BERSIH 3.0 Video tidak menipu, polis Malaysia brutal

Apakah Polis sengaja mahu membunuh orang awam!  3 cedera parah apabila orang awam dilanggar termasuk seorang gadis Cina sehingga gadis malang itu terperosok di bawah kereta itutersepit di bawah kereta polis. Orang ramai terpaksa terbalikan kereta polis untuk keluarkan mangsa yang dilanggar oleh polis. Berita penuh http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/9936-bagaimana-kereta-peronda-polis-diterbalik

Sebelum itu, ada “orang upahan” yang kononnya serang kereta polis, dan kononnya menyebabkan kereta itu terbabas? Bagaimana boleh terbabas sedangkan pemandunya tidak cedera pun lagi dan keretanya masih dalam keadaan baik dan masih ada ruang kosong untuk dilaluinya? Kenapa pemandu kereta tidak berhentikan kereta tetapi memecut dan melanggar orang awam membuta tuli? Kenapa perlu pandu kereta di tengah kesesakan orang ramai?

Apa pun mengapa pemandu itu sudah siap sedia pakai topi keledar? Siapa pula yang peluk pemandu dan bawa pemandu keluar dan kemudian menghilangkan diri? Mengapa pemandu itu tidak dipukul oleh orang awam? Apakah tidak mustahil ini satu lakonan SB yang diupah oleh BN, yang menyerang, pemandu dan penyelamatnya?


Apakah Polis Malaysia bacul apabila mereka memukul 1 orang awam beramai-ramai dan menggunakan senjata sedangkan orang awam tidak ada senjata dan tidak melawan? Polis memang  ada SOP (standard operation procedure), di mana orang awam yang disyakki atau didapati bersalah,  maka polis boleh menahan orang itu dengan menggarinya dan dibawa ke balai dan bukannya dipukul di lokasi tangkapan sedangkan orang awam itu tidak lari atau tidak cuba melawan.  Kalau di Amerika, semua polis macam samsing ini pasti dikenakan tindakan undang-undang. Di Malaysia, polis selamat…

Adakah polis Malaysia sudah dilatih seminggu dua sebelum ini kalau jumpa peserta demo “pukul kasi abis?” Adakah mereka dilatih seperti tentera Serbia, pada minggu pertama tentera Serbia dilepaskan dalam kandang babi dan diperintahkan supaya bunuh semua babi yang ada dalam dalam kandang itu. Pada minggu kedua, tentera Serbia dikerahkan menyerang Bosnia dan semua manusia Bosnia dianggap sebagai babi dan hendaklah disembelih dan dibunuh! Adakah polis Malaysia mendapat latihan ala-Serbia?! Mudah-mudahan ia tidak sampai ke tahap itu! Tapi kenapa belasah orang awam seperti membelesah binatang? Kenapa tidak ikut SOP?

Polis tembak pemedih mata  secara membuta tuli dan menembak air asid pada wanita, kanak-kanak, dan OKU.  Kemudian polis buru orang awam seperti binatang terlepas dan cota orang awam yang tidak melawan dan tidak  bersenjata. Apakah ini SOP polis Malaysia?

Satu lagi video…orang awam marah apabila mereka dikasari seperti binatang oleh polis. Malah kru TV Al Jazeera pun kena tahan secara kasar juga.

Video tembakan polis kepada orang awam tanpa mengira samada ada ada orang awam yang lemah seperti OKU, orang tua, wanita, dan kanak-kanak.

Adakah orang beruniform dalam video ini polis atau samsing? Perlukah polis seganas ini? Polis Malaysia sudah tidak porfesional lagi nampaknya. Sepatutnya mereka tahan orang salah dan gari dan bawa ke kereta black maria, dan tidak  membelasah orang awam tidak tentu pasal seperti samsing di jalanan.

2 versi

Lagi video keganasan polis…tidak ada SOP ke? Kalau tindakan ganas ini dikatakan SOP Malaysia, maka samalah dengan polis Israel-Yahudi dan tentera Serbia? Siapa yang mahu adili polis samsing begini?

[Mr. Lee, a Bersih 3.0 participant, was attacked & arrested by more than 10 policemen while taking picture & waiting for train to go home at Masjid Jamek LRT Station. He was released at Police Training Centre at midnight.]

Polis sembur air asid di Lebuh Pasar Besar dan diikuti dengan gas pemedih mata buatan Israel.

Pahit Manis BERSIH 3.0...rakyat Malaysia pelabagai bangsa dan umur tolong menolong antara satu sama lain, satu suasana muhibbah yang tidak mampu BN lakukan kerana BN memiliki parti komponen perkauman….kami menunggu BERSIH 4.0…

Welcome to Tel Aviv in Kuala Lumpur

Gangster among Malaysia policemen

This is Malaysia!  This is how BN rules Malaysia!

An innocent tourist was also hit by Malaysian police

Polis serang dan pukul rakyat yang tidak bersenjata

Polis pukul rakyat etnik Cina beramai-ramai 

Polis serkap jarang mangsa siapa saja untuk timbulkan provokasi

 Penipuan antara Menteri dan Ketua Polis Negara

Lagi foto BERSIH https://picasaweb.google.com/114255707155530008408/Bersih3RallyEvent#slideshow/5736325896442027714

3 thoughts on “BERSIH 3.0 Video tidak menipu, polis Malaysia brutal

  1. Detective Conan April 29, 2012 at 4:39 am Reply

    haramjadah punya polis. celaka, sial. kena lahanat Allah nanti baru tau. perangai dah serupa setan2 yahudi lahanat. pukul org awam yg TIDAK BERSENJATA tu ada dlm SOP (standard operation procedure) diorang ke????

  2. Aziz Bari May 4, 2012 at 4:07 pm Reply

    Kisah Dr. Aziz Bari ditahan polis dalam BERSIH 3.0

    Saya ditahan sekitar jam 350 petang semalam dekat OCBC ketika hendak pergi basuh muka di paip di situ. |

    Penguatkuasa DBKL dan polis ramai-ramai keroyok saya dan menjerit: “Ini baju kuning tangkap!”.

    Saya tak kenal atau ingat identiti mereka tetapi saya terus diseret dan dimaki hamun.

    Mereka kelihatan hendak mengejar orang lain tetapi bila mereka gagal mereka terus cekup saya hanya kerana saya pakai baju kuning BERSIH! Aneh. Sejak bila pakai baju kuning satu jenayah di Malaysia?

    Itu sudah cukup jelas untuk memberi kita isyarat tentang integriti polis dan agensi lain termasuk DBKL.

    “Tua tak sedar diri, dah tua duduk rumah sajalah.”

    Itulah antara ejekan yang saya dengar sewaktu diheret oleh anggota polis untuk dikumpul di depan DBKL. Kemudian saya ada mendengar rungutan yang polis turut mengejek kami: “Ini semua anjing Anwar Ibrahim'”

    Sewaktu diheret polis mengugut seorang petugas media yang cuba mengambil gambar saya ditangkap. Begitu juga ketika kami semua dikumpul dekat Kelab Diraja Selangor.

    Macam samseng

    Pelik, adakah undang-undang menyekat orang ambil gambar di negara ini? Seorang pelajar fotografi mengadu kameranya yang berharga ribuan ringgit dimusnahkan oleh seorang anggota polis.

    Umumnya saya lihat polis bertindak ganas dan memihak kepada Umno-BN. Pada saya hari itu polis kelihatan macam samseng PERKASA. Mereka nampak jelas marah dengan Pakatan Rakyat.

    Tetapi yang lucunya bila saya tinggikan suara dan tanya undang-undang apa yang mereka gunakan anggota polis tersipu-sipu dan cepat-cepat beredar. Ini berlaku ketika kami dihimpun macam pendatang asing dekat Kelab Diraja Selangor.

    Itulah gelagat anggota polis berpangkat rendah yang mulanya cuba tunjuk garang dan samseng. Para pegawai mereka duduk jauh-jauh.

    Pada satu peringkat saya jerit seorang pegawai supaya segera beri rawatan kepada seorang Orang Kena Tahan (OKT) yang terbaring kesakitan. Pegawai ini panik dan tak tahu buat apa-apa. Saya kata, “awak ada budi bicara dan kalau orang ini mati awak akan disoal.”

    Pegawai ini pucat tak terkata apa-apa.

    Itu semua menunjukkan pasukan polis ini jahil dan keliru dan takut dengan kerajaan Umno-BN. Mereka hanya berani bila mereka bergerak dalam gerombolan. Mereka mungkin tak ada akses kepada Internet dan hanya dengar arahan bos mereka saja.

    Sikap samseng dan mentaliti gerombolan pasukan polis ini kelihatan apabila ada tahanan baru sampai.

    Tahanan ini akan dibawa melalui kumpulan anggota polis pangkat rendah dan ketika inilah anggota polis ini akan mengambil kesempatan mengejek dan memaki hamun tahanan yang sudah lemah longlai diheret itu.

    Ada juga yang akan mengambil kesempatan menumbuk, menyepak dan menampar tahanan itu.

    Pada satu tahap seorang anggota Unit Amal PAS yang sedia ditahan bersama kami diseret ke dalam gerombolan anggota polis itu. Riuh rendah kedengaran di sebalik van dan trak itu.

    Apa yang kelihatan apabila anggota Unit Amal itu diseret kembali ke dalam kumpulan, beliau lembik; mungkin telah dipukul oleh anggota-anggota polis yang menyeringai macam singa dalam kandang menunggu mangsa itu.

    Dalam garang dan samseng itu polis ini tidak tahu apa-apa. Ketika di Kelab Diraja Selangor, saya lihat pihak polis panik bila kami ramai-ramai tanya sama ada kami ini ditahan atau ditangkap. Maklumlah konstabel dan koperal apa tahu.

    Pegawai pun tidak berani duduk dekat sebab ada OKT yang tanya soalan dalam bahasa orang putih. Lucu. Masa di DBKL seorang sarjan yang tadinya kasar dan sombong mula berlembut apabila makin ramai di kalangan tahanan yang panggil saya “profesor”.

    Gambaran kebodohan dan ketakutan

    Sewaktu di Pulapol, Ketua CID Bukit Aman Datuk Seri Bakri Zinin ada datang. Bukan main lagilah Cawangan Khas (SB) dan komando polis mengiringi dia. Begitu juga pegawai-pegawai lain yang datang bersama. Berdesup-desup mereka tabik dan hentak kaki.

    Itulah agaknya gambaran kebodohan dan ketakutan mereka. Ikut perintah orang atas tak kira apa.

    Di Pulapol peguam tak dibenarkan masuk langsung. Dan suasana dalam khemah kelam, di situ tak teratur. Pihak polis macam tak pasti apa yang perlu dibuat sedangkan ini bukan kali pertama mereka menangani demonstrasi BERSIH.

    Ini jauh berbeza dengan imej tenteram yang cuba ditunjukkan oleh media milik Umno-BN termasuk RTM.

    Satu lagi yang saya nampak ialah majoriti anggota polis yang bertugas ialah Melayu. Ada segelintir India dan Cina. Tapi yang bongkak, sombong dan ganas ialah Melayu dan India. Mereka inilah yang bongkak dan ganas. Anggota Cina amat tertib dan beradab.

    Para pegawai meskipun ramai Melayu tidaklah sombong sangat. Mungkin kerana mereka mudah dikenali melalui uniform mereka.

    Sewaktu di Pulapol saya dibawa ke meja Cawangan Khas (SB). Meskipun saya ditanya soalan-soalan yang saya kira aneh, ia tidak lama. Saya tidak tahu kenapa. Mungkin kerana mereka tidak mahu berdebat dengan saya.

    Pesta pukul orang

    Atau mungkin mereka simpati. Mereka ada bertanya sama ada saya disakiti. Saya kata saya cuma sakit hati. Saya sempat sebut pada mereka: “Wah hari ni polis berpesta pukul orang.”

    Saya sakit hati kerana polis tidak peduli hak asasi rakyat. Buktinya cukup banyak. Ada yang mengadu dicekup sewaktu sedang makan dalam dalam restoran. Ada yang ditangkap ketika di lobi hotel. Dan ada juga yang ditahan ketika dia hendak membeli tiket di stesen LRT.

    Mereka berada jauh dari Dataran Merdeka yang diisytihar kawasan larangan. Mereka juga sudah bersurai. Mereka dipukul dan diheret oleh polis hanya kerana mereka pakai baju kuning. Malah ada yang tidak pakai baju kuning pun dicekup sama.

    Ertinya hari itu polis geram dengan orang ramai. Polis sudah menjadi seolah-olah kaki pukul Umno-BN dan gerombolan anti-Bersih. Ini salah di sisi undang-undang. Apa lagi perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi dan utama negara.

    Pasuka polis, sebagaimana cabang-cabang perkhidmatan awam yang lain termasuk angkatan tentera, perlu bersikap berkecuali dan menjaga undang-undang.

    Tanggapan saya terhadap polis, khususnya selepas BERSIH 3.0, mereka jahil, keliru dan tertekan. Akhlak mereka juga rendah. Ini ternyata bila Suruhanjaya Dzaidin sendiri merakamkan bahawa pasukan polis antara agensi kerajaan yang paling korup di negara ini.

    Sebab itu saya tidak hairan apabila polis gagal membezakan antara menjunjung undang-undang dengan mengampu atau mempertahankan Umno-BN.

    Apa pun jika lihat gambar besar kita itu semua tidak memeranjatkan. Kalau para hakim dan anggota Suruhanjaya Pencegahan SPR yang dilindungi oleh perlembagaan secara jelas pun takut dengan Umno-BN siapalah anggota-anggota polis ini.

  3. roslan June 11, 2012 at 2:38 pm Reply

    KUALA LUMPUR: Sebanyak 967 butir gas pemedih mata telah dilepaskan dalam perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

    Jumlah itu lebih tiga kali ganda berbanding dalam perhimpunan Bersih 2.0, iaitu sebanyak 262 butir.

    Tembakan yang dilepaskan dalam Bersih 3.0 itu termasuk 909 butir ‘shell tear smoke’ dan 58 butir ‘grenade tear smoke’.

    Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussin dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen Batu Gajah Fong Po Kuan.

    Dalam jawapan itu, Hishammuddin turut memberitahu kerajaan telah menanggung kos keseluruhan sebanyak RM1.8 juta akibat daripada penganjuran perhimpunan itu.

    Fong Po Kuan dalam soalan lisannya meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah tembakan gas pemedih mata yang dilepaskan oleh anggota yang bertugas, perbelanjaan pada hari tersebut.

    Sementara itu, Hishammuddin memandang serius sebarang pelanggaran Peraturan sedia ada (SOP) yang telah ditetapkan dan dua anggota polis telahpun didakwa di mahkamah.

    “Sekiranya terdapat mana-mana anggota keselamatan terbukti bersalah melanggar SOP yang telah disediakan, tindakan undang-undnag akan tetap diambil terhadap anggota berkenaan,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: