Hakim yang mulia, situasi yang mengharukan

Apabila kehidupan terdesak, makan minum tidak cukup, tempat tinggal tidak sempurna, ada orang yang sanggup berlapar dan merempat di tepi jalan, kaki lima, di bawah jambatan dan di mana sahaja asal boleh berteduh buat seketika. Ada orang yang sanggup meminta sedeqah di tepi jalan dan dari rumah ke rumah, tetapi ada juga yang terpaksa menipu,  meragut, mencuri, merompak, hatta membunuh.  Kesemua ini menuntut masyarakat supaya peka, prihatin, ambil peduli, kasihan belas, tolong menolong, bersedeqah, dan berkorban untuk orang yang memerlukan. Bacalah kisah ini,semoga menjadi pengajaran kepada kita semua.

Petikan dari Facebook

 

10639605_10204299299059281_2204495147162971627_nSangat mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu.Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.

Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu.

”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”.

Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.

‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.

“Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh.”

Sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya..

Kisah ini sungguh menarik dan boleh dikongsi bersama untuk menjadi contoh kepada penegak undang-undang di Malaysia agar bekerja menggunakan hati nurani dan mencontohi hakim Marzuki yang berhati mulia ini

One thought on “Hakim yang mulia, situasi yang mengharukan

  1. […] Kalau suasana ekonomi anggota masyarakat berada di tahap rendah, ramai orang tidak cukup belanja, tahap gaji minima tidak jelas, majikan tidak memberi gaji yang sepatutnya, masyarakat tidak peduli tentang orang miskin, kerajaan tidak ambil tahu tentang kebajikan asas anggota masyarakat, maka apabila seseorang mencuri atau merompak kerana sebab-sebab berkenaan maka orang itu tidak boleh dikenakan hukum hudud, tetapi orang itu tetap salah dan akan dikenakan hukum takzir. Bab ini yang tidak difahami oleh orang UMNO. Baca kisah menarik tentang seorang ibu tua yang mencuri untuk beri makan pada cucunya  Hakim yang mulia, situasi yang mengharukan. […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: