Program MANTAP di bawah JPT untuk MP BN-UMNO

Beberapa bekas pelajar IPTA memaklumkan bahawa ada satu program bernama MANTAP (Mahasiswa Turun Bersama Ahli Parlimen) yang dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal & PembangunanPelajar  HEP di Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Menurut sumber bekas pelajar tersebut, JPT-KPT telah menjalankan program MANTAP  hanya untuk MP Parlimen BN-UMNO sejak beberapa tahun yang lalu. Program ini telah dijalankan secara “senyap” dan “rahsia”.

Tambahnya lagi, Bahagian HEP di JPT ini telah bekerjasama HEP universiti tempatan telah mengenalpasti pelajar-pelajar di universiti untuk dibawa ke kawasan Parlimen wakil rakyat BN-UMNO bagi

  • membantu tugas rasmi ahli Parlimen BN-UMNO
  • membantu tugas tidak rasmi  ahli Parlimen BN-UMNO
  • menjanlankan kempen politik ke atas rakyat untuk  ahli Parlimen BN-UMNO
  • membina pelapis baru yang menjadi tenaga baru dalam BN-UMNO dari kalangan pelajar lulusan universiti untuk satu-satu kawasan Parlimen BN-UMNO

Semua orang tahu bahawa HEP bagi setiap IPTA adalah dibawah pengawasan KPT, dan pelantikan jawatan TNC HEP perlu mendapat pengesahan politik. Di dalam carta organisasi IPTA, TNC HEP  bertanggungjawab memberi laporan terus terus pertama kepada  Menteri, dan kedua barulah NC IPTA berkenaan. Tetapui TNC HEP IPTA tidak semestinya melapor semua perkara kepada NC IPTA masing-masing kerana kepentingan politik BN-UMNO.

Sejumlah besar wang JPT-KPT telah diperuntukkan untuk membiayai projek MANTAP ini.

Prof. Dr. Azali Bin Mohamad, selaku Ketua Bahagian harus bertanggungjawab dalam menyediakan jawapan jika ditanya di dalam Parlimen. Bilakah bermula MANTAP ini di bawah KPT? Apa tujuannya? Berapakah peruntukan wang disediakan untuk projek MANTAP ini? Berapa banyakkah wang telah dibelanjakan oleh MANTAP? Siapakan ahli Parlimen BN-UMNO yang terlibat dalam program MANTAP ini? Bagaimana pelajar dipilih? Bagaimana ahli Parlimen dipilih untuk terlibat sama dalam projek MANTAP ini? Dimanakah laporan kemajuan projek MANTAP selama ini? Apakah manfaat projek ini untuk rakyat seluruhnya dan kepada ahli Parlimen Malaysia seluruhnya?

Jika JT-KPT jujur dalam membantu wakil rakyat Ahli Parlimen Malaysia, mengapa hanya ahli Parlimen dari BN-UMNO sahaja yang mendapat peluang dan bantuan projek MANTAP ini? Apakah ini bukan satu penyelewengan? Bukankah wang itu wang rakyat dan harus dibelanjakan berdasarkan kepentingan umum tanpa mengira latarbelakang parti politik? Mengapa hanya wakil rakyat BN-UMNO sahaja yang bersama dalam program MANTAP ini?

Apakah JPT menjadi cawangan atau talibarut kepada parti BN-UMNO dan menggunakankan jentera awam dan harta awam untuk kepentingan parti BN-UMNO?

Sebahagian pelajar-pelajar dari IPTA yang terlibat membantu ahli Parlimen BN-UMNO  melalui program MANTAP masih belajar di kampus lagi, manakala sebahgaiannya telah tamat pengajian.

Apabila kita google MANTAP JPT  atau KPT atau Mahasiswa Turun Bersama Ahli Parlimen,  kita tidak akan berjumpa dengan item ini. Apakah ia tidak dbenarkan ditulis di mana-mana dokumen? Apakah ia dokumen rahsia? Apakah ia program rahsia tetapi dijalankan di atas “nama” atau “label lain”? Tetapi mengapa beberapa pelajar yang telah mengikuti program MANTAP ini boleh sebutkan ianya ada? Bekas-bekas pelajar ini telah turun bersama ahli Parlimen tertentu dalam projek ini di kawasan Parlimen masing-masing.

(info video ini diberikan oleh Baim pemilik blog http://analytical-thinker.blogspot.com)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: