Sisters in Islam – agenda kelompok sekular

Apa itu Sisters i Islam? (SIS).

SIS telah ditubuhkan pada 1988 dan didaftar sebagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) pada 1993 di bawah nama SIS Forum (Malaysia) Berhad, satu entiti perniagaan atas nama syarikat.

Tumpuan SIS pada awalnya adalah untuk mencabar undang-undang dan dasar atas nama Islam yang SIS dakwa sebagai mendiskriminasikan wanita (pre-conception and mind set of  SIS).  Tumpuan SIS kemudiannya diperluaskan kepada isu lebih besar seperti demokrasihak asasi manusia dan perlembagaan (kita akan lihat penglibatan mereka dalam BERSIH, Sesksualiti Merdeka).

Menurut http://ms.wikipedia.org/wiki/Sisters_in_Islam, pada tahun 1988, sekumpulan peguam, aktivis, ahli akademik dan wartawan wanita termasuk Zainah Anwar dan Marina Mahathir– anak sulung mantan perdana menteri Malaysia- bersama-sama menubuhkan satu pergerakan untuk menyelesaikan masalah wanita Islam di mahkamah syariah.

SIS dianggotai oleh wanita bertaraf  profesional  termasuk peguam, doktor perubatan, dan pensyarah. Di awal penubuhannya ia dianggotai oleh sebahagian pensyarah dari Jabatan Ansos (anthropology-sociology), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM.  UKM menjadi sarang penetas telur SIS dan mereka bergerak atas nama penyelidikan dan selalu mendapat geran penyelidikan dari Jerman. Kini sebahagian besar daripada pensyarah berkenaan telah bersara.  Mereka kemudian bergeraka di bawah payung lain di luar universiti. Walaupun terdapat sebahagian ahli akademik terlibat dengan projek-projek penyelidikan di bawah payung SIS di universiti, ahli akademik berkenaan bukan ahli SIS dan ada yang tidak bersetuju dengan prinsip perjuangan SIS yang berselindung atas nama  Islam tetapi sebenarnya mempromosi cara hidup Islam Liberal dan hak asasi dari perspektif barat.

SIS tidak menggalakan ahlinya memakai tudung atau menutup aurat dan mereka berhujah bahawa dalam AlQuran tidak disebut tentang memaki tudung dan mereka mengatakan mereka berhak sebagai manusia untuk memilih memakai apa sahaja pakaian yang mereka mahu, dan itulah asa kepada hak asasi manusia.

Kebanyakan ahli utamanya menggalakkan gaya hidup single parent, dan bagi mereka perkahwinan merugikan kaum wanita dari sudut harta dan hak bersuara dalam rumah tangga.

Apakah tindakan SIS yang kelihatan salah pada pandangan Islam?

Apalah SIS tidak membela sesiapa?

SIS dalam masa yang mengambil kesempatan di atas beberapa isu terpilih yang menggambarkan seolah-olah SIS membela orang atau kelompok tertindas.

Apakah rangkaian mereka?

Ahli-ahli dalam kumpulan ini diiktiraf dalam masyarakat dalam dan luar negara sebagai idola dalam aktivis sosial. Kerajaan Malaysia juga turut sama mengiktiraf aktiviti mereka dan , sumbangan mereka serta memberi tempat kepada mereka di pelbagai platform termasuk di TV dan Radio arus perdana. Antaranya

  • The Casa Asia Award 2011
  • One of five winners of the Putra Brand Awards 2010 – Special Merit: Community Service – Social
  • One of five winners of the Annexe Heroes 2009 by The Annexe Gallery
  • One of three winners of the 2nd Civil Society Award
    (SIS received the civil society award trophy, RM 5,000 and testimonials)
  • Anugerah Her World  di  http://www.sistersinislam.org.my/BM/media/03062008-bh.htm

Rakan-rakan dalam SIS juga rapat dengan peguam-peguam hak asasi manusia di Malaysia, antaranya ialah Ambiga dan rakan-rakannya. Ambiga juga turut sama membantu SIS dalam beberapa kes yang membabitkan hak asasi manusia seperti hak tukar agama. Dalam masa ahli-ahli SIS juga membantu kelompok peguam hak asasi manusia dalam kes BERSIH 2.0  dalam beberapa kes lain termasuk Seksualiti Merdeka.

MUSAWA, adalah  sebuah organisasi yang berselindung di bawah hak kesamaan dan keadilan dalam Islam dan hak asasi manusia yang diusahakan oleh SIS http://www.musawah.org/

Telenisa Hotline Legal ttp://www.sistersinislam.org.my/news.php?extend.443.16 (nisa, perkataan Arab bermaksud wanita, perkataan in menjadi penarik kepada wanta Muslim yang akan menganggap bahawa SIS ini prihatin terhadap kebajikan wanita Muslim)

Rakan jaringan yang SIS kuasai bagi melaksanakan agenda mereka (atas nama wanita dan hak asasi) termasuklah

Apakah perkhidmatan yang berikan oleh SIS?

  • Bantuan guaman dalam kes terpilih khususnya melibatkan undang-undang Islam yang kononnya didakwa mendriskminasi wanita,  kes perlembagaan dan hak asasi bersuara atau hak asasi manusia dari perspektif barat
  • Menganjurkan kursus, bengkel, meja bula, persidangan, dialog untuk berbincang isu-isu terpilih
  • Membentangkan kertas kerja dalam isu terpilih
  • Membuat kenyataan akhbar/media sebagai advokasi kepada prinsip perjuangan SIS

Siapa yang tidak setuju dengan SIS?

Beberapa pihak yang telah membantah SIS dan mencadangkan kerajaan mengambil tindakan ke atas SIS ialah:

Siapa penggerak SIS?

Antaranya ialah

  • Zainah Anwar, wartawan, tokoh utama http://www.youtube.com/watch?v=rOC8e2Ynxck&NR=1:
  • Prof.  Dr. Noraini Othman, UKM
  • Norhayati Kaprawi, adik kpd YB UMNO -BN di Johor
  • Ratna Osman, Executive Director Sisters in Islam – SIS Forum (Malaysia)
  • ..akan disenaraikan lagi…

Siapa penyokong SIS yang kuat? Antaranya ialah

  • Marina Mahathir
  • Astora Jabat (bekas ketua pengarang Al-Islam dan bekas kolumnis soal jawab agama di Utusan Malaysia)
  • Malaysian Insider
    Malaysiakini
  • ..akan disenaraikan lagi…

Apa kesimpulannya?

SIS selalu memberi gambaran yang salah dan kekeliruan terhadap Islam  kepada orang Islam dan kepada orang bukan Islam samada di dalam mahupun di luar negara. Kumpulan ini bukan sahaja membayahakan akidah umat Islam tetapi menjadi gunting dalam lipatan dalam negara ini serta boleh merosakkan etika dan moral rakyat Malaysia, tanpa mengira agama, sepertimana yang berlaku di negara barat.

Dimanakah anda boleh baca lagi mengenai SIS?

One thought on “Sisters in Islam – agenda kelompok sekular

  1. Bekas SIS November 5, 2011 at 3:14 pm Reply

    http://wargamarhaen.blogspot.com/2011/11/anak-pemimpin-umno-sendiri-menjadi.html?spref=fb

    Sabtu, 5 November 2011

    “Anak Pemimpin UMNO” Sendiri Menjadi Dalang “Di Sebalik Penganjuran” Festival Seksualiti Merdeka Di Malaysia Sejak Tahun 2008..

    Sungguh mengejutkan dan sesuatu yang sungguh mengharukan kita apabila dilaporkan rupanya Festival Seksualiti Merdeka sebenarnya sudah dianjurkan di negara ini sejak tahun 2008 lagi. Anehnya, kenapa baru sekarang semua pihak berbunyi dan menyalahkan pihak tertentu?.

    Malah, ramai yang menuding jari menyalahkan Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S.Ambiga Sreenevasan. Malah dalam artikel kami yang terdahulu juga ada menegur perbuatan beliau itu. Terkadang, akibat maklumat yang salah dan tidak tepat maka kita terpaksa melatah dan membuat berbagai kenyataan melulu. Begitu juga berbagai dakwaan dan tuduhan yang dibuat oleh beberapa buah NGO yang membuat laporan polis terhadap Ambiga, kononnya beliau menjadi penganjur program tersebut.

    Namun, akhirnya Ambiga tampil mengeluarkan kenyataan bahawa beliau bukanlah Penganjur sebaliknya hanya dijemput khas untuk merasmikan progran tersebut. Maka, denga kenyataan itu kita keliru apakah cerita dibelakang tabir tentang isu kontroversi ini. Akhirnya berita mengejutkan diterima hari ini bila Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) musykil mengapa pihak berkuasa, khususnya polis dan pelbagai pihak yang tiba-tiba sahaja hendak bertindak mengharamkan Festival Seksualiti Merdeka sedangkan ia sudah wujud sejak 2008.

    Dalam satu kenyataan media, biro kerohanian dan pembangunan insan, PMUKM berkata program yang sama juga pernah dirasmikan oleh anak seorang pemimpin utama negara dan dibiarkan sebegitu tanpa sebarang bantahan. Soalnya, siapakah anak pemimpin negara terbabit?. Apakah ia anak pemimpin pembangkang atau UMNO Barisan Nasional?.

    Rupa-rupanya, anak pemimpin terbabit ialah Marina Tun Mahathir (foto), iaitu anak mantan Perdana Menteri dan Presiden UMNO sendiri. Maka, kenapa pula tiba-tiba isu ini dikecohkan?. Sedangkan ia sudah diadakan sebelum ini?. Mungkin agaknya kerana Ambiga merupakan “wanted” selepas dia menjadi Pengerusi Bersih 2.0 Julai lau.

    Lantaran itulah, masing-masing melatah dan memainkan isu ini seolah-olah beliau adalah penganjurnya. Sedangkan dibelakang tabir program tersebut ialah anak bekas Pemimpin UMNO sendiri sebenarnya?.

    Marina Mahathir ketika lancarkan program yang sama tahun 2008 lalu (foto)

    Kenyataan Marina yang disiarkan dalam lama rasmi Seksualiti Merdeka

    Inilah yang meragukan kita sebenarnya. Tambahan pula bantahan kuat diterima daripada NGO yang dilihat pro kepada kerajaan. Memang benar ada beberapa kerat pemimpin pembangkang yang turut membangkang, namun mereka mungkin keliru dengan isu yang sebenarnya. Justeru pihak penganjur program terbabit perlu bangkit dan memaklumkan perkara sebenar yang berlaku dalam kontroversi ini. Jika benar, Marina mengundang Ambiga untuk merasmikan Festival Seksualiti Merdeka 2011 maka sepatutnya Ambiga tidak wajar dipersalahkan.

    Malah, beliau mungkin hadir selepas melihat program yang sama sudah berjalan sebelum ini tanpa ada sebarang bantahan. Malah, program berkenaan juga sudah melepasi proses permohonan yang sewajarnya dengan pihak berkuasa. Jika tidak, mana mungkin ia boleh diadakan. Marina mungkin mengundang Ambiga kerana beliau turut diundang oleh bekas Presiden Majlis Peguam itu ke Perhimpunan Bersih 2.0 sebelum ini.

    Lantaran itulah Ambiga bersetuju untuk hadir ke program tersebut. Seksualiti Merdeka adalah kumpulan memperjuangkan kebebasan seksualiti (homo) di Malaysia. “Seksualiti” merujuk kepada sifat atau tabii seks manusia, sementara “merdeka” adalah merujuk kepada “kebebasan” (hak asasi).

    Festival yang berunsurkan hak kebebasan seksualiti (Sexuality Rights Festival) rakyat Malaysia ini diadakan setiap tahun (bermula 2008), yang berpusat di Kuala Lumpur. Program ini berbentuk seperti “Gay Parade” jika ia dianjurkan di negara-negara barat.

    Marina hadir ke Bersih 2.0 atas undangan Ambiga, maka kini Marina pula
    telah menjemput Ambiga merasmikan Festival Seksualiti Merdeka 2011 (foto)

    Patutlah kerajaan benarkan konsert Elton John (Gay) di Malaysia rupanya (foto)

    [Dari penjelasan di atas, maka ternyata program ini adalah salah satu kumpulan festival “haram” yang memperjuangkan hak asasi “kaum” homoseksual iaitu lesbian, gay, biseksual, transeksual (LGBT) atas nama kebebasan dikalangan anak-anak muda di Malaysia. Apa yang mengejutkan kini ialah, rupanya disebalik program ini, terdapat tokoh Melayu-Islam (anak pemimpin parti politik) yang tegar menyokong aktiviti ini, dan individu tersebut tidak lain dan tidak bukan ialah anak Tun Dr Mahathir Mohamad, Marina Mahathir.

    Maka, kenapa kerajaan dan pihak-pihak yang berkenaan tidak kecoh sebelum ini?. Jawapannya cukup muda, kerana program kali ini mahu dirasmikan oleh Datuk S.Ambiga yang dikatakan cenderung kepada pembangkang. Bayangkan jika beliau menyokong UMNO BN, maka sudah pasti program ini tidak akan diganggu agaknya. Malah, paling mengejutkan program terbabit juga melibatkan beberapa orang tokoh terkenal tanahair yang lain sebenarnya. Jika ini keadaannya, maka tidak hairanlah kerajaan membenarkan kehadiran penyanyi “Gay” Elton John ke Malaysia hujung bulan ini.

    Rupa-rupanya sudah ada ketetapan yang dibuat oleh kerajaan tentang aktiviti sonsang ini sejak sekian lama. Maka, usahlah melatah dengan Datuk S.Ambiga dalam isu ini kerana ia hanyalah permainan media untuk membuktikan kononnya pembangkan menyokong program tersebut. Sedangkan, sudah jelas bahawa ramai pemimpin PAS sendiri memang menolak program tersebut].

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: