Tidor – rahsia disebaliknya

Tidor adalah satu amalan tabii yang dijadikan oleh Tuhan dan tidor mempunyai tugas dan peranan dalam mengurus fisiologi  dan biologi tubuh badan manusia.

Sepertimana kereta yang perlu berehat setelah dipandu jauh, tubu badan manusia juga perlu rehat supaya anggota luaran dan komponen dalam tubuh badan manusia juga boleh berehat dan menyahkan toksin dalam badan serta mengimbangkan semula komponen kimia dan biologi dalam tubuh badan.

Petikan dari: http://www.masjidnegara.gov.my/portal/

Pada waktu malam, badan manusia melalui kelenjar pineal, akan mengeluarkan sejenis hormon yang bernama melatonin. Hormon ini mempengaruhi bahagian otak yang dikenali sebagai hipotalamus dan ia menyebabkan kita tidur. Kadar melatonin berada pada tahap optimum dalam darah pada jam 1.30 pagi hingga 2.00 pagi semasa tidur. Selepas itu, kadarnya menurun dan ia berada pada tahap paling rendah apabila bangun daripada tidur pada jam 6.00 pagi.

Pada waktu siang pula, hormon kortisol mempengaruhi kita semasa kita aktif melakukan pelbagai aktiviti. Hormon ini berfungsi melajukan jantung dan pernafasan pada waktu siang. Hormon kortisol juga dikenali sebagai hormon stres kerana ia berada pada tahap paling tinggi apabila individu mengalami tekanan.

Daripada sudut pusingan biologi, waktu yang dianggap paling produktif adalah antara jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari. Sebaiknya kita melakukan kerja-kerja utama dalam hidup kita pada waktu ini. Selepas itu di antara waktu tengah hari dan awal petang, tubuh kita akan menjadi lesu dan lemah. Para saintis menamakan fasa ini sebagai a secondary sleep gate. Justeru itu, tidurlah sekejap pada waktu ini jika mempunyai kesempatan.

David F.Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka Sleep and Alertness : Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping menggalakkan kita tidur pada waktu tengah hari. Kajian menunjukkan mereka yang secara rutin tidur selama 30 minit pada waktu tengah hari mempunyai risiko yang lebih rendah untuk menghidap penyakit jantung berbanding orang lain. Di sudut agama, tidur sekejap pada waktu tengah hari dikenali sebagai qailulah dan ia pernah dilakukan oleh Nabi SAW.

Selepas itu, kita akan memasuki fasa produktif yang kedua antara jam 8.30 malam hingga 10.30 malam. Gunakanlah waktu ini untuk membaca dan merancang aktiviti sebelum berehat untuk tidur.

———–

Baca artikel ini mengenati tidor dari perspektif Islam, ptikan dari Facebook

PETUA TIDUR NABI SAW

SEORANG yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadah. Allah swt hanya akan menerima ibadah yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar. Satu sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.

Di dalam tidur sendiri ada banyak sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi saw, dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.

Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun(doa harian)tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 34 X.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam.
Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6.Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7.Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi. Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur…. INSYAALLAH AMAL DAN SAMPAIKAN

Baca lagi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: