MCA kutip tandatangan menentang hudud! Melayu Islam dayus!!

Presiden MCA Datuk Dr Chua Soi Lek telah melancarkan kutipan 1 Juta tandatangan  bagi menentang hudud.  Ini adalah suatu tindakan YANG MEMBAHAYAKAN KESELAMATAN NEGARA.

Apa makna tindakan MCA itu terhadap Islam?

1. Ia satu pengisytiharan perang terhadap Allah dan Rasul dan terhadap hukum hudud yang menjadi sebahagian daripada al-Quran.

2. Ia satu penghinaan kepada institusi Raja Melayu yang menjadi penaung kepada agama Islam dan rakyat beragama Islam,

3. Ia menunjukkan betapa UMNO yang lemah dalam memulihara kesucian agama Islam dan ajarannya kerana  gagal mendidik dan mengawal rakannya dalam BN.

Mengapa MCA berani bertindak begitu?

  1. kerana pemimpin UMNO turut sama menjanjikan tidak akan melaksanakan hudud
  2. kerana MCA yakin dia menjadi penentu dalam memenangkan BN dalam PRU 13 dan tindakan kutip tandatangan ini menjadi collateral damage kepadanya supaya UMNO akur pada MCA
  3. kerana MCA mengganggap hudud ini hudud PAS dan ia adalah sebagai  isu politik sebagaimana UMNO mengajar MCA.
Wahai umat Muhammad s.a.w. Apakah anda boleh mendiamkan diri dengan tindakan kurang ajar yang melampau ini terhadap kemuliaan agama Islam? Terhadap Allah dan Rasul?

Hudud adalah sebahagian daripada ajaran Islam sebagaimana solat, puasa, zakat dan haji. Bezanya ialah hudud bukn fardu ‘ain tetapi fardhu kifayah. Ia harus dilaksanakan oleh orang yang memimpin. Tetapi memperjuangkan pelaksanaan hudud sebagai suatu bentuk ibadah umum atau pengabdian kepada Allah itu adalah fardu ‘ain.

Hudud bukan ciptaan PAS mahupun UMNO. Ia adalah dari Allah S.W.T.

Kalau MCA tidak setuju dengan hudud, tidak mengapa kerana  majoriti ahli tidak menganut Islam. Tetapi mengutip tandatangan sebanyak sejuta  atau pun kurang sejuta untuk menyatakan tentangan terhadap hudud itu adalah satu bentuk penghinaan yang amat ketara kepada Islam dan ummah serta Raja-Raja Melayu.

Orang Melayu Islam jangan jadi dayus!

Orang UMNO jangan dayus! Orang PAS jangan jadi dayus juga!

Dalam hal ini, mungkin ia akan menjadi satu konspirasi MCA dan UMNO. Tidak mustahil, isu rekaan MCA ini akan mencetuskan kemarahan orang Melayu Islam. Maka PERKASA, golongan cauvinistik Melayu akan bangun mengajak Melayu Islam untuk menentang sikap kurang ajar MCA terhadap Islam. PERKASA dipimpin oleh orang UMNO dan ahli PERKASA adalah ahliUMNO.

Dengan Perhimpunan 1 Juta Melayu pada 30 Oktober 2011  ini yang dianjurkan oleh PERKASA, dan PEKIDA akan turut sama,  ia  tidak lain daripada tektik kotor untuk mendapatkan sokongan Melayu secara borong bagi menentang orang Tionghua dalam MCA.

PERKASA adalah alat UMNO. UMNO sudah gagal mendapat sokongan orang Melayu dalam BERSIH 1.0 dan BERSIH 2.0. Kini UMNO mencari jalan untuk mendapatkan semula sokongan orang Melayu. Melalui PERKASA, mereka  akan cuba wujudkan provokasi dan kemarahan orang Melayu sepertimana 13 Mei dan mengharapkan jika ada untung sabut timbul, dengan harapan pimpinan PAS dan NGO Islam akan bangun marah hingga kepada tahap hampr bertempur antara Melayu Islam dengan orang Tionghua dari MCA.. Maka  darurat akan diisytihar oleh Ketua Polis Negara. Semua parti politik dan aktiviti politik dibekukan. Malaysia akan diletakkan di bawah MAGERAN.

Beberapa pemimpin MCA dan PERKASA serta PEKIDA  akan ditangkap. Beberapa pemimpin PAS dan pemimpin NGO Islam yang menyemarakkan kemarahan dan sensitiviti orang Melayu Islam akan disumbat ke dalam penjara. Internet akan disekat, Facebook dan blog akan disekat. Beberapa bloggers juga akan ditahan. MAGERAN akan berjalan selama 1-2 tahun sehingga suasana menjadi terkawal. Pemimpin pembangkang akan berada dalam kelomok defensif dengan persepsi negatif dari kalangan rakyat. Kemudian PRU akan diisytiharkan. PM Najib tidak bertanding. TPM sekarang akan naik. Dan begitulah seterusnya…..

Inikah senario yang mahu diwujudkan oleh MCA dan UMNO dalam kospirasi politik tanahair ini?  Melalui konspirasi politik ini, wajarkah Islam menjadi kambing hitam atau punching bag kepada MCA dan UMNO?

Dan orang Melayu Islam dan Cina Islam serta India Islam menjadi dayus kerana membisu dan membatu! apabila Islam dicaci, diperlekehkan, dan dihina?

PAS harus sensitif dalam isu ini. NGO Islam juga harus sensitif. Orang Melayu tidak sensitif apabila PAS tidak sensitif terhadap tindakan kurang ajar oleh MCA ini yang diketuai oleh seorang playboy. Tetapi PAS dan NGO Islam harus bijak menangani hal ini, PAS dan NGO tidak harus terperangkap dengan konspirasi politik kotor ini.

Yang terbaik, PAS dan NGO Islam harus menghantar memorandum kepada  DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung menyatakan bantahan terhadap tindakan MCA ini disamping membuat laporan polis kerana tindakan MCA itu boleh menggugat keselamatan negara.

Manakala di peringkat negeri, PAS dan NGO Islam harus menghantar memorandum kepada  DYMM Sultan di negeri masing-masing dan Gabenor negeri masing-masing di mana Sultan dan Gabenor menjadi penaung kepada agama Islam.

PAS dan NGO Islam jangan ikut telunjuk dan ajakan PERKASA, biarkan mereka dengan Himpunan 1 Juta Melayu Islam mereka. Itu hanyalah gimik politik hasil dari permainan politik dan rekaan mereka sendiri. Apa pun orang Islam jangan jadi dayus! Kamu akan ditanya oleh Allah di padang mahsyar kelak. Ketika itu tidak ada pemimpin UMNO atau PERKASA yang datang membantu kamu!

One thought on “MCA kutip tandatangan menentang hudud! Melayu Islam dayus!!

  1. Isu Hudud « Jom Kita Baca March 25, 2012 at 4:22 am Reply

    […] MCA isytihar perang terhadap hudud. https://albangi.wordpress.com/2011/10/15/mca-kutip-tandatangan-menentang-hudud-melayu-islam-dayus/ […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: