Demonstrasi PTPTN oleh Generasi X Y – satu kejutan luar biasa!

Setelah sekian lama kerajaan Malaysia di bawah pimpinan BN (dengan dominasi UMNO elit Melayu) memberhentikan biasiswa dan menghadkan biasiswa serta menukarnya kepada hutang dalam bentuk PTPTN dengan pelbagai alasan, kini generasi muda X Y bangkit menyatakan hak mereka sebagai rakyat yang patut mendapat pendidikan percuma. Ini suatu kejutan yang amat luarbiasa.

Lihatlah wajah-wajah anak muda generasi X Y…ini satu turning point dalam kebangkitan mahasiswa selepas sekian lama mahasiswa tidak membuat satu kejutan besar dalam negara. Tahniah Mahasiswa! Hidup Mahasiswa

Melalui PTPTN, generasi X Y akan hidup dalam hutang bermula daripada mereka mengambil PTPTN sehinggalah mereka bekerja dan mereka akan terus hidup dengan membayar hutang kepada kerajaan di bawah pimpinan BN.

Mengapa mereka bangkit dan berdemo? Mengapa mereka sudah lebih berani sekarang? Mengapa anak muda generasi X Y dari pelbagai kaum dan agama bersatu padu kali ini? ..kerana mereka melihat penyelewengan kerajaan BN dalam mengurus duit dan harta negara. Pemimpin BN menipu, menindas rakyat, membazir duit negara, mengamalkan rasuah dan kroni, menutup beberapa ruang demokrasi….dan …me ngapa…

  • BN boleh hapuskan hutang Tan Sri Tajuddin RM589 juta begitu sahaja, sedangkan ribuan pelajar terpaksa bayar hutang
  • Isteri PM boleh beli cincin RM24juta, tapi pelajar terpaksa bayar hutang sampai mati?
  • PM dan TPM menhabiskan duit rakyat RM609 juta dalam roadshow BN melawat negeri-negeri dalam negara dalam masa 1 bulan, tapi pelajar terpaksa bayar hutang sampai mereka menghembuskan nafas yang terakhir?
  • …duit PKFZ, kemana perginya…?
  • …duit Scorpene kapal selama..kemana perginya?
  • …duit beli jet perang yang tak ada enjin….kemana perginya?
  • …dan ada 60+ perkara lagi BN-UMNo masih tak boleh jawab ke mana perginya duit negara dalam pelbagai projek yang mereka jalankan…sila lihat https://albangi.wordpress.com/2011/12/13/60-perkara-yang-umno-dan-bn-belum-selesai-jawab/, termasuklah laporan audit negara 2011.

Benarkah PM Najib kata hutang PTPTN sebanyak RM43 bilion? Tidak benar, itu adalah penipuan, sebenarnya RM28 bilion sahaja.

Benarkah kalau PR menang PRU 13, PR tidak boleh selesaikan hutang PTPTN? Sila baca di sini penjelasan dan cara penghapusan hutang PTPTN yang praktikal. http://jomkitabaca.wordpress.com/2012/04/12/soaljawab-ptptn-undilah-pr-anda-mampu-mengubahnya/

Lagi video demo PTPTN


Lagi berita:

Lagi foto demo PTPTN

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: