepada Sirul) menarik perempuan itu dan [menghumbannya] ke atas tanah. Saya segera menembak pada bahagian kiri mukanya. Kemudian Azilah menanggalkan pakaian perempuan itu dan memasukkan pakaian yang ditanggal itu ke dalam sebuah plastik hitam. Azilah mendapati tangan perempuan itu masih bergerak. Dia memerintahkan saya untuk menembak sekali lagi, dan saya melakukannya”, ujar Sirul. Ini adalah merupakan pengesahan yang pertama identiti pembunuh Altantuya. ” Kemudian kami mengusung mayatnya ke dalam hutan, Azilah membalut bahan letupan di sekeliling kaki, abdomen dan kepala perempuan itu dan kemudian kami meletupkannya.”

    ~ demikianlah statment 2 org pegawai khas Najib yg tidak langsung mengenali An-Tantuya dan cuma patuh arahan bosnya sahaja.

    Monday, 12 December 2011
    Xlusif Manusrip bocor rahsia Mahathir ~ syhh..baca pelan pelan jangan kuat kuat taw..

    untuk sebaran umum….

    Transkrip Ucapan Penting Mahathir yang telah bocor kepada Sekretariat Freemason di dalam UMNO

    Turut Hadir RTC

    (Ini adalah transkrip ucapan Mahathir kepada beberapa orang ahli Freemason di dalam UMNO termasuk beberapa orang ahli Majlis Tertinggi iaitu Daim Zainudin, Sabarudin Chik, Sanusi Junid, Ibrahim Ali, Mohamad Rahmat dan Rafidah Aziz. Turut hadir ialah Rahim Tambi Chik dan Ghaffar Baba. Tempat pertemuan ialah di Sri Perdana pada hari Khamis, 5 November. Transkrip ini bocor menerusi saluran di Pejabat UMNO)

    Seri Perdana (foto)

    MAHATHIR: (foto)

    “Saya nak memaklumkan kepada tuan-tuan yang hadir pada malam ini beberapa perkembangan yang berlaku di negara ini dan langkah-langkah yang perlu kita ambil untuk mengatasinya. Pertama tentang sokongan terhadap Anwar oleh orang-orang UMNO. Daripada maklumat yang saya terima, banyak orang UMNO di peringkat cawangan semakin menunjukkan tanda-tanda memihak kepada Anwar.

    Mata di tumbuk ketua polis (foto)

    Banyak kali saya dimaklumkan yang ketua-ketua cawangan yang menjadi ahli Pas. Mereka berkempen memburuk-burukan pemimpin-pemimpin UMNO. Setiap hari saya menerima laporan daripada UMNO Bahagian tentang isu ini. Dalam hal ini saya ingin meminta kerjasama tuan-tuan supaya membendung perkara ini daripada terus berlaku. Kita kena faham dalam isu ini, ahli-ahli UMNO sebenarnya marah dengan pimpinan UMNO yang kononnya menurut pendapat mereka, pimpinan parti telah menganiaya Anwar. Sebab itu mereka marah.

    Saya tak nafikan mereka ini penyokong Anwar sejak dulu lagi. Mereka keluar UMNO sebab mereka nak tunjuk protes. Dengan berbuat demikian mereka harap mereka dapat menyampaikan sesuatu signal kepada pucuk pimpinan parti. Kita kena faham mereka ini tak boleh bersuara cara lain.

    Perwakilan UMNO (foto)

    Mereka kebanyakan bukan perwakilan ke perhimpunan agung UMNO. Jadi itulah sebabnya mereka lepaskan perasaan marah mereka dengan menganggotai PAS. Saya fikir hal ini mudah kita atasi. Kita sejukkan hati mereka. Kita buatlah apa-apa muslihat supaya mereka ini dapat lepaskan geram dan marah mereka kepada UMNO dalam UMNO. Sebelum ni kita larang mereka dengan alasan menentang parti. Sebab itu saya meminta supaya Ketua-Ketua UMNO peringkat bahagian kena ambil tanggungjawab ini. Dengar mereka marah, sabarlah dengar dengan protes mereka. Kalu mereka boleh bersuara nanti lembutlah sikit. Kemudian kita tabur janji pada mereka nak sampaikan kepada pucuk pimpinan parti bila ada kesempatan. Saya ingat mereka cepat sejuk cara macam ni.

    Jangan kita takut-takutkan mereka dengan ancaman atau tindakan disiplin parti sebab lawan Presiden. Sebab itu saya tak setuju dengan keputusan Jawatan Kuasa Disipln UMNO yang diketuai oleh Datuk Najib dan Datuk Abdullah dalam isu tindakan yang dikenakan kepada ahli-ahli UMNO yang diberi surat tunjuk sebab kerana ini akan menjadikan UMNO parti yang tak disayangi oleh ahli-ahli. Nanti mereka sabotaj UMNO.

    Saya mahu keputusan itu ditangguhkan supaya mereka itu ada reserve terhadap UMNO. Kalau kita pecat mereka, mereka akan masuk parti lawan. Nanti pengikut-pengikut mereka pun akan turut masuk parti lawan. Susahlah kita nak hadapi pilihanraya.

    Isu kedua tentang bagaimana kita nak hadapi orang UMNO yang terus memberi sokongan kepada Anwar. Saya fikir soal ini masih belum dapat kita cari penyelesaian yang sebaik-baiknya.

    Konspirasi Jahat UMNO (foto)

    Dulu kita arahkan jentera parti supaya berkempen hentam Anwar. Kita kata macam-macam tentang keburukan Anwar. Ada banyak yang kita tambah pun. Nampaknya dari laporan yang saya terima strategi tu tak begitu berkesan. Mungkin kerana bila kita hentam orang jadi simpati pada Anwar. Orang Melayu ni mudah simpati, itu kita mesti ingat. Dulu kita tak teliti soal ini sebab tiba-tiba saja Anwar tak nak letak jawatan. Sebab tu saya akuilah bahawa saya bertindak pada masa tu lebih banyak ikut emosi. Geram tenguk kepala batu tu. Jenis tak takut bila kita gertak. Saya nak supaya round kedua ni kita lebih diplomatik sikit. Kita kata Anwar memang pemimpin yang banyak berjasa.

    Dia buat Bank Islam, Universiti Islam, Insuran Islam dan banyak projek Islam lain. Itu kita kena akuilah. Tapi Anwar ni guna Islam untuk dapat pengaruh politik. Yang sebenarnya dalam diri dia masih banyak yang tak betul. Maksiat, zina, liwat ni jadi perkara biasa yang selama ini berjaya disembunyikan. Tapi jangan ceritalah macam mana dia sodomise Munawar, Sukma dan lain-lain tu. Orang susah nak caya. Sebab nanti orang tanya balik, kita tenguk ke? Guna diplomasi sikit.

    Anak Mahathir pemilik kilang arak ~ Islam gaya UMNO (foto)

    Tun Ghaffar dan Rahim kena buat strategi lain. Yang kita bincang dulu nampak gaya tak boleh pakai la ni. Perkara ketiga soal maklumat. Saya dah terima laporan Jawatankuasa Politik MTEN tentang pengaruh Internet menyibarkan berita anti-kerajaan. Ramai sungguh yang dah kemaruk Internet la ni. Dua minggu lalu, net surfers yang melawat Home page penyokong Anwar nak sampai 10 juta. Saya terkejut dengar laporan tu. Tapi melihat kepada media massa kita, saya fikir para penyokong Anwar akan terus melawat home page itu. Sebab tu saya dah arahkan semua ketua pengarang akhbar supaya beri ruang sikit kepada berita sebenak tentang Anwar.

    Melayu tak berminat nak baca,itu dulu beb!! (foto)

    Sebelum ni kita arahkan supaya twist the story. Kalau laporan mahkamah tu biak pi lah bubuhberita yang agak pro Anwar. I don’t mind sebab orang Melayu tak minat baca prosiding mahkamah yang teknikal. Yang sensasi saja yang depa suka. Kalau tidak nanti orang tak baca surat khabar untuk tau cerita mahkamah. Depa baca Internet pula. Lagi sakit kita bila Internet lebih mereka percaya. Pengrang-pengarah akhbar juga komplain tentang circulation yang makin menurun. Saya kata, sabarlah kita tengah berjuang. Kalau apa-apa yang buruk berlaku seperti kerugian besar sebab tak boleh cover cost, jangan sampai buang pekerja. Nanti rakyat lebih marah kepada kerajaan. Tak apalah nanti kita cari jalan macam mana nak bantu surat khabar.

    Boikot Utusan (foto)

    Untuk makluman tuan-tuan, jualan Utusan merosot ada ketikanya sampai 40%. Jualan Berita Harian dan NST merosot 25%. Ini tak pernah berlaku sebelum ni. Dalam kegawatan ekonomi sekarang, teruk lagilah kewangan syarikat ini. Star agak naik sikit sebab dia lebih berani.Sebab tu ZAM dan Kadir komplain bagaimana kita tak ambil tindakan terhadap Star yang guna advantage nampak kadang-kadang tak begitu pro-kerajaan. Saya harap dalam soal ni, Tun Daim dan Tuk Mat main peranan lebih sikit. Bantu suratkhabar yang ada masalah kewangan. Kata pada semua editors, kurang circulation tak apalah. Nanti kita tanggung sikit. Tapi masej mesti terus macam yang diarahkan dulu.

    Manusia terkaya di Asia ~ pemilik Air Asia (foto)

    Tun Daim zainudin (foto)

    Keempat, dan barangkali perkara terakhir sebelum tuan-tuan mengemukakan apa-apa pandangan, ialah tentang prosiding di mahkamah. Siang tadi, court telah buat keputusan supaya surat Said Awang kepada saya dikemukakan ke mahkamah. Saya dah bincang dengan IGP dan AG supaya surat itu direlease. Kalau tidak nanti orang kata kerajaan macam-macam. Susah kita nak jawab. Surat itu penting sebab cerita tentang konspirasi nak jatuhkan Anwar. Tak apa nanti saya cover. Tun Daim tak perlu takutlah. Your name will not be tarnished. I know what to do.

    Dalam surat khabar Internet, AFP dah buat report tentang surat tu. I am sure others will follow. Sekarang ni pun kita kena lebih bijak bila menjawab laporan akhbar terutama sekali kalau ditemuramah oleh media asing. Mereka tu tak terikat denganmana-mana dasar kita. Soalan dia pun banyak yang critical tak macam local journalists (ketawa) too straight forward and coward. Kena faham baik-baik apa yang mereka nak kita buat kesalahan. Media asing memang akan hentam UMNO, mereka nak lanyak kerajaan. Itu agenda mereka. Jadi kita kena faham betul-betul. Jangan kita masuk perangkap mereka. Nanti kalu susah kita. Sebab dunia tengah perhati kita. Apa yang terjadi dalam court dalam kes Anwar ni penting untuk masa depan pelaburan asing di sini.

    Alvin Toffler (foto)

    Saya juga agak terkejut bila Alvin Toffler hentam saya dalam Los Angeles Times. Saya dapat laporan tulisan dia tu jugak disiar di banyak negara Arab. Duta kita ke Saudi beri laporan tulisan itu terbit dalam Saudi Gazette pada 3 November. Ini susah sikit sebab Toffler ni penasihat MSC. Kalau penasihat dah kata jangan melabur di Malaysia, apa nak jadi. Saya ingat saya nak protes, nak tulis dalam akhbar yang sama jawab Toffler. Tapi Tun Daim kata jangan sebab nanti orang lebih concern tentang apa yang sedang berlaku di Malaysia. Kalau ada yang mereka tak setuju, tentang prosiding mahkamah, polis atau ISA, nanti mereka pull out. Susah kita nanti. Sebab itu saya nak beberapa orang menteri kanan pergi sendiri ke Amerika, Britain, Jepun, Australia, Perancis untuk jelaskan isu Anwar. Kata pada mereka, kita mesti tunggu posiding mahkamah selesai sebelum buat keputusan. Kalu mereka masih tidak mahu melabur di Malaysia,

    MSC dah 35bilion habis.apa jadi dengan MSC? (foto)

    kita kena berijaminan yang lebih kebebasan maklumat dalam Internet sebagaimana yang termaktub dalam cyberlaws jika mereka anggotai MSC. Sebab itu dalam kes Anwar ni kita tak boleh monitor Internet. Sebenarnya kita monitor juga untuk tahu apa yang tersebar. Kita dah luluskan peruntukan RM20 juta untuk cover tentang isu Anwar menerusi Internet. Tapi kita tak boleh switch off terus. Kalau kita buat macam tu, mampuh MSC. Saya nak jelaskan di sinibahawa kita komited dengan MSC. Kita dah belanja berbilion untuk MSC.

    Jabatan Perdana Menteri pun dah kita rancang beroperasi dalam kawasan MSC. Kalau tak silap saya, perancangan hingga tahun 2005 melibatkan RM35 bilion untuk pembangunan MSC. Banyak dah kita belanja. Sebab itu MSC kena berjaya dan saya tak mahu isu Anwar ini, well I have to admit that I have done some fundamental mistakes, menyebabkan MSC tergendala. I hope the message is clear. Saya bukalah majlis ini kepada tuan-tuan kalu ada yang nak dibincangkan”

    King Jason

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: