Daily Archives: December 5, 2011

Cybertrooper UMNO berkeliaran dalam Internet menjelang PRU

Apa itu Cybertroper UMNO?

UMNO mengupah beberapa orang bloggers UMNO untuk menghadapi kebangkitan rakyat Malaysia yang menjadikan Internet sebagai  sumber maklumat  alternatif dan laluan komunikasi dan penyampaian maklumat. Khususnya apabila PRU 13 hampr tiba, cybertrooper UMNO diarahkan supaya membanjiri semua selok belok dan pulusuk siber untuk mendekati warga siber yang terdiri dari remaja, dewasa, orang muda dan orang tua.

Apa tugas cybertrooper UMNO? 

Sesuai dengan nama trooper, satu jenis  “pasukan” yang dipandu oleh beberapa upahan UMNO untuk meninjau dan mencari serta menyampaikan maklumat untuk tindakan UMNO seterusnya. Cybertrooper bermakna individu yang (dilantik oleh UMNO):

  1. membuat blog dan berkeliaran dalam  Facebook (FB) untuk menyampaikan maklumat tentang kebaikan dan kejayaan  UMNO
  2. menyerang PR dan parti dalam PR melalui blog dan FB
  3. menyerang individu-individu dari PAS, PKR, dan DAP dengan peluru dan modal yang tidak masuk akal dan melampau sehingga kepada tahap merekacipta perkara tidak ada
  4. menimbulkan kekeliruan mengenai sesuatu isu yang dibangkitkan dalam media cetak dan media elektronik dengan mengeksploitasi blog dan FB
  5. mengalihkan tumpuan dan fokus rakyat daripada  penyelewengan dan kepincangan UMNO dan pemimpinnya kepada isu lain melalui provokasi
  6. mengganggu dan mengacau diskusi blog dan FB yang dilihat membahayakan UMNO atau yang boleh menjatuhkan imej dan kredibiliti UMNO
Contoh

Siapakan antara cybertooper UMNO?

  • Dari kiri……Suara Dari Bumi @ Cik Gu Razali Rahman 2) Jas Salleh 3) Pas Beruk @ Shmasul Azrai Hussin 4) Papa Gomo @ Mohd Norzamrizal 5) Padi Jantan 6) Azmy Awang Kelana Jaya 7) Afiq KL Town..Mereka ini berada dibawah kandang yang mereka gelarkan Nadi Rakyat dengan diketuai Azmy Awang dan Timbalannya Papa Gomo…Makin dinilai mereka secara dekat lagi rakyat bertambah meluat…
  • Ada seorang pegawai khas yang ditugaskan sebagai penyeleras projek Cybertrooper UMNO ini iaitu Tun Faisal (Maklumat ini ada dalam Facebook)

Apakah maklumat lain mengenai cybertrooper UMNO?

Pertemuan Cybertrooper dengan Menteri KDN baru-baru ini

Baca lagi:

Apa jadi pada cybertrooper baru-baru ini semasa Persidangan Agung UMNO 2011?

Ini adalah komen dan maklumat dari salah seorang cybertrooper UMNO yang kecewa dengan pemimin UMNO dan penyelewengan wang oleh rakan cybertrooper yang diuntukkan oleh UMNO untuk mereka. Bacalah catatan mereka:
“Tentera Maya Umno” tak lama lagi boleh jadi “Tentera Mayat”

Perhimpunan Agung Umno dah pun melabuhkan tirainya petang semalam. Macam biasalah bila rumah dah siap pahat macam mana pun mesti nak kena bagi bunyi.. itu baru lah Melayu namanya. Apatah lagi aku ini memang jenis blogger suka ketuk pahat selepas rumah siap dibina… ada sesiapa yang ada masaalah dengan perangai HARAMJADAH aku ini???

Kalau tak ada baguslah dan kalau ada tak payah nak kutuk sebab aku dah kutuk diri aku sendiri. Kalau korang rasa nak tambah dosa nak kutuk aku sebab dah terlebih buat pahala dipersilakan..

Sama ada “Pejuang Pejuang Maya/Siber” sedar atau tidak, DS Najib sikit pun tak sentuh pasal “pejuang maya” (yang tak lama lagi akan jadi “pejuang mayat”) dalam ucapan penggulungannya petang semalam. Sama ada dia lupa atau buat buat lupa aku pun tak pasti… Yang pasti dia CAKAP TAK SERUPA BIKIN! Itu aku pasti..

Aku berada dimerata tempat dalam Dewan Merdeka dan di luar dewan untuk merakamkan reaksi para pendokong Umno terhadap ucapan penggulungan Presiden yang berkorbar kobar itu. Kalau aku terlepas dengar sila perbetulkan aku tapi rasanya aku tak ada dengar DS Najib ada sebut pasal “PEJUANG UMNO MAYA” saperti yang diretorikannya dalam Konvensyen Media Sosial 1Malaysia baru baru ini dan dipentas pentas bila berhadapan dengan KOMUNITI TENTERA HALIMUNAN ini.

Kalau ada tentu ada sahabat blogger yang melaporkan pengiktirafan DS Najib ini pastinya. Yang ada cuma laporan Naib Presiden Datuk Zahid Hamidi yang memberi pengiktirafan sebegitu. Jadi sekarang ANDA, SAYA dan KITA semua dah ada pilihan ke-2 sama ada nak jadi TENTERA MAYA UMNO atau TENTERA MAYA KEMENTERIAN PERTAHANAN memandangakan Menteri Pertahanan pulak yang iktiraf kita.Ha ha ha..

Aku dah rasa dari awal lagi yang akhirnya DS Najib akan melupakan TENTERA MAYA UMNO macam kita ini bila beliau betul betul berada diatas pentas PAU walaupun sebelum ini bagai nak rak menyanjung dan mengangkat pejuang siber macam kita ini sebagai Wira Yang Tak DiDendang.Kalau dengar “pujian” dan “sanjungan” dia sebelum ini,habis jual babi sekandang buat pertaruhan. Itulah kelebihan ayat ayat politik orang politik…ha ha ha.

Dari awal lagi aku dah tak sedap hati bila dilayan macam “sampah” oleh Si Gemuk Raof tak sedar dek untung SUK Umno tu. Dahlah muka tak berapa nak senonoh.. perangai pun lebih lagi tak senonoh!

Tidak pernah sekalipun selama 5 hari berkampung kat PWTC itu dia melemparkan senyuman kat aku bila kami terserempak, sedangkan aku ini ‘tentera siber Umno”(Najib kata) dan bernaung terus dibawah banner Umno iaitu UMB.

Setahu aku hanya BABI je yang tak boleh nak senyum walaupun diaorang bersusah payah try nak senyum. Tak tahulah kalau Raof ini ada kena mengena dengan spesis yang aku baru sebut ini?Kau nak marah aku Raof??? Aku peduli apa kau sapa… he he he.

Apa yang pihak Ibu Pejabat Umno dan Urusetia PAU dah buat pada bloggers macam kami tak perlu aku nak ulang banyak banyak kali, sebab dah cerita sebelum ini. Itu kami UMB,… sahabat sahabat bloggers lain tak usah nak ceritalah,sampai terpaksa berkampung kat Riverside setiap hari.

Langsung tak ada rasa hormat pada bloggers yang siang malam berjuang bertahun tahun mempertahankan Umno selama ini. Bila dah boleh bernafas sikit dan bulu sayap yang tercabut dulu tu dah mula nak tumbuh LUPA!!!!!!!

Sorrylah bro semua..aku kena cakap juga hal ini sebab aku terpaksa tenguk korang hari hari kat situ.Aku peduli apa UMB(Umno) bayar elaun aku bernaung dibawah diaorang! Kalau TAK BETUL tetap TAK BETUL dan aku tak boleh berdiam diri pura pura BETUL! Walaupun nanti ada diantara korang akan kata, “Hei APA kami tak minta di bela,kami ok je..”. “Yang kau sibuk sibuk nak hentam Umno tu apasal?” Korang boleh cakap apa saja kalau sekadar nak kontrol macho korang…tapi HAKIKATNYA itulah dia..

Macam mana “BLOGGERS TOP 10” boleh diperlakukan sebegini aku pun tak faham?Tadi masa DS Najib berucap ada sahabat “blogger top 5” yang terpaksa rakam gambar melalui skrin gergasi… betul ke macam tu??? Aku ada rakam dekat 1 ribu gambar selama 5 hari ini tapi tak kuasa aku nak siarkan, sedangkan sahabat aku terpaksa rakam gambar melalui skrin gergasi hanya untuk update PAU dari luar dewan sebab langsung tak diberi PAS MEDIA PAU. Apake jadah semua ini???

Tak ada sebab aku nak MENGHASUT korang sebab korang pun memang selalu PREJUDIS dengan aku pun,tapi korang kena kenal siapa APA. Aku bukan jenis angguk angguk geleng geleng dan akan berdiam diri bila melihat sesama sahabat di perlekehkan. Kalau korang masih nak ampu pemimpin itu korang punya hal, tapi menyatakan KEBENARAN itu lebih mulia dari berdiam diri hanya kerana kita dibayar sesuatu pihak.

Kalau lepas ini Umno/UMB nak sepak aku keluar pun tkpe..tak ada hal.Selama ini pun aku bukan bertuan pun dan bila bernaung dibawah UMB pun bukan bermakna Umno tuan aku.Tak betul tetap aku sailang!!!

Ini ke rupanya Si-“Nasri” urusetia yang jadi duri dalam daging UMB dan bloggers selama 5 hari ini..

Lebih baik Umno diperingatkan sekarang sebelum mereka menang kembali dan tambah besar kepala.Masa tu cakap pun tak guna bukan diaorang nak dengar. Kita menegur bukan kerana kita BENCI tapi tidak mahu Umno mengulangi kesilapan lama yang akan menimbulkan kebencian kita. Bila dah benci nanti tak ada guna dan jangan sampai Cyber Trooper Pakatan menang perang tanpa perlu berperang dengan TENTERA MAYA UMNO yang nanti jadi TENTERA MAYAT!!!!