Pasca-BERSIH 3.0 – apa seterusnya?

Setelah BERSIH 3.0 berlalu, semangat rakyat bagi memBERSIHkan senarai daftar pemilih untuk Pilihanraya Umum terus membara. Meskipun ada peserta BERSIH  yang dkejar, terkena pemedih mata dan air asid, dipukul oleh polis beramai-ramai, dan ditahan, rakyat tidak akan lupa akan kejahatan SPR, BN dan sebahagian anggota polis yang berlagak seperti saming di jalanan.

Semua  pendemo BERSIH menunggu BERSIH 4.0 dengan penuh semangat sehinggalah SPR dan BN membersihkan senarai pengundi yang kotor dengan

  • pemalsuan alamat rumah pengundi
  • pemalsuan kad pengenalan,
  • pemalsuan nama pengundi  dua kali atau lebih  di dua tempat berbeza dalam lokaliti mengundi
  • pemalsuan pengundi warga asing yang diberi kad pengenalan biru
  • pembuangan nama pengundi yang disyakki mengundi parti lain dari BN
  • pemindahan nama pengundi dari satu lokaliti ke suatu lokaliti lain tanpa izin pengundi
  • pemalsuan orang mati yang “dihidupkan” dengan diberikan KP kepada orang lain
  • pemalsuan umur pengundi
Inilah yang rakyat atas pagar dan ahli UMNO tidak faham mengapa Himpunan BERSIH diadakan.  Perundingan demi perundingan telah dibuat dengan SPR, pertemuan tertutup telah dibuat, memorandum protes telah dihantar kepada SPR, desakan dalam akhbar telah dibuat, tetapi SPR masih terus berdegil dan tidak mahu BERSIHkan senarai daftar pemilih kerana bimbang BN akan tumbang.

Dua orang paling penting dalam SPR ialah ahli UMNO. Sebab itulah perkara ini kekotoran ini berlaku.

Semasa hari BERSIH, pelbagai video yang dirakam oleh orang ramai telah dinaikkan di YouTube. Video ini menceritakan perkara sebenar yang berlaku. Kebanyakan video ini tidak disunting. Pihak SPR, BN dan Polis tidak boleh menyangkal apa yang berlaku dalam video berkenaan dan usaha pihak polis untuk menayangkan video polis di TV hanyalah sia-sia kerana rakyat tahi video  TV telah disunting untuk kepentingan BN dan video TV hanya menampakkan kelemahan polis kerana gagal mengendali Himpunan BERSIH.  https://albangi.wordpress.com/2012/04/28/bersih-3-0-video-tidak-menipu-polis-malaysia-brutal/

Malah video dari BBC yang ditunjukkan dalam laporan Berita BBC juga telah disunting untuk menjaga nama baik BN-UMNO. http://beritasemasa.com/bersih-2012-astro-tv-bbc. BBB telah menghantar surat tunjuk sebab kepada ASTRO kenapa padam segment dalam video BBC dalam TV Malaysia.

Astro Malaysia TV BERSIH 3.0 Bersih 2012 : Laporan BBC di Astro DiubahSuai? BBC Mula Menyiasat!! Kami (Astro) Berhak Sunting Berita!!

Bersih 2012 BBC World News Bersih 2012 : Laporan BBC di Astro DiubahSuai? BBC Mula Menyiasat!! Kami (Astro) Berhak Sunting Berita!!

Media Malaysia adalah dikawal oleh BN dan UMNO kerana UMNO memilik saham tertinggi dalam Utusan Meloya dan Berita Hairan & NST, manakala MCA pegang saham tinggi dalam The STAR.   Oleh itu banyak berita dalam akbar pedana ini ditentukan oleh mastermind dalam UMNO dan MCA. Maka tidak hairanlah jika media Malaysia tersenarai selepas negara Mongolia, antara negara yang tidak maju kerana mengawal media dalam negara.

Cuba kita fikirkan: kalau polis di Arab Saudi boleh kendali perhimpunan 3 juta rakyat dari pelbagai negara, kaum, dan bahasa dalam ibadah haji, mengapa polis Malaysia gagal kendali perhimpunan yang tidak sampai 100, 00 orang?

Kalau polis Malaysia selama ini boleh kendali perhimpunan sambut Merdeka di Dataran Merdeka, boleh kawal perhimpunan sambutan Tahun Baru di Dataran Merdeka, dan boleh kendali perhimpunan rakyat  dalam Jom Heboh di sana sini dalam Malaysia, mengapa polis Malaysia gagal kendali perhimpunan BERSIH?

Mengapa polis tidak tembak air asid dan pemedih mata pada perhimpunan lain daripada BERSIH? Tiada jawapan lain kecuali kerana politik kotor BN yang menggunakan polis. Ini sudah menjadi kejahatan UMNO yang kekal, dulu, kini dan selamanya.

Kita masih ingat semasa kita belajar di luar negara, KDN menghantar pegawainya dari Malaysian Student Deparment untuk hadiri Muktamar pelajar kerana didapati adanya penceramah jemputan dari kalangan pimpinan PAS. Apabila pegawai KDN melaporkan bahawa sepanjang program Muktamar itu tidak ada ceramah politik, tidak ada hasutan politik, dan tidak ada kecaman pada BN-UMNO, maka sebelum laporan itu dihantar ke Malaysia, pegawai di Kedutaan Malaysia di Washington DC akan mengubah laporan itu dengan menyatakan Muktamar pelajar berkenaan ada unsur politik dan mengecam BN dan UMNO kerana mereka tidak mahu dimarahi oleh tuan mereka di Malaysia kalau tidak ada laporan yang negatif. Lalu apabila laporan itu sampai ke tanah air, maka BN-UMNO menggunakan laporan itu untuk disampaikan kepada rakyat bahawa kononnya PAS menghasut pelajar. Itulah tektik kotor BN, dulu, kini dan selamanya.

Dalam BERSIH 3.0. apabila SMS disebarkan dan diterima sekitar jam 330 petang bahawa BERSIH telah telah berjaya dan peserta boleh pulang, ketika itulah wahyu dari bangunan PDRM Bukit Aman yang meneropong Himpunan BERSIH 3.0 memberi arahan supaya kucar-kacirkan BERSIH. Tembak air asir, tembak pemedih mata, pukul siapa sahaja jika ada peluang….maka berlakulah keganasan polis. Orang tua, wanita, OKU, kanak-kanak dan orang awam menjadi mangsa polis.

Kini setelah rakyat tahu akan kedurjanaan di belakang tabir oleh pimpinan BN, polis mula menyenaraikan wajah-wajah untuk diburu dan ditangkap atas alasan mereka ini kononnya membuat rusuhan di BERSIH 3.0.

Apakah kerana populariti BN dan UMNO sudah tergugugat, maka polis digunakan untuk menghukum rakyat yang mahukan ketelusan dalam urusan pilihanraya? Mengapa menahan rakyat sedangkan ada orang upahan polis yang menyamar dan membuat kacau bilau dalam BERSIH 3.0?  Dan mengapa tidak mahu ditahan sebahagian polis yang mengganas seperti yang terdapat dalam video rakyat yang tidak boleh ditipu di Youtube? https://albangi.wordpress.com/2012/04/30/penyamaran-polis-dalam-bersih-3-0-bukti-polis-yang-merusuh/

Ketakutan BN-UMNO selepas BERSIH 3.0 masuk ke bilik darjah. Perhatikan kerja sekolah budak di bawah ini:

Cikgu UMNO pun jadi takut…..

Kita percaya rakyat sudah bersiap sedia untuk serta BERSIH 4.0 kecuali senarai daftar pemilih sudah di BERSIHkan..


Dan rakyat akan membuat persediaan yang lebih rapi jika terpaksa berdepan dengan gangster dan samseng berlesen

One thought on “Pasca-BERSIH 3.0 – apa seterusnya?

  1. Zar Ali May 6, 2012 at 11:01 am Reply

    BERSIH 3.0: Hishamuddin Arah Editor Jangan Lapor Keganasan Polis!!

    Berita Oleh SuaraKekadilan

    Naib Presiden PKR, N Surendran mendedahkan bahawa Menteri Dalam Negeri yang juga sepupu Najib Altantuya, Hishamuddin Hussein mengarahkan supaya editor semua media cetak dan elektronik utama di negara ini supaya tidak mendedahkan keganasan polis sehari sebelum himpunan Bersih 3.0 yang berlangsung Sabtu lalu di Kuala Lumpur.

    Surendran menambah lagi arahan tersebut dibuatbagi mengelakkan imej buruk polis terbongkar sebagaimana yang telah berlaku semasa himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai tahun lalu.

    Berikut kenyataan penuh Surendran:

    Saya merujuk kepada perhimpunan Bersih 3,0 dan tindakan kerajaan BN dengan tangan tinggi dan kejam terhadap media.

    Kami telah menjumpai bukti lanjut yang menunjukkan bahawa perintah untuk mengganggu, menghalang dan menangkap wartawan yang meliputi perhimpunan Bersih 3.0 datang daripada peringkat tertinggi Kementerian Dalam Negeri (KDN).

    Pada 27.4.12, Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein Onn telah mengarahkan semua Ketua Editor akhbar utama untuk hadir di hadapannya.

    Kami dimaklumkan bahawa pada arahan mesyuarat telah diberikan tentang bagaimana untuk melaporkan berita-berita di perhimpunan Bersih pada 28.4.12, dan bahawa editor ditanya untuk mengelak daripada melaporkan tentang kekejaman polis.

    Ia amat mengganggu bahawa sehari selepas mesyuarat ini, wartawan yang cuba untuk merakam salah laku polis telah dbuli dengan cara yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

    Polis telah menjalankan hasrat Menteri Dalam Negeri.

    Sehingga kini, tiada penjelasan telah diberikan oleh PM, Menteri Dalam Negeri atau Ketua Polis Negara pada polis yang menyerang petugas media.

    Jawapan Hishamuddin bahawa penyitaan peralatan elektronik jurugambar seperti kamera dan perakam video adalah prosedur operasi standard (SOP) adalah satu pengakuan yang mengejutkan menyalahi undang-undang dan kelakuan yang menyalahi undang-undang oleh pihak polis.

    Kebebasan akhbar palsu

    Ini juga serangan yang serius oleh BN berkenaan isu kebebasan akhbar.

    Di bawah sistem demokrasi kita, Menteri Dalam Negeri tidak mempunyai urusan khusus dalam bidang kuasanya mengarahkan media tentang apa yang mereka boleh atau tidak boleh melaporkan.

    Perdana Menteri Najib Razak sebenarnya berpura-pura meminda PPPA 1984 untuk membenarkan kebebasan akhbar yang lebih kini terdedah sebagai kepalsuan yang paling hebat.

    Kami menyeru Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein untuk mendedahkan dalam masa 24 jam, butir-butir lengkap arahan yang diberikan kepada media pada mesyuarat itu.

    Kami seterusnya permintaan bahawa Najib dan Hishamuddin menerangkan dan menjawab serangan polis kejam dan teratur apabila media dan orang ramai pada 28/4 lalu.

    Tranungkite Online
    By: Zar Ali II

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: